Isnin, 16 September 2013

Home » , , , , , , , , , » Review Novel | Suami Yang Kubenci

Review Novel | Suami Yang Kubenci




544 Halaman


SINOPSIS BELAKANG BUKU.

PERKAHWINAN di antara dia dan Uwais Ukasyah duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.

Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya… cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati… satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger layak untuk dicintai!

Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan dimainkan. Ke mana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah perceraian adalah jalan penyelesaiannya?

“Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malas aku nak cakap pasal dia…”

Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!

“Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korang kan dah jadi suami isteri…”

“Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger…masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?”

“Astagfirullah…Mengapa Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!”

“Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dengan dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?”


ULASAN AKU:

Walaupun jalan cerita novel ni sama seperti kebanyakan novel yang lain iaitu KAHWIN PAKSA, tapi aku tersangatlah seronok baca novel ni tahu..! Sungguh aku tak tipu, novel ni penuh dengan lawak. Gaya bahasa yang bersahaja dan yang paling penting watak Mak hero dalam novel ni tersangatlah sempoii..! Jujur, sampai tersedak aku gelak..!

Tahniah E-Man Sufi berjaya buat aku jatuh cinta dengan hasil karya anda. Dan terima kaseh juga buat Atil, sebab dialah orang yang bertanggungjawab kenalkan novel ni pada aku. Thanks buat mereka berdua..!

UWAIS UKASYAH. Sedapkan nama ni. Uwais, bukan calang-calang penjual burger. Al-maklumlah perempuan yang dikahwininya adalah seorang CEO disebuah syarikat terkemuka. Walaupun rasa rendah diri tu ada, tapi dia tetap bercita-cita untuk mendidik dan cuba pupuk rasa cinta dan sayang terhadap isterinya.

HANNAH MARYAM. Perempuan yang hidupnya Cuma nak high class je. Biasalah CEO katakan. Mana pandang bawahkan..! Rela terpaksa untuk menerima penjual burger yang low calss itu sebagai suaminya apabila di ugut tok ayahnya untuk menarik balik jawatan CEO dari syarikat milik arwah papanya. Gelabah jugaklah Hannah bila diugut macam tu. Itulah penyebab dia terus bersetuju dinikahi dengan penjual burger.

Walaupun Hannah tak sebulu dengan suaminya, dan segala permasalahan dalam rumah tangga dia dan Uwais hanya mereka berdua je yang tahu. Kiranya bila depan Tok ayah mahupun Mak Mertua Hannah iaitu Makcik Sarimah, diorang berdua akan berlakon seperti pasangan paling bahagia. Hannah sanggup berlakon sebab tak mahu kehilangan jawatannya. Kira okaylah sebab Hannah Cuma benci suaminya je, tak benci keluarga suaminya.

Kehadiran Makcik Sarimah untuk bermalam beberapa hari di rumah anak menantunya dan peristiwa bermalam dirumah tok ayah adalah salah satu perkata yang merungsingkan Hannah. Mana taknya, selama ni dia dan Uwais tidur di bilik berasingan. Untuk jayakan lakonan, tak kan diorang nak tidur bilik asing-asing. Kantoilah lakonan dia selama ni. Jadi mahu atau tidak, dia terpaksa duduk sebilik dengan lelaki yang paling dibencinya. Asalkan lakonannya berjaya.

“Tak payah buat-buat tak faham. Awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya,kan? Eee…tolonglah! Saya tak de hati tau nak tidur satu katil dengan awak”

Uwais yang mula sukakan Hannah apa lagi, bukan main sukalah. Dan diatas kesempatan itulah dia boleh kenakan si Hannah ni cukup-cukup. Dia tahu, isterinya langsung tidak boleh buat kerja rumah, tapi apa yang diakuinya depan ibunya Hannah seorang yang bijak menguruskan rumah tangga. Mengemas pandai dan masak pun sedap. Melopong si Hannah bila dengar butir-butir palsu yang keluar dari mulut suaminya. Bila ditanya oleh makcik sarimah, sama ada betul ataupun tidak, Hannah seperti lembu dicucukkan hidung, main angguk je. Almaklumlah…diakan CEO, mana mahu mengaku kalah..! HAHAHA.

Lakonan demi lakonan terbaik mereka berikan, dan siapa sangka lama kelamaan ada sesuatu yang mula terbit dalam hati Hannah. Rasa sayang, cinta mula menjalar pelahan dalam diri Hannah. Sedikit sebanyak dia mula boleh terima Uwais sebagai suaminya. Dan mulalah kehidupan yang sempurna pasangan ini untuk saling lengkap melengkapi.

“Hannah tak pernah terfikir lelaki yang Hannah jeling tu akan jadi lelaki paling Hannah sayang dalam dunia ni…Walaupun permulaan kita tak begitu indah, tapi hari ni Hannah mengaku depan abang… Hannah menyesal sebab pernah jadikan abang sebagai suami yang Hannah benci. Demi Allah, sekarang Hannah cinta abang dunia akhirat…?

Dan bila rasa dihargai, Uwais mula menunjukkan sikap romantik, manja dan kadang-kadang nakal pada sang isteri yang sudi menerima dirinya. Bila hati dah sayang, cemburu tentu adakan, itulah yang Hannah rasa bila dia sendiri nampak suaminya sedang berborak mesra dengan gadis bertudung litup lagi lemah lembut iaitu Batrisya anak jiran Makcik sarimah. Kerdil Hannah rasa ketika tu. Dulukan dia berkasar dengan suaminya.

Manakala Uwais juga mula cemburu bila Fawaz, sepupu Hannah cuba rapat dengan isterinya. Sedia maklum, Uwais sediri tahu Tok Ayah sendiri pernah menjodohkan Fawaz dan Hannah. Dan sedia tahu, Fawaz sendiri memang mencintai Hannah. Bila kehadiran Fawaz seakan mahu mendekati isterinya, Uwais jadi tidak keruan. Dan lebih menyakitkan hati apabila Fawaz cuba mengambil kesempatan memenangi hati isterinya bila tidak berlaku jujur dengan masakan isterinya. Bagi Uwais, kalau terus-terusan menipu, sampai bilapun isterinya tak pandai masak.

“Adil… madil..! Kau jangan banyak cakap, ini keputusan mak… sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Kalau kau nak datang, boleh… tapi sampai depan rumah aje… kau bercintalah ikut tingkap, jangan kau panggil Hannah guna botol sudah! Kau nak call ke SMS ke, suka hati… Mak tak kisah, Tapi Hannah ada pesanan ni… dia malas nak layan kau”

Dalam novel ni, selain watak Uwais dan Hannah yang tersangatlah manis dan masam, aku juga tersangatlah tercuit hati dengan watak Makcik Sarimah dan Fawaz. Makcik Sarimah dengan sikapnya yang cool, bertuah kot dapat bakal mak mertua macam Makcik Sarimah ni, gila sempoi punya cool beb..! Manakal Fawaz pula seorang yang blur-blur sengal. Belagak pandai tapi sebenarnya bongok jugaklah. Hahaha. Serius memang tak kering gusi bila usaha dia cuba mengorat anak jiran Makcik Sarimah.

Macam biasa, aku kan suka berangan, sebab itulah jerawat pasir dekat dahi tak pernah habis. Hahaha. Okay, watak Uwais Ukasyah ni, aku rasa Izzue Islam Sesuai kot. Sebab watak Uwais ni nakal-nakal selamba badak gitu. Manakala watak Hannah, aku rasalah kan Nora Danish okay kot. Rasanyalah..! 


Izzue Islam Dan Nora Danish


Pengajaran penting dalam novel ni banyak. Antaranya cuba belajar BERSYUKUR dengan apa yang kita miliki. Selain dari itu cuba belajar terima seseorang dalam hidup kita, walaupun seseorang itu mungkin bukan yang kita suka, sebolehnya CUBA. Lagipun tak rugi apa-apakan kalau kita cuba. Malah kita sendiri yang akan rugi kalau kita mengalah sebelum mencuba.

Siapa yang suka membaca, serius novel ni tak rugi kalau dibuat koleksi peribadi. Dah la jalan cerita sempoi, bahasa santai tak berat kepala nak faham, lawak sengal segala memang enjoy je aku baca novel ni. Dan aku tak sure, sama ada novel ini masih lagi dijual dimana-mana kedai buku ataupun tidak. Sebab buku yang aku miliki sekarang ni pun aku beli dari page novel terpakai di Mukabuku.

Pada aku barang baru ataupun terpakai aku tak kisah, janji bahan tu kita boleh baca. Pada peminat-peminat novel diluar sana, kalau ada novel lama-lama yang kalian suka dan ingin jadikan koleksi, boleh terus ke PAGE MENJUAL NOVEL BARU DAN TERPAKAI DIMUKABUKU. Setakat ni, aku dah beli 3 buah buku dari sana. Bukan setakat jual beli je, malah siap boleh tukar pandangan pasal novel-novel ni tau. Heeee… ^_^

Jadi pada yang suka novel romantik sengal, inilah novelnya. Jangan lupa dapatkan yea…!




Kata Hati : Sekarang ni mood membaca aku kelaut...ada lagi 2 buah yang belum sentuh...huhuhu..!

.

29 ulasan:

Chic Na berkata...

hahaha.. lawak jgk part mak cik sarimah tu.. cikna pn suka kalo dpt mak mertua camtu.. hehe.. nama uwais ukasyah tak sesuai la jual burger.. cam nama anak loaded je.. huu..

aritu kat pesta buku nampak novel ni.. byk lagi.. ;)

ezyra taharin berkata...

macam best je novel nie..
tapi cover dia kurang menarik..sye nie teruk skit,kalau nak beli novel mesti tgk cover cntek ke tak hehe

Cik Ai berkata...

huh
asyik2 boypren dia ja nk jd hero.dah xdak org len gamaknya,kahkahkah

next time wat riview curi2 cinta lak plishhhhh,hahahaa

whitecappuccino berkata...

Ulasan yg baik! Rasa nk baca jer.dah lama akak tak baca novel, beli dan simpan. Tunggu ada mood.

t.a.t.a berkata...

eh jap, macam mana Hannah boleh kena kawen dengan Uwais?

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

lama tak beli novel..

Unknown berkata...

wah..baca sinopsis nur buat menggugat jiwa n raga yumida soh beli sekali
yumida pun ske layan novel
syok je bila baca
senyum, gelak, sampai keluar air mata pun ade..hikhik
isi tabung nur sini
kalau free, jemput LIKE post ni:

LIKE SINI

TQ :)

Tie HT berkata...

emhh tak minat la nora danis, tuko orang lain bleh tak..hihih tapi rasa macam nak pi beli novel nih :)

lelamaisara berkata...

heheheh..memang kuat berangan la nur ni..tapi kalu nur jadi pengarah drama mesti nur amik pelakon ni kan..heheh..mase tu akak la no satu yag tgok drama nur tu...kui kui kui...:p

HeNRieTTa JoSe berkata...

Mcm best....bleh larr bt tmbah koleksi...

Unknown berkata...

novel tebal sehh.. tapi ada karya2 yang menarik :D

Busyra Takiyudin berkata...

wa novel baruu.. mcm best

Kekzamanis berkata...

Macam best jer novel ni.. Hehe..
Tp betul ke gambar tu gambar Izzue Islam? Rasa macam lain jer.. Kompius iols.. Huhu..
ZON PERMAISURI CHOMEL

khairulsyarafi berkata...

kalau fi pulak lebih suka baca novel seperti novel fixi :D

Unknown berkata...

wah terbaiklah ulasan cik nur..akak pun rasa nak baca gak..huhu

Unknown berkata...

tu dia.. dah review blk..lama rasanya nur x review kan...hihi.. amboihh.. asik2 izzue islam je.. xde lg ke yg pelakon lain yg ala2 nakal..cer pilih habib pulak.. (hero asmara luna tu) ;p..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

jalan cerita kahwin paksa tu standard la kan hihi...tp best gak nih mcm nk kena cari gak la hehehe

are_lin@yu berkata...

mula2 bnci lama2 sayang..hehe..mcm best cita ni smpi wat nur minat ni.hehe

Masha Meisters berkata...

hehehe....rajinnyer cik nur...lame sgt dah masha tak baca novel...huhuhu

jaakechik berkata...

salan cuk nur...

hrmmmm sampai habis jaa baca entry nur ni tau. jln cerita nmpak best. kena cari jugak 1 ni. hihi. jaa pun kdg2 beli novel terpakai gak utk koleksi.

Si Matatajam berkata...

Wah! Bestnya novel ni... Kalau jadi drama mesti rating tinggi... Bagi akak watak heroin tu kalau Izara Aisyah pegang pun best gak.. Muka dia nampak kerek...

Zaza Iman berkata...

zaza lama xbaca novel nih.. hihi... cerita ni best ;)

Cik Rose berkata...

lama dah tak beli novel.. banyak yang terlepas..

nanieydotcom berkata...

Ni yg terasa mcm nk baca novel balik ni..

RIZZNA berkata...

dah nak produce movie/drama ke? alahai,......

tak sabar nak tengok BENCINTA lakonan nora danish

Liyana Anuar berkata...

baca dah buku ni, tapi dah lama dah..tak ingat sangat dah citernye camne..huhu~

Shida Radzuan berkata...

rajin cik nur membaca :)

Tanpa Nama berkata...

hehehehe kisah uwais dan maryam bersambung dalam novel Bukan Aku Tak Cinta.... Jebat dgn Mastura pulak....

Tanpa Nama berkata...

if saya, hero will be izzue islam, and heroin will be tiz zaqyah....macam SSID....

sbb chemistry diaorg mmg mantop