Selasa, 3 Julai 2012

.:: Ringkas Tapi Padat ::.





Tik..tok..tik..tok...!

Dah pun masuk tengahari kan.
Kejap je masa berlalu sekarang ni.
Nampak sangat dah dunia hampir tamat ke penghujungnya kan.?

Kalian semua dah makan tengahari...?

Memandangkan panas terik kat luar tu,
Aku yang memang pemalas ni, lagilah bertambah malas nak keluar.

Panas sekarang ni lain macam tau..!
Tak percaya, cuba berdiri tengah panas tu dalam 10 minit,
Pasti basah satu badan macam kena simbah air.

Jadi hari ni, lepak-lepak sambil makan roti dan minum jus oren je la tengahari ni.
Mula-mula aku tengok roti  butter toffer keluaran gardenia ni dalam Blog Errah .

Nampak macam sedap. 
Tadi sebelum ke tempat kerja, singgah kedai.
Tengok ada roti tu, sambarlah satu...!

Rugi pula beli satu, sebabnya roti tu betul-betul sedaaapp....!
Lembut dan ada inti butter di tengah-tengah roti tu.

Kalau kalian tak percaya, nanti singgah mana-mana kedai beli satu.
Satu bungkus tu  RM 1.00, kalau di Sabah dan Sarawak tak pasti pula berapa.

Okeyhlah, cukup sampai dis ini promot roti ni,
Nak tahu rasa sebenar dapatkan sendiri di kedai berhampiran kalian ye..!

Kalian lunch apa hari ni...?



Kata Hati : Roti ni, cicah kopi pun sodap...!

.

Isnin, 2 Julai 2012

.:: Susu Segar ::.





Alhamdulillah...!

Syukur Pada ALLAH, kerana di beri kesempatan buat kita bersua di sini lagi.!

Sebenarnya, rasa malas sedang menguasai.
Jadi nak update blog atau nak buat apa saja kerja punyalah rasa berat..!

Tambahan pula, otak sedang kekontangan idea.
Haaa...tu yang bertambah-tambah-tambah malas tuuuu..!

Jadi bila bedek-cedk balik gambar dalam lama dalam folder,
Terjumpalah gambar di atas entry ni ha..
Lama betul tak minum susu segar ni.

Kalian pernah jumpa tak susu segar berpacking macam dalam gambar tu..?
Kalau pernah tentu terasa-rasa kelazatannya kan..!

Kalau dulu kawasan Taiping ni, senanglah nak cari..!
Tapi sekarang susah sikit, kalau ada pun cepat sangat habisnya.

Sedia maklum, aku bukanlah pengemar susu.
Hanya susu berperisa je yang tekak aku boleh terima.
Kalau susu putih tu...susah sikit nak telan..hihihihi..

Tapi aku memang rasa kagumlah pada mereka-mereka yang pengemar segala susu.
Tak tahulah kenapa aku rasa kagum.
Tapi memang rasa kagumlah..!
Hihihihihi..

Adakah kalian peminat nombor satu susu segar...?


Kata Hati : Lenguh pinggang dan tak cukup ZzZzZzzZZzzZ....#Sekian..!

.