Assalamualaikum.
Sebenarnya aku tak berapa sihat ni, jadi, malas nak bermukadimah. Kita terus ke tajuk utama la yea. Ingat Wordless Wednesday #84? Ini sambungan itu entry itu. Untuk entry ni, aku nak kongsi resepi yang aku
cuba baru-baru ni. Yea…menu-menu pelik ni semuanya aku tahu dari Variety show
kegilaan ramai, iaitu RUNNING MAN. Contohnya macam BIBIMBAP tu, aku tahu dari
RUNNING MAN jugaklah.
Bila dapat je tahu nama menu, aku
terus google. Lepas tengok resepi, aku cuba olah cara aku sendiri.
Al-maklumlah, nak makan tu tekak kita, jadi ikut selera kitalahkan. Dan rasanya
menu ni tak adalah pelik bagi mereka-mereka yang pernah tengok atau peminat
drama-drama korea ataupun jepun yea dak..!
Cara bakar yang sepatutnya | Running Man Episod 148 - Eating Jumanji Race
Untuk resepi kali ni, sesimple
belajar A B C dan semudah 123. Sebab apa aku kata simple dan mudah? Bahannya
cuma Ubi Jepun/ Sweet Potato tu je. Alatannya bula kertas alimium dengan oven je. Kalau tak
ada oven boleh juga guna pemanggang ajaib. Rasa masak pulak pejam mata pun
boleh buat. Jadi, kalau sesiapa yang teringin nak cuba, jom kita tengok
langkah-langkahnya..
Bahannya :
·
Ubi Jepun / Sweet Potato ( Tak perlu buang kulit)
Cara Menyediakannya :
·
Potong hujung kedua-dua belah.
·
Basuh sebersih-bersihnya.
·
Balut dengan aluminium foil
·
Bakar 200`C selamat 30 minit.
· Siap!! Buang kulit dan untuk di ngap…!!
Kenapa resepi ini tidak
memerlukan garam ataupun gula? Sebab ubi jepun tu sendiri dah manis sebenarnya.
Sekiranya kalian nak makan cicah gula ke, kelapa parut ke, terpulang. Itu tak
mendatangkan masalah pun, ikut citarasa masing-masingkan. Cumanya, kalau ikut
original di Korea ataupun Jepun, diorang makan macam tu je. Makan panas-panas.
Ubi panggang ni, sangat popular
di Korea dan Jepun ketika musim sejuk. Yelah, musim-musim sejuk memang
makanan-makanan panas tersangatlah popular kat sana. Dan selain daripada
peminat-peminat RUNNING MAN ataupun drama Korea mahupun Jepun, peminat kartun
Hagemaru ataupun Atashinchi, pasti tahu pasal ubi panggang ni. Hehehe.
Okaylah yea, rasanya dah panjang
bebenor entry ni. InsyaAllah panjang umur, kitan jumpa dilain entry.
Kata Hati :
Ehh..ubi ni kategori makanan berangin
tau..Sedap memang sedap, tapi makan tu berpada-padalah yea…!
.
21 ulasan:
Ubi jepun tu ubi kentang ke.hehe sori xtau.
Bunda pun suke juga makan ubi ni...biasanya bunda rebus jer...memanglah berangin...jangan makan banyak2...lepas tu minum teh halia...
apsal sekali pandang nampak macam katak terbongkang aje tu?
hahaha
masa kecik2 dlu dok bakar ubi guna sabut..rindunya..haha
ohhh..mmng sedap dingap ni hik hik
errm sedapnye kalau dapat cicah sambal ikan bilis...
salam nur..selamat petang...memang sedap ubi ni..kk intan suka juga beli ubi jenis ni kat giant..balik umah kak intan rbus..dan memang manis ubi n
Kentang jpun ni kcik je kn?? Rasa penah rasa tp xtau la...klu kat pasarYa dia tulis ubi jepon ea nur?ap pon jg dri kkn ubt ye klu xsihat..xmau sakit2x tau
sebenarnya dahternmpak entry ni tadi pagi tapi tak sempat nak baca habis, then tadi macam separa automatik kaki I melangkah ke kedai asian itw balik dari kelas, terus ambik ubi keledek ni. pasni kalau i ngan JJ berlawan kentut, semua salah Cik Nur yer.
Dah lama tak makan ubi. Hmmm
yumida tengok pic terus teringat kat running man, x sangak entry kat bawah nur tu ade kaitkan dgn running man..hihi...kita sama la..sama pikir benda yg sama..hihi
teringat ji hyo n gary mkn ubi ni panas2, kelakar je tgk
isi tabung nuffnang sini-himalaya healthcare & inti college
sedap2...
nak try bakar gak arr cam sedap jer cam best jer
thanks ciknur.selalu kalau ubi ni ciksu rebus j.cik abe yg suka.
nti boleh try versi panggang pulak.
cik nur, ciksu dah buat n3 pasai ikan terubuk.jemput le singgah.hihi
hehe panggang jangan x panggang teringin nak cuba juga hihi running man mmg daebakk
Ubi ni mmg manis. Org Kelantan suka buat che mek molek dgn ubi ni :)
akak selalu jugak tgk running man...macam2 dorang melantap...kita tengok pun terliurkan...boleh cuba ubi nie nanti..
betol2 pengaroh running man la nur ni.. hihi.. tp bgs gak..byk resepi yg nur tahu.. deqla plak tau dari nur.. =)
Ubi bakaq ni mmg femes dikalangan japanese n korean kan Nur...makan panas2 time hujan lagi terangkat ni..
sedap sangat ubi nih.. manissss..
Kalo rebus pun sedap gak..cecah gula..nyam3
Catat Ulasan