Khamis, 20 Februari 2014

Home » , , , , , , , , » Nasi Goreng Cili Padi Paling Mudah

Nasi Goreng Cili Padi Paling Mudah





Assalamualaikum.

Sebelum teruskan entry, kalian perasan tak sekarang ni, aku macam rajin share resesi mudah dekat sini? Even baru dua kali, tapi terasa macam rajin pulak nak up entry pasal makanan kan..! Itulah hakikat sebenarnya, aku sekarang ni, entah kenapa rajin pulak kedapur akhir-akhri ni. Itu yang boleh share macam-macam resepi dekat sini.

Jadi, untuk entry kali ni aku nak share resepi yang semua orang tahu buat sebenarnya. Tapi itulah, nak banyakkan entry bagi bulan ni aku share lah juga kat sini. Kiranya blog ni tak adalah sepi tanpa entrykan. 'NASI GORENG CILI PADI' nama diberi. bahan dan cara buatnya sangatlah simple. Sebab semuanya bergantung pada citarasa masing-masing. Dan, apa lagi jom usha resepi...!


BAHAN-BAHAN :

Nasi 
Isi Ayam ( Dipotong dadu )
Terung Panjang ( Dihiris serong )
Cili Padi ( Ikut kepedasan )
Bawang putih ( 3-5 ulas )
Sedikit daun sup dan daun bawang ( Dihiris halus )
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


CARA-CARANYA :

Goreng garing terung panjang yang dipotong serong
Tumbuk separa lumat cili pada dan bawang putih.
Panaskan minyak dan masukkan isi ayam yang dipotong dadu.
Kemudian masukkan Cili dan bawang putih yang ditumbuk separa lumat tadi- biarkan garing
Masukkan nasi dan gaul rata.
Masukan garam secukup rasa, dan masukkan terung panjang yang telah digoreng garing.
Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
Siap..!



Senang bukan. Selain daripada terung panjang, kalian boleh je guna sayur-sayur lain. Misalnya macam sawi ke, kacang buncis atau kacang panjang ke, bayam dan kangkung pun boleh. Semuanya bergantung pada citarasa masing-masing.

Macam aku ni, peti sejuk dengan kosong time tu, ada pun terung panjang je. Jadi bedal je la dari pada kosong gitu je nasi goreng tu kan..! Janji boleh di makan. Hehehe.

Ermm...hokaylah. Kalau rajin lagi lepas ni bolehlah share lagi resepi-resepi lain pulak..heeeee..!



Kata Hati : Apa saja yang kita buat, mulakanlah dengan Bismillah....

.

33 ulasan:

Unknown berkata...

masih belum jumpa ada terung panjang dalam nasi goreng. kak nur rare :D !

Aine Ainun berkata...

Cik Nur
perut tgah lapar tengah malamni
kalaulah org hidangkan, alangkah syoknyaaaaa...;)

Zaza Iman berkata...

terbayang keenakan nasi goreng.. :) can cook2 la nanti..hehe

Ruse Sulaiman berkata...

Simple tu yg selera :)

Unknown berkata...

Bismillah... bak mai 3 pinggan... hahaah.. satu tak cukup ye... hihi.. sedap nasi goreng nur... tapi.. akak belom cuba tau letak terung... nak kn cuba nih...

Unknown berkata...

kalo deqla suka letak kacang pjg atau sawi buat nasi goreng.. nanti deqla try resepi ni k.. tp cili padi tu x leh letak byk2.. hubby kureng mkn pedas..huhuhu..

psstt.. cili padi nur jadi cili pada yer.. hikhik...

inche hlovate berkata...

nasib baik sya datg sini perut kenyang taw hihi

Unknown berkata...

wah.. first time tgk letak terung. anyway, tak kisahpun kan, sbb kita yg masak dia. letak apapun mesti sedap.. ;)

t.a.t.a berkata...

Pedas tak?

YanaHime berkata...

nampak sedaplaa, ciknur! tapi pedas ke x? Yana tak boleh makan pedas2 sgt, hihi!

Unknown berkata...

sedap la nur..pandai nur masak. dah blh kawen dah. hihihi....tetibe perut rs lapar...

Nastyna berkata...

dan disudahi dengan Alhamdulillah hehehe. CikNur I tepu ni duk pk nak masak apa untuk Papa JJ, i dah kenyang makan pecal hehehe tapi laki ambe tkakan kenyang ngan sayur jer, nasi goreng baru semalam buat. (dah kenapa mengadu kat sini).

aku HaniAsyira berkata...

mlm ni jugak atil g taiping cik nur kena masakkan.. hahaha

mummyrinazone beauty berkata...

Nampak sodap.ada mcm terung pulak2

QasehnyaRania berkata...

nasi goreng juga mjdi pilihan kan.
tapi kan ada org kat tak elok sgt kalau sllu mkn nasi goreng? ye ke? tapi kenape?
peminat nasi goreng ni.hihi

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

mudah dan sedapp!!

Tie HT berkata...

sedapnya nasi goreng pedas2,
kalau takde cili padi memang tak sah kan :)

Tie HT berkata...

entry ni la yang akak intai,
tapi letak link jadi hilang, now dah okay kut :)

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

yui sggh mlm..

Unknown berkata...

Salam. cik nur. ape khabar ?? sihat ke?? Huhu. Gindu pun ade ni..

caliph shuriken berkata...

nampak simple jaa tapi rasa mesti sedap kn knn, hikk...

Cik Ai berkata...

baik.cikgu..nti saya cuba :)

Unknown berkata...

Alamak, terung Mieya tak makan. hahaha.. Tapi takpe lah kan, boleh gantikan dengan sayur lain. hehehe

Bunda_nora berkata...

baru semalam makan...anak bunda belikan..

Chic Na berkata...

tak pernah dengar lagi nasi goreng masuk sayur terung.. rare.. hihi..

LYAfrina berkata...

mesti berapi ni..

fieda berkata...

fuhhh..nasi goreng cili padi mmg feveret kfieda la...

Deq's Qienz berkata...

masak lebih ek..nt dq smpya..hehee :D

Unknown berkata...

nasi paling simple...malas2 masak je nasi goreng hehe

Unknown berkata...

Nur... apakabar?
salam kangen dari Indonesia :)

hmm... enak sekali nasinya, yummy ^^

Miss Syahbanu berkata...

sodap tu nyum nyum

Liyana Anuar berkata...

simple je..bwg besar tak yah letak pun eh..huhu~ leh try next time~

ayut berkata...

Nur!!!! Lma ayut xsinggah tmpt nur..sihat?mkn nsi grg je ke nur?hihihi..klu ayut msak nsi grg lg best letak telur je..lain tu xkn ye ada.hihihi.