Isnin, 24 Oktober 2011

Home » » .:: Resepi | Kek Coklat Lembab ::.

.:: Resepi | Kek Coklat Lembab ::.

.

Assalamualaikum...!

Alhamdulillah, kita di berikan kesempatan untuk terus bernafas di bumi yang Indah milikNya ini.

Syukran Ya ALLAH..!

Okeyh..! Entry kali ini, saya nak kongsi satu resepi dengan kalian-kalian semua. Konsep resepi ini mudah dan ringkas. Jadi siapa-siapa nak cuba tu, bolehlah cuba, nak-nak pula tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha kan? Memang sesuailah di hidangkan di pagi raya nanti..Eceehh..!

Resepi ini, aku dapatkan melalui intenet juga. Cuma dah lupa dari sumber mana. Mana tak nya, sekali buka google, sampai 6 - 8 page, mana yang berkenan di hati copy dan paste je. Lupa nak bedek-bedek asal usul resepi yang di copy kan tu. Mohon maaflah jika resepi ini tersama dengan mana-mana blog, sebab asalnya memang dari internet pun, cuma aku ubah sikit-sikit je. Hee.. ^_^

Terus teranglah, aku bukan pakar memasak atau pakar dalam membuat kek atau apa saja, tapi untuk resepi Kek Coklat Lembab Kukus ni, aku dah banyak kali buat, sebab ianya sangat mudah dan sangat ringkas. Buat kek ni, bukan tunggu musim perayaan je, kadang-kadang tu aku buat untuk minum petang ke, atau saja-saja buat ( Kes terlebih rajinlah nih..! ) memang senang dan mudah, sebab ianya kukus, bukan bakar, jadi tak payah risau sangat kek hangit ke, kek tak masak ke atau apa-apa saja kemungkinan. Hee..!

Gambar dua biji kek yang aku tepek kat atas tu, aku buat waktu raya puasa hari tu, bukan untuk makan sendiri tapi buah tangan untuk opah di kampung. Nampak macam sedapkan? tapi kalau nak tahu sedap ke tak, kalian cubalah sendiri.. Hee... ^_^



RESEPI KEK COKLAT LEMBAB

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak ( Boleh juga gantikan dengan butter 250gm )
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bicarbonate
1 sk Esen Vanila 5 biji telur
coklat rice dan badam cincang ( Untuk hiasan )


Topping :
Gaul rata serbuk coklat ,susu pekat dan sedikit minyak masak sehingga sebati. ( Rasa manis ikut citarasa masing-masing) dan kemudianya, masak sekejap di atas api. ( Hati-hati, jangan sampai hangit..! )


Cara-cara :

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun.

2. Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu.

3. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.

4. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.

5. Kukus salama 1 jam baru angkat dan biarkan sejuk.

6. Ratakan Topping ke atas kek dan taburkan coklat rice dan badam cincang. Siap..!!




 Kata Hati : Untuk topping kalian juga boleh guna coklat bar, cuma nanti dia akan menjadi keras bila dan sejuk.

.

8 ulasan:

Deela berkata...

Sedapnya sedapnya.
kalau ada masa nnt, mesti try buat.
thanks cik nur :)

Unknown berkata...

Wanita memang harus kena tahu banyak jenis masakan termasuk kek..saya lelaki dan suami yang sangat suka isteri pandai masak tau! apapun kalau x ada bahan mentah nak masak..makan mee maggi juga kekadang..hehe..

Masha Meisters berkata...

nyum..nyum..sedap hingga menjilat jari..ermmmmmm~
*masha ada resipi kek choclte kukus jugak tp laen ckit* hee
nak try resipi cik nur jugak..

Unknown berkata...

menarik...mohon copy dlm blog mama mia yer..akan link kan terus ke sini... :)

jaakechik berkata...

bagus le ciknur! resepi kalo yg kukus2 mmg jaa suka sbb umah jaa tadak oven...hihi...

dedetea66 berkata...

ternyata Cik Nur suka bermain di kitchen yah,hehehe,cake buatan cik Nur nampak lezat tuh,boleh kirimkan jika masih tersisa,hehehe

Jenny Azniza berkata...

sye nk tnye beze serbuk coklat dan serbuk koko?,dan beze susu manis dan susu pekat?

Unknown berkata...

assalamualaikum.
saya minta resepi ye
ingat nk buat utk bezday ank

tq