Isnin, 10 Februari 2014

Home » , , , , , , , , » Baby Bok Choy Goreng Ala Chinese

Baby Bok Choy Goreng Ala Chinese





Assalamualaikum.

Hamboi tajuk, kemain lagi ehh..! Padahal sayur tu nama dia Zhong Cheng Muda China. Aku je pandai-pandai ubah. Lagipun ini memang sayur ni memang sayur bok choy, rasanyalah...! Tapi baby lagi. Sayur ni, aku beli pun sebab tahu sayur ni sedap. Dan kebetulan hari tu sayur ni betul-betul murah. Sebungkus Rm0.98 ajee..! Jadi apa lagi, rembat dua bungkus lerr...

Waktu nampak sayur ni atas rak di pasaraya Tesco tu, dalam kepala ni dah tahu nak masak apa dengan sayur ni. Jadi hari ni, aku nak kongsi resepi dengan kalian. Resepi ni sebenarnya aku dapat pun dari sepupu aku. Kiranya resepi ni copy paste la..Heeee.. Apapun thanks la dekat sepupu sebab sudi share resepi ni dengan aku. Hokay..! Resepi ni bahan basic dia simple giler je. Jom kita usha...


Bahan-bahan :

Sayur Bok Choy
5 ulas Bawang putih
Cili Padi mengikut citarasa
Garam
Serbuk Lada Hitam
sedikit minyak untuk menumis.


Cara-caranya :

Tumbuk lumat cili padi dengan bawang putih tadi.
Kemudian tumis dalam kuali dengan minyak yang sedikit.
Agak-agak bertukar warna, Masukkan sayur. Dan gaul rata.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam.
Siap..!


Senang bukan? Kalau kalian nak tambah rencah pun boleh. Semuanya bergantung pada citarasa dan kreativiti masing-masing. Tak kisahlah nak tambah ikan bilis ke, udang, ayam daging ke, semua tu terpulang. Resepi yang aku bagi ni basic je pun. Simple tapi sedap..!

Okaylah. InsyaAllah lain masa aku share resepi lain pulak yea. Itupun kalau rajin....heeeee..!


Kata Hati : Bulan lepas ada cuba buat sesuatu, sampai melecur jari...Haishh...!
.

25 ulasan:

Zaza Iman berkata...

nurrr....zaza suka sayur mcm ni..cara nur masak pun menyelerakan.. :)

Nastyna berkata...

wah wah wajinnyaaaa. I pun suka baby bak choy ni, tapi selalu kalau takder tingin, bila dah ada tak tergoreng huhuhu.

BERT berkata...

asben akak pandai masak sayur ni. akk pun suka makan.. bini dia tak pandai buat sayur ni haha.. ada resipi boleh guna ni hehhee

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

mudah n sedapp.

QasehnyaRania berkata...

ciknur.
huhu.. suami ciksu suka tau sayur ni,, selalunya rebus cicah sambai je..

fb ciksu
satu suidahmad
satu qasehnyarania

Kekzamanis berkata...

Baby bok choy! Mieza pun suka sayur ni.. =)

Tie HT berkata...

sedap nih, kalau akak ratah jer sayur2 tu :)

t.a.t.a berkata...

Tanam sendiri. Dah berjaya batch pertama. Next time tanam lagi.

Unknown berkata...

aaaa sedpanye x sangka nur hebat memasak..nampak menyelerakan!

NurulHuda Alias berkata...

sawi manis ni mmg sedap digoreng

Unknown berkata...

nyum nyum ^^ walaupun masakan simple tapi senang buat untuk people like me yang x berapa pandai masak ne heheheh.

ayut berkata...

Ni bkn sawi cina yg kecik tu ke nur?? Plik no nme ye.hihi

Solehah Shamsuddin berkata...

sayur ni seakan sayur sawi kan. sedap saje, wlupn resepi simple gini :)

Unknown berkata...

goreng sayur ni senang jer nur.. mmg hari2 masak sayur sbb hubby suka mkn sayur.. cuma sayur ni lom try lagi..huhu

AZRI berkata...

Nyum nyum sedapnyaa..

Oh ya, saya ada anjurkan sebuah contest mudah buat blogger semua, hadiahnya merupakan wang tunai bernilai RM2000. Jemput awak untuk join sekali ya, boleh baca details lebih lanjut di ->>> Contest Kembara Kemboja :)

Terima Kasih.

inche hlovate berkata...

sayur ni macam syur sawi ke? malas nak google hihi

QasehnyaRania berkata...

singgah carik ciknur.. buat ape tu. hihi..

are_lin@yu berkata...

tgk time lapar ni dah terliur dh.hihi

unsecretostory berkata...

Kecur! Save. nak try buat jugak nanti. Thankyouu share ^^

Unknown berkata...

baby? kenapa perkataan 'baby' tu dimasukkan dlm nama makanan? tetiba diri ini ingin menimbulkan spekulasi ^^

Liyana Anuar berkata...

simple je eh...leh try ni..hehe~

LYAfrina berkata...

yumm..yumm.. confirm sedap ni

Chic Na berkata...

sayur ni lagi sedap dari yg panjang2 tu.. tak pahit kan..

aku HaniAsyira berkata...

atil suka!! tapi kalau atil masak lain sikit lah.. tupun kalau atil masak. dah lama xmsk sejak dok umah kakak ni

Cik Ai berkata...

ai x pnh dgr pun nama sayur ni..mcm lobak je..lobak cina ke hapa ni..eh teruk kan ai.hahhaha