Aku sedar, aku Cuma manusia biasa. Kadang-kadang aku rasa
tak layak nak kata apa-apa. Tapi di sebabkan atas rasa sayangkan seorang
sahabat yang pada mata aku ianya terlalu baik, aku kuatkan diri juga untuk
berkata-kata. Marahlah aku bagaimana
sekalipun, aku tetap mahu dia sedar setiap apa yang dia lalui itu adalah SALAH..!
Ikut pengalaman, aku sendiri pernah alami apa yang dia
alami. Sakit, perit tu jangan cakaplah, sampai kekadang dah lali. Berbuih-buih
nasihat dari kawan-kawan, aku abaikan macam tu je. Samalah seperti dia sekarang
ni. Diabaikan segala nasihat sebab rasa kaseh tu, makin hari makin menjalar
ke lubuk hatikan..!
Situasi kita mungkin sama, tapi jalan cerita kita berbeda. Aku
kuat untuk tinggalkan apa yang aku
lalui, mungkin dia tak kuat tinggalkan semuanya. Tapi aku harus beritahu, yang
dia perlu kuat untuk lakukan semuanya…! Yep..semuanya..! tinggalkan, lupakan
segala-galanya..!
Kadang-kala aku fikir sampai bila aku harus jadi macam ni.
Dan aku rasa, dia pun ada terfikir benda yang sama. Sampai bila harus jadi
hamba pada cinta yang tak pasti? Jawapan tu, Cuma ada pada diri sendiri. Tepuklah
dada, tanyalah hati..!
Kalau bicara pasal kekuatan. Kuat aku, kuat lagi dia. Dan bodoh
aku, bodoh lagi dia. Semuanya dah terang depan mata, tapi dia tetap pertahankan
segala rasa tu. Situasi ni, amat memeritkan. Sekali gus, amat merisaukan.
Ayuh..sahabat...! Lupakanlah,
lepaskanlah. Aku yakin dengan kemampuan hang..!
Sahabat..! pesan aku, sayangilah diri sendiri sebelum kita
sayangi diri orang lain. Kalau tak sayang diri sendiri pun, fikirkan perasaan
kedua orang tua kita. Mungkin kita tak akan conteng arang dimuka mereka, Cuma takut,
ada tangan yang yang cuba menconteng arang kemuka orang tua kita atas kesalahan yang bukan kita lakukan..!
Fikir-fikirkanlah sahabat..!
Kata Hati : Maaf kalau-kalau entry ini buat hang terguris…! MAAF sekali lagi....!
.