Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

Bukan Segi Tiga Bermuda





Aku sedar, aku Cuma manusia biasa. Kadang-kadang aku rasa tak layak nak kata apa-apa. Tapi di sebabkan atas rasa sayangkan seorang sahabat yang pada mata aku ianya terlalu baik, aku kuatkan diri juga untuk berkata-kata.  Marahlah aku bagaimana sekalipun, aku tetap mahu dia sedar setiap apa yang dia lalui itu adalah SALAH..!

Ikut pengalaman, aku sendiri pernah alami apa yang dia alami. Sakit, perit tu jangan cakaplah, sampai kekadang dah lali. Berbuih-buih nasihat dari kawan-kawan, aku abaikan macam tu je. Samalah seperti dia sekarang ni. Diabaikan segala nasihat sebab rasa kaseh tu, makin hari makin menjalar ke lubuk hatikan..!

Situasi kita mungkin sama, tapi jalan cerita kita berbeda. Aku  kuat untuk tinggalkan apa yang aku lalui, mungkin dia tak kuat tinggalkan semuanya. Tapi aku harus beritahu, yang dia perlu kuat untuk lakukan semuanya…! Yep..semuanya..! tinggalkan, lupakan segala-galanya..!

Kadang-kala aku fikir sampai bila aku harus jadi macam ni. Dan aku rasa, dia pun ada terfikir benda yang sama. Sampai bila harus jadi hamba pada cinta yang tak pasti? Jawapan tu, Cuma ada pada diri sendiri. Tepuklah dada, tanyalah hati..!

Kalau bicara pasal kekuatan. Kuat aku, kuat lagi dia. Dan bodoh aku, bodoh lagi dia. Semuanya dah terang depan mata, tapi dia tetap pertahankan segala rasa tu. Situasi ni, amat memeritkan. Sekali gus, amat merisaukan. 

Ayuh..sahabat...! Lupakanlah, lepaskanlah. Aku yakin dengan kemampuan hang..!

Sahabat..! pesan aku, sayangilah diri sendiri sebelum kita sayangi diri orang lain. Kalau tak sayang diri sendiri pun, fikirkan perasaan kedua orang tua kita. Mungkin kita tak akan conteng arang dimuka mereka, Cuma takut, ada tangan yang yang cuba menconteng arang kemuka orang tua kita atas kesalahan yang bukan kita lakukan..!

Fikir-fikirkanlah sahabat..!




Kata Hati : Maaf kalau-kalau entry ini buat hang terguris…! MAAF sekali lagi....!

.

Rabu, 1 Oktober 2014

September Di Oktober






Assalamualaikum.

Hello October…!

Kann..kejap je rasa sekarang ni. Masa tu berlalu dah macam hembusan angin bayu. Tanpa sedar. Macam aku jugalah. Masa terlalu mencemburi aku. Sampai nak berblogging pun tak sempat. Apatah lagi nak berblogwalking.

InsyaAllah petang ni aku akan gerak ke Melaka. Jadi pagi ni aku memang tak masuk kerja. Atas kesempatan ni aku juga untuk update entry ni. Untuk entry ni, aku Cuma nak simpan memori sepanjang September 2014 lepas je. Sekadar kenangan. Jadi, kalau yang macam nyampah nak baca, sorilah yea!

Cerita September di bulan October. Aku tak nak cerita detail. Aku tak nak terangkan sebutir-sebutir. Aku Cuma nak kenang yang September lepas aku banyak belajar perkara baru. Sejujurnya, sepanjang umur, September lah pertama kalinya dalam sejarah!

Bersabar dengan seseorang yang kita sayang jugalah salah satu perkara yang aku belajar. Betul, tak mudah lupakan yang lama. Cuma bila kita terima seseorang dalam diri kita, kita akan mula belajar untuk terima dia seadaanya.

Tapi, apa yang merimaskan diri aku sendiri, bila aku mula membandingkan yang dulu dan sekarang. SUMPAH! Aku tahu itu keji. Aku akan cuba untuk tidak mebanding-bandingkan.  Aku akan cuba!

Erm…rasanya cukup sampai sini kot. Aku tak packing apapun lagi. Tak lama pun ke Melaka, 3 hari je. 7hb baru balik Penang. Dalam duk nak ke Melaka ni, aku duk merancang nak cuti santai. Tapi itulah, jadual untuk bulan 10 ni, terlalu padat kot..huhuh.

Okaylah, ada masa jumpa lain entry. Itupun kalau aku rajinlah. Heeeeee…




Kata Hati : September 2014 dalam kenangan....


.

Selasa, 23 September 2014

Hati ~ Maafkan Beta...!





Assalamualaikum.

Masih ingat pada aku? Akulah, manusia yang kian pupus dalam arena blogging ni. Err...sejujurnya, aku kekok nak menaip dekat sini. Tersangat kekok okay..! Aku tak sangka pula, entry sebelum ni betul-betul jadi entry last bagi bulan lepas. walhal, time wujudnya entry tu, aku terasa macam nak endingkan satu entry yang tak tergantung macam tu je. Tapi apakan daya. Aku terlalu letih. 

Wujudnya entry ini disebabkan diri aku yang terlalu stress..! Dan bila mana aku sendiri tak dapat nak kawal apa yang aku rasa ketika itu. Tak mampu nak bendung dengan apa yang terjadi di sekeliling aku. Maaf, seandainya entry ini berat untuk difahami. Segala apa yang ada disini semuanya keluar dari minda aku.

Kadang-kadang aku amat terasa dengan keadaan disekeliling aku. Terasa dengan apa yang telah aku lalui. Terasa dengan jiwa yang kadang kalanya bergolak secara tiba-tiba. Pendek cerita, dalam semua hal, aku terasa..!

Aku faham, tak semua orang mampu jaga hati kecil kita. Sekurang-kurangnya cubalah untuk prihatin dengan jiwa kecil ini. Yea..aku akui, aku tak selesa dengan apa yang aku rasa. Sangat tak selesa. Sebab rasa yang aku rasa ni, dah berkurun tak menjelma dalam jiwa aku. Bila rasa itu muncul, kehidupan aku jadi tak menentu...!

Tenangkan jiwa rasa, Harapan aku biarkan ianya berlalu dengan angin lalu...!

Itu je...


Kata Hati : Maafkan beta wahai hati.....!
.

Khamis, 31 Julai 2014

Riang Ria Aidilfitri 1435H






SELAMAT HARI RAYA AIDILITRI 1435H

MOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA EMPUNYA BLOG NI (NUR) ADA SALAH DAN SILAP DENGAN KALIAN SEMUA YEA!


INSYAALLAH, PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI DI LAIN ENTRY..!

Heeeee..! (^_^)V


Kata Hati : Mood Raya..!
.

Isnin, 21 April 2014

RAGUT






Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, ketika aku mula menaip entry ini, waktu yang tertera pasa skrin lappy tepat pada pukul 2:22 pagi. sedia maklum, ketika waktu ini, majoriti besar sedang lena diulit mimpikan? Dan tak lupa juga ada yang baru selesai berwuduk untuk menyempurnakan Tahajud pada Maha Pencipta. SubhanaAllah..!

Dan aku ketika ini, baru selesaikan mukadimah di atas. Ya..! terasa kekok, janggal dan segala macam rasa untuk mulakan bicara tanpa suara disini. BLOG. Sesuatu yang aku gilakan waktu ketika dulu. dan kemudiannya bertukar menjadi biasa. Seterusnya sedang-sedang saja. Dan 8 januari lalu, semuanya hilang macam tu je. Hilang tanpa rasa bersalah….

Sakitnya aku, bila mata ingin tertutup sementara. Peritnya aku, bila bersendirian. Semuanya buat aku rasa takut. Takut memikirkan siapa aku pada hari esok dan akan datang. Mampukah aku untuk terus hidup dalam duniawi yang penuh cabaran ini. Ini semuanya merunsingkan aku…

Muhasabah. Itu yang selalu aku lakukan. Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Redha atas apa yang terjadi. Ikhlaskan segala apa yang telah aku lalui. Walaupun sukar, aku tetap akan cuba belajar terima apa yang sudah pun terjadi. Cuba walaupun perit…

Waktu yang terpapar pada skrin lappy kesayangan sekarang ni, tepat pukul 2:47 pagi. rasanya eloklah aku habiskan entry ni. Terima kaseh pada kalian yang sudi singgah ke teratak ini. Kunjungan kalian amat dihargai. Dan terima kaseh buat  Ciksue, yang tertanya-tanya kemana hilangnya Nur. Ade je, Cuma kemalasan je sekarang ni. Hehehe.

Harap ini lepas ni akan ada entry ceria menyusul. Walaupun aku sendiri tak pasti sampai mana aku mampu bertahan.

Oklah, aku habiskan penutup macam ni je yea..! InsyaAllah, jumpa di lain entry…!

: 3:08 Pagi - PUBLISH




Kata Hati : Aku insomnia…!

.

Isnin, 17 Februari 2014

Bernafas Kurang Dari 60 Hari





Assalamualaikum.

Apa perasaan pertama kalian rasa bila terbaca tajuk entry?

Sedih?

Terkejut?

Seram sejuk?

Itulah yang aku sedang alami..!

Tapiiiiiii…! Ianya SEKADAR TAJUK. Tak ada kena mengena dengan aku ataupun orang yang hidup mahupun yang sudah tiada. Diulang, SEKADAR TAJUK.

Dari semalam hidung aku ni tersumbat. Jadi, aku terus terang, memang tak ada mood nak menaip. Tapi, kalau nak cerita pasal mood ni, dari bulan lepas lagi dah mood aku ni duk pasang surut. Kejap okay kejap tak. Bila masuk bulan kedua, aku harap sangat keadaan aku okay. Tapi hampa. Aku makin TERTEKAN..!

Ingat lagi bila aku cakap pasal urusan kerja kawin dalam ENTRY NI? Aku cuba okay. Tapi hampessssss satu apa pun aku tak buat lagi. Mood aku memang kelaut beb..! Dalam masa yang sama aku rasa kepala aku padat dengan masalah. Dan bila aku cuba nak mula buat apa yang patut, tiba-tiba  kepala aku jadi kosong. Aku tak tahu nak mula dari mana. Serius aku stress..!

Okay. Kad jemputan dah siap minggu lepas lagi dah. Tapi aku punyalah malas nak pergi ambil. Punca tak nak ambil tu, pertama sebab jauh, dia sebab keadaan cuaca sekarangkan. Punyalah panaskan..! Malas nak drive pun sama. Heeee….!

Nak dipendekan cerita, sekarang ni aku terlalu penat. Penat fikir masalah yang sedang aku hadap dan bakal aku hadap. Perasaan aku, sama seperti tajuk kat atas nun..!  mungkin ramai yang tak faham. Pada yang mungkin faham, biarlah hanya kita saja yang tahu.

Okaylah, tadi kata malas nak menaipkan. Ni bila dah menaip tak reti nak sudah pulak..! Aku harap, mood aku kembali stabil. Semangat yang hilang kembali pulang, kekuatan yang lain datang kembali. Moga aku boleh terus bernafas dalam ritma yang normal..!

Panjang umur, jumpa lagi..!

Adiosss..



Kata Hati : Aku simpan semua sebak di dada…!

.

Isnin, 30 Disember 2013

Cabang Dua




Sumber .
 
Nak lukis sendiri tak pandai..Hehehe.


Assalamualaikum.

Dihadapan kamu ada dua cabang jalan yang berbeda. Jadi disini aku beri perumpaan terhadap dua jalan yang jelas depan mata aku. 


Kategori Pertama : Jalan Singkat.

Tak perlu makan masa lama, kurang 5 minit dah boleh sampai destinasi. Tapi, dia punya kepayahan tu, memang mencabar. Penuh onak ranjau yang berduri. Kalau tak tahan boleh rebah beb..! Jadi, untuk kategori ni, keberanian, kekuatan bagi menghadapi segala kemungkinan perlu ada. Kalau tak bersedia, entahlahh..


Kategori Kedua : Jalan Normal.

Agak jauh, kalau jalan singkat cuma makan masa kurang dari 5 minit, tapi jalan normal ni anggaran masa diperlukan lebih dari 10 minit. Silap hari bulan kalau jammed, boleh makan masa 20 minit. Perjalanan dia tak ada liku bagai. Licin dan rata je. Memang tak akan ada sebarang kemungkinan.
 
Jika kalian sedang berhadapan dengan situasi ini, mana satu yang kalian pilih…??


Kata Hati : Manusia mula akan keliru bila punya lebih dari satu pilihan.

.

Selasa, 3 September 2013

Merdekakan Hati





Assalamualaikum..

Errr…serius kering idea sekarang ni. Blog pun dah berapa hari tak buka. Normal bagi aku, bila tak ada idea, terus jadi malas nak buka blog. Dan idea untuk entry ni pun sebab terbaca sesuatu tadi. Ehh..bukan pasal minyak ehh yea, sebaliknya merdeka. Iye, pasal Merdeka. Kita baru je kan sambut Merdeka hari sabtu lepas.


Dan bila aku terbaca komen Cik Aini dalam entry INI, terus datang satu idea untuk aku kupaskan isu MERDEKAKAN HATI ni. Bila sebut pasal Merdekakan Hati, pasti orang akan ingat tentang pengaruh-pengaruh hati dan minda dengan budaya barat, k-pop dan sebagainyakan. Jadi untuk entry ni aku tak nak cerita kearah itu, tapi nak twist sikit. Jangan tak tahu, merdeka ni skopnya luas. Bukan hanya pada negara, malah pelbagai hokay.

Bila sebut pasal Merdeka Hati, sejujurnya hati aku sendiri pun belum Merdeka. Iyea, untuk lupakan seseorang yang pernah kita sayang dan suka bukan senangkan. Dan rasanya selagi aku begini, selagi itu kot aku akan fikir dan ingat. Merdekanya hati, mungkin disaat sahnya aku sebagai isteri kepada Hamba Allah yang belum tahu dimana keberadaan dia. Itu aku..kalau kalian boleh merdeka awal, kira baguslahh..!

Hati perempuan ni lembut. Soft kalah teddy bear gituw. Tak kiralah dengan siapa pun kita jatuh sayang, pokok pangkalnya kita mesti kuat. Perit tu dah pasti, tapi percayalah semua rasa itu hanya sementara. Cuma kena ingat, jangan lupa segala perit yang pernah kita lalui. Jadikan luka perit yang kita tempuhi tu sebagai pengalaman untuk diri sendiri.  Ingat, pengalaman yang melibatkan hati ni tak semua sama. Lain orang, lain pengalamannya. Kalau sama, mungkin tak seratus peratus sama. Cuma luka perit yang kita rasa itu adalah sama.

Macam mana pun perit kita rasa, kita kena terus melangkah. Jangan disebabkan itu kita terus jatuh tak bangun-bangun. Haa..macam ni tak naklah. Bina balik jalan untuk terus kita melangkah dan terus melangkah. Anggap saja Allah sedang menguji hati hambaNYA. Orang yang diuji, adalah orang yang paling dekat dengan Allah. Dan setiapa apa yang diuji olehNya, pasti aka nada hikmahnya.. InsyaALLAH…!!

Walaupun aku rasa entry ni macam lari tajuk, tapi aku harap sedikit sebanyak entry ni dapat redakan hati yang sedang dilanda kegelisahan. Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Jangan sedih-sedih, sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan..kan..!

Apapun jom Merdekakan Hati dan jom kita senyum selalu…

Fighting…Caiyokkk..!!




Kata Hati : Ini isu hati, bukan isu minyakkk..ehh..!
.

Isnin, 26 Ogos 2013

Jam Tangan





Berlari-lari anak aku menuju ke kelas. Yea..aku sedar aku dah lambat ni. Baru saja mahu mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua, terdengar sayup-sayup nama aku di panggil. Sudahlah nak cepat, ada pula yang panggil-panggil. Kacau betullah..! setakat merungut dalam hati je la.

Puas jugalah aku cari dari mana datangnya suara tu. Rupa-rupanya suara ustaz yang setia menunggu di depan pintu kelas bawah tangga. Manalah aku nak nampak. Haishh ustaz ni, cubalah tonjolkan diri sikit. Ini tidak..!

“Pinjamkan saya jam. Hari ni saya tak pakai jam laa..”

Terkedu seketika aku dengan permintaan ustaz ni. Kenapa pula dengan jam aku, mintalah dengan orang lain. Jam aku ni baru beli kot. Itupun abah yang hadiahkan semperna ulangtahun kelahiran aku. Takkan tiba-tiba nak bagi ustaz pinjam kot. Haishh…

“Waktu akhir nanti saya kan masuk kelas awak, saya pulangkan la..”

Tapiii……

“Saya pinjam je, janji tak calarkan”

Err…orang tua ni macam tahu-tahu je apa yang aku fikir. Ustaz tu tak adalah tua sangat. Kecik-kecik je orangnya, dia tinggi sikit dari aku. Ingat lagi kali pertama dia mengajar aku ditingkatan 2. Dia merupakan guru baru disekolah tu. Sebelum ni aku lebih selesa diajar oleh ustazah sebelum dia.  Entah kenapa ada satu aura membuatkan aku tak senang dengan ustaz ni.

Tapi makin lama dia mengajar, makin kenal dan cara dia buat aku jadi senang. Jangan kata aku, kawan-kawan lain pun sama. Tapi aku lebih rapat sikit la dengan ustaz. Mungkin sebab aku ni suka buat bising kot dalam kelas. Hahaha.

“Boleh tak?”

Seraya aku menanggalkan jam dari pergelangan tangan aku. Pantas ustaz menyambut jam tangan tersebut bila aku hulurkan. Dan cepat-cepat dia besarkan sedikit saiz jam tersebut. Almaklumlah, pergelangan tangan lelaki dan perempuan kan tak sama besar. Bila selesai memakai, aku cuma memerhatikan je jam tu terletak elok dipergelangan tangan kiri ustaz.

“Balik nanti saya pulangkan. Dah cepat masuk kelas”

**********

Waktu akhir kelas kami hari tu ialah mata pelajaran pendidikan islam. Aku pula boleh terlupa pasal jam tangan aku tu. Iyelah, sebab sibuk sangat studykan. Kononnya laa..Hahaha. Bila ustaz masuk ke kelas, memang aku tak ingat langsung pasal jam tu, sampailah ustaz panggil aku ke meja guru.

“Ni, saya beri balik. Terima kaseh tau. Cuba pakai tengok muat ke tidak”

Waktu ustaz buka dan hulurkan jam tangan tu lah baru aku teringat pasal jam aku. Ishh..memang pelupa sungguh aku ni. Aku ikut je arahan ustaz, tapi bila aku pakai jam tu longgar. Ikut aku tak kisah pun, janji tak lucut. Tapi bila ustaz nampak, terus dia minta balik dan betulkan saiz yang sesuai dengan pegelangan tangan aku. Dah macam gaya boiperen aku je ustaz ni. Bila selesai, aku bangun balik ke meja aku. waktu ni lah dengar suara-suara yang menanyakan soalan yang pelik.

“Kenapa ustaz bagi jam tangan ustaz, dekat dia?”

“Hadiah hari lahir dia..”

Bila jawapan itu keluar dari mulut ustaz, spontan berpuluh pasang mata tertumpu pada aku. Walaupun jawapan ustaz dalam nada bergurau, tapi aku tetap malu. Ya malu siot..! Reaksi aku waktu tu hanya mampu angkat bahu je. Bila kawan sebelah tanya soalan yang sama, aku cerita benda betul detail-detail. Tapi malangnya diorang bukan nak percaya. Almaklumlah jam tu baru, memang kelihatan berkilat. Normal barang baru.

Sejak pada tu, apa-apa mengenai ustaz, aku jadi rujukan. Jangan kata satu kelas, habis cikgu-cikgu semua tahu. Aku tak gelabah sebab aku tengok ustaz okay je. Jadi aku pun okay je lah. Ingat lagi bila aku wakil dari kelas kena dengar taklimat mengenai apa tah dekat bilik tayangan. Kebetulan aku orang paling lewat sampai. Jadi nak masuk tu terasa malulah juga. Sebab aku yakin aku akan jadi tumpuan bila masuk dalam tu. Jadi, aku hanya mampu tercegat di luar bilik tu je sambil berkira-kira nak masuk ke tidak.

Rupanya ada seorang cikgu perempuan yang sedar kewujudan aku di luar bilik tu. Dialah yang pelawa aku masuk. Tapi aku ni kan degil, geleng kepala je la. Seganlah. Itu je aku mampu cakap. tak lama lepas tu, muncul pula ustaz sebelah cikgu tu. Terkejut beruk juga aku, mana tak nya, aku tak tahu pun ustaz ada dalam ni.

“Haa..awak, ingatkan tak datang. Lama saya tunggu. Mari masuk..”

Entah macam kena rasuk dek jin apa, laju je aku masuk kedalam bilik tayangan tu. Belum sempat aku dapatkan kerusi kosong tingkat paling atas, kedengaran suara lantang cikgu perempuan tu berkata…

“Dia nak abang dia juga yang jemput, baru dia nak masuk rupanya..”

Errr…sumpah aku malu. Lagi malu bila pandangan semua terarah pada aku. Terasa berinci-inci ketebalan kulit muka. Sempat juga aku curi pandang muka ustaz waktu tu, tenang je aku tengok. Dan sepanjang berlangsungnya taklimat tu, aku sikit pun tak berani pandang muka cikgu perempuan tu.

Kenapa tiba-tiba aku cerita semuanya disini? Sebab tadi aku ternampak ustaz aku ni dekat trafik light. Terburai segala kenangan tahu..! Nak tegur terlalu jauh, jadi aku tengok aje lah.. Yess..ustaz masih segak seperti dulu….!

Oh yea, sampai habis sekolah tau kawan-kawan ingat ustaz hadiahkan aku jam. Hehehe.



Kata Hati : Bila bercerita macam ni, buat aku rindu sekolahhhh…waaaa..!!

.

Isnin, 19 Ogos 2013

Aidilfitri 1434H





Assalamualaikum.

Harap semuanya dalam keadaan sihat-sihat belakalah hendakNya yea. Lama beno rasanya tak menaip, terkaku sekejap jari jemari dibuatnya. Almaklumlah, bila cuti lelama ni penyakit M mula naik tahta. Sekarang ni, mengkome mood raya lagi ke? Kalau masih mood raya, hebat bebenolah kome ni. Hehehe.

Okay, malas bebel panjang. Entry ni cuma nak bercerita ringkas pasal Aidilfitri 1434H baru-baru ni.
Kalau sebelum ni, baik dalam ni ataupun diruangan komen blog kalian, mesti aku ada cakapkan, mood raya aku belum datang. Dan percaya atau tidak, rabu, 7hb tu, masa dalam perjalanan pulang ke kampung pun mood aku ketika tu masih zero.

Dan sepanjang perjalanan, dalam fikiran aku duk berteka-teki harap-harap line phone adalah. Sebab malam tu aku nak buat perkara yang sama dekat someone seperti mana aku buat bulan lepas. Sekali sampai kampung, hancuss punah ranah harapan aku..! Coverage bukan lagi E tapi dah G…! Aiyokkk..

Ketiga-tiga phone aku naik turun tau bar dia. Haisssshhhh…! Makanya keberadaan aku di kampung dah jadi sebijik macam dalam iklan raya Maxis tu. Siang-siang aku main masak-masak. Malam – malam aku main mercun thunder clap. Hahaha.

Bila dah sampai kampung, mood raya still tak ada. Entah ngape terok beno aku tahun ni. Aku sendiri pun blur. Kenapa mood aku macam tu. Konon-konon bila dengar pengumuman raya, mungkin mood raya datang kot. Sekali aku terlepas daaa… semua gara-gara terleka main mercun kat luar. Hampehh..!

1 Syawal 1434H. tak salah aku seawal 6 pagi kot aku dah bersin hampir 100 kali. Tak pasal aku kena flu tiba-tiba.  Mood raya baru nak datang terus lari lintang pukang bila kena flu. Di sebabkan flu yang terlalu teruk tahun ni aku tak ke masjid pun. Lepas bermaaf-maafan dan peluk cium dipagi raya, kami semua makan-makan sikit. Lepas makan terus pergi kubur atok dan opah. Balik dari kubur terus pergi beraya .

Otw nak pergi beraya inilah baru aku terasa macam hari raya. 6 biji kereta konvoi ramai-ramai singgah rumah saudara mara. Bila dah berkumpul ramai-ramai, macam-macam cerita ada, gelak-gelak dan bergurau senda. Aku, memang tak boleh lari dari soalan cepuk cemas. Dalam keadaan tak sihat, aku Cuma jawab dengan senyuman ajelah..!

Paling syok bila masih ada yang sudi hulur duit raya pada aku. Mungkin orang tengok aku macam bebudak gamaknya.  Almaklumlah adik-adik sedara semua tinggi-tinggi belaka dari aku. Jadi tak hairanlah kenapa aku juga dapat duit raya. Kehkehkeh.

Sampai kepetang jugalah kami beraya. Lepas asar terus balik rumah atok. Letih jangan cakaplah. Ada yang terlena sampai ke magrib. Tapi aku dengan adik-adik lebih suka bakar daun-daun kering dekat luar. Best oo main api…! Kalau dekat rumah aku tak ada tempat nak main api. Jadi bila balik kampung jadi jakun sikitlah..Hahahah.

Malam pulak, lepas semua orang dah lena. Aku dengan dua orang adik aku keluar ke pekan. Kononnya nak cari burger. Tapi manalah ada orang nak jual raya-raya ni. Cuma yang hairannya kedai makan banyaklah. Last-last kitorang lajak terus ke Langkap. Singgah kepsi, beli zinger burger. Tudiaaa…punyalah melantak. Dekat pukul 1 jugaklah sampai rumah. Hahaha.

Errkk..ini jelah cerita raya aku yang tak seberapa. Bila dah masuk raya kedua, ketiga dan seterusnya. Aku tengok ramainya kawan-kawan upload gambar raya. Jeless betul aku rasa. Mana gambar raya aku? Err..percaya tak satu pun tak ada.. aku duk usung tisu je sepanjang hari tu.. Tak gagah aku nak usung phone… Hahaha



Kata Hati : Rugi pulak tak ada pic raya…Hurmmm… -_-
.

Khamis, 25 Julai 2013

Tegur





Assalamualaikum.

Ehem..ehem. 
Nak bagitahu satu rahsia ni. 
Kaklong sayaaaaaangggggggg Mak...!
Itu je rahsianya.
Sekian..Heeee. 
^_^ 

Ehem..sambung entry. Ermm.. pejam celik – celik pejam,  kita sudah pun berada di kemuncak Ramadhan. Kalau sebelum ni kita mendaki, tapi lepas berada di kemuncak kita semua akan mula turun dari pendakian. Kenapa aku kata menurun? Sebab selalunya lepas 15 Ramadhan, masa akan berlalu tanpa kita sedar. Tup-tup tinggal 3 hari lagi je nak raya. Percayalah..!

Hokey…! Entry kali ni bukanlah nak sembang pasal raya. Sebab aku belum rasa lagi mood nak raya tu. Walaupun sekarang ni lagu raya sedang ligat diputarkan di radio, tapi aku tetap tak rasa lagi bahang nak raya tu, setakat dengar je la. Feeling tu belum ada. Entah kenapa aku tahun ni tahh..!

Untuk entry ni aku Cuma nak cerita, kejadian  malam 14 Ramadhan lepas, iaitu hari isnin malam selasa. Entah cemana aku TERnampak seseorang dalam masjid. Kebetulan hari tu aku dapat saf paling depan. Dan kebetulan pula kain langsir yang memisahkan bahagian jemaah lelaki dan perempuan terselak sedikit. Dari situlah aku TERperasan kelibat seseorang dalam masjid tu. Rasa macam tak percaya, sebab masjid yang aku pergi ni, jauh dari rumah dia. Aku siap tunjukkan mak lagi apa yang aku nampak. Bukan apa untuk kepastian, kot la aku tersalah orang. Tapi mak cakap, iyea..itu memang dia..

Bila dah TERlihat tu, automatik perasaan tu jadi TERkejut. Lama kot tak jumpa Hamba Allah tu. Kali terakhir jumpa pun aku lupa bila. Dan bila dah nampak tu, perasaan nak tegur tu memanglah ada, tapi malulah kalau tiba-tiba aku nak panggil dia dalam masjid tu. Tak pasal kena sekeh dengan mak. Hahaha. Tapi tawakal je lah, lepas terawih ada rezeki jumpalah kami. Malangnya, memang tak ada rezeki nak jumpa. Tak apalah..nak buat cemana kannn. Redho... ^_^

Oh yea..Hamba Allah yang aku jumpa tu, BFF aku. Aku pernah cerita pasal dia dalam ENTRY NI.

Dan kejadian 14 Ramadhan pula, seawal 8 pagi aku keluar rumah bawa mak shopping barang dapur. Tengah syok-syok angkut barang masuk troli, tiba-tiba je datang sorang perempuan yang dari jauh lagi memang duk senyum ke arah aku. Sebelum tu, aku buat tak tahu je, sebab aku fikir dia senyum kat orang lain kott. Tapi bila makin dekat dan nak pulak bahagian tu cuma aku dengan mak je yang ada, aku pun balas je lah senyum dia. Nanti tak balas orang kata sombong pulak ye dak..!

Bila dia berhenti betul-betul depan aku, aku jadi pelik. Sambil tu, aku beri laluan pada dia, kot lah aku ni menghalang laluan dia. Rupanya tidak, dia memang nak jumpa aku. Yang tak tahan, siap pegang kedua-dua belah tangan aku ni, ala-ala jejak kaseh gitu. Muka aku time tu memang berkerut gila dah. Sempat aku pandang arah mak, tengok mak nak tergelak, tapi tahan. Tak lama, orang tu tanya aku

“Tak kenal ke?

Errr..memang tak dinafikan, waktu dia tanya tu, aku memang blur gila. Dalam hati tertanya-tanya, siapa pula ni...! nak kata tak kenal karang kecik hati pula. Kalau kata kenal aku memang langsung tak kenal. Lama jugalah aku diam sambil duk tengok muka dia. Manalah tahu kalau-kalau dia ni client aku yang dulu-dulu. Almaklumlah, aku ni kan pelupa.

Bila dah lama diam, nak menipu aku tak sampai hati. Jadi jujur aku tanya dia siapa. Sebab otak aku dah tak boleh ingat siapa dia. Bila aku ajukan soalan, muka dia tiba-tiba berubah. Err…tak niat tau nak kecikkan hati dia, berterus terang lebih baik dari menipukan. Soalan aku di jawab dengan soalan. Dia tanya nama aku pula. Sekali lagi aku jujur bagitahu nama penuh aku. Yang nak tergelaknya, lepas tahu nama penuh aku terus dia minta maaf. Katanya salah orang. Pelanduk dua serupa rupanya. Kata dia aku betul-betul seiras dengan kawan dia, tapi nama lain. Hahaha. Haishh…lawak pulak aku rasa.

Dah 5 minit berlalu,bila difikir-fikirkan balik, aku kagum kot dengan perempuan tu. Dia ada keyakinan yang tinggi. Kalau kita tentu teragak-agak nak tegur seseorang yang dah lama kita tak jumpakan. Contoh terdekat macam aku laa, memang sah orang tu aku kenal, tapi nak tegur segan. Hahaha. Tapi perempuan tu tidak, dengan penuh yakin dan muka penuh keterujaan, dia siap pegang  dan gengam tangan aku ni. Kalau kita, berani ke nak buat macam tu tiba-tiba? Hahaha. Dan Selamatlah di perempuan, kalau lelaki kompem aku menyorok belakang mak. Hahaha.




Kata Hati : Dalam dunia ni, ada 6 lagi muka yang sama macam kita….
.

Isnin, 22 Julai 2013

Dulu..Aku Pernah Sayangkan Dia...




Sumber Google


Assalamualaikum.


"Akan tiba satu masa nanti, 
Bila mana awak merindui saya, 
Dan masa itu saya telah lupakan awak,
Sampai bila-bila....." 
Kredit Miszpinkies


Salam 13 Ramadhan semua. Dulu dalam entry INI, ada aku bagitahukan. Bila mata terkebil-kebil menunggu ketibaan mengantuk, mulalah terkenang macam-macam peristiwa. Benda yang tersimpan rapi dalam kotak fikiran di punggahkan kembali semata -mata mahu ingat setiap kenangan yang ada.

Dan tiba-tiba aku terasa nak bercerita tentang  ‘RASA’ masa lalu di sini. Ikutkan tak perlu kot dikenang benda yang dah lepaskan. Tapi entah kenapa aku terasa ingin bercerita. Pada yang sudi membaca, silakan. Sekiranya kalian tidak berminat, aku tak terasa hati pun. Lagipun entry ini terlalu rumit untuk kalian faham.

“Dulu..aku pernah sayangkan dia”

Pernah dengar tak dialog dekat atas tu? Dialog tu dilafazkan oleh Linda Onn dalam filem Gila Bola. Lama dah filem ni,tak silap tahun 2003. Aku tengok gitu-gitu je. Hanya dialog yang Linda Onn lafazkan tu je yang aku ingat. Yang lain-lain aku tak ingat. #Masa Gathering dekat Melaka hari tu, ramai yang kata, suara aku ala-ala Linda Onn. Tang mana yang ala pun aku tak pasti. Tapi yang sebetulnya, suara aku agak kasar. Kaklong katakan…hahaha.

Okay, berbalik ke landasan yang betul. Apa kena mengena dialog tu dengan aku? Sebenarnya tak ada kena mengena pun. Dialog tu Cuma mengingatkan aku ‘TENTANG RASA’ yang pernah aku alami. ‘RASA’ suka terhadap seseorang yang pernah aku sukai. ‘RASA’ yang sukar ditafsirkan jika ditanya kenapa dan mengapa. Tambahan pula ‘RASA’ itu bertahan dalam jangka masa yang agak lama. Jadi jangan ditanya kenapa, sebab aku tak ada untuk jawapan itu.

Dulu…aku fikir ‘RASA’ itu hanya aku yang RASA. Tapi rupanya dia juga turut ‘RASA’ apa yang aku RASA. Bila kami sama-sama ‘RASA’,  perhubungan menjadi saling lengkap melengkapi. Saling ingat-mengingati. Dan dari ‘RASA’ itu kami mula kenal erti rindu-merindui. Dan akhirnya ‘RASA’ itu buat kami saling sayang-menyayangi. Detik inilah kami kenal apa itu ‘CINTA’.

Hingga saat ini, aku akui dia manusia yang baik sebenarnya. Dia terlalu menjaga kebajikan dunia dan akhirat aku. Dia juga sentiasa ada disaat duka mahupun gembira. Selalu memberi kejutan yang tidak disangka-sangka. Dan hampir setiap malam dia menemani aku ketika aku mengalami insomnia suatu ketika dulu. Itulah dia sebenarnya. Cuma diakhir hubungan kami, tindakan kejamnya buat aku kaku membisu.

Rasanya tidak adil jika aku terus menghukum atas sebab satu kesalahan yang telah dilakukan. Padahal sebelum ni, dia terlalu baik pada aku. Ya..pada mulanya agak sukar aku terima atas apa yang terjadi. Tapi lama-kelamaan aku pasrah. Aku redha atas ketentuanNYA. Setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahNYA.

Kalau sebelum ni, setiap hari aku cuba meracuni fikiran sendiri untuk terus membenci dia, sekarang tidak lagi. Walaupun ada alasan untuk aku terus membenci dia, tapi aku tidak sanggup hidup dalam kebencian. Aku bukan pendendam orangnya.   Sebaliknya aku sentiasa berdoa, moga masjid yang dibina bersama yang tercinta bahagia hingga syurga.

Cuma satu, hingga aku sedang menaip entry ini, keberanian untuk berjumpa dengan dia masih ‘KOSONG’. Seandainya terserempak atau berselisih bahu dimana-mana, aku rela akui tidak mengenali dia. Bukan berdendam, Cuma aku belum bersedia.

Mungkin aku pemaaf orangnya. Tapi untuk lupakan segala apa yang telah terjadi. Tidak mudah. Lebih terkesan bila dia berpaling tanpa sebarang kata. Ya..TANPA SEBARANG KATA. Perkara inilah yang buat hati dan jiwa aku benar-benar hancur. Seandainya dia putuskan cara elok, aku masih boleh terima. Ini tidak.

Kini apa yang ada pada ‘RASA’ hanyalah KOSONG. Cuma, ingin kikis dia dari ingatan perlu makan masa. Seboleh-bolehnya akan aku cuba sedaya upaya.  Kerana aku bukan siapa-siapa lagi pada dia. Dan dia bukan siapa-siapa lagi pada aku. Sudah tiada ‘RASA’ ,  tiada ‘HATI’ , tiada ‘JIWA’.

Moga semuanya hilang dalam ingatan seperti angin lalu. InsyaAllah, aku bisa..!

Hanya dulu weii…aku pernah sayangkan dia.




Kata Hati : Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu…
.

Selasa, 16 Julai 2013

Nota Ringkas





Assalamualaikum.

Keperitan jelas terasa bila ia dilepaskan secara paksa,
Menunggu untuk ia dilepaskan secara rela. Entah bila,
Nota ringkas ini, ikhlas dari aku yang masih bernyawa,

Itu aje.

Sekian terima kaseh.



Kata Hati : Mohon suatu hari nanti KAMU rasa apa yang AKU rasa...

.

Sabtu, 13 Julai 2013

Ramadhan Vs Blogwalking





Assalamualaikum.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya”
(QS Al Baqarah [2] : 286)

4 Ramadhan 1434H. Alhamdulillah, pejam celik – pejam celik dah masuk hari keempat kita semua menjalani ibadah puasa yea. insyaAllah, jika dipanjangkan usia, 3 kali jumaat lagi kita semua bakal meraikan hari kemenangan. Untuk entry kali ni, idok le aku nak bercerita pasal raya. Tak…

Dan insyaAllah juga, hari ni hari ke-5 kita semua berterawihkan. Pada kalian yang buat sampai 21 rakaat tu, tahniah diucapkan. Sejujurnya aku dari hari pertama, hanya buat 8 rakaat je, lepas tu 3 rakaat witir. Dan betapa kagumnya, bila mana aku sendiri lihat makcik-makcik yang sudah berusia gagah menghabiskan terawih. Terbaiklahh…!

Entah kenapa, Ramadhan kali ini aku rasakan auranya begitu berbeda. Ya, aku tahu ramadhan kali ini tidak sama seperti tahun – tahun sebelumnya bila mana aku sentiasa…errr…. Ok. TITIK..! #aku malas ingat apatah lagi menaip.

Sebenornya aku cuma nak kabo, kalaulah kome perasan, sejak kita puasa ni aku dah macam jarang up entry kan. Kalau sebelum ni, sehari satu tu insyaAllah mesti ada. Tapi sejak puasa ni, entah kenapa aku rasa macam malas tu lebih dari rajin. Hahaha. Serius weh, aku tak tipu..! Aku cuma blogwalking je, itupun kalau aku laratlah. Buatnya aku penat macam semalam, nak habiskan 8 rakaat pun tersengguk-sengguk, memang balik masjid cari bantal laa…!

Tapi kalau aku blogwalking pula, paling cepat aku tidur pukul 2 pagi. Itu paling cepatlah. Kadang-kadang terlajak sampai ke 3 pagi. Dah tu pukul 4.30 nak kena bangun sahur lagi. Nak tidur lepas subuh, alamatnya bertimbun kerja rumah yang tak siap kot. Silap hari bulan bahan-bahan nak masak tak ada, sebab aku tak bawa mak pergi pasar. Hahaha.

Jadi, bila fikir-fikirkan balik, faham sangatlah kenapa aku cepat letih bulan puasa ni. Semuanya sebab masa tidur aku yang tak menentu. Kira pendek cerita dalam bulan yang mulia ni, aku mungkin akan blogwalking ikut tahap kerajinan. Ya..semuanya bergantung kepada kerajinan. Hehehe. Ohyaa…! Tahun ni macam tahun lepas, aku dah tak ambil upah menjahit dah. Errm..kalaulah aku menjahit, rasanya risiko tak siap tu berkemungkinan ada. Al-maklumlah terlebih malas dari rajin. Hahaha.

Okay, sampai disini sajalah. Bila entry seterusnya? Semuanya bergantung tahap kerajinan. Hehehe.



Kata Hati : Aku sentiasa doakan kalian…InsyaAllah. Dan terima kaseh buat orang jauh, yang saban malam tidak jemu kejutkan aku, sesungguhnya hanya DIA yang mampu membalas jasa baik kamu itu...

.

Khamis, 4 Julai 2013

Cubaan


Assalamualaikum.

Dah berkali aku cuba update guna lappy. Tapi hasilnya tetap hampa. Dan kini aku cuba update guna phone. Dan nampaknya tetap ada masalah yang sama. Entah kenapa asyik duk keluar "Required must not be blank" je kat atas nun...!

Haihh....! Geram memanglah geram. Tapi bila fikir-fikir balik, rasanya blogspot merajuk dengan aku kot. Sebab dua hari lepas aku adalah cakap sesuatu dengan seseorang. Tapi time tu aku tengah serabut. Memanglah segala apa tindakan tak fikir sebelum bertindak.

Errr...ayat kat atas ni penyedap hati je sebenarnya. Tak ada kena mengenalah. Hehehehe.

Okay, seandainya entry ini lepas, kiranya aku berjaya update guna phone. Kalau tak lepas, bukan takat lappy, dengan phone ni pun aku rasa nak lempang.. grrrr....!

*UPDATE :





Bagi jawapan "Mana Nur" dalam entry Wordless Wednesday #63, Nur yang NOMBOR 10. Tahniah pada teka dengan betul... :)


Kata Hati : Aku harap entry ni lepas, tapi dalam masa yang sama aku harapkan ianya tak lepas....cemana tu...? Errr...abaikan.....



Selasa, 2 Julai 2013

Terbelah Dua




Disuatu sudut cuma ada aku yang kaku berdiri sambil menteliti kemasan paku-paku tanpa biar sesiapa tahu wujudnya aku diwaktu itu.

Disuatu sudut yang lain pula aku lihat kamu sedang tersenyum dan berborak mesra bersama dengan tiga lelaki lain sambil mata aku mencari susuk tubuh yang sepatutnya ada bersama ketika itu.

Dan disudut lain pula aku mula dapat lihat salah seorang dari mereka bertiga mula bertindak berani keatas kamu. Kamu tidak menepis tapi kamu hanya biarkan.

Dari sudut aku berkali-kali menjerit agar kamu sedar apa yang kamu biarkan salah. Kamu sudah ada dia. Namun jeritan aku tidak lepas, seperti tersekat kesat.

Aku cuba bergerak, kalau boleh aku mahu belasah kamu dan tanya apa yang sedang kamu lakukan. Mana dia dan mengapa dia tiada disisi kamu. Seperti jeritan tadi, kaki aku tidak mampu melangkah walaupun seinci.

Aku gagal untuk sedarkan kamu. Dan satu sudut itu juga aku hanya mampu merintih atas segala perbuatan yang telah kamu lakukan. Kenapa harus rebut dia dari aku seandainya kamu tidak mahu untuk setia.

Dengan melihat segala perangai kamu di sudut itu jugalah ada satu perasaan yang membuak-buak dalam hati aku. Cuma satu rasa, Aku BENCI kamu..! Aku BENCI kamu..! Aku BENCI kamu..!

Dan di satu sudut, aku buka mata terasa beratnya kepala dan terasa tersangat kering tekak. Minda aku sedang mencerna apa yang terjadi. Mata aku mencari kamu. Tapi tiada. Hilang. Lenyap. Lesap..!

Aku pejam dan buka mata kembali, dan aku pandang sekeliling mencari kepastian. Ya..tadi aku hanya bermimpi. Bermimpi kamu menduakan lelaki yang pernah aku suka satu ketika dahulu….

Tapi rasa BENCI itu tidak pula lenyap bersama igauan yang tersarat dalam mimpi aku….




Kata Hati : Mimpi itu buat pegangan prinsip aku TERBELAH DUA….!
.

Ahad, 30 Jun 2013

Misteri Malam Jumaat





P/s : Entry kat atas ni di taip Khamis malam Jumaat Lalu....
.

Isnin, 24 Jun 2013

Aku Maafkan Kamu...




Assalamualaikum.



"Teringat janji lamamu kepadaku,teringat aku teringat.
Teringat saat kau masih ada disini, temaniku sepanjang hari.."


Tak terjelas dek rasa hati yang bagi aku tersangatlah sebat. Tahu tak bagaimana rasa SEBAT..? kalau tak pernah rasa atau tak berapa jelas dengan rasa sebat, Cuma satu je aku boleh tolong ajarkan pada yang nak rasa sebat. Dengan cara; memandu kereta tanpa lepaskan break tangan (Baca Hand Break). Lebih kurang macam tulah kot rasa sebat. Selalunya pemandu jelah yang boleh rasa, penumpang, aku tak sure boleh rasa ke tak. Hahaha. Okay stop..!

Sumpah.  Aku mengaku, aku susah nak habiskan bacaan aku pada entry ini. Lima perenggan awal, aku boleh lagi berlagak tenang,  masuk perenggan seterusnya aku mula gelabah. Panas satu muka, dan sebelum terbakar, sepantas kilat aku KLIK button pangkah. Dan sumpah juga, dalam cerita entry ini tiada kena mengena dengan aku langsung. Yea..walaupun sekelumit, langsung tiada..!

Selepas bacaan awal, aku cuma sempat baca sedikit je lepas lima perenggan awal. Dan segala apa yang aku baca, buat aku kembali rasa apa yang aku pernah rasa. Buat aku teringat tentang perkara yang aku cuba lupuskan. Sekali gus mengingatkan aku pada KAMU yang pernah aku ada dalam hidup aku suatu ketika dulu. Dan sekarang, aku sudah berhenti berharap. Aku mungkin bisa maafkan kamu, tapi untuk kenal KAMU buat kali kedua, tidakk..aku tidak mahu. Cukup-cukuplah.

Bulan pernah kata, tiada istilah ‘Bahagia dia, bahagialah kita’. Kata bulan lagi, ‘mulut hanya bisa ungkapkan, tapi segala pahit perih, hanya hati yang rasa’. Jadi tepuk hati, ajarlah mulut ungkapkan pekara sebenar. <-hancor pepatah aku beb..!HAhaha.

Bintang juga pernah kata, ‘jangan dilayan sangat perasaan sedih, past is past. Pandang depan dan jalan.’ Walaupun sudah mampu berdiri diatas kaki sendiri, tapi aku belum bisa melangkah, sebab hati aku terlalu beku, sangat dan tersangat beku. Jadi, aku selesa berada dimana aku berada. Cuma kekadang orang je yang selesa dengan kedudukan aku..Grrr..!

Akhir kata, maaf aku tak bererti aku bisa hadap KAMU....!
Sampai sini je ehh…
Aku okay jeee...hehehe ^_^



Kata Hati: Yupp..hanya DIA dan kita saja tahu kehendak diri kita..!
.

Khamis, 20 Jun 2013

Terkaitnya Entry Dot.Dot.Dot



Assalamualaikum.





PERHATIAN :
 ENTRY INI TIADA KENA MENGENA ANTARA AKU DAN NOVEL. TAPI PENCERAHAN TENTANG ENTRY INI.


Terang. Jelas. Dan tak perlu pencerahan lagi tetang wujudnya entry ini. Semuanya gara-gara entry PENYELIDIKAN isnin lepas. Sumpah, geleng kepala aku baca komen kalian. Yelah, budak hingusan macam aku ni nak JADI PENULIS NOVEL..? Perghhh…memang tak laaa kann…!








Tengok, Mama JJ siap nak minta sign lagi ni. Adoiiyaii..! Serius Nur tak henti gelak tau baca komen Mama JJ tu. Ummi Irfan pula, bersungguh teruja bila dia fikir aku betul-betul nak buat novel ni.Lepas tu, bila ada ayat “TIPU”Ummi Irfan boleh pulak tak percaya. Siap suruh aku ngaku lagi ni. Hahaha.  

Deqla pulak,  punya imaginasi lagilah tinggi, sampai nak diadaptasi nih..! Punyalah dia malas nak baca novel. Hahaha. Mama Mia pula kata Nur ada bakat. Err..Tang mana pula bakat Nur kak. Nur bakat tidur adalah kak. Hahaha. Lorrr..Mana ada duk karang novel Ayu. Nur buat kerja la. Kerja kepuasan diri sendiri. Dan untuk CikSue, Sumpah ianya tak ada kaitan pun dengan novel. Percayalah..!

Dan ada yang tanya, aku pernah tak buat novel..? Okay, untuk soalan tu, sejujurnya aku langsung tidak pernah keluarkan apa-apa novel pun. Baik dipasaran mahupun dalam penulisan online ni. Tapi, pernah suatu ketika dulu, aku hampir-hampit terjebak dalam sebuah laman yang sudi memberi peluang dan ruang buat aku menghasilkan E-Novel. Sayangnya, pada waktu tu, aku langsung tak yakin dengan karya aku sendiri. Jadi aku tak terima tawaran tu.




Tipulah kalau aku kata, aku tak teringin nak hasilkan novel. Pernah terfikir, pernah berangan, pernah menggarap cerita untuk dijadikan novel. Tapi semua tu angan-angan je. Aku tak yakin, dan tak confident dengan diri sendiri. Lagipun untuk hasilkan sebuah novel ni, kita perlu banyak idea yang tak tercurah banyaknya. Tapi aku ada jumpa satu novel yang penulisnya ala-ala nama aku. Novel berjudul "SI MATA BUNDAR" hasil karya Amany. Ejaan lain, tapi sebutan sama. Dan yang pastinya BUKAN AKU laa. Nak tengok? Niii diaaa...


Yea..jujur aku akui adalah budak sastera dan seni di sekolah dulu. Tapi tak bermakna aku boleh hasilkan karya yang terbaik. Tidakk…!

Dan seandainya, ada rezeki ada peluang untuk aku hasilkan sebuah novel, kononyalahhh…! Aku tak akan bercerita dalam ni kot. Dann..aku tak akan guna nama sendiri sebagai nama pena, TAK AKAN..!

Kenapa..? Aku kan pemaluu…huwhuwhuw. =_=”




Kata Hati : Percayalah, penyelidikan aku tu tak ada kena mengena dengan sebuah novel. Sekian.
.