Selasa, 2 Oktober 2012

.:: Trip Ke Pulau Lagenda ::.




16 Zulkaedah 1433H.
Salam Selasa buat kalian..?

Harap dalam kedaan sihat sentiasa hendakNYA.

Sedia maklum, baru-baru ini aku ke Pulau Lagenda.
Percutian kali ini seronok, sampaikan rasa tak puas..!

Tambah-tambah bila dapat jumpa  BLOGGER..!
Lagilah rasa sayangnya nak tinggalkan Pulau Langkawi.

Sebaik saja selamat tiba di Pulau Langkawi, sebelum meneruskan perjalanan.
Team aku singgah di sebuah warung untuk mengisi perut yang kosong sejak dari malam lagi.

Bukan tak ada gerai di Jeti Kuala Perlis, cuma memang mahu biarkan perut kosong seketika.
Risau kalau-kalau mabuk laut dalam feri nanti.

Jadi untuk mengelakkan daripada munggek tak tentu pasal.
Lebih baik biarkan perut kosong, rasanya lebih selesa.

Lepas semuanya kenyang, pemandu pelancong selaku orang yang arif tentang tempat-tempat perlancongan terus bawa kami ke Jalan Bayas. 

Di situ ada sebuah kedai yang menjual pelbagai kain batik.
Ada batik jawa yang khas di import dari Indonesia.

Di sini, aku turun sekejap je. Sekadar cuci mata.
Tak ketinggalan ada juga yang borong kaw-kaw kain batik sebagai buah tangan.

Lepas itu, pemandu terus bawa kami ke kilang minyak gamat.
Perjalanan tak sampai 5 minit dari kedai jualan kain batik tadi.

Kami berpeluang berdiri dekat dengan kawah air gamat yang sedang mendidih. #Seperti gambar di atas.
Dan ada dua tiga orang yang turut di beri peluang mencelupkan jari mereka di dalam minyak gamat yang sedang mendidih. 

Dan ternyata, itu adalah minyak gamat asli, sebab tangan diorg langsung tidak melecur.
Tapi kalian jangan cuba-cuba buat dekat rumah pula ye..!

Aku tidaklah mencuba, sekadar ambil bau herba gamat original saja..! #takut sebenarnya..!

Dekat kilang gamat ni, mak dan abah memang syok la shopping.
Aku sekadar cuci mata je, selebihnya kerja aku tangkap gambar.

Jom kita layan gambar yang adoo...



Boleh rambang mata tau tengok banyak giler minyak gamat.!


Mak tengah pening nak memilih, Ikut hati nak hangkut semua jerr..!


Tadi Mak, ni Abah pula pening nak memilih..Heee...!


Inilah gamat mentah, yang belum di proses. 
Orang cakap, makan gamat macam ni lagi mujarab..!

Gambar di kedai kain batik tu, memang tak ada.
Sebab aku turun sekejap je pun.
Memang terlupa sungguh nak ambil.

Cukuplah sampai di sini, nanti aku sambung lagi 
Ke destinasi seterusnya selepas ke kedai gamat ni ye...!


Kata Hati : Sedia maklum ye, gambar aku memang tak banyakk..! 
.

Isnin, 1 Oktober 2012

.:: Bila M Dan N Bertemu... ::.




1 Oktober 2012.
Selamat hari isnin semua..!

Sekejap je masa berlalukan, kita sudah pun berada di bulan yang ke 10 pada tahun 2012.

Hujung minggu lalu, serius penat berjalan sampai tak tahu nak bayangkan macam mana penatnya.

Al-maklumlah, pertama kali ni, jejakkan kaki ke Pulau yang penuh dengan cerita-cerita lagenda. Mana lagi kalau bukan Pulau Langkawi.

Nama pun pertama kalikan, jadi satu hari memang jalan tanpa henti..!
Masa pula terlalu suntuk, jadi keadaan amatlah tergesa-gesa.

Tapi dalam keadaan tergesa-gesa tu kan, sempat juga aku jumpa blogger tau..!
Blogger ni juga adalah salah seorang Ahli Geng Segar Follower tau...!

Rasanya ahli GSF tahukan siapa blogger yang menetap di Langkawi.
Ya betulll..! Blogger yang aku jumpa itu ialah M. Pemilik blog "Mai Nak Cerita"


Yang Serba Ungu itulah Pemilik Blog "Mai Nak Cerita"


Walaupun pertemuan di rancang ni sudah di maklumkan.
Tapi pada hari kejadian aku tetap memaklumkannya sekali lagi.
Seawal 7 pagi lagi aku hantar SMS  pada beliau.

Cuaca hari tu baik walaupun sedikit redup. Risau juga kalau-kalau hujan. 
Sebab kalau hujan mungkin team aku tidak akan ke Oriental Village, Langkawi Cable Car.

Ini kerana kamu di maklumkan, kalau kedaan cuaca tidak baik, perkhimatan Cable Car akan di hentikan.
Kalau di hentikan, mungkin team aku akan ke lain destinasi yang lain.
Jika itu berlaku, harapan untuk berjumpa tu lagi tipislah jawabnya..!

Alhamdulillah Syukur...keadaan cuaca petang tu baik sekali.
Dan akhirnya, dalam pukul 4.25PM macam tu lah, baru aku dan blogger manis lagi cun tu dapat jumpa..!

Macam tak percaya je tau..!
Dalam keadaan tergesa-gesa tu, dapat juga kami ketemu.

Bila di maklumkan, keberadaan beliau dalam kawasan Oriental Village tu,
Aku lari-lari anak untuk ke tempat yang di maksudkan.

Langkah jadi perlahan bila sampai ke jambatan merah yang di maksudkan.
Terdengar juga telefon bimbit berbunyi dari dalam poket.
Tapi aku langsung tak peduli..!

Dan Akhirnyaaa...!
Tak sangka sekali lagi, aku dapat mengecam beliau..!
Memang tak berubahlah muka blogger ni dari dalam gambar dengan luar.

Bila aku tanya, "ini M ke?"
Dia terus mengaku..!

Katanya, baru dia baru hantar SMS untuk beritahu warna pakaian.
Tapi aku tak baca pun, aku boleh kenal orangnya..!

Memang cantik , putih gebu orangnya tau..!
Kalau sebelum ni, aku duk baca je cerita mengenai Khalish kan?

Tapi sabtu lepas, siap dapat jumpa lagi tau..Comel macam mak dia..!
Selain Khalish, aku jumpa dapat berkenalan dengan opah Khalish tau.!

Seronok sembang-sembang dengan M.
Memang macam dah kenal lama je.

Cuma yang tak seronoknya, masa tu terlalu mencemburi kami..!
Masa dah di tetapkan, bas akan gerak bila-bila masa saja lagi waktu tu,

Menjerit-jerit telefon dari dalam poket aku ni.
Panggilan dari Mak.

Memang terasa macam nak lepak lama je tau. Seronok sangat dapat jumpa M.
Tapi keadaan tak mengizinkan..Ralat jugalah rasa,
Sebab tak puas berborak..!

Sebelum gerak, kami adalah sesi bergambar, tapi tak banyak.
Cukup sekadar kenangan dan bukti kami pernah ketemu. #salah satunya di atas.

Dan sebaik saja aku mohon diri untuk gerak ke bas,
M ada hulurkan sesuatu cenderahati buat aku..!

Susah-susah je M ni..Segan tau di buatnya..!
Apapun, terima kaseh sangat-sangat atas cenderahati yang M berikan..!
#Maaf tak dapat tepek gambar di sini, sebab belum snap lagi..!

Dan terima kaseh juga pada Mak M dan Khalish, susah payah datang jumpa Nur.

InsyaALLAH ada masa kita jumpa lagi ye..!
Apapun, Langkawi memang best..!


M pun ada buat entry pasal pertemuan ini, 
Nak baca [KLIK SINI]


Kata Hati : Nanti aku ceritakan pengalaman pertama kali naik Cable Car..uuuuu..!
.