Isnin, 23 September 2013
Home »
Bibimbap
,
Bibimbap Ala Melayu
,
Bibimbap Halal
,
Bibimbap Sedap
,
Bibimbap simple
,
Korean Food
,
Nasi Campur
,
Resepi Bibimbap Halal
,
Resepi Bibimbap paling mudah
,
Resepi paling simple
,
비빔밥
»
Bibimbap | 비빔밥 | Resepi Bibimbap Paling Mudah
Assalamualaikum.
Merujuk pada gambar di atas, adalah gambar Wordless Wednesday #75 minggu lepas. Dalam entry tu, ramai juga yang tak tahu dan ada juga yang tahu. Jadi, pada yang tidak tahu, nama menu di atas ni ialah BIBIMBAP. Cuba sebut pelan-pelan, BI-BIM-BAP. Serius comellah nama menu ni kan. Pada yang gigih duk sebut nama menu ni pun comel..! Hehehe.
Hokay, Bibimbap ni sebenarnya makanan yang boleh nak dikatakan popular jugaklah di korea. Bibim bermaksud CAMPUR, manakalah Bap pula adalah NASI. Kiranya maksud Bibimbap itu adalah nasi campur. Jadi, siapa pernah makan makanan dekat dalam gambar diatas?
Sejujurnya, rasa asli bibimbap memang aku tak pernah rasa. Jadi nak gambarkan rasa macam mana pun aku tak boleh nak jelaskan. Bibimbap di atas tu aku buat ikut cara aku. Kira ini Bibimbap ala-ala Melayu laaa....Hehehe. Main taruh sesuka hati aku. Cantik dimata, lepas untuk tekak sendiri sudah..!
Kalau ikut bibimbap yang sebenarnya, sambal itu haruslah dari sos korea yang ada di jual di mana-mana pasaraya. Tapi versi aku tu, aku buat sambal goreng yang Bintang pernah ajarkan aku. Makanya, kesedapan Bibimbap versi melayu ni, bergantung sepenuhnya pada sambal goreng tu. Sedap sambal goreng tu, sedaplah Bibimbap kalian.
Bagi menyediakan bahan-bahan lain tersangatlah senang. Kobis, cendawan, Lobak Merah, Potong memanjang dan gorengkan dengan sedikit minyak. Manakala Bayam cuma celur sekejap je. Apa jenis sayur yang kalian suka boleh je masukkan, semua bergantung pada selera masing-masing. Manakala, Daging pula hiris nipis dan perapkan dengan lada hitam dan sedikit garam. Bila dah agak lama perap tu, goreng juga dengan minyak yang sedikit singgah masak. Dan Telur Dadar yang dipotong halus. Ehh..nak juga telur mata, atau telur rebus pun boleh tau. Terpulang tekak masing-masing. Tak nak letak pun bolehh.
Sambal goreng tu pulak, macam buat sambal tumis. cuma tak perlu campur air. Letak garam, gula dan masak cili sehingga benar-benar masak. Sambal bergantung sepenuhnya pada citarasa masing-masing. Siap semua bahan, bolehlah mulakan susun didalam mangkuk yang berisi nasi seperti diatas. Susun ikut kreativiti masing-masing. Oh yea..! bijan tu nak letak boleh tak nak letak pun boleh..Hehehe.
Cara makannya pula, kalian perlu gaul semua bahan yang disusun tadi sehingga sebati seperti didalam gambar di atas, dan siap sedia di ngap..! Nampak macam nasi gorengkan..! Bibimbap ini juga enak dihidangkan bersama-sama dengan sup. Terpulang sup apa, hari tu aku buat sup bayam je. Pada mereka yang tak makan daging, kalian boleh gantikan dengan ayam.
Mudahkan..! ^_^
Kata Hati : Tak sangka pula adik aku suka Bibimbap ni...!
.
Bibimbap | 비빔밥 | Resepi Bibimbap Paling Mudah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
36 ulasan:
1st..konfem!!
ni kira penangan Running Man ke? hahaha
mcm nasi goreng plak pic last tu
Adoi! Menitik dah air liur ni, huhu!
haaa... menu ni, resepi ni first time jaa tengok dan first time jugak dengar.... hahaha...
Nampak sedap dan menyelerakan..tapi x pernah makan....
oo masakan ini. aku pernah tengok mamat Full House makan sampai tercekik. ooo ic.
ini mmg sesuai utk aku. aku ni jenis yg malas nak cuil ikan ayam, kalau boleh nak makan benda yang dah siap potong, tinggal ngap aje. senang.
laa.. ingtkan nasi goreng tu..hihi... owh bibimbap rupanya.. adeyh ssh gak nk sebut tu.. sbb x penah dgr..hoho.. menu korea ye? haishh..x abis2 korea.. hakhak.. ;p
mudah jugak kan.. goreng2 saja.. mmg mcm nasi goreng bila dah gaul & nampak sedap.. daging blackpaper tu blum try buat lg.. hee..
wow..wajib cuba ni...nmpak sedapp nur...
nyum2~ selalu tgk mereka makan berselera sungguh time dalam korean variety shows. kadang2 teringin juga nk merasanya..
Alkisahnya....
Baru ketahuan. Terima kasih berkongsi cik nur yang comel♥♥♥
sedapnyer cik nur.....1st time la dgr bibimbap ni...hehe
alahai comil nye nama makanan ni...sedap tak nur?
owh senang jer nak buat...nampak sedap sungguh bibimbap
nmpk menarik ni..hihi
yumida tgk bibimbap ni nur teringat kat running man
pemes sungguh makanan ni
nampak sgt sedap la nur!
selamat menjamu hidangan
yumida hanya mampu menelan air liur je
gulp!
sedapnya nur oi!! terliur dh ni..hahaha
Baru tau Nur.. Hehe. Nmpk sedap plak ble da digaul..
Tak pernah pulak buat sendiri Bibimbap ni.. Tapi pernah makan versi Korea kat Mid Valley dulu.. Memang sedap.. Nyumeh ngat! ^_^
ZON PERMAISURI CHOMEL
biasa tgk org korea makan...tp 1st time tgk version melayu...
wehhhhh
sedapnya! terliur nih..
x kira..nak rasa jugak Nur buat..next wik Ai g tepeng Nur buat na..plishhhhhhh
sdapnya..nk request kt nur buatkan boleh.hihi
wahhhh....dap up resepi dahhhh...
gbr yg mnyelerakn!!!! nmpk cam sng.. rase nk try plk buat.. hihi
betul tu nampak macam nasi goreng jer...
Wah, sedapnyaaa
running man selalu mkn menda ni... tgk gmbr ni terliur pulak...
pertama kali dgr nur nama makanan ni
owh sayang dah letak atur comel2 pastu nak kena gaul baraikan semua. Kalau cedok sikit2 tak kasi barai makan campur2 boleh tak? hahaha
fes time dngar. mcm sedappp.
terliur tengok..nak order satu boleh? hehe~ :p
hihi..pengaruh ni.. sedap eyh..nama dia kiut je
wahhh kena try nih cik nur hehee :)
kena gaul mcam yee sang tu ke..
pic last mcm nasi goreng
bunyi mcm nk babap jaa kn, hikk...
Catat Ulasan