Rabu, 3 November 2010

.:: HILANG ::.

.



Salam.


Alhamdulillah, sekali lagi di berikan kesempatan ini untuk terus menulis di ruangan ini. Entry untuk kali ini sebenarnya mahu menulis semalam lagi, tapi di sebabkan sibuk tak dapatlah nak menaip.

Sebenarnya, tajuk entry kali ini, aku tekankan bila aku sendiri sedang mengalaminya ketika ini. Tentang kehilangan seseorang yang sebelum ini selalu ada dan tidak jemu untuk merapati aku. Berhari-hari jugalah aku membuat keputusan dan memberanikan diri . Dan bila aku pula sudah bersedia untuk menyambung salam persahabatan yang di hulurkan, tiba-tiba dia pula hilang entah kemana.

Walaupun ia berlaku secara spontan, tapi kehilangan itu amat di rasai. Dan ini menimbulkan persoalan di dalam fikiran aku, sedang aku dulu menagih kasih dari seseorang, dan bila aku sudah tiada lagi, adakah dia sedar atau rasa tentang kehadiran aku suatu ketika dulu? Dan andai ini terjadi, untuk menyesali apa yang telah terjadi, rasanya sudah terlambat. Kerana itu yang aku rasakan ketika ini. Walaupun aku tahu, peluang itu masih ada. Tapi, sebagai manusia biasa, aku hanya mampu merancang. Selebihnya, DIA yang akan menentukan.

Bukan sekadar persahabatan, tetapi ia merangkumi dari semua yang terlibat di sekeliling kita. Mungkin sebelum ini kita abaikan suami atau isteri kita, dan bila salah seorangnya tiada, mungkin rasa ingin menghargai dirinya membuak-buak. Tapi malangnya, mungkin sudah terlambat.

Dan paling terkesan bila kita mengabaikan kedua orang tua kita, dan bila sudah kehilangan mereka, barukah kita akan rasa biasa? Sedangkan hati sangat ingin mereka di sisi di saat kita sudahpun kehilangan mereka. Menangis airmata darah sekalipun, semuanya tidak akan berulang seperti perakam astro beyond. Ini kerana, kehidupan realiti tiada ulang tayang untuk kali kedua, ketiga dan untuk kali-kali berikutnya.

Jadi, apa kata kita sama-sama menghargai setiap orang yang berada di sisi kita. Tunjukkan kasih kita sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa, sebagai seorang suami kepada isterinya, manakala sebagai seorang isteri kepada suaminya, sebagai seorang abang dan kakak kepada adik-adiknya, sebagai seorang adik kepada abang dan kakaknya, sebagai seorang kekasih kepada kekasih hatinya, sebagai seorang tunang kepada tunangannya dan sebagai seorang sahabat kepada sahabat yang lain.

Dan rasanya kita mampu untuk lakukan semua ini. Menghargai siapa saja tidak ada ruginya. Malahan kita yang akan rugi jika kita langsung tidak menghargai apa yang ada di hadapan kita. Pada kalian yang sudah pernah merasai kehilangan, tentu kalian tahu apa yang aku cuba sampaikan.

Rasanya, sampai disini saja untuk bebelan kali ini. Sama-samalah kita menghargai sesama kita.



Salam…

 
Kata Hati : Harap Di Berikan Peluang Kedua DariNYA...Amin..!!
 
 
.

Isnin, 1 November 2010

.:: SENYUM ::.

.



Alhamdulillah.


Sekali lagi di berikan kita kesempatan bertemu di ruangan kecil ini. Seharian tidak meng’online’ kan diri di sebabkan di serang hendap oleh demam selesema. Huiihh..! pekara yang paling aku malas. Mengadap selesema. Aku ni, kalau kena selesama memang cepat baik, masalahnya, bila kena teruk betul. Mukus-mukus sentiasa merembeskan cairan dari rongga hidung aku ni. Bersin, kalau tak lebih 50 kali, memang tak sah. Itu aku.

Di sebabkan tak tertahan sangat dah, tepat jam 8 malam aku keluar memandu bertemankan mak dan adik yang bongsu ke klinik berhampiran. Walaupun hujan renyai-renyai dan kepala berdenyut, ia tidak mematahkan usaha aku yang gigih mahu cepat sembuh ni. Lepas makan ubat yang di berikan malam tadi sebelum tidur, segala mukus-mukus dah mulai kering. Alhamdulillah.

Okay, cukup merepek sampai situ. ^_^. Macam kalian nampak, terang-terang tajuk kali ni mengenai senyum. Eh..! kenapa ek aku pilih tajuk senyum. Jawapannya, aku sendiri pun susah mahu senyum sebaik sahaja kaki melangkah meninggalkan tempat kerja aku. Percaya tak?

Okay. Bagi yang percaya, terima kasih, kerana kita mungkin serupa tapi tak sama. Dan pada yang tidak percaya atau kurang percaya, kalian kena percaya kerana itulah aku. Bila berada di tempat kerja, aku perlu sentiasa senyum manis, walaupun tak pernah tahu tahap kemanisan senyuman sendiri. Hahaha. Ini kerana aku perlu berhadapan dengan pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke tempat aku. kalau masam muka, rezeki lari la beb..!! Tapi sebaik saja aku melangkah keluar dari tempat kerja. Jangan harap aku nak senyum dekat orang yang aku tak kenali.

Kalau orang yang aku tak kenali tu, senyum dekat aku, belum tentu aku mampu untuk balas senyuman ikhlas dari orang tu. Itu aku. Serius, itu memang aku. bukan kedekut senyuman. Mungkin siapa yang kenal aku, tahu siapa aku. Dan yang baru mahu kenal atau cuba-cuba kenal, harap jangan kecil hati jika aku tidak balas senyuman kalian.

Bukan sombong, Cuma sedikit kekok. Tapi kalau hari-hari aku bertemu dengan manusia yang sama dan tak jemu memberikan senyuman ikhlas pada aku, aku tidaklah kejam, aku akan membalas juga senyuman itu, maka terjalinlah satu salam persahabatan secara spontan di antara aku dan si pemberi senyuman.

Seperti biasa, sedang menaip entry untuk kali ini, aku cuba pujuk diri moga murahkan senyuman dan maniskan senyuman yang ada. Mungkin terlaksana juga pujuk rayu yang aku terapkan di sini. Jika kalian-kalian juga serupa seperti aku, sama-samalah kita pujuk diri, agar sentiasa senyum. Tapi jangan senyum sorang-sorang dah la, nanti tak pasal-pasal di anggap sewel. Hahaha.

Okaylah, cukup sekadar entry kali ini. Malas nak merepek panjang-panjang. Nanti lain cerita pula jadinya. Hehehe.



Salam…

 
Kata Hati : Mahu Berlatih Senyumlah. n_n
 
 
 
.