Khamis, 21 November 2019

B I C A R A B I S U







Pernah rasa sesuatu yang terbuku dalam hati, pada masa yang sama kamu tidak mampu untuk meluahkan apa yang kamu rasa melainkan dengan hanya MENANGIS?

Apakah kalian pernah rasa situasi yang sedang aku gambarkan ini?


Ya..! Sekarang aku sedang alaminya…!


Sungguh rasa ini tidak mampu diluahkan dengan kata-kata mahupun diblog ini. Puas aku cuba terjemahkan setiap rasa,  tapi hasilnya hampa. Langsung tiada kata yang mampu untuk aku ucapkan. 

Hampir setiap malam, sebelum lena pasti akan ditemani butir-butir jernih yang pecah dari tubir mata. Mungkin aku hanya puas menangis tapi itu masih belum cukup puas untuk aku luahkan segala-galanya.


Moga Allah tabahkan hati hambaMU ini… Ameen..!




Kata Hati : Ampunilah khilafanku dan salahanku selama ini….


Rabu, 9 Mei 2018

PANGKAH







Alhamdulillah.

Ada yang kaget (terkejut) ke dengan adanya entry ni. Hahaha. Sebenarnya tuan empunya blog pun tak sangka sebenarnya. Almaklumlah, minggu ni saja boleh dua entry sekali. Kira adalah kemajuankan. Heeeee…!

Okay kembali kepada tajuk di atas. 9 Mei 2018, Hari ini adalah hari paling bersejarah buat semua rakyat Malaysia kan? Aku idoklah nak berkempen bagai. Lagipun masa untuk berkempen dah habiskan. lagipun entry ni Cuma sekadar memperingati hari bersejarah untuk Malaysia saja. Tak lebih dari itu okay.

Pada yang layak mengundi, selamat menjalani tanggungjawab pada Negara. Dan selamat membuang undi aku ucapkan. Fikir sebaik mungkin sebelum membuat keputusan. Ya, hak memangkah itu hak kalian, tapi hak untuk genarasi akan datang dilupa jangan.

Pangkah bukan ikut kepentingan diri sendiri. Tapi pelapis-pelapis kita kelak. Setiap pangkah yang kalian berikan, pasti membawa kesan yang mendalam buat semua. Sebab itu kalian harus bijak memangkah. Dan harus diingatkan, undi anda adalah rahsia. Hehehe.

Okaylah, aku rasa entry ni dah cukup panjangkan. Sekali lagi aku ucapkan, selamat mengundi buat semua. Hati-hati dijalan raya. Jangan nak huru harakan keadaan. Follow the rule je. insyaAllah kalian pasti terhibur. Aku yakin dan pasti macam-macam gelagat yang ada hari ni. Hehehe.

InsyaAllah, jika diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dengan kerajinan yang mencukupi. Kita jumpa dilain entry.

Wassaalam…!




Kata Hati : Keluar awal, boleh balik awal. Ape lagi weii…moh lerrr..!