Isnin, 9 Ogos 2010

Home » » .:: CERPEN : CAHAYA IMAN ::.

.:: CERPEN : CAHAYA IMAN ::.


PERHATIAN: Cerpen " Cahaya Iman " adalah hak milik blog http://www.cahayacita2.blogspot.com
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan
Sekadar cerita sahaja. Tidak berkaitan dengan sesiapa baik yang hidup ataupun yang telah tiada.




“Arrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..!!!!!!!!”


“Tak mahu..!!! aku mahu Iman…!!! Aku mahu iman banyak-banyak..!!!”

Sudah seminggu wanita itu begitu. Dari hari pertama, Tidak jemu terus menjerit dan melompat-lompat sesuka hatinya. Gamat Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan itu.

“Tenang puan Adibah..! tenang..! Doktor…!!!”

Cemas jururawat itu memanggil Doktor yang bertugas, apabila perempuan itunya tadi tidak henti-henti menjerit dan meraung.

“Heii..kau faham tak? Aku nak Iman..aku nak Iman banyak-banyak!! Bukan Doktor buncit tu..bodoh!!“

Di rentap tudung putih jururawat itu. Habis melopong segalanya.

Berlari-lari anak Doktor yang bertugas mendapatkan Adibah yang kian menjadi racaunya. Dengan segera picagari di isikan dengan bahan pelali untuk di suntik pada Adibah.

“Heii..tak mahu..!! aku tak mahu..!!tak mahu..!!”

Menepis-nepis Adibah bila jarum suntikkan itu di halakan ke arahnya.

“Arrgghhhhh…!!!”

Dengan perlahan jeritan bingit itu lenyap. Betapa kuatnya kesan ubat pelali yang di suntik pada tubuh Adibah.

Terkulai Adibah, terus lena.


**********



“Tak bolehlah..tak boleh..!!”

Bentak Nur Iman, setelah dari tadi dia di paksa sahabat baiknya supaya terima lamaran seorang lelaki yang di kenalinya sebagai ‘ADAM’ dari laman social ‘Twitter’.

“ Ala..cuba la. Mana tahu, kot-kot itu jodoh kau.”

Pujuk Adibah rakan Iman. Yang sudah dua minggu bermalam di rumahnya, kerana suami kesayanganya berkursus selama sebulan, di Negeri paling banyak, iaitu Negeri Sembilan.

Adibah memang terlalu akrab dengan Nur Iman. Sudah di anggap seperti saudara kandungnya sendiri . Mungkin sama usia yang membuatkan mereka boleh kekal dari zaman Universiti hingga usia menjangkau 35 tahun. Di zaman universiti kedua-dua gadis yang di labelkan cantik dan comel ini tinggal bersama dalam satu bilik , dan kini Iman menyewa di Taman Bersatu, Batu Gajah, Perak. Selalu jugalah Adibah datang melepak ke rumahnya. Tapi Entah kenapa, pelik benar dengan sikap Adibah malam itu kerana beriya-iya benar mahu Iman terus terima lamaran lelaki itu, tanpa mengenali latar belakangnya terlebih dahulu. Gila.

“ Kau ni kenapa Dibah? lain macam je aku tengok? Kalau kau nak sangat mamat tu, amik la. Aku tak kisah pun?"

Masih terkawal emosi Iman, apabila dari tadi dia asyik di desak dengan soalan yang sama.

Jangan kata dari tadi, masuk hari ni, sudah seminggu pun. Itu saja soalan yang di ajukan setiap kali Adibah bersua muka dengan Iman. Lemas rasanya.

“ Ewah-ewah, sedapnya mulut bercakap? Aku Cuma nak tolong kau je. Yang kau tu memandai-mandai nak suruh aku sebat mamat tu pe hal? Dah tu,laki aku tu, nak campak mana?”

Laju saja tutur kata Adibah bila aku menyuruh dia saja yang bercinta dengan kenalan dari twitter itu.

“ Ooo..kau pandai, tahu pula tak nak. Dah tu, kau desak aku takpe"

Terhenjut-henjut kepala dan bahu Iman kepada Adibah. Sesungguhnya Iman memang tidak suka di desak sedemikian rupa.

Rimas. Itu saja perkataan yang layak untuk di gambarkan.

“ Aku tak sangka pulak, kawan yang aku kenal dari universiti dulu ni memilih orangnya.”

Ada berbaur sinis setiap ungkapan yang dituturkan oleh Adibah.

Lain benar bunyinya, bergelora hati Iman untuk menelan segala yang telah di ungkapkan.

“Kes ni, kena settlekan malam ni juga ni”

Bisik Iman sekadar di dalam hati.

Terasa bahang panas yang membara di dalam hati Iman. Mahu saja dia meraung sekuat-kuatnya bila sahabat baik yang dulunya sentiasa memahami dirinya menjadi seorang pendesak sedemikian rupa. Segera di kumpulkan kurdat, untuk bersuara.

“ Dibah, aku ni bukan memilih. Kau bercakap, seolah-olah macam baru semalam je kau kenal aku.”

Menyeka airmata seketika. Kali ini, Iman benar-benar emosi.

Perasaan marahnya tadi, bertukar menjadi sedih bila sahabat baiknya sendiri sudah tidak megenalinya lagi.

“ Betulkan apa yang aku cakap. Kau tu yang memilih sangat. Kau mahu lelaki yang bagaimana lagi? Adam tu dah cukup hensem dah aku tengok. Kerjayanya bagus.apa lagi yang kau mahu?”

Lantang saja Adibah bersuara. Sikit pun tidak di jaga hati sahabatnya itu.

“ Bukan begitu Dibah, bukan itu yang aku cari,dan bukan itu yang aku mahu. Aku tidak boleh memaksa diri aku untuk menerima orang baru yang lain jantina secara tiba-tiba seperti yang kau mahukan. Aku tidak boleh terus-terusan menerima lamaran lelaki itu, yang entah dari mana asalnya. Aku sendiri pun tak tahu. Aku tak boleh..!! itu bukan cara aku. Bagi aku cinta tidak boleh di paksa.”

Kali ini tidak di tahan lagi, berguguran airmata Iman bila setiap ungkapan yang di hujah seikhlas dari lubuk hatinya.

Kerana itulah prinsip bagi Nur Iman. Dia sendiri tidak kisah jikalau sahabat baiknya itu mahu kenen-kenenkan dia dengan sesiapa saja. Tapi biarlah betul caranya. Biarlah tersusun adatnya. Biarlah berkawan dulu untuk mengenali keluarga masing-masing . Dan biar rasa cinta dan sayang itu hadir dengan sendirinya. Selebihnya, Iman akan berserah segalanya pada Sang Pencipta.

Inikan tidak, sahabatnya itu mahu Iman terus setuju untuk menerima lamaran lelaki itu. Sedangkan asal usul lelaki itupun Iman sendiri tidak tahu. Bila di Tanya pada Adibah, jawapan yang sering kali di beritahu ‘hensem,bekerjaya dan baik orangnya’ hanya itu . Pelik. Tapi itulah yang benar-benar terjadi kepada Iman.

“ Huh..cinta tidak boleh dipaksa konon.!! Kalau kau tidak membenarkan cinta itu hadir dalam hidup kau, bagaimana cinta itu mahu meresapi hati dan jiwa kau. Sedangkan kau..!! tuan empunya badan sendiri menghalang semua rasa itu hadir dalam hidup kau.”

Bentak Adibah.

Entah hantu malaun mana yang telah merasuknya malam ini. Berhujah seolah-olah dialah ketua yang mengatur segala benda di pelusuk bumi ini.

“ Tapi cara kau tu salah, bagi aku bukan itu caranya kalau kau mahu rasa cinta itu meresap di dalam hati dan jiwa aku ini. Tanpa mengenali latar belakang mamat yang kau suruh aku terima lamarannya, itu mustahil bagi aku. Itu bukan cara aku. Aku perlukan masa sebelum aku buat keputusan untuk terima lamaran siapa-siapa.”

Kali ini sedikit tenang ungkapan yang dituturkan oleh Iman.

“Sungguhpun mamat tu anak raja, aku tetap perlukan masa untuk mengenali siapa dia. Pilih ketua keluarga ni bukan macam pilih baju Dibah”

Sedikit tegas kata yang terucap di bibir Iman.

“ Iman, aku kenal Adam tu. Kau tak perlu risau tentang siapa dia. Yang aku pasti kau boleh bahagia dengannya, sampai bila-bila. Dia sungguh-sungguh mahu peristerikan kau.”

Perlahan suara Adibah sedaya upaya memujuk rayu Iman lagi.

“ Tak perlu risau kau kata?? Kau tahu perkhawinan ini ibarat perjudian paling besar dalam kehidupan manusia. Untung ruginya tak siapa pun tahu, semua itu rahsia ALLAH. Dan kau dengan yakin beritahu , aku boleh bahagia?? Apa jaminan kau, aku pasti bahagia bila aku bersamanya kelak!!?”

Cepat saja soalan yang meluncur laju dari bibir Iman.

Kehensemannya, kerjayanya. Sudah boleh membuatkan kau bahagia. Aku pasti. Yakinlah..!”

Tersenyum Adibah menerangkan segalanya. Seolah-olah lelaki itu yang terbaik di dalam hatinya.

“ Masya-ALLAH. Itu saja? Kau memang gila Dibah..!! “

Rasanya hati Iman benar-benar panas kali ini.

Mahu saja di hentaknya kepala sahabatnya itu ke dinding supaya sedar dari rasukan syaitan.

“ Ya..! kenapa ? “

Tinggi nada Adibah apabila tafsirannya di persenda sahabatnya.

“ Kau mahu tahu kenapa aku kata kau gila? Kerana kebodohan kau sendiri. Pada aku, kau bukan tuhan yang boleh menentukan kebahagiaan aku kelak. kerana pada aku, ALLAH saja yang dapat menentukan segalaNYA. Tapi bukan kau..!! kehenseman dan kerjaya yang kau maksudkannya dari tadi tidak akan pernah kekal untuk selamanya. Itu adalah satu bonos yang di berikan OlehNYA. Bila-bila masa saja bonos itu, boleh di rampas kembali olehNYA. Dan kau silap, bukan itu kunci sebenar kebahagian dalam rumahtangga”

Tegas saja yang di ucapkan. Entah kenapa hatinya mulai panas bila sahabatnya begitu yakin dengan keputusan bodohnya sendiri.

“ Hidup ini memerlukan duit, duit itu adalah kebahagiaan. Kalau kau khawin dengan orang miskin, macam mana kau nak bahagia. Kayap lagi adalah. Sekarang siapa bodoh? Aku atau kau ? haha..! “

Gelak Adibah tidak ubah seperti manusia di rasuki syaitan.

“ Bagi aku, kau yang bodoh. Sedangkan kau sendiri tahu, dari mana datangnya rezeki kalau tidak dari KeizinanNYA. ALLAH yang satu..!!”

Tegas tutur bicara Iman, mahu cepat-cepat Adibah kembali pada paksiNYA.

“ Sudahlah Iman, aku malas mahu layan sikap kau yang bodoh sombong itu. Kau sendiri pun menolak jodoh yang datang sendiri pada kau. Kata-kata kau, kosong semata-mata. Kau sendiri pun tidak percaya pada ketentuan DIA. Inikan pula kau mahu bermain kata dengan aku?simpan saja hujahan mengarut kau tu. “

 Berbisa kata-kata yang terucap dari bibir perempuan itu.Membuatkan Iman benar-benar buntu.

“Maksud kau??”

Soal Iman kehairanan.

“Lihat? Kau sendiri sudah terperangkap dengan kata-kata kau, hinggakan kau sudah tidak mampu mentafsir segala kata-kata aku. haha!!”

Kali ini, ketawanya seolah-olah kemenangan sudah berpihak padanya.

“ Kau juga kata, cinta itu tidak boleh di paksa. Sebelum apa-apa kau sudah pun menolak mentah-mentah cinta yang sudah siap sedianya untuk di semai. Kalau kau percaya pada ketentuanNYA, terimalah Adam menjadi suami kau, dan biarkan cinta itu sulam dengan sendirinya. Boleh?”

Lancar saja pebentangan yang dihujahkan Adibah.

“ Boleh. Tapi bukan ini caranya. Aku perlu kenali latar belakang lelaki yang mahu memimpin aku ke jalanNYA terlebih dahulu. Aku mahu lelaki itu menjadi kekasih yang pertama dan yang terakhir dalam hidup aku. Jika aku punyai dua pilihan jodoh yang berbeda, antara pilihan kau yang kaya raya dan juga pilihan kedua orang tuaku yang kaya raya agamanya. Aku rela memilih jodoh yang telah di pilih oleh kedua orang tuaku di kampung. Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengannya. Aku rela. “

Bersungguh Iman mahu Adibah memahami isi hatinya.

“Ooo..kiranya kau ragu-ragu dengan pilihan aku? kalau begini sikap kau, sampai matilah kau tak akan berlaki!! Percayalah kata aku”

Pedas saja kata yang di lontarkan.

“ Kau bukan Tuhan yang boleh aku percayakan. Aku hanya percaya takdirNYA pada aku. Senjata aku kini adalah doa. Sungguh pun aku mati ketika aku masih bujang kini, biarlah aku pergi dalam aku sedang mencintai DIA yang satu. Dan aku percaya, ada jodoh untuk aku di Akhirat kelak. InsyaALLAH.”

Bergenang air mata untuk keberapa kalinya entah. Terlalu rapuh dirinya bila soal jodohnya di perkotak-katikkan sahabatnya sendiri.

“ Iman. Aku Cuma kesiankan kau, aku mahu kau bahagia, seperti teman-teman yang lain. Bahagia mereka bersama pasangan masing-masing. Terimalah Adam jika kau mahu bahagia seperti kami.”

Perlahan suara Adibah kali ini.

“ Jangan kasihankan aku. lambat cepat jodoh aku tiada kaitannya dengan kau. Manusia mana yang tidak mahu berkhawin? Beritahu aku!. Aku terima takdirNYA, DIA maha mengetahui. DIA tahu yang mana yang terbaik untuk diri aku. Dibah, janganlah kau nak bersusah hati kerana aku masih membujang. “

Lembut saja ayat yang keluar dari bibir Iman. Sememangnya, Iman sudah jelak melayan perangai pelik sahabatnya itu.

“ Suka hati kau la Iman. Bukan aku tidak tolong kau. Kau sendiri yang tidak mahu menolong diri kau sendiri. Apa boleh buat. Dah nasib kau selalunya malang”

Sekali lagi, hamburan pedas di lemparkan.

“ Terima kasih banyak-banyaklah Dibah, kalau niat murni kau tu, mahu menolong aku yang malang ini. Cuma satu yang aku mahu kau tahu, Aku percaya ketentuan ALLAH pada hambaNYA.”

Kata ikhlas dari lubuk hati Iman.

Perbincangan antara Iman dan adibah malam itu boleh di katakan panas sekali. Kata-kata yang di lontar dan di hujahkan memang tidak pernah di ungkapkan sepanjang perkenalan mereka. Entah kenapa, malam itu tercetus segalanya. Luluh hati Iman bila sahabat baik yang sudah di anggap seperti saudara kandung mempelekehkan status bujangnya di usia awal 30 an.

Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 3.30 pagi. Sudah lewat bagi Iman , selalunya seawal 10 malam sudah pun berangan-angan di atas katil sehingga terlelap sendirinya. Tapi lain pula malam ini. Semua gara-gara Adibah dan kawan alam mayanya. Adam.

Iman masih termanggu di ruang tamu, fikirannya masih ligat memikirkan hal yang tidak patut terjadi di di antara dia dan Adibah. Tersentak Iman bila melihat kelibat Adibah cuba meloloskan diri apabila pintu kayu itu segera di buka.

“ Dibah, kau nak kemana malam-malam ni? Dah lewat ni Dibah.”

Bingkas Iman mendapatkan Adibah dengan beg pakaiannya. Tidak ubah seperti mahu lari dari rumah.

“ Kau peduli apa?ada kau kisah”

Maki Adibah pada sahabatnya.

“ Aku kisahlah yang aku Tanya ni Dibah. Sungguhpun kau marahkan aku sebab aku tolak pertolongan kau, tapi janganlah sampai macam ni.”

Sambil cuba menarik beg pakaian milik Adibah.

Kuat Iman di tepis. Hampir terjatuh gara-gara kudrat Adibah tadi.

“Kalau ya pun kau nak balik, tunggulah siang esok.”

Pujuk Iman lagi.

“ Sudah, mulai saat ini. Kau bukan sahabat yang aku kenal 15 tahun yang lalu. Dan mulai hari ini juga. Kau jangan cari aku lagi. Dan untuk pengetahuan kau. Aku juga tidak akan mencari kau sampai bila-bila. Titik.”

Tegas benar kata-kata Adibah saat itu.

Kaku Iman mendengar segala hujahan yang di lemparkan. Hanya kerana jodoh. Persahabatan Iman dengan Adibah yang terbina hampir 15 tahun musnah sekelip mata. Apa salahnya, sampai Adibah berani berkata begitu. Apa yang mendorong Adibah terus buangnya dari menjadi sahabat setianya. Bertubi-tubi soalan yang muncul dalam fikiran Iman. Bagai di hempap batu sebesar alam di atas kepalanya.

“ Dibah..!! kau sedar tak apa yang kau katakan ini. Aku mohon maaf jika aku telah melukai hati dan perasaan kau. Tapi jangan sampai putuskan persahabatan ini. “

Bergegar bahu adibah di goncang oleh Iman.

“ Sudah..!! sudah..!! aku dah benci duduk di rumah kau. Jangan cari aku lagi.”

Hanya itu butir bicara yang sempat Iman dengari sebelum Adibah memasuki keretanya.

“ Dibah..!! Dibah..!! maafkan aku Dibah..!!”

Meraung Iman sambil mengetuk tingkap kereta itu.

Tanpa mempedulikan rayuan Nur Iman, Segera adibah mengundur laju keretanya keluar dari perkarangan rumah Iman. Terpelanting Iman apabila bahagian hadapan kereta yang di undur Adibah membidas tepat kearah sahabatnya. Tergamam Adibah bila menyaksikan sendiri sahabatnya itu di hentam kuat olehnya . Iman rebah.

Membuak pekat darah merah mengalir dari mulut dan juga hidung sahabatnya itu. Segera Adibah keluar dari kereta mendapatkan Iman. Adibah cemas.

“ Iman..!!!!!!!!!! maafkan aku iman…! “

Jerit Adibah cemas.

“ Diii…bah..! Maa..af..kann..aa..ku..!”

Hanya itu kata terakhir yang sempat Iman ucapkan.

“ Nurrrrrrrrrrrr imaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnn….!!!!!!!!!”

Berkali-kali dipanggil Adibah, tetapi Iman tetap kaku. Menjerit-jerit tidak ubah seperti orang siuman Adibah meminta pertolongan. Kesal. Hanya itu yang dirasakan.

**********

“ Imaannnnnnn…….!!!!!!!!!!”

Terbangun Adibah dari lena panjangnya. Terpinga-pinga dia mencari sahabatnya yang telah pergi.

Sudah menjadi kebiasaan, Adibah akan meracau-racau setiap kali dia terjaga dari lena panjang akibat suntikan bahan pelali itu.

Seminggu sudah berlalu. Jenazah Nur Iman selamat di kebumikan di perkuburan islam Batu gajah. Segalanya sudah selesai. Sudah janji Sang Pencipta dengan hambanya. Cepat sesaat pun tidak, lewat sesaat pun tidak. Tepat itulah janjiNYA pada semua.

Sudahlah Adibah kehilangan sahabatnya yang pergi kerana sikap bodohnya. Dan kini Adibah hilang tempat berharap apabila dia di ceraikan dengan talak satu. Suami yang dulunya di sangka setia, tidak betah untuk bertahan bersamanya. Begitulah nasib Adibah. Di sangkanya panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Selepas kejadian itu, Adibah mengalami tekanan perasaan yang teramat sangat.sehinggah menyebabkan dia terpaksa di masukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan . Kerana iman yang tipis di dadanya, Adibah tidak boleh menerima kenyataan bahawa sahabat dan suami kesayangannya itu sudah tiada.

Dia terus-terusan menyalahkan dirinya, atas semua kejadiaan yang menimpa sahabatnya. Saban hari Adibah akan memanggil-manggil nama Nur Iman. Kadang-kalanya dia meraung, dan tiba-tiba dia akan ketawa terbahak-bahak. kerana lemahnya iman di dadanya. Adibah kini sudah tidak siuman lagi.

Sekian..!

 
 
Kata  Hati : Terima kasih pada kalian yang sudi membaca. Karya bersahaja, tiada kaitannya dengan sesiapan ataupun pengalaman kisah hidup penulis itu sendiri. Terima kasih sekali lagi..!! Salam Ramadhan  buat kalian semua..!!

8 ulasan:

hanisah hassan berkata...

ERM, Percubaan yang menarik amani , tapi cuba jadikan paragrahp dia dalam bentuk justify dan cuba baca- lagi berkali-kali .Tukar ayat sesuai sehingga susunan ayat kamu tak rasa berat disebut. Boleh dipolish lagi ni. Apa pun menarik , ceritanya lain dari yang lain. Akak pun tak pernah fikir cerita macam ni. Tulis banyak-banyak lagi ya.

Faz Nandra berkata...

salam sayang! cerita cantik... hehhehe... sampai gila adibah tu ye.. haissshh~ siapa suruh buat macam tu dengan iman.. kena balik dengan dia..

Miss N™ berkata...

terima kasih kak nisa... komentar yg sgt bguna..terima ksaih sudi mbaca. insyaALLAH..akan menulis lagi...=) terima kasih skali lagi ya..!

Miss N™ berkata...

salam sayang juga buat faz...! terima kasih sudi mbaca ya..
thx skali lagi =)

9n0L4 berkata...

berbakat rupenye cik nur ni ye. teruskan menulis. :)

QasehnyaRania berkata...

fenin baca guna lappy.balk nnti la.
lyn malam2 guna hp..best, mcm baca buku je.. ;)

QasehnyaRania berkata...

itulah kerana kebodohan sendiri..mmmm..
mcm tergantung pula.
kenapa dibah beria sgt nk kenenkan iman dgn si adam tu...? dan kenapa dibah beria2 marahkan iman?

QasehnyaRania berkata...

itulah sbb kebdohan sndiri.

mcm tergantung la pulak.

nur budk sastera ke?ciksu budak klass geografi dulu.bab sastera mmg k.o sbb tak pernah blaja..
teruskan menulis ye