11 Ramadhan 1433H.Alhamdulillah, Sempat juga bersiaran pada hari ini.
Tiba-tiba hari ini ramai customer yang datang.Lepas seorang keluar, datang lagi seorang.Siap ada nak pinjam telefon pun ada ni..!
Nak banyak kali di pesan , kalau nak pakai untuk raya, silalah datang awal.Ini dah pertengahan ramadhan baru nak bina konkrit.Tepuk dahi aku dengar #tipuu..aku tak tepuk dahi pun...!
Tajuk entry dengan mukadimah dah menyimpang jauh ni...! Heeee.....Cucuq badok atau nama bakunya cucur badak.Ini adalah salah satu menu iftar aku 9 ramadhan lalu #hari ahad lepas..!
Terlambat publish sebab malas nak transfer gambar ke dalam lappy.Biasalah penyakit malas tu datang, apapun tak bolehkan..
Kalau tengok gambar dekat atas boleh nampakkan, betapa banyaknya inti aku sumbat.Makan sendiri, buat apa nak kelukutkan...! Jadi aku sumbat lagi mahu.. hihihihi..
Kalau kalian rancang nak buat cuq badok ni, moh kita usha resepi..!
Bahan-bahan :
Untuk Kulit :Rebus ubi keledek dengan sedikit garam hingga empuk.Dan lecekkan dan biarkan ia sejuk.Kemudian gaulkan ubi tadi dengan tepung #jangan terlalu banyak tepung.Ketepikan sebentar.
Untuk Inti :#Kisar lumat semua bahan.Cili keringBawangSeraiUdang kering.Kelapa parut #tak perlu dikisar
Cara - cara :
Panaskan kuali , masak bahan yang di kisar tadi hingga garing. Masukkan kelapa parut dan garam secukup rasa. Gaul sebati kan biarkan hingga inti tadi hingga naik bau ataupun sedikit kering.Kemudian bolehlah di angkat.
Bentukkan bancuhan kulit tadi , masukkan inti dan tutup sekemas mungkin. #Kena betul-betul, takut nanti pecah ketika goreng.
Kalian boleh letak udang kering sebagai hiasan di atas kueh tersebut. #kalau tak mahu pun tak apa.
Panaskan minyak, dan goreng garing kueh yang sudah siap di isikan intinya..!
Angkat hidang dan ngap...! #tunggu berbuka k...!
Kata Hati : Selamat mencuba..!.
10 Ramadhan 1433H.
Alhamdulillah, kita masih bernafas di muka bumiNYA.Syukran YaALLAH kerana masih berikan kita kesempatan ini.
Sepatutnya entry ini dikeluarkan awal.Tapi di sebabkan kekangan masa, maka terlewat sikitlah..Jadi, mohon jutaan kemaafan ye Chic Na .
Dan dikesempatan ini juga, Nur ingin mengucapkanJutaan terima kaseh kepada pemilik TheCoklatBlog iaitu Chic NaSebab telah menghadiahkan coklat yang comel dan sedap kepada Nur tempoh hari.
Bukan coklat saja, ada FM dari kelantan yang di selitkan sekali.Terima kaseh banyak-banyak ye Chic Na.
Hanya ALLAH saja yang mampu balas jasa baik Chic Na.Nur akan sentiasa doakan moga rezeki Chic Na sentiasa melimpah hendakNYA..
Untuk pengetahuan kalian, coklat tu sedap dan comel...!Aku cuma makan satu, yang lain aku simpan.Sebab sayang nak makan, comel sangat...Heeeee...!
Kalau kalian yang lain nak tempah pun boleh,Jangan malu , jangan seganTerus ke laman FaceBook CikNa's Coklat Haven (CCH)Atau terus ke TheCoklatBlog .
Aku yakin, kalian pasti tertarikk...!
Kata Hati : Untuk pengetahuan kalian, semalam Ulangtahun Kelahiran Chic Na ...! Happy Belated Besday ChicNa .....!.
8 Ramadhan 1433H.
Alhamdulillah, masih di berikan kesempatan terus berada di sini.Syukran YaALLAH....
Nampak tak gambar kat atas..?Si bulat memang over tau..!Ngalahkan orang puasa letihnya..!
Kalian sudah terasa dugaan bulan puasa bagi tahun ini..?Kami di sini sedang merasainya.
Sudah berapa hari bandar warisan tidak di basahi hujan.Memang terasa sungguh bahang panas yang terpancar.
Berbeza awal Ramadhan lalu, Bandar Warisan dibasahi hujan.Sejuk je rasa...memang nyaman betul..!
Tapi sekarang ni memang panas betull...!Angin sepoi-sepoi pun bertiup membawa haba panas menerpa pipi.Memang tergugat iman bila terlihat anak kecil menghirup ais dengan rakusnya..!
Semua ini dugaankan. Dengan cara ini DIA menguji kita.Mahu dilihatNYA setakat mana kita mampu menahan ujian yang di beriNYA.
Macam mana dengan cuaca di tempat kalian..?Ada yang berhari-hari dibasahi hujan ke..?
Bersyukurlah apa situasi pun.Kerana bersyukur itu salah satu tanda kita berterima kaseh denganNYA...InsyaALLAH....
Kata Hati : Bila tengok bulat tidur, mata aku pun dah macam mengantuk je nih...!...huhuhu..
Alhamdulillah, masih berkesempatan menulis disini.Jumaat pertama di bulan yang penuh mulia ini.Syukran YaALLAH, kerana masih berika aku kesempatan ini.
Ada ke yang kecur liur tengok gambar yang merelip-relip di awal entry ni..?pasti adakan..?Sebab aku yang letak pun kecur liur juga...! Hihihihi.
Semua ni dugaan okeyh..!Lagi beberapa jam je nak berbuka puasa.Tahan, sabar dan tabah yee..
Okeyh, aku mengaku, aku ni bukanlah wanita yang rajin sangat nak ke dapur.Tapi entah kenapa, bulan ramadhan tahun ni,Aku ade je idea nak masak macam-macam.
Tapi bukan nak masak jenis lauk pauk ni.Cuma jenis kueh mueh menjadi kegilaan aku sekarang ni.
Dan salah satu kueh yang aku buat untuk iftar ialah popia. #popia je pun, semua orang boleh buatkan..!Selalunya aku buat popia kosong je. Nak makan baru cicah sos. Tak pun makan kosong je.
Tapi entah macam mana, aku teringin nak cuba popia yang bersira sambal tu.Tapi tak nak lembik-lembik, nak rangup-rangup, baru sedapkan.Jenuh fikir, dan akhirnya aku nekad nak hentam saja...!
Aku tumiskan seulas bawang putih yang di racik halus - Kalau rajin tumbuklah #aku malas..!Masukkan 2 sudu cabai blander tumis garing - Cabai ni memang sentiasa ada dalam peti sejuk.Masukkan 2 sudu atau lebih sos cili dan garam dan gula secukup rasa - Gaul sebati.
Dah siap, tutup api dan sejukkan sekejap.Agak-agak dah sejuk, masukkan popia goreng tu ke dalam kuali, gaul hingga rata.Dan siap untuk di hidang..!
Ya..ramadhan inilah baru pertama kali aku mencuba.Konsep pula, aku main hentam saja, dengan tak dapat nak merasanya.
Bila time berbuka cuak juga. Takut-takut kalau tak sedap.Pasti kena 'NGONG' dalam tong sampah punyalah..!
Tapi alhamdulillah..Kesemua popia yang bersira ataupun tak telah selamat di'NGONG' kedalam perut masing-masing..!Memang tak sangkalah menjadi...!
Cuma mak cakap, kalau lebihkan gula sikit je lagi sedaplah.Adik pula cakap, ok dahhh.
Apa yang pasti, tiada pembaziran.
Kata Hati : Rajin bolehlah masak macam-macam, mari malas...apapun tak boleh..!.
Syukran YaALLAH , kerana masih di beri kesempatan untuk bersiaran disini.Walaupun lambat, tapi kesempatan itu masih ada. Alhamdulillah...!
Panas betul cuaca yang melanda Bandar Warisan hari ini.Terkejar-kejar pula dengan urusan peribadi serta kerja.Pening di buatnya..!
Bersyukurlah kalau kawasan kalian dilanda hujan.Sejuk sikit, pokok-pokok pun gembira dapat air.
Okeyh, malas nak melalut panjang.Seperti mana yang kalian tahu, semalam ulangtahun kelahiran aku , Dan sebelumnya adalah ulangtahun kelahiran ayahda aku.
Nampak tak gambar di atas entry ni..?Itu kerja adik-adik aku.Beri kejutan ketika mahu berbuka semalam.
Buat susah-susah ajee.Bagi aku, cuma cukup doa yang terbaik sudah memadai.
Tak payahlah nak sambut sangat.Al-maklumlah bulan puasa ni,Makanan lain banyak, bila dah kenyang faham-faham sajalah..!
Tapi dah nama pun kejutan.Diorang rancang tanpa pengetahuan aku.
Apa-apapun terima kaseh banyak-banyaklah dekat diorang.Susah-susah je berpakat nak buat kejutan untuk kaklong diorang ni..!
Setiap apa yang orang lakukan aku amat menghargainya..!Dan aku juga sentiasa doakan sahabat semua seperti mana kalian mendoakan aku.InsyaALLAH...!
Kata Hati : Hari ni penat sangat-sangat, semua gara-gara projek besar..!.
Sedia maklum, rata-rata sahabat dari muka buku dan sabahat GSF pasti sudah tahu sejarah hari ini kan..?Kalau kalian ada singgah ke teratak Chic Na , pemilik blog TheCoklatBlog .Dan baca entry ini . Kalian pasti tahu...!
Terima kaseh Chic Na..!Dari tengah malam tadi, sampai sekarang tak habis rasa terharu Nur tau..!
Oh ya..!Sebelum terlupa, semalam 24 Julai 2012 adalah ulangtahun kelahiran abah.
Dan hari ini 25 Julai 2012 , ulangtahun kelahiran aku.Selang sehari je...!
Di atas kesempatan ini juga, aku ingin ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat abah.Moga dimurahkan rezeki , di berikan kesihatan yang sempurnaDan moga sentiasa di rahmati ALLAH selalu..!
Dan di atas kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkanJutaan terima kaseh pada keluarga , sahabat sekolah, sahabat dari muka buku,
Sahabat dari blog terutamanya keluarga GSF ,Yang tak putus-putus doakan yang terbaik untuk aku.
Moga segala doa kalian di bulan yang mulia ini, di makbulkan dan moga kita semua sentiasa di bawah lindungan ALLAH...Amin...!
Terima kaseh sekali lagi...aku sayang kalian semua...!
Kata Hati : Kalau nak kad kawin dari aku, doa-doakanlah aku..InsyaALLAH.. ^_^.
Kata Hati :
Gulai lemak ayam cili padi,
Menu iftar 4 Ramadhan 1433H.
Semalam punya daaa...^__^.
Alhamdulillah, kita masih bersiaran secara tidak langsung di hari ke empat di bulan yang mulia ini.
Syukran YaALLAH...!
Macam mana keadaan cuaca di tempat kalian.Kalau panas tentu terliur tengok gambar pencuci mulut diatas ni kan..?
Siapa pernah makan..?Buah kabung atau lebih di kenali dengan buah kantor. Rasanya memang sedap. Kenyal ala-ala nata de coco.
Kalau dulu susah nak cari buah kantor ni. Macam musim pula buah kantor ni.Tapi sekarang ni, aku tengok sentiasa ada je dekat tesco.
Macam dah jadi satu kewajipan kena ada hidangan kantor setiap kali bulan ramadhan.
Selain daripada direbus bersama daun pandan dan pencelup sirap, Aku tak pasti buah kantor ni sedap di buat apa lagi.
Sebab aku selalu masak macam dalam gambar tu je.
Bila nak makan masukan dalam mangkuk , letak ais sikit dan sedia di ngap..!Sejukk sampai ke perut...!
Adakah kalian pernah makan kantor ni...?Atau ni pertama kali dengar...?
Kata Hati : Kantor ni kadang-kadang boleh jumpa dalam ABC....!.
Selamat berpuasa semua....!Pejam celik, pejam celik dah masuk 3 Ramadhan kan.Kejap je rasa..!
Alamak, awal-awal entry dah tepak gambar makanan.Maaflah kalau ada yang terlior ye.
Puding gula hangus atau puding karamel ni aku buat semalam.Entah angin apa tetiba aku jadi rajin.. Heeeee...
Senang je puding ni sebenarnya.Aku ambil dari My resepi .Cuma gula tu, aku kurangkan sikit.Tak naklah manis sangat kan.
Puding Gula Hangus :
Bahan-bahan :
4 Biji telur1 Tin susu cair1 Sudu besar esen vanila4 Sudu besar gula
Cara-cara :
1 sudu besar gula atau lebih ( kalau nak kuah banyak ) di cairkan didalam loyang hingga keperangan.
Blander telur , susu cair , esen vanila dan 3 sudu besar gula hingga sebati.
Tapiskan bahan yang di blander ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi.
Kemudian kukus dengan api yang sederhana selama 20 minit.
Sejukkan sebentar dan masukkan kedalam peti sejuk.
Dan sedia untuk di ngappp..!!
Mudahkan...?Jadi sesiapa yang rasa-rasa cukup bahan dekat rumah tu, bolehlah cuba.InsyaALLAH pasti menjadi.
Tapi kalau kalian nak lagi mudah lagi,Boleh order Easy Caramel dari Kak Dieyna .Rasanya easy caramel dari kak Dieyna tu lagi mudah..!
Pemilik blog "Mai Nak Cerita" pun dah cuba buat puding karamel kak Dieyna.Mudah dan sedap katanya...!
Tak percaya..?Terjah laaaa.....Jangan malu-malu ye..!
Kata Hati : SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN UNTUK BLOGGER FARIZA...!.
Syukran YaALLAH..!Alhamdulillah, masih di berikan kesempatan olehNYA untuk terus bernafas dihari kedua di bulan yang mulia ni.
Baru hari kedua di bulan yang mulia ni, Buat pertama kalinya, aku di uji dengan tibanya surat cinta di rumah semalam..!
Surat cinta apakah..?Cuba usha keratan surat cinta dekat atas tu..!Haaa..itulah surat cinta tanpa tandatangan yang telah diposkan ke rumah.
Apa nak dikatakan, nak mengamuk pun bukan boleh.Nak memarah pun apa faedah yang boleh dapatkan.
Jadinya terima ajelah. Lagipun kesalahan tu datangnya dari diri sendiri.Bukan dari orang lain pun.
Lainlah kalau kenderaan kita tak bergerak bertahun-tahun, Dan tetiba je surat cinta sampai.Haaaaa.....itu baru boleh marah bagaiikan..!
Perasaan aku bila dapat surat cinta tu...?Tentulah menyesal gilerrrr weyyhhh...!
Tak pasal-pasal duit melayang macam tu saja tau...!Rugi ooo....rugi sangat..sangat..sangat...!
Peringatan buat kalian juga buat diri aku ni,Kalau kalian sayangkan duit ,
Lepas ni kena memandu dengan had laju yang telah ditetapkan.Dan lepas ni, jangan lupa diri bila dapat stereng.
InsyaALLAH tak akan dapat surat cinta..!Heeeeeeeeeeee.... ^_____^
Kata Hati : Baru lepas siapkan puding karamel...!
.
1 Ramadhan 1433H.
SubhanaALLAH....Syukran YaALLAH Kerana masih berikan kita nafas untuk terus menikmati bulan yang penuh barokah ini.
Alhamdulillah, cuaca di Bandar Warisan sekarang ni cerah.Tempat kalian pula macam mana..?
Ramadhan kali ini, memang berbeza dari tahun sebelum ni.Kalau tahun sebelum ni batas aku untuk berblogging di bulan puasa amatlah terhad.
Al-maklumlah sibuk bergelumang dengan JARUM DAN BENANG .Jadi nak melepak dengan blog lama-lama memang tak dapetlah..!Kalau jenguk pun kejap-kejap jee.
Tapi tahun ni, aku tak bergelumang dah dengan jarum dan benang .Sebab tahun ni aku dah tak ambil upah menjahit.
Jadi dapatlah nak blogging macam biasa. InsyaALLAH.Tapi idoklah aku blogging je, ada juga aktiviti lain..hihihi
Kalian pula, apa aktiviti di pulan puasa ni..?
Kata Hati : Tiba-tiba pagi ni ada meeting mengejut..! .
SUMBER : http://www.islam.gov.my/
Jadual di atas adalah waktu imsak dan berbuka di kawasan aku. Untuk kawasan lain, kalian boleh semak [ DI SINI ].
Tinggal lagi beberapa jam saja lagi untuk kita menyambut kedatangan Ramadhan.Di atas kesempatan ini, dengan rasa rendah diri dan hati
Aku ingin mohon jutaan kemaafan buat kalian yang tidak jemu singgah ke siniTerutama ahli keluarga besar GENG SEGAR FOLLOWER .
Mohon maaf jika sekiranya ada salah dan silap tanpa sedar mahupun tidak terhadap kalian sepanjang persahabatan kita terjalin.
Yang baik datangnya dari ALLAH, sebaliknya datangnya dari kealpaan aku sendiri.Maafkan aku...
Dan di atas kesempatan ini juga aku ingin pesan pada kalian, jangan lupa jaga kesihatan sepanjang bulan ramadhan ini ya..!
Semoga dari malam pertama hingga malam terakhir di bulan Ramadhan kita diberikan keseronokan untuk terus beribadah. InsyaALLAH...
Kata Hati : Salam Ramadhan buat umat Islam seluruh duniaaa....!!
.
Mulakan entry di hari khamis yang indah ini Dengan join segmen nostalgia ramadhan yang di anjurkan oleh C'jai .
Menarik hadiahnya. InsyaALLAH kalau ada rezekikan.Nak tahu hadiah apa, cepat-cepat klik banner kat atas tu ye..!
Tarikh tutupnya 22 JULAI 2012 ni.Nak join pun sempat lagi tau..!
Dan terima kaseh juga buat M , yang sudi TAG Nur.
Banyak sebenarnya kenangan-kenangan yang masih segar di minda ni.Tak kiralah kenangan manis , pahit , kelat mahupun masam.
Semuanya masih segar di ingatan.Bukan mudah nak lupa...
Seperti yang kalian semua tahu, Baru-baru ini aku telah kehilangan seorang wanita yang aku sayangi.Jadi nostalgia yang aku ingin coretkan di sini adalah bersama dengan arwah opah.
Tahun lepas adalah kenangan paling manis sekali gus ianya adalah kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bilapun..!
Al-maklumlah, waktu dulu kecik-kecik, kalau berjalan beraya tu, lagi hari belum petang jangan haraplah nak balik ye dak..?
Tapi bila dah masuk alam dewasa ni, nak berjalan rumah saudara mara pun malas. Rela lepak depan tv lagi ni..!
Tapi tahun lepas, entah macam mana arwah opah tiba-tiba ajak aku, mak , tiga orang makcik dan seorang adik sepupu ( Darjah satu ) beraya satu kampung.Bukan naik motor atau kereta tau..tapi jalan kaki..!
Rumah pertama yang kami pergi, aku memang seganlah, tapi arwah opah paksa jugak..!Lagipun aku bukan kenal sangat pun jiran-jiran di kampung tu.
Yang paling aku segan, bila bersalam dengan tuan rumah minta izin untuk beransur,Aku pun dapat duit raya tauuuu...!
Waktu tu, memang muka merah padam tahan malu...!Sedaya upaya aku tolak tak mahu. Tapi dipaksa ambil juga.
Ishh...Malu laaaa, sebab aku dah kerja..bukan budak sekolah.Lagipun , sejak kerja, mana pernah dapat duit raya dahh...
Tiba-tiba tahun lepas dapat...! hihihihihihihi.Sampaikan adik sepupu aku pun jeles..sebab aku dapat banyak dari dia..!Ekekekekekekeh....!
Ada satu rumah ni, kami dah pun keluar pagar rumah ,Tiba-tiba tuan rumah panggil balik, sebab lupa nak bagi duit raya dekat aku.
Pergghhhh...serius malu...!Yang adik sepupu pandang senget je dekat aku..! kihkihkihkih..!
Kami jalan dari pagi, sampai zohor... Haaaa...sakan tak...? heeeee..Penat tu memanglah, tapi seronok tau..!Terimbas segala kenangan waktu kecik-kecik dulu..!
Tapi semuanya sudah tinggal kenangan manis bagi kami semua.Nak dapat rasa yang sama seperti tahun lepas tu, tak mungkin terjadi.
Syawal tahun ni, tiada lagi rendang daging air tangan dari opah..!Cuma doa yang tidak pernah putus dari kami semua buat arwah opah dan mereka yang sudah tiada..
Al-fatihah..!
Kata Hati : Teringin nak baca nostalgia bakal raja sehari a.k.a Arelan...! Heeeeeeee.... :).
Pemandangan Dari tingkat 7 , Hospital Ipoh.
Al - Fatihah...!
Kehilangannya amat kami rasai..!Kami sayangkan opah...tapiALLAH lebih sayangkan opahhh...!
17 Julai 2012 persamaan 27 Syaaban 1433HKembalinya arwah opah ke Rahmatullah.
Terlalu banyak kenangan antara kami dan opah.Walaupun arwah adalah opah sedara,
Tetapi arwah terlalu baik pada kami semua.Sentiasa beratkan kami semua.
Cakap saja mahu pulang ke kampung,Macam-macam di masaknya..!
Kalau raya, rumah opahlah semua adik beradik mak WAJIB bermalam.Kalau tak raya pun, rumah opahlah tempat WAJIB kami semua.
Raya pula, dari pagi sampai ke tengah malamRumah opah tak putus kunjungan tetamu yang datang,Sebab opah tak jemu hidang makanan.
Semalam, sepupu kecil menangis-nangis tanyakan ibunya"Siapa nak masakkan adik ayam bila balik kampung...?"
Sebak jiwa mendengar soalan dari si kecil..!Berderai airmata , Ramadhan dan syawalBagai hilang serinya..
Al-Fatihah buat arwah opah..!Moga opah di tempat di kalangan orang yang soleh dan solehah...Amin..!
Kata Hati : Agak lama untuk menhasilkan entry ini, kerana terhenti bila bersulamkan airmata.. Al-fatihah..!.
Hari ni yang mulia ini, mulakan entry dengan join segmen dari salah seorang ahli GSF .
Saya blogger dari Perak.
Kalian pula blogger dari mana...?
Moh le join..! Senang je segmen ni..!
Segmen tamat : 12 Ogos 2012 , Jam 11.59pm.
Nak join....?
KLIK BANNER.
Nur nak TAG ahli GSF yang Nur jumpa semalamlah ...!
Siapa lagi kalau bukan Cik Aini ...!
Kata Hati : Moh join wehhhh...!
.
Amboii..Tajuk entry kali ni.Kemain lagikan..!
Macam ni ceritanya..!Setelah lama merancang, Akhirnya kami ketemu juga..!
Siapa..?Haaa..ni yang nak habaq ni..!
Orang yang di maksudkan ialah Cik Aini .Pemilik blog Cik Aini Lavender's Story .Atau lebih dikenali dengan nama Ai.
Haaa...sekarang kalian tahu, Kenapa tajuk entry ni kemain lagi..!Hihihihihihi..
Jutaan terima kasehlah buat AiSebab sudi juga datang jumpa Nur.
Kalau kalian salah seorang daripada ahli tegar Geng Segar Follower ,Pasti kenalkan siapa Cik Aini yang aku maksudkan.
Yaaa betulll...!Cik Aini adalah pemilik Blog yang ada bau-bau lavender's tuuu..!
Seronok dapat jumpa Cik Aini , Kelakar orangnya..!Tak sombong dan yang penting comel..!
Kalau kalian tengok dalam gambar pun ai dah comel.Dekat luar lagilah comel..!
Tak percaya...?Nanti jumpa sendiri baru tahu.
Apapun aku ingin ucapkan terima kaseh sekali lagi pada Ai.Dari jauh datang jumpa aku.
Sampai tak sempat nak buat apapun.Almaklumlah, leka berborak..!Heeeeeeee.... ^___^
Sekali lagi Ai...Terima kaseh segalanya...!Miss You..!
Kata Hati : Terima kaseh buat sepupu aku, yang sudi ambil gambar kami berdua..!
.
Kata Hati :
Nila ni dulu fames tau..!Siapa Pernah Pakai..?
.
Selamat hari selasa..!Harap kalian semua dalam keadaan sihat sentiasa HendakNYA.
Nampak tak gambar di atas..?Haa..itulah laksa. Yang nampak berketul-ketul tu telur dadar yang di hancurkan.
Sebenarnya laksa ni mak buat hari jumaat lepas.Kebetulan pada hari yang sama aku terbaca entry mengenai [ Laksa Telur Goreng ] di blog IntaNBerliaN
Katanya sedikit berminyakSebab telur gorengkan kena goreng dengan minyak.
Tapi aku pula tak suka makan laksa dengan telur goreng.Sebaliknya telur tu di goreng macam telur dadar tu, tapi di hancurkan.
Bila dah agak-agak garing telur tu, Bolehlah di taburkan dalam mangkuk laksa kita.
Sebiji telur pun dah memadai.Sebab suapan ke mulut, anda akan terasa penuh dengan telur.
Tapi ingat, telur dadar yang mahu di goreng tu,Hanya memerlukan sedikit saja minyakSebagai syarat telur tu tak melekat di kuali.
Siapa yang kebetulan buat laksa hari ini.Ataupun memang dah cadang-cadang nak tapau laksa.Bolehlah cuba.
Tukar selera, asyik telur rebus je kan.Apa kata hari ni, tukar telur dadar ataupun telur goreng.
Selamat mencuba..!
Kata Hati : Bulan lepas hampir sepuluh kali mak buat laksaaaa.....!
.
Alhamdulillah..!Syukur pada ALLAH, kita masih di sini.
Harap kita semua dalam keadaan sihat sentiasa.Kalau tak sihat tu, cepat-cepat jumpa doktor ye..!
Selamat hari isnin semua..!Cepat je masa berlalukan.InsyaALLAH, tak lama lagi kita semua dah nak berpuasa.
Entry hari ni, biasalah entry kelaut.Al-maklumlah hari isnin. Kena seru mood baliklah kan.
Tajuk entry di "Dulu Dan Sekarang"Apa yang dulu, dan apa yang sekarang...?
Kalian nampak tak gambar di atas..?Haaa..itu gambar dulu tau..!
Si Bulat memang senang beno di suruh bergambo..!Buat macam mana pun, dia ikut je.
Kira senang sesangatlah nak bentuk.Al-maklumlah kecik lagi time tu.
Tapi sekarang, kemain susah bebeno nak suruh bergambo..!Bila kita suruh dia buat gaya, dia tak mau.Sebaliknya dia buat muka..!
Eiiii...ringan je tangan ni..!Sampai letih di buatnya..!
Nak tengok ke gambar Si Bulat sekarang..?Memang tak boleh belah dia buat muka.
Ada dua tiga keping, tapi yang bawah ni je yang kira ok.Yang lain semua ke laut.
Hahahahahahahahahahahahahaha....!
Kan...? Memang dia buat muka sungguh..!Muka bengang..sebab kena paksa dan kena marah dengan aku.
Geram aku..!
Lepas sesi photoshoot bagai ni kan..Tak pasal dia dapat satu sekeh percuma dari aku.
Fadan Muka..! Sape suruh degil...!Kihkihkihkihkih..!
Tapi lepas Si Bulat Operate baru-baru ni,Dia kembali senang untuk berposing.
Tak takut lagi dengan flash kamera.Kalau ada masa aku letakkan gambar terbaruSi Bulat dengan rumah barunya ye.
Kata Hati : Ceria sentiasa tau...Kalau buat muka geng dengan Si Bulat..!hihihih.
.
PENGUMUMAN..! PENGUMUMAN..! PENGUMUMAN..!
Nak LIPS BUTTER a.k.a LIPSBALM BODYSHOP daripada YARA SOPHEA tak..?
Senyum lebar-lebar dulu.. ^_____________^Manalah tahu, kalau bertuahkan...!
Okayh, caranya mudah je tau.Sekacang petik jari..!
Tak perlu buat entry apa-apapun..!Cuma perlu FOLLOW BLOG YARA SOPHEA Dan LIKE PAGE FB YARA SOPHEA.
Mudahkan..!Tak percaya lagi...?
Ish...Ish..ish....!Moh le kita ke blog Yayan'sMum.
Baca dan faham betul-betul tau..!
Tawaran ini SAH sehinggah 11.59MALAM PADA 12 JULAI 2012.
Jadiiiii...Apalagi..Terjahlahhh..!!
Kata hati : Aku dah FOLLOW dan LIKE... Kalian bila lagi...?
.
Bila post entry pasal makanan je mesti rasa laparkan. Ketika menaip ni, perut duk berbunyi-bunyi minta di isi..!
Kalian rasa tak apa aku rasa...? Heeeee.... :)
Kalau sebelum ni, aku memang meleleh habis tengok Salad leleh hasil tangan dari Blogger Yayan'sMum tau..!
Dan semalam, dengan jayanya aku buat salad ayam leleh ala-ala Yayan'sMum.Kenapa aku kata ala-ala...?
Sebabnya rupa seakan-akan sama. #Tapi Yayan'sMum deko salad leleh lagi cun..!Tapi bahannya lain-lain, kecuali salad. (kalau tak salahlaaa...)
Kalau salad leleh dari Yayan'sMum, YM gunakan Salad , Lettuce Butterhead , Tuna TC Boy , Telur dan Thousand Island sebagai sos.
Tapi salad yang aku buat semalam, aku hanya gunakan Salad bulat , daging burger ayam di grill atau di goreng (potong dadu) , Mayonis , cheezy powder (dibancuh dulu) dan sos cili.
Cara penyediaannya sama macam YM buat.Gaulkan salad , daging burger yang di potong dadu.
Hidangkan dan zia-zagkan sos cili , mayonisDan juga cheezy powder yang telah di bancuh tadi.
Dan apalagi, sedia untuk di NGAPPP..!!Tema masakan ni senang je,Ringkas dan kenyang...!
Kalau kalian nak letak bahan-bahan lain pun boleh..!Kreativiti dalam memasak ni sangatlah penting.
Bak kata Super Mummy Yayan, Campak-campak je dah siapkan..!
Kata Hati : Tak cukup bahan nak buat macam Yayan'sMum...! Oh ya...! Kalau nak tengok macam mana rupa cheezy powder boleh terus ke Blog Kak Diena . Nak order terus pun boleh...!
.
Soalan :
APAKAH hukum membeli atau menggunakan barangan terpakai yang kita tidak tahu sumber asalnya?
Jawapan :
HUKUMNYA harus untuk membeli barangan terpakai, jika tidak tahu asalnya dan tidak nampak dengan mata tentang asalnya barangan tersebut.
Jika ragu maka janganlah dibeli kerana setiap perkara yang ragu itu ialah shubbah berdasarkan sabda Rasulullah SAW, "Tinggalkan yang meragukan pada yang tidak meragukan". Wallahu a'lam.
Sumber : Harian Kosmo
Kata Hati : Salam Jumaat buat semua...!
.