Khamis, 31 Mac 2011

.:: Sedetik Lebih | Anuar Zain ::.

.


.:: SEDETIK LEBIH ::.



Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu



Kata Hati : Hayatilah Setiap Bait Ayat Lagu Ini...!!



.

Rabu, 30 Mac 2011

.:: Hargailah ::.

.


Assalammualaikum.


 Alhamdulillah dapat juga aku bersiaran secara tidak langsung dari sini. Bukan apa, sebelum ni nak keluarkan satu entry pun bermasalah. Bila dah membabitkan masalah line intenet yang macam baja hitam, emosi yang stabil terus jatuh mendadak kedudukannya.

Naik merah je cuping telinga bila line buat hal. Aku mengakulah, kekadang tu hilang sabar di buatnya. rasa macam nak gigit-gigit je modem tu. Tapi Alhamdulillah la, kemarahan aku masih boleh di bendung. Kalau manusia yang betul-betul panas baran rasanya lama dah kena lempang modem tu.

Ye dak?

Sesekali di sebabkan dah letih dan bosan dengan intenet yang lembam mengalahkan kura-kura tu, aku ringan je nak potong dari terus membazir membayar intenet yang tersangatlah perlahan tu. Tapi bila kedua kali terasa sayang pula. Al-maklumlah kami dah lama bersama.

Hahaha..!

Sekurang-kurangnya aku tahu menghargainya…! Betul tak?

Tapi ada juga manusia yang tidak tahu menghargai barang mahupun persahabatan. Bukan semua yang aku maksudkan segelintir sahaja. Mungkin diri sendiri tidak sedar akan perubahan yang kita lakukan, tapi mungkin orang sekeliling sedar dan tahu setiap perincian perubahan yang berlaku.

Tak caya? Ce tanya orang.

Dan ada juga manusia yang selalu mempergunakan orang lain. Misalnya, ketika bersenang lenang, dia langsung tidak  perduli akan pasangannya. Tapi sewaktu dia di timpa masalah, pasangan yang di lupainya itulah di carinya untuk meminta pertolongan. Betul tak?

Jom kita cuba kaji hubungan kita dengan setiap orang. Masih seperti dulu? Atau kurang? Atau terlebih sudah?

Fikirkanlah…!!

Sendiri Tepuk Dada, Sendiri jawab ye..!





Kata Hati : Orang Berbudi Kita Berbahasalah…baru adil..!



.

.:: Masih Di Sini ::.

.




Assalamualaikum.


Syukran…!!

Alhamdulillah.  Setelah sekian lama, dapat juga aku mengeluarkan entry baru. Terima kasih buat kalian yang masih sudi singgah di blog yang sudah lama tidak mengeluarkan entry-entry baru. Bukan kerana ketandusan idea mahupun jemu untuk menulis. Tapi semuanya berpunca daripada kesibukan yang tidak dapat di elakkan.

Mungkin libatnya aku dalam seperkara yang semua manusia harus tempuhi membuatkan masa, sekaligus emosi  aku bergelodak hingga tidak dapat di bendung sama sekali. Bila di tanya kepada orang-orang yang lebih berpengalaman, jawapan mereka ini adalah normal bagi manusia yang mula melangkah ke satu perkara baru. Dewasakah aku?

Sangat dewasa okeyy…!

:P

Pada mata kasar manusia, mungkin aku sentiasa di lihat happy. Tapi, pabila emosi itu tidak dapat berfungsi dalam keadaan normal, aku lebih rela mendiamkan diri sehingga emosi itu benar-benar kembali stabil. Dan untuk pengetahuan kalian, ketika sedang aku menaip butiran abjad untuk entry kali ini, emosi aku masih dalam pemerhatian. Al-maklumlah, setelah pelbagai pekara aku lalui emosi itu sudah semestinya tidak pulih sewenang-wenangnya. Senang cakap mahu kembali pulih dan stabil.

Tapi kadangkalanya berdiam diri lebih baikkan? Itu lebih afdal. Asalkan DIA tahu setiap perjalanan hidup ini adalah keranaNYA. Semua yang aku lakukan adalah kerana DIA. 

Percayalah…!


Kata Hati : Kalau Boleh Cepatkan Masa…..!!!


.