Jumaat, 8 Mac 2013

Tazkirah Jumaat | Berubah



Ehsan Google



Kata Hati : 
Nawaitu Lillahi Taala....
.

Khamis, 7 Mac 2013

Genap Satu Purnama





Macam kata Encik H dalam entry INI , setiap keputusan yang kita lakukan tiada yang buruk, semuanya yang terbaik. Kalau bukan yang terbaik, kenapa kita putuskan keputusan yang kita buatkan..?

Fikir balik..? Setuju atau tidak.

Setujukan..!

Dan sekiranya keputusan yang kita buat itu tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, jangan sesekali menyesal. Kalau menyesal pun tak ada guna dah. Hidup perlu diteruskan juga, walaupun tahap kemenyesalan tu menyebabkan tumpahnya air mata darah sekalipun. Kita tetap kena terus bernafaskan..!

Jadi, tak perlulah kita rasa menyesalkan, sebaliknya kita kena berterima kaseh pada insan yang pernah mewarnai hidup kita. Sebab adanya dia, kita kenal erti bahagia, derita, kecewa dan bermacam-macam rasa.

Dan disebabkan pekara itu jugalah kita dapat belajar dari pengalaman. Kalau tak mana kita nak kecau pengalaman semua tu kan. Mungkin boleh dengar pengalaman orang, tapi feeling tu tak sama laa. Melainkan kalau kita lalui sendiri. Setuju tak..?

Pejam celik-pejam celik hampir genap satu purnama berlalu. Tiada lagi keluhan kesal. Cuma sedikitttttt terkilan..! Lagipun inikan pengalaman pertama.  Pengalaman yang cukup ajar aku lebih berhati-hati. Bila fikir-fikir balik, pengalaman pertama dalam usia macam ni agak luculah. Sebab orang lain mungkin dah
Tiga Kali , empat kali atau berkali-kali merasa kuciwa. Aku baru pertama kali... Hek ellehh itu pun Sentap eh..!

Eh..! Lantak kome la nak cakap apa. Janji punca itu bukan dari aku. Okay..! kesetiaan aku tak berbelah bahagi sehinggalah SAH lafaz akadnya untuk orang lain…! Makanya, aku belajar untuk terima kenyataan tiada jodoh antara kami...

Ermm….tak ada apa nak kata dah kot..! oh yaa… Sebelum terlupa, aku nak berterima kaseh sangat-sangat dengan Bulan Dan Bintang, sebab selama ni mereka sentiasa setia tolak Cahaya untuk tinggalkan ruang gelap yang penuh dengan kesedihan. Tanpa kalian,  mungkin adikmu ini masih meroyan..!hahahaha….

Erm….ini sajalah untuk hari ini. Moga kita berjumpa di lain entry… daaa…! <<Poyo giler..!



Kata Hati : Kadang-kadang pengalaman orang lain juga buat kita lebih tabah sebenarnya…
.