Assalamualaikum..
Pernah dengar Miang Kham? Sejenis makanan tradisional yang
sangat popular di Thailand. Miang Kham adalah sejenis makanan ringan yang sangat
sedap dan sihat. Bahan utama Miang Kham adalah daun Kaduk. Sesiapa yang pernah makan daun
kaduk mesti tahu, rupa dan bau daun kaduk tu. Sejujurnya, kalau daun
kaduk tu di rebus, aku memang tak boleh telan. Lain pula dengan Miang Kham ni, Daun
kaduk dimakan mentah memang sedapp…!!
Macam yang aku cakap tadilah, bahan utamanya adalah daun
kaduk. Kalau tak ada daun kaduk tak boleh nak nak buat Miang Kham ni. Bahan-bahan
lain tu terpulang pada diri sendiri. Ada yang letak kelapa goreng, halia,
bawang goreng, bawang putih dan macam-macam lagilah. Oh yea…! Ada juga yang
panggil Miang Kham ni sireh Thailand. Sebab makannya ala-ala macam makan sirehkan..
Okay, dekat sini aku sertakan sekali Resepi Sos Miang Kham
ni. Kalau kalian google, memang boleh nampaklah macam-macam resepi. Tapi yang
aku nak beri ni, resepi paling mudah. Terima kaseh buat Sepupu aku yang sudi
share resepi. Kalau sebelum ni, aku buat guna banyak bahan, tapi yang ni,
simple je..Hehehe
Bahan untuk sos :
Air
Gula Merah
Udang Kering goreng – Di tumbuk Halus
Tepung Gandum – Untuk pekatkan sos
(Campurkan gula merah, air dan udang kering didalam kuali
dan kemudiannya campurkan tepung untuk likatkan sos. Ingat kepekatan sos
bergantung pada kalian)
Bahan –bahan lain :
Kacang
Limau kasturi
Cili padi
Bawang
Udang goreng
Pelam muda
Cara Makan :
Calitkan sos pada daun kaduk, dan masukan sedikit semua
bahan-bahan yang ada, balut dan ngapp..!!
Kata Hati : Aku lebih suka makan daun kaduk macam ni, berbanding rebus..
.
48 ulasan:
yummmy teringin pulak rase nye
sgt rare..haha..kalau luqman mmg xleh nak telan..
Boleh try ni nnti. Xpenah makan daun kaduk. Dgr penah la.
Tgh khusyuk baca bahan2 ada typo. Kepala goreng?? Mane nk cari nur.. Hehe.. Mau kena bahan ngn Cik Ai ni..
erkkkkk
sedap ke NUr..suma mentah lak tu,bkn daun kaduk tu pahit ke?
eh lagi satu nk tanya..
Ada yang letak kepala goreng...kepala goreng tu ape arrr?
mmg ada ke ato pun typo tu?
wah enak keren nih
nampak sedap miang kham, daun kaduk banyak khasiat kan :)
errk.. x penah try..serius ke sedap?? deqla tgk mcm nak kunyah sirih je ... hihihi...
nmpak mcm sedap tp takut taboleh telan heee
pertama kali tengok nie.. hehe
rasanya yui tak pnh mkn ni..hihih
jntik save22
Nur seriusla 1stime dengar n x pnahla mkn....
Macam ulam ke?mkn cmtu ke mkan ngan nasi....
macam korean food yang depa makan dalam daun tu eh.
eh kejap. limau tu makan macam tu je ke?
uish ciknur...kak intan sambil taip ni sambil telan ayaq liuq..memang sedap dan healthy pulak tu
sedap ke daun kadok tu..tak pernah makan pulak...
err..sedap ke? salu gak tgk org kt thai restoran makan..
bab daun kaduk tuu yg tak tahan bau..huhu
pestaim tengok... tak penah dengar n tengok miang kham? makanan darimanaaa? thailand ye?? bila baca resipi ape semua macam senang je n nampak sedapppp.... blh cube ni
first time dengar makanan ni.. dan daun tu.. ingtkn sireh.. limau tu masuk sekali kulit? mkn camtu je? wuhuuu.. mencabar ni.. hikhik..
Miang kau..opss miang kham. I mmg suka bau daun kaduk, kalau my mom masak kadang2 dengna siput sedut tu, sedap sangat ok. Tak sure la sini ada jual tak pak kaduk ni.
ooo sedap ek,kena cuba nih hehe.
ala2 makanan korea yg running man slalu makan tu
x pernah yumida merasanya
nampak mcm sedap
Daun kaduk tu sirih ke?
Ramai pulak yang duk post pasal Miang Kam nih.. Tengah musim Miang Kam ke skang ni Cik Nur? Hehe.. Daun kaduk tu mana nak dapat? Tak pernah pulak makan.. Sireh pernah le.. Huhu..
ZON PERMAISURI CHOMEL
salam perkenalan cik nur :D
aah, cr kn mcm sirih, tp sirih moden.. hehehe..
kalau daun sirih dikunyah2 diluahkan.. kalau mknn ni dimakan terus ke diludah balik hampasnye?
p/s : jemputlah ke blog lady di : http://sweet-ladybird.blogspot.com
Erkk... Mieya tak reti makan.
oic, nice sharing.. kali pertama ni sy dgr miang kham, huh...
penah try mkn sekali sedap jg tu pun beli jer hihihi....
pertama kali akak dengar dan tengok makanan ni.. :) sedap ke cik nur?
pnh mkn tp tak pernah buat.hehe..
p/s:sory nur lma tak sggah..bz mmnjang skrg.huhu
dapnya.dah lama la tak makan ciknur
ciksu belajar buat dgn wife sepupu ciksu. org narathiwart..hihi
ada lagi tak, nak sikit, :)
macam tak berani nak try...kina tak makan sayur...
wow, unik makanannya..tapi daun kaduk..erkkk...
harus cuba :)
x pernah cuba lagi la.
nyue first time dgr nm mknan ni..dah xthu nyue boleh telan ke tidak mknan ni... daun kaduk tu yg lemah tuu..aihhh.. mmg nyue xleh nk mkn kot..aihh.... cmnr rasanya nur??
daun kaduk pun cek tak pernah makan....hihihi...tapi yang atas daun kaduk tu siyes sedap!
akak tak pernah makan lagi..
Tak pernah rasa lagi..cam sedap gak tu...
tak pernah makan. ni lah baru ku tau. heheheehe
eeei baru tau..aneh betul ye..teringin pulak nak try
erkkkk...dah macam makan sirih yea.
Nur, kalau buat bubur, masuk daun kaduk ni lagi best
nur x letak kelapa greng ke? buh kelapa lagi sedap. mkn mieng kam ni bgus, penuh khasiat utk awet muda...hihi..
pelik tgk..daun kaduk macam susah nak jumpa je kan?
ohh mcm tu ke cara mkn dia ..baru tau ^_^
Sedap ni..pernah buat paling smple sbb malas nk cr bhn2 lain. Daun kaduk letak bwg hiris, letak ikan bls n kacang...xde sos..mcm gitu jek..sedap
Saya dah try byk kali, inti sirih bawang putih, bawang merah, cili padi, kelapa goreng, limau kasturi, kacang dan sos gula melaka ditambah dengan udang kering
Mak saya banyak kali buat sedap miang kham ni ... bahannya, cili padi, bawang merah dan bawang putih, limau kasturi, kacang, kelapa goreng, bersama sos gula melaka bercampur dengan udang goreng tumbuk halus + tepung gandum utk pekatkan sos ... sedap
Catat Ulasan