Rabu, 17 Ogos 2011

.:: Perkhabaran itu .... ::.

.
Assalamualaikum.

Salam Nuzul Al-Quran | 17 Ramadhan 1432H.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. SubhanaAllah. Allah itu maha besar. Tanpa keizinan dariNya pasti kita semua tidak berada dimuka bumi ini kan?

Usai subuh pagi tadi, seperti biasa aku selalunya tidak terus sambung tidur sebaliknya, aku sambung menjait baju-baju yang belum siap. Selagi tak siap selagi itulah fikiran terganggu. Al-maklumlah, bila kita di amanahkan untuk melakukan sesuatu perkara, hati tidak akan tenang selagi perkara yang di amanahkan itu belum di laksanakan. Betul dak??

Bila aku mula menjahit, boleh nak dikatakan 90% tumpuan aku hanyalah kepada menjahit. Selebihnya adalah untuk aku peka dengan keadaan sekeliling. Maknanya tidaklah aku buat tak tahu je time menjahit tu kan.

Kadangkalanya aku menjahit sambil mendengar radio, menonton tv ataupun ber’sms’. Hanya tiga perkara ini saja yang aku akan lakukan ketika menjahit. Maka tumpuan selebihnya, hanya pada tiga perkara tadi.

Pernah juga aku mejahit sambil melayari laman muka buku. Tapi hasilnya memang tak siaplah baju yang di jahit tu. sebab itulah aku jarang nak meng’online’kan diri jika ada baju yang belum siap.

Tapi lain pula pagi ini, aku segera berhenti menjahit, bila mendapat satu perkhabaran yang mengembirakan dan dalam masa yang sama aku terasa sedih. Atau lebih senang hati aku rasa tak keruan. Sehinggakan seluruh tumpuan aku hilang serta merta.

Pada mulanya aku menjahit di ruang tamu, tapi bila rasa sebak mula menyulam jiwa dan perasaan, pandangan mata pada jarum dan benang mula kabur, cepat-cepat aku lari masuk kedalam bilik. Bukan sambung menjahit sebaliknya menahan rasa sebak yang tiba-tiba datang dengan sendirinya.

Sumpah..! aku tidak memaksa butiran jernih itu keluar dari tubir mata. Sebaliknya ianya mengalir dengan sendiri. Cuba pujuk hati. Tapi apakan daya aku tidak mampu melawan rasa hiba yang hadir dengan sendirinya.

Ya Allah, bukan aku tidak gembira dengan perkhabaran yang sampai ke telingaku. Cuma aku sedih, takut serta hampa bila mengenangkan jika tiada rezeki aku untuk menemaninya nanti. 

Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana keinginan aku bila mengukir angan jika peristiwa itu tiba. Bertambah sedih bila segala apa yang di angankan itu mungkin  tidak akan berlaku.

Bila terasa keinginan aku untuk menemaninya tidak kesampaian, rasa sesak dada memikirkannya. Saluran pernafasan seolah-olah mengecil dengan sendirinya. 

: Ya Allah, hambaMu hanya berserah dan bertawakal padaMu,  sesungguhnya hambaMu ini hanya mampu merancang, tapi Engkaulah yang menentukan segalanya.
 
InsyaALLAH, moga rezeki itu berpihak pada aku dan jika panjang umur insyaALLAH aku akan terus menemaninya…! Amin..!!



Kata Hati : Moga rasa ini dapat di bendung..InsyaAllah. 



.

Ahad, 14 Ogos 2011

.:: Lain Yang Di Cari , Lain Yang Di Jumpai | Oh..Buku..! ::.

.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi, kerana di beri kita semua peluang untuk bernafas dan menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini.

Syukran Ya Allah..!

Pagi tadi lepas balik dari pasar pagi Kamunting, aku tergesa-gesa mencari koleksi resepi biskut yang aku berkurun lama aku simpan. Al-maklumlah, time tu tengah bersemangat nak buat biskut raya kononnya.

Puas jugalah aku mencari. Habis semua tempat aku geledah. Jumpanya tak juga. Biasalah, benda yang kita nak sangat tak akan jumpa serta merta. Tapi kalau kita dah tak nak guna apa yang kita cari tu, tak payah cari, sentiasa ada je depan mata kan?

Dah habis satu almari aku geledah, tapi masih tak jumpa. Cuma yang tinggal hanya satu kotak je yang belum aku periksa. Harapan dalam hati ni berbunga bagai nak gila, mengharapkan koleksi resipi aku tersimpan rapi di dalam kotak tu.

Taraaaaa..! 

Setelah kotak di buka, hati yang berbunga-bunganya tadi hampir saja layu sebab BUKAN koleksi resepi yang tersimpan rapi di dalam tu, sebaliknya dua buah buku yang dah lama aku cari. Setengah tahun adalah..!

Maka makin berkembanglah bunga dihati aku, bila buku tu aku jumpa kembali. Dah sepuluh tahun buku tu dengan aku, Cuma hilangnya bila aku mula membuat pertukaran bilik dengan mak aku. Time tu semua barang-barang rahsia aku simpankan di dalam kotak. Tapi buku tu lah yang paling aku sayang.

Di akhir muka surat buku tu, ada kata-kata yang aku tulis sepuluh tahun lalu. Bila di baca kembali senyum sorang-sorang di buatnya, tapi maknanya sangat mendalam bagi aku. Ini kerana apa yang aku tulis rasanya sama seperti sekarang. Akibatnya, aku bila dah jumpa buku tu, aku langsung terlupa tujuan utama aku mengeledah seawal pagi tadi.  Hahahah..!

Bagi mengakhiri entry ni, tinggalkan kata-kata yang terdapat di dalam buku itu.

Ku akui dugaan datang jua pergi,
Sinar bak suria bercahaya,
Bagai mentari sinar mekar tanpa jemu,
Aku di sini tetap seperti dulu,
Akan terus berusaha tanpa jemu,
Dan ku ingin di ibaratkan,
Seperti sinar suria yang tak pernah jemu.



 Kata Hati : Resepi langsung tak jumpa..huhuhu...dan tak sabar nak tunjuk buku itu pada seseorang..!


.