Isnin, 29 November 2010

Home » » .:: INSAN ITU | AKU RINDU ::.

.:: INSAN ITU | AKU RINDU ::.

.




Salam.

Jam tepat menunjukkan jam 1.18 pagi. Seperti biasa tiada sekelumit rasa mengantuk yang bertandang. Sedangkan semua ahli keluarga aku yang lain sedang asyik di ulit mimpi tika ini. Aku? masih terus terkebil-kebil mahu lelapkan mata.

Aku akui, aku sudahpun seikhlas hati redha keranaNYA atas apa yang berlaku. Tapi entah kenapa, bila sepi bersendirian, aku masih lagi memikirkan pekara-pekara tersebut. Puas aku usir dari fikiran. Tapi langsung tidak berkesan. Jadi untuk menghilangkan rasa gundah gulana itu hadir menapak kembali, lebih baik aku menaip. Hehehe.

Sewaktu mula-mula aku mahu menarikan jari jemari aku di papan kekunci ni, tiba-tiba aku di serang oleh satu perasaan yang datangnya secara mengejut. Bila di tafsirkan kembali, baru aku sedar akan sesuatu.

Oh..!! Aku rindukan dia.

Tapi entah kenapa tiba-tiba sahaja aku merindui dia. Tersenyum seketika bila perasaan itu tiba-tiba wujud. Dan selebihnya aku mahu ketawa. Hahaha.. n_n

Jika timbul rindu, ternyatalah aku masih mengingati dirinya kan? Tapi apakan daya, aku lebih memahami isi hati aku berbanding kalian yang membaca ataupun melihat aku. Maka, layankan saya rindu yang sedang bertamu di hati aku tika dan saat ini eyh..!!

Doa aku buat dia,

Walaupun dia sudah tiada di sisi, tapi dia tetap dalam kenangan dan doaku. Tidak kira di mana dia berada, aku doakan agar dia sentiasa di cucuri rahmat ALLAH selalu. Amin..!!

 
Kata Hati : Maafkan Aku Jika Suatu Hari Nanti, Aku Akan Terus Melupakanmu....
 
 
 
.

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

rindu rinduan jadi kenang kenangan ye cik nur. ;)