Khamis, 18 Oktober 2012

Home » » .:: Oriental Village, Langkawi Cable Car ::.

.:: Oriental Village, Langkawi Cable Car ::.





Selamat hari Khamis semua..!
Pagi tadi cuaca baik-baik aja.

Nak masuk tengah hari ni, cuaca sudah mula menunjukkan suramnya.
InsyaALLAH, sama ada sebelum atau selepas zohor,

Sebelum asar atau lepas asar hujanlah nanti ni.
Atau langsung tidak hujan. Siapa tahukan, kita hanya menduga DIA yang menentukan.

Jadi sebelum aku bertukar jadi malas, lebih baik cepat-cepat habiskan cerita Trip aku ke Pulau Lagenda ni.

Okeyh, lepas je geng aku puas ronda-ronda dengan bot laju di kawasan Kilim Geoforest Park.
Kami terus ke destinasi seterusnya, mana lagi kalau bukan ke Langkawi Cable Car.

Dalam perjalanan ke sana, cuaca agak redup. Sebab sebelah paginya, bumi Langkawi sudahpun dibasahi hujan.

Dan dalam perjalanan ke sana, aku awal-awal lagi dah kirim SMS pada Blogger M.
Memanglah pada awal perancangan aku ni, teringin sangat nak naik Cable Car tu.

Tapi sebaik saja kaki jejak ke Pulau lagenda tiba-tiba je perasaan tu berbelah bagi..!
Bila bayangkan..terus aku jadi takut...Gayat kot weyhhh..! #adehh...mengeletar aku nak naip entry ni..!

Dan aku ada jugalah bagitahu dekat Blogger M , yang aku MUNGKIN tak naik cable car.
Dan bolehlah kita jumpa lama sikitkan.

Tapi M sms cakap :  "rugilah kalau tak naik bila dah sampai Langkawi. Khalish pun dah naik, Nur tak kan tak mahu naik kott..!"

Adehh..! Tercabar kejap aku dengan keberanian anak teruna M tu.
Fikir..fikir...fikir...Orang dalam bas pun semua teruja nak naik.

Aku tanya abah dan adik nak naik tak..? Diorang laju je geleng kepala.
Bila aku tanya mak, mak pula laju je kata  "Jom"

Teruss...aku buat keputusan nak naik.!
Keberanian aku bila mak ada di sisi..yeahh..!




Perasaan pertama kali naik Cable Car. Sangat teruja dan sangat takut.
Makin dekat dengan tempat menunggu cable car tu, makin mengeletar rasa lutut.

Bila dah berada dalam kotak giliran masing-masing lagi bertambah cuakk..!
Satu cable car tu, hanya boleh muat dalam 6 orang sahaja.

Yang naik sama aku, 3 dewasa dan 3 kanak-kanak...Ngam..!
Dan yang menariknya ini adalah pengalaman pertama bagi kami semua. #Hebatkan kami..!




Senyum je kan..! Padahal dalam hati...Hanya ALLAH je yang tahu tau.
Kami dah pun diberitahu awal dari orang yang ada pengalaman naik cable car ni.
Supaya jangan turun bila pintu cable car terbuka pada stesen yang pertama.
Al-maklumlah, kami semuakan kejar masa. Jadi kami cuma turun di stesen paling atas saja.




Inilah permandangan dari dalam cable car yang sedang mendaki ke puncak.
Gayat ooo waktu ni..! Tapi bila makin lama makin tinggi kegayatan tu reda sikit demi sini.

Sebab terpegun dengan keindahan alam di Pulau Langkawi.
Sungguh..Sangat cantikk..! 




Pemandangan dari dalam cable car ni. Sejuk mata memandang..!
Sebaik saja kami sampai je dekat puncak, kami tak ke mana-mana pun.

Sebab masing-masing punya lutut dah mengeletar..Heee..!
Dan kebetulan hari tu, jambatan gantung ditutup buat sementara waktu.
Di fahamkan air bertiup agak kuat petang tu. 
Demi keselamatan, pihak  diorang tutup laluan untuk ke sana. #kalau buka pun kami tak pergi.




Pemandangan indah dari puncak sana..sejuk tau ..!
Pendakian kami berenam berakhir di sekitar stensen tu sahaja.

Kami tak pergi ke jambatan yang menghubungkan Gunung Mat Raya dan Gunung Mat Cincang.
Sebab gayat hokeyy..! Dan sampai ke puncak ini pun dah rasa terbaik sangat dah tau..!

Tak sampai 15 minit pun kami di atas, lepas tu cepat-cepat kami turun.
Sekali lagi, kegayatan melanda...fuhhhhh...!




Pemandangan indah ketika turun dari atas. Cantik sangat..!
Nampak pulau-pulau kecil yang terdapat di sekitar Langkawi.

Dan ketika turun inilah Blogger M mengantar SMS beritahu yang dia sudahpun sampai ke kawasan Oriental Village.

Selamat je sampai kebawah, aku cuma beli gambar kami beramai-ramai dalam cable car tu je.
Lepas tu, terus lari-lari anak ke jambatan berwarna merah.

Dan sedia maklum, kami pun selamat berjumpa..! 
Sudah di beritahu [DISINI] dan juga di blog M [DISINI]

Jadi inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Jika di beri peluang sekali lagi untuk menaiki Cable Car ni, 
Aku mahu..! walaupun kegayatan itu masih ada..! Heeeeee..

Sampai di sini sajalah Kisah Pulau Lagenda. 
Mungkin ada yang terlepas entry


Klik aje dekat tajuk entry yang beso di atas ni. Segala kisah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
Dan ramai juga yang tanya, sangkut dengan orang Langkawi ke..?

Itu aku hanya bercanda. tidak ada maksud lain selain hanya mahu bergurau. 
#tapi kalau ada, apa salahnya kan..kan..kan..? <---- Gataii..!

Makanya maafkan aku ya warga Langkawi yang dikasihi. 
InsyaALLAH....punya jodoh, kita ketemu lagi..!

I LOVE LANGKAWI...!


Kata Hati : Maaf ye, terpanjang pula entry nih..! Heeeeee.... 

.

52 ulasan:

nanieydotcom berkata...

entry trip mane2 blog mesti pjg.. byk info.. hehe.. cntik pemandangan tuh.. :)

aReLaN berkata...

tak pernah lagi naik yang kat langkawi.nak naik tapi gayat.hehehe...nak berdiri pon chuak.aiyooo

Mrs Velentine berkata...

wah percutian yea...Cik Nur...ada kwan yg mengandung dia dtg period juga..

aku HaniAsyira berkata...

xpenah naik cable car.. mesti best kan.. tringat running man tetibe

unsecretostory berkata...

Best baca citer NUR dekat pulau langkawi nie . Mengimbau memori masa pegi sana :D

Naz berkata...

tak rugi cuba cable car tu..pemandangan memang cntik dari ats sana

Chic Na berkata...

dah naik cable car. memula takut lepas tu seronok. tp gigil jgk la bila angin kuat kan. goyang2 je gondola tu. hukhuk.. tp best!

Unknown berkata...

ada jodoh.. ada jodoh.. :D

are_lin@yu berkata...

wahhh beznya nk p naik lg last ayu naik tak salah 2008/2009..rindu2 nih..hihi

Nyue berkata...

best nya..kat langkawi xpernah ag..nyue naik kat genting je..huhu

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

cable car wani ms 1st time dulu pun gayat gak hiks

hazwan hairy berkata...

bestnya jalan2....bila lagi lah dpt g lgkwi ni..hehehe

mummyrinazone beauty berkata...

nurulkan mmg takut tmpt tinggi taw..nak2 cabl car nie..huhu seram mak!

tang hujan mmglahkan skang ari2 ujan.dah ujung tahun nie nak tengkujuh plak..habis kain tak kering

Unknown berkata...

gayatnyer

Ayu berkata...

okey...yang ni YM tak pnh pi...hihihi.tapi, dah pnh naik cabel car kat genting highland,,,mmg gayatttt!hihi

Yana Halim berkata...

gayat2 pun best naik cable car nie.. hehe

boni kacak berkata...

wahhh..bestnya....

Tie HT berkata...

as salam

akak kalo g sini rasa mcm tak nak nek kabel car ni..takott..kalo tau kat kalish ee malu nyerr :)

Rohani Hashim berkata...

aaaaa gayattttttttt. mmbe hany pun baru balik dr lgkawi last week.ahaha dia nye cerita psl cabel car ni, uiiissss seriau lak dgr.

Liyana Anuar berkata...

tingginya..saya pernah naik cable car kat genting aje..tu pun dah gayat~~~ :p

Puan Siti berkata...

ala....windu la plak nak g langkawi skali lagii...aritu habis ratus2 beli coklat...ehehhe...

dEdEQ dE wIshEs berkata...

CIKNUR ADE BLIKAN DEQ COKLAT X DRI LANGKAWI ? HIKHIK

Unknown berkata...

Cantiknya pemandangan bila tengok dari atas.

OKje berkata...

Hish... OKje pun ngeri nak naik cable car sekali lagi... takuttttt.... dah tu jauh pulak tu...mak ai... seriau tengok bawah...

blog usang berkata...


awal tahun ni sempat saya ke pulau legenda tu juga.tapi tak sempat nak naik kete kebel..sebab keadaan cuaca yg tak mengizinkan..frust juga

Cik Ai berkata...

hehehe
mmg gayat sihh memula naik tuh..
tp kalo xnk mmg rugi lah Nur dah smp sana kan..ai dh naik 3 kali dah..even 3 kali pong ttp gayat x ilang tau.hahaha

ecadwinkyasha berkata...

bestnya ya dpt naik cable car.teringin lak.hehehe

jemput JOIN
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/10/year-end-giveaway-1.html
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/10/eca-year-end-contest.html

jaakechik berkata...

suka entry nur pasal langkawi ni, mana tau kot 1 hari jaa nk kesana leh refer blog nur ni..hehe

IntaNBerliaN berkata...

alahaiiiii akak yg tgk gambar ni pulak rs gayat,....hihi

Arina Shamsul berkata...

Kak pun belum pernah naik cable car ni dik.aritu dekat genting suami bawa naik tapi kak taknak..gayat weh..hahaha.

Tapi lepas baca entri ni mungkin kak nak naik juga kot.putera kecik M pun berani kan? Tercabar juga rasanya..hahaha.

Unknown berkata...

selamat ke sana dan kembali dgn selamat jga ya

Abang Karu berkata...

tingginyaaa....gayat wooo

dya nasir berkata...

dya tgk pic tu pun dya yg gayat.haha

Ku Syida berkata...

Aku akan ke langkawi lagi 2 minggu..Bagus entri kau, kiranya nanti aku tahu nak tuju ke mana...Hoho! :D

Emma berkata...

wah, bestnya dpt naik cable car.. ^_____^ xpenah ag naek bnd tu.. -_- keinginan yg tinggi yg masih belum dpt dikecapi lantaran byk kekangan yg perlu dihadapi.. huhu..

apapun, LANGKAWI merupakan destinasi pelancongan pilihan sy..
*aiseh, ayat xleh blah* haha!

Mia Liana berkata...

belum pernah jejakkan kaki ke langkawi.... huhuhu

zack mus berkata...

walau pun tinggal di perlis , tapi kable car belum penah naik lagi

mama lynn berkata...

tak sempat nk baca abis lg ttg entri ni. akan baca d whole entri japg ape pun sgt teruja klu org cerita pasal langkawi. a week after raya haji nak ke langkawi. with trip then pergi dgn tajaan, free kata org

Reena Sidek berkata...

seronok je tengok nur naik cable car tu... walaupun takut tetap naik jugak... :)

Tanpa Nama berkata...

bestnye nur..cantik pemandangan tu..tapi nisa pun takut tinggi,gayat...huhu..

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

gayat nye.. nak try juga la nanti bila pegi sana. harap-harap selamat. best kan naik tu :-)

Errah Najwa berkata...

teringinnya nak pergi langkawi..errah lom penah smpai g..sob sob

NoorNazuha berkata...

sampai skang x naik lagi cable car tuh..hehee...dh lama x g Langkawi....

lelamaisara berkata...

tak rugi kan naik tu...akak tak pernah naik lagi nur...teringin benar..hehhe

Unknown berkata...

Seriously rindu nak pergi Langkawi....!

Si Matatajam berkata...

Cantik kan panorama kat atas tu..best bila tgk pemandangan bawah yg tenang cantik, indah dan sayup mata memandang ciptaan Allah

Si Matatajam berkata...

Owh kiranya Nur tercabaq la ngan Khalish ni..hi hi... Tapi rugi kan kalau tak rasa naik Cable car..

~Cik Sweety~ berkata...

wowwww...beshhnya..tpi seyes sweety xkn naik kabel car ne..sweety mmg gayat n sgt gayat..bole fengsan okeehhhh

::CIK LYNN:: berkata...

dulu lynn pn tkot sbb gayat tp bila dh smpai atas tu, rs srnok plak..hehe

Cikrosecute berkata...

tingginya cik nur...teringin nak pi langkawi...

Unknown berkata...

bestnyee.. tp gayat la nur...

QasehnyaRania berkata...

best kan.ciksu cable car langkawi tak pernah merasa lagi.

acable car ke genting dah.sayp je tgk bawah. huhu

npe oghang perok suka pajeri terung errK
mak kedah suka pajeri rebung
mak perak suka pajeri terung.