Isnin, 28 April 2014

Home » , , , , , , , , , , » Review Novel | Sweet Sour

Review Novel | Sweet Sour





Assalamualaikum...


SINOPSIS BELAKANG BUKU :


A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘coplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!



– Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10, 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!



ULASAN AKU :

Bila aku mula baca, aku akui la novel ni sedikit voring. Tapi, walaupun voring aku langsung tak skip. Satu bab ke satu bab, aku langsung tak skip. Ulang lagi-lagi adalah, sebab nak bagi faham bebeno. Novel ni, bukan kisah kahwin paksa atau kahwin kontrak tau.

Sampai bab 6, aku dah mula rasa syok. Bila baca, adalah sikit-sikit macam kisah reality aku. dan sampai dekat satu bab yang hero bagi kad jemputan kawin dia, aku terus stop baca. Panas satu muka, cuba tahan walaupun jatung aku ni berdegup macam baru lepas lari marathon.

Aku tengok nama penulis, dalam hati aku duk kata

“Hebat Nasz..! Cerita kau kena tepat kena pada haku.... GILA..!”

Kiranya, satu hari setengah jugaklah aku tak sentuh novel tu. Nak baca, tapi berdebor. Bila aku nampak novel tu, aku rasa nak teriak..! dan akhirnya aku gagahkan diri jugaklah hadap novel tu. Serius situasi yang Alia tempuh tu, sama macam aku. Bezanya aku tak seberani Alia. Kiranya, yang kena tepat dengan kisah aku ni tak banyak pun. Selebihnya tak ada kena mengena dengan aku pun. Cuma tang tu je la yang buat aku merajuk nak sambung baca.

Aku tak tahu nak bagi berapa bintang untuk novel ni. apa yang aku boleh kata, jalan cerita best. Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa tak puas hati. Bila mana laki bini ada masalah komunikasi. Sejujurnya eh, pendapat aku yang belum berkahwin ni, rasanya susahkan nak kenal pasangan kita kalau kita kurang berkomunikasi. Setuju tak?

Tapi ye la kan, kalau penulis olah cerita perfecto, maka tak adalah konflik bagai dalam cerita ni, kalau tak ada konflik maknanya tak best la novel ni. kalau tak best, aku tak baca sampai habis. Sebab best la yang aku meroyan dalam WW #105 tu. Hahaha.

Oklah, aku malas dah nak menaip ni. Cuma apa yang aku boleh komen, aku memang nyampah habis dekat Zarul..! Sebab dialah Joe ceraikan Lia. Padahal dia bukan tak tahu yang Lia dah happy dengan Joe. Kalau aku kan, aku tak sanggup la nak hancurkan rumah tangga orang dengan kisah-kisah silam. Cukuplah kita tengok orang yang kita sayang bahagia.


Sumber Gugel laaa..


Oh ya..! bagi aku la kan, pelakon yang sesuai dengan watak Joe ni ialah Hisyam Hamid . Entah kenapa aku rasa dia sesuai, mungkin sebab dia tinggi kot. Hahaha. Untuk watak Alia Akma dan Azarul Hisyam, aku tak tahu la siapa yang sesuai. Boleh gitu? Hahaha.

Jadi kesimpulan review aku kali ni, aku sangat puas hati dengan novel ni.. BEST pada aku. Bukan sebab suku daripada novel ni kena dengan aku tau. Tapi sebab novel ni betul-betul best. Jangan fikir, semua perempuan cintakan harta. TIDAK…! Dan percayalah, ramai lagi wanita macam Alia Akma dekat luar sana…

Sekian…!




Kata Hati : Aku tak sure, Novel ni ada lagi atau tak kat pasaran. Sebab novel ni lama dah keluar. Aku je yang baru beli dari Group NovelTerpakai di mukabuku. Walaupun terpakai, aku tetap akan simpan dan sayang novel ni. Siyesss.!


.

9 ulasan:

Chic Na berkata...

ohh ayat dia.. konfem pening kalo cikna baca..

let bygones be bygones, takyah ingat lagi..

t.a.t.a berkata...

Setuju sangat part ini.
"rasanya susahkan nak kenal pasangan kita kalau kita kurang berkomunikasi."

Kalau tak jumpa dan dating pun kita masih boleh kenal pasangan kita dengan cara komunikasi. Alhamdulillah Adam yang saya kenal ni dia gariskan bahawa tak nak dating sebelum nikah. Maka dengan itu dia banyak cerita perangai dia macam mana, dan dia suka tazkirah apa-apa yang he doesn't see fit. Alhamdulillah.

Tie HT berkata...

best juga eh bila baca review dia..
rajin nur baca novel..
akak suka baca sinopsis hehe :)

Unknown berkata...

yumida pun kurang suka klo baca novel yg agak boring. selalu baca skip2. lama x layan novel. dulu selalu je dpt hadiah novel. syoknye. skrg makin sepi. nak usha web tu la. mana tahu berkenan nak beli gak

Unknown berkata...

<-- wlaupun bukan kaki novel tapi bila baca rebiu ni, tercetusla juga rasa tertarik nk baca...

mayb klau baca, 5-6 muka surat, terus tertido kot :P

Unknown berkata...

suka baca novel ni...seharian je boleh habiskan

are_lin@yu berkata...

wahh klu btl la jd drama ni..plkon plk sma mcm nur plh msti kna kn..hehe

Unknown berkata...

wahh mcm best jer.. tajuk menarik.. kalo xde dah jual, deqla pinjam nur jelah..hihi...

Shida Radzuan berkata...

seronoknye kalau ada minat mbca mcm Nur..shida ni mgadap laptop je kat umah kat ofis sama jer..