Isnin, 29 November 2010

.:: Kawan Je? | Permulaan Untuk Segalanya ::.

.



Assalamualaikum.

Tiba-tiba rasa macam ada satu magnet yang menarik aku supaya berceloteh mengenai tajuk entry di atas.

“ KAWAN JE? “

Habis tu, kau nak apa lagi wehh?

Okey. Tentu ramai yang berkerut dahi bila baca dialog di ataskan? Tapi pada yang tahu, aku pasti dan percaya mungkin ketika beliau ( Namanya di rahsiakan ) membaca entry ini kemungkinannya ada dua, ketawa atau marah…!

Kawan adalah permulaan segalanya. Dari berkawan, insyaALLAH mungkin terus melangkah ke alam perkhawinan. Dan tak mustahil juga, dari berkawan boleh terus bermusuh-musuhan. Percaya tak? Percayalah.

Berkawan permulaan segalanya...

Tapi kalau tak nak berkawan, terus-terus nak kawin macam mana tu?

Hahahaha…! Maaf, ini entry bersahaja tetapi penuh makna. Mungkin ya…kalian membaca, jadi kalian nilailah sendiri. Segala kritikan di terima secara terbuka. Terima kasih..!

Okeh. Syyuhh..!! tak mahu bebel dah. Berbalik pada entry di atas. Kalian pernah bercinta? ( Maaf..! Tuan tanah belum pernah ceburi bidang C.I.N.T.A ya..! )

Kalian tentu tahukan bagaimana proses mahu menyukai ataupun menyintai seseorang. Yess..!! pertama tentulah kawan. Sedikit sebanyak kita kenalah kenal siapa orang yang mahu kita cintai dan menyukai tu kan. ataupun, lebih afdal biarlah kita kenal family bakal pakwe/makwe tu dulu.

Sebab restu orang tua itu kan penting. Jadi tak salah kan kalau kita saling kenal-mengenali dalam rentak perlahan. Tak mahu la gesa-gesa, nanti di label “TERDESAK” nak berlaki atau berbini pula kan?

Oleh itu, mari kita berkawan dan kenal secara perlahan-lahan. Ingat..!! Kalau ada jodoh, tak kemana. Percayalah.

Dah tu, kenapa mesti ada dialog “KAWAN JE?”

Hehehe..mungkin orang tu fikir mahu terus-terusan bercinta kot. Erm…tepuk dada, tanya hati sendiri eyh..!!

 
 
Kata Hati : Nak Bercinta Lepas Kawin Laa.....
 
 
.

.:: INSAN ITU | AKU RINDU ::.

.




Salam.

Jam tepat menunjukkan jam 1.18 pagi. Seperti biasa tiada sekelumit rasa mengantuk yang bertandang. Sedangkan semua ahli keluarga aku yang lain sedang asyik di ulit mimpi tika ini. Aku? masih terus terkebil-kebil mahu lelapkan mata.

Aku akui, aku sudahpun seikhlas hati redha keranaNYA atas apa yang berlaku. Tapi entah kenapa, bila sepi bersendirian, aku masih lagi memikirkan pekara-pekara tersebut. Puas aku usir dari fikiran. Tapi langsung tidak berkesan. Jadi untuk menghilangkan rasa gundah gulana itu hadir menapak kembali, lebih baik aku menaip. Hehehe.

Sewaktu mula-mula aku mahu menarikan jari jemari aku di papan kekunci ni, tiba-tiba aku di serang oleh satu perasaan yang datangnya secara mengejut. Bila di tafsirkan kembali, baru aku sedar akan sesuatu.

Oh..!! Aku rindukan dia.

Tapi entah kenapa tiba-tiba sahaja aku merindui dia. Tersenyum seketika bila perasaan itu tiba-tiba wujud. Dan selebihnya aku mahu ketawa. Hahaha.. n_n

Jika timbul rindu, ternyatalah aku masih mengingati dirinya kan? Tapi apakan daya, aku lebih memahami isi hati aku berbanding kalian yang membaca ataupun melihat aku. Maka, layankan saya rindu yang sedang bertamu di hati aku tika dan saat ini eyh..!!

Doa aku buat dia,

Walaupun dia sudah tiada di sisi, tapi dia tetap dalam kenangan dan doaku. Tidak kira di mana dia berada, aku doakan agar dia sentiasa di cucuri rahmat ALLAH selalu. Amin..!!

 
Kata Hati : Maafkan Aku Jika Suatu Hari Nanti, Aku Akan Terus Melupakanmu....
 
 
 
.