Jumaat, 15 April 2011

.:: Cerita Sebabak Aku 1 | CSA 1 ::.

.
Didalam Cerita Sebabak Aku ( CSA ) nama , tarikh , masa dan tempat atau apa sahaja maklumat tidak akan dinyatakan untuk keselamatan bersama.


Pejam celik, pejam celik tak sangka hari yang di nanti-nantikan akan tiba. Sebelum ni punyalah rasa tak sabar. Rasa lambat sangat-sangat. Alih-alih bila tarikh yang di tunggu-tunggu itu hampir tiba, hati pula rasa tak tenteram. Ish..ngada..! (haipp…! Nama pun Cerita Sebabak Aku - CSA)

Bila dah tinggal sehari saja lagi menjelang hari esok ( bukan debaran mengundi di Sarawak ya..! ), Macam-macam persoalan yang muncul dalam kepala ni.  Samada ini adalah pilihan yang tepat atau tidak.serasi atau tidak. Haissh..! macam-macam lagilah. Sebab sebelum ni pun adalah satu dua yang tak serasi. Last-last di tinggalkan begitu je. Kasihankan?

Oh..Kasihan…!

Kali ini  dari segi luarannya aku lihat dia ok, segak dan kemas. Tapi cuma dalamannya je yang aku tak tahu lagi. Lagipun aku  bukan pandai sangat nak menilik bagai ni. Asalkan sedap mata memandang, selesa dan serasi bersama sudah memadai bagi aku.

Tapi kalau tak serasi macam mana?

 Aduhh…!

Pening-pening. Terus terang cakap, memang jiwa aku tengah kacau ni. Mungkin di sebabkan pengalaman lalu hati ini jadi gundah gulana. Takut laa..! takut untuk kali ini, jadi macam yang lepas-lepas juga. Macam mana?

Sebab tu aku kena buat keputusan sebelum hari  itu muncul. Kalau boleh tak nak tersalah langkah seperti sebelum ni. Cukup-cukuplah dengan pengalaman dulu. kalau boleh tak nak di ulang lagi.

Serik...!!!

Apa-apapun, aku akan terus berdoa moga itu  yang terbaik buat aku.InsyaALLAH.

 Hakikatnya, debaran esok jelas terasa...!
Sangat terasa...huhuhu..

.

.:: Mulanya Cerita Sebabak Aku ( CSA ) .... ::.

.





Assalamualaikum.
Sekali lagi di berikan kesempatan dari Ilahi untuk terus bertemu di ruangan ini. Tanpa keizinan darinya, pasti kita semua tidak dapat melaksanakan apa yang telah terlaksana untuk hari ini.

Syukran Ya ALLAH..!

Alhamdulillah, Sudah lama tidak mengeluarkan entry, tapi untuk entry kali ini adalah entry pemberitahuan tentang kemunculan “Cerita Sebabak Aku” ( CSA ) di blog ini tidak lama lagi. CSA akan menceritakan apa yang terjadi bukan saja pada diri aku, malah apa saja yang ada di sekeliling aku baik yang lama mahupun baru.

Akan tetapi, di dalam  CSA tidak akan mengeluarkan sebarang nama , tempat , masa, tarikh atau apa saja maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang berkaitan dengan cerita. Ini adalah  kerana CSA bukanlah bertujuan mahu mengaibkan sesiapa. Malah CSA  sekadar mengimbau dan mencatat segala kenangan suka duka dalam diri aku di ruangan ini.

InsyaALLAH, jika tiada apa-apa halangan CSA untuk pertama kalinya akan di muat turunkan pada malam ini. Harapnya moga kalian terhibur dengan karya merapu aku nanti. Huhuhu.

Dan berharap CSA ini tidak menguris hati mana-mana pihak.  Aku Mohon ampun dan maaf jika sekiranya CSA menguris hati dan perasan mereka.

Ribuan terima kasih juga pada kalian yang sudi dan tidak jemu-jemu singgah di blog ini. insyaALLAH, panjang umur kita bersua kembali.

Mu’asallammah…! 




Kata Hati : Sekadar Bercerita......