Memaparkan catatan dengan label Aku Masih Disini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku Masih Disini. Papar semua catatan

Khamis, 21 November 2019

B I C A R A B I S U







Pernah rasa sesuatu yang terbuku dalam hati, pada masa yang sama kamu tidak mampu untuk meluahkan apa yang kamu rasa melainkan dengan hanya MENANGIS?

Apakah kalian pernah rasa situasi yang sedang aku gambarkan ini?


Ya..! Sekarang aku sedang alaminya…!


Sungguh rasa ini tidak mampu diluahkan dengan kata-kata mahupun diblog ini. Puas aku cuba terjemahkan setiap rasa,  tapi hasilnya hampa. Langsung tiada kata yang mampu untuk aku ucapkan. 

Hampir setiap malam, sebelum lena pasti akan ditemani butir-butir jernih yang pecah dari tubir mata. Mungkin aku hanya puas menangis tapi itu masih belum cukup puas untuk aku luahkan segala-galanya.


Moga Allah tabahkan hati hambaMU ini… Ameen..!




Kata Hati : Ampunilah khilafanku dan salahanku selama ini….


Jumaat, 5 Mei 2017

Dua Ribu Tujuh Belas Yang Pertama









Allahu Rabbi..! 

Rindunya nak menaip. Rindunya nak bebel-bebel kat ruangan bisu ni. Serius aku rindu. Dan paling tak menahan, tahun 2016, satu entry pun tak ada aku titipkan dekat sini. Sadisnya rasa. Sedih sungguh..!

Bila hadap blog ni, aku teringat janji-janji aku pada teratak ni. yela, aku sendiri tahu yang aku dah tak punya masa kot nak berceloteh bisu kat sini. Aku rasa aku boleh kot keluarkan 4 entry dalam masa sebulan, kononnya. Tapi harammm…! Aku memang dah kelaut sungguh nih..!

Bila masa mood blogging aku datang, lappy kesayangan aku pulak buat hal. Separuh daripada button dia tak berfungsi. Pakai keyboard PC umah sekejap, pastu rasa cannot go, sebab serabut nak kena usung sana sini bagai.

Pastu, nak tak nak aku kena repair gak lappy aku ni. manalah tahu kalau lepas repair tu, mood blogging tu mai. Hehehe. Harapan tu ada beb, Cuma nak laksanakan tu je, mungkin makan masa. Dan sekarang, tarraaaa…terhasillah satu entry untuk permulaan 2017 ni.

Aku harap, di ulang, AKU HARAP ini bukanlah entry yang terakhir untuk tahun ini. Di ulang sekali lagi, BUKAN ENTRY TERAKHIR untuk tahun ini. Moga-moga harapan aku ni, tak tinggal harapanlah hendaknya. Aku harap mood blogging aku kembali macam dedulu balik. Serius beb aku rindu.

Dan disebabkan aku dah lama sangat tak mengarang entry, aku rasa entry aku kali ni tersangatlah teruk. Dengan susunan cerita yang entah apa-apa. Haishh..sabo ajelah. Aku hanya mahu aktifkan kembali blog ni, tanpa peduli inti pati entry ni. Boleh gittuw..!

Oklah beb. Aku rasa entry ni dah cukup panjang kot eh. Rasanya dah boleh publish dah kot ni kan. InsyaAllah kalau rajin nanti, aku bebellah lagi kat sini. Harap, entry ini mampu buat mood aku kembali berbunga-bunga. InsyaAllah..!




Kata Hati : Kena cari idea balik nak mengarang ceritera. Heeeee… J


Rabu, 1 Oktober 2014

September Di Oktober






Assalamualaikum.

Hello October…!

Kann..kejap je rasa sekarang ni. Masa tu berlalu dah macam hembusan angin bayu. Tanpa sedar. Macam aku jugalah. Masa terlalu mencemburi aku. Sampai nak berblogging pun tak sempat. Apatah lagi nak berblogwalking.

InsyaAllah petang ni aku akan gerak ke Melaka. Jadi pagi ni aku memang tak masuk kerja. Atas kesempatan ni aku juga untuk update entry ni. Untuk entry ni, aku Cuma nak simpan memori sepanjang September 2014 lepas je. Sekadar kenangan. Jadi, kalau yang macam nyampah nak baca, sorilah yea!

Cerita September di bulan October. Aku tak nak cerita detail. Aku tak nak terangkan sebutir-sebutir. Aku Cuma nak kenang yang September lepas aku banyak belajar perkara baru. Sejujurnya, sepanjang umur, September lah pertama kalinya dalam sejarah!

Bersabar dengan seseorang yang kita sayang jugalah salah satu perkara yang aku belajar. Betul, tak mudah lupakan yang lama. Cuma bila kita terima seseorang dalam diri kita, kita akan mula belajar untuk terima dia seadaanya.

Tapi, apa yang merimaskan diri aku sendiri, bila aku mula membandingkan yang dulu dan sekarang. SUMPAH! Aku tahu itu keji. Aku akan cuba untuk tidak mebanding-bandingkan.  Aku akan cuba!

Erm…rasanya cukup sampai sini kot. Aku tak packing apapun lagi. Tak lama pun ke Melaka, 3 hari je. 7hb baru balik Penang. Dalam duk nak ke Melaka ni, aku duk merancang nak cuti santai. Tapi itulah, jadual untuk bulan 10 ni, terlalu padat kot..huhuh.

Okaylah, ada masa jumpa lain entry. Itupun kalau aku rajinlah. Heeeeee…




Kata Hati : September 2014 dalam kenangan....


.

Isnin, 4 Ogos 2014

J . A . U . H





Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dapat juga aku menaip hari ni. Kalau ikut rasa binasa. Ikut hati mati. Right! Jadi kali ni, ikut suka hati. Kalau ikut kedua-duanya, alamatnya dah ke alam mimpilah sekarang ni. Penat wehh..! Hahaha.

Hurm…pada mereka yang dari awal ikut blog aku ni, kalian pasti tahu yang aku terlalu sukakan AWAN, BULAN dan BINTANG

Dan sekarang ni, nak tengok awan hari-hari, memang tak ada masalah dah. Sebab itu yang sedang aku nikmati setiap kali pergi dan balik kerja. Cuma yang bermasalahnya sekarang ni, nak tengok bulan tu. Masa-elah sikit! Punca segala masa-elahnya adalah PENAT. Penat tu, memang dah tak boleh lari dahh..! Tiap-tiap hari penat. Bila dah penat, mata akan layu awal. Dan bila layu awal, aku memang tak akan ada masa nak tengok BULAN DAN BINTANG.

Bila dah lama aku tak mendongak langit pada waktu malam yang hening tu, Sekali keluar macam aku ke kedai tadi, memang jadi “jakun” kejaplah dengan lukisan alam di waktu malam. Cantik baQ hang..walaupun BULAN DAN BINTANG malu-malu nak tunjukkan diri dia. Keindahan tu, still ada..!

Sebenarnya, bila cerita bab bulan dan bintang ni, aku  baru sedar sesuatu. Sesuatu yang dulunya lain, dan sekarang lain. Entah nak kata macam mana. Mungkin salah keadaan ataupun aku sendiri. Cuma tak dinafikan, masa sekarang ni bergerak terlalu pantaskan..?

Walalupun macam tu, aku sendiri tak gamak nak salahkan keadaan mahupun masa. Sebaliknya aku lebih rela salahkan diri sendiri. Sebab kelalaian diri sedirilah aku makin lupa akan habit aku dulu-dulu. Dan di sebabkan kelalaian jugaklah aku dah lama tinggalkan satu lagi habit yang tah hape-hape tu.

Jadi nampak tak? Manfaat kelalaian. Ada baik, ada buruk yea dok..! apa yang pasti, setiap apa yang terjadi akan pasti ada hikmahnya. Bezanya Cuma pada cara penerimaan kita saja. Kalau baik, baiklah jadinya, kalau sebaliknya..AllahuAllam..!



Kata Hati : Aku rindukan BULAN dan BINTANG!!!!!!!

.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Bukan Luar Biasa





Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan pada kita untuk terus bernafas di bumiNya ini. Syukran YaAllah atas nikmat yang telah Engkau berikan. Okay..! aku tahu, aku dah lama kot tak menaip panjang-panjang kat sini. Jadi jangan peliklah kalau untuk entry kali ni, terlebih panjang dari biasa. Mungkin..!

Kalau tengok tajuk, ada ke berkerut dahi nak faham? Kalau ada pun kalian pasti tak mengakukan. Almaklumlah, setiap manusia ada perasaan EGO tu. Jadi nak mengaku kelemahan diri sendiri tu, tipis sekali. Yea dak..??

Okay beb..! berbalik pada tajuk. Perkara apa yang bukan luar biasa? Contoh paling senang yang aku nak tekankan dekat sini adalah MANUSIA. Ermm…kenapa? Pelik eh bila manusia salah satu contoh yang cuba aku tekankan? Sebenarnya, tak pelik pun. Walhal benda ni selalu terjadi. Cuma kita ni, kekadang tak perasan.

MANUSIA. Yup! Kenapa manusia? Kalaulah kalian perasan. Manusia akan dihargai bila manusia itu sudah tiada. Maksud sudah tiada ni, tidaklah terfokus pada “meninggal dunia” je. Ianya merangkumi semua. Kiranya, dah tak ada depan mata barulah nak rindu-rinduan. Bila dah berpisah barulah sedar yang selama ni dialah pelengkap hidup. Kalau yang dah meninggal pula, bila dah tak bernafas barulah nak bagi gelaran memacam. Sekarang boleh Nampak tak apa kaitannya dengan tajuk ni? Bolehkan..!

Semua ni, kadang-kadang berlaku hampir saban hari. Dan ku sendiri tak terlepas dengan benda yang cuba aku ceritakan ni. Kita manusia biasa, mana tak pernah buat silapkan..! Cuma untuk buang dari perkara sebegini terus berlaku tu, susah sikit. Bukan tak boleh, tapi ianya ibarat HUKUM KARMA pada mereka yang langsung tak pandai menghargai orang disekeliling mereka. Setuju tak?

Jadi, nasihat aku untuk diri sendiri, dan pada mereka diluar sana. Tolonglah, hargai mereka yang berada disekeliling anda. Tak banyak sikit pun jadilah. Jadi mereka rasa mereka dihargai walaupun sekadar senyuman. Tak susahkan…Cuma kita yang menyusahkan benda yang senang..!

Rasanya sampai sini ajelah untuk kali ni. Aku harap, aku masih berpeluang menaip lagi nanti. Masih puya waktu seperti dulu..InsyaAllah…!




Kata Hati : Sedekahkan Al-fatihah seandainya aku pergi dulu…..

.

Isnin, 3 Mac 2014

CATU





Assalamualaikum.

Bila sebut pasal catu, pasti orang terus fikir krisis air. Al-maklumlah, ada beberapa negeri di Malaysia ni catuan air dah mula beroperasi semalam.  Sebelum tu, aku nak minta maaf awal-awallah yea, kalau-kalau ada yang mencari jadual catuan air dikawasan mereka tersesat kat blog ni. Sebab CATU aku ni, CATU lain…bukan CATU AIR. Tapi, untuk tidak menghampakan mereka yang TERmasuk ke sini, kalian boleh KLIK SINI UNTUK JADUAL CATUAN AIR bagi kawasan yang terlibat. Harap dapat membantu..!

Okay. Seperti mana dalam penjelasan perenggan pertama, ya..! aku tidaklah nak bercerita pasal catuan air tu, tapi ini mengenai catuan lain. Aku akui, tak ramai yang tahu segala apa yang terjadi. Seandainya ada yang tahu pun, kita-kita ajelah harapnya yea. Bukan tak nak kongsi detail kat sini, tapi biarlah ianya berlalu macam tu je. Harapnyalah..!

Awal januari 2014, bagai ada satu batu besar memhempap tepat atas kepala aku. belajar terima kenyataan, hakikatnya sukar untuk aku percaya. Bila masuk bulan kedua bagi tahun 2014, kenyataan yang susah aku untuk aku terima, aku hadap pelan-pelan. Walaupun perit, aku kena hadap jugak. Nak tak nak aku kena terima kenyataan. KENA KUAT..!

Bulan ketiga 2014. Pejam celik dah masuk bulan kedua. Alhamdulillah, aku mula terima segala takdir yang ALLAH dah tetapkan. Aku mula belajar bernafas dalam ritma yang selesa. Mula senyum, mula ceria. Hakikat sebenarnya aku masih ditahap ZONE MERAH. Bahaya..! itulah hakikat sebenarnya..

Untuk dapatkan prestasi terbaik, aku kena lagi kuat. Tapi untuk kuat dalam masa yang terdekat ni, aku tak mampu. Banyak sangat dugaan-dugaan yang perlu aku tempuh. Berapa banyak peluang yang aku lepaskan macam tu je. Keadaan tak mengizinkan, mungkin bukan tiba masanya. Jadi aku kena redha…

Hebat atau tidak dugaan yang ALLAH berikan pada kita, hanya orang yang lalui saja tahu. kadang-kadang kita fikir, kitalah yang paling terus. Tapi untuk muhasabah diri, kita kena lihat manusia-manusia yang lagi hebat dugaannya dari kita. Maka bersyukurlah kerana kita masih mampu bernafas, tersenyum dan berbakti pada mereka yang kita sayang.

Eh..panjang pula entry ni. Maaflah pada yang kurang ngerti apa yang aku taip ni. Sebab aku banyak skip perkara-perkara yang aku rasa tak perlu untuk dikongsikan kat sini. Pada yang faham tu, kita-kita ajelah yea. Kenapa aku menaip entry ni, sebab aku tak mampu laksanakan dengan apa yang telah aku janjikan….





Kata Hati : Maafkan kaklong…..! T_T

.

Isnin, 13 Januari 2014

Ringkas



Google je..

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah lama menyepi. Tapi untuk kemunculan kali ni bukanlah nak berceloteh panjang pun. Cukuplah sekadar munculkan diri. Kiranya kalau muncul kejap tu, tak adalah orang tertanya-tanya kemana menghilangnya tuan blog ye dak.! Hehehe.

Jadi, untuk entry ni, cume nak bagitahu yang aku masih lagi bernafas dimuka bumi Allah ni. Dan alhamdulillah masih dalam keadaan sihat. Alhamdulillah...! Makanya, sampai sini sajalah untuk entry kali ni yea. InsyaAllah ada masa boleh taip panjang-panjang. Sekarang ni, memang langsung tak ada idea..huhuh...

Okaylah..! Kita jumpa lain entry pula yea..! InsyaAllah...



Kata Hati : Serius tensionn wehh..!

.