Rabu, 5 September 2012

.:: Wordless Wednesday #23 ::.







Kata Hati :

Errr...Kalian tahu tak apa ni..?
Ada yang makan tak....?
.

Selasa, 4 September 2012

.:: Luahkanlah...Jangan Pendam...! ::.




PERHATIAN : 
ENTRY INI BUKAN BERTUJUAN MEMINTA SIMPATI, 
SEBALIKNYA UNTUK PERINGATAN BERSAMA.
SEKIAN..!

Kalau minggu lepas, adalah minggu yang sangat tertekan bagi aku.
Disebabkan malu, aku hanya mengadu pada Pencipta. 

Selebihnya ku buat keputusan untuk pendamkan sendiri.
Lagipun tak mahulah menyusahkan sesiapa.
 
Aku cuma keluarkan apa yang aku alami hanya di blog ini.
Rata-rata beri respon yang baik pada aku.. #Terima kaseh semua..!

Aku cuba tabah, cuma berlagak tenang. Tapi aku tidak mampu.
Setiap sudut fikiran aku hanya penuh dengan pelbagai kemungkinan.
Macam-macam aku fikir..!

Hingga suatu petang tenang, tapi aku tidak tenang. 
Sedang aku berborak-borak dilaman muka buku dengan salah seorang ahli GSF.

Dan sambil berborak aku sedang merakamkan wajah tabah aku di webcam.
Dan ketika itu jugalah aku terperasan ada sesuatu yang mengalir laju dari hidung aku yang tak berapa nak mancung ni..!

Laju saja tangan aku penyapu dan menghidu cairan yang keluar itu. 
Sebab aku ingatkan hingus bertukar warna.

Rupanya cairan itu adalah DARAH...!
Laju dan banyaknya, hanya Tuhan saja yang tahu.




Panik seketika sebab dalam laci aku langsung tiada tisu.
Mahu mendongakkan kepala lagilah aku takut.
Hanya yang mampu ketika itu, menadah tangan sambil bergerak pantas ke sink hadapan.

YaALLAH.... Sumpah...!
Aku benar-benar takut tika tu.
Sebab selalunya darah tidak banyak begini..!

Aku bertambah-tambah takut bila darah tiada tanda-tanda mahu berhenti.
Aku keluar dari kedai, semata-mata mahu ambil tisu dari dalam kereta. #nasib baiklah tauke sebelah ni tak nampak aku..!

Lewat petang jugalah darah mulai kering. Bersyukur sangat-sangat..!
Aku pujuk hati, ianya mengalir keluar kenara suhu badan aku terlalu panas..! 

Sepanjang berlakunya kejadian itu, segala permasalahan hilang begitu saja. Memang sungguh menakjubkan..!

Tetapi tiba malam, hati aku kembali kelam. Sedang siap-siap untuk beradu,
Tepat 12 malam, bersaksikan ketiga-tiga adik aku, sekali lagi cairan tadinya kembali mengalir...!

Tidak lama seperti petang tadi, hanya makan masa 30 minit.
Dan malam itu aku lena dengan tisu  disumbatkan di hidung..!

Esok pagi, cuba sedaya upaya menceriakan diri. 
Tak mahu terasa terbeban, aku kongsikan masalah yang sedang aku alami bersama sepupu,
Dan salah seorang ahli GSF... Siapa..? Biarlah rahsia kot..hehehe... #terima kaseh sangat..!

Aku semakin pulih, bila aku tonton siaran ulangan di Astro oasis semalam..! #siapa tengok pasti tahu.. :)

Pengajaran dalam permasalahan ini, bukan hanya aku tapi kalian di luar sana.
Jika ada masalah, luahkanlah seandainya kalian tidak mampu pendam sendiri..!

Cari kawan yang benar-benar boleh dipercayai.
Jika rasa malu juga, mengadulah pada ALLAH..
Itukan lebih afdal....!

Jika dipendam, takut diri sendiri yang terseksa.
Dan aku pasti, setiap di antara kita pasti ada rakan baik di waktu susah mahupun senangkan..!


Kata Hati : 
Terima kaseh Ai atas komen entry semalam. InsyaALLAH jika Nur memerlukan bahu, nanti Nur calling-calling yer..! Heeeee.... :)
.