Memaparkan catatan dengan label INFO SIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO SIHAT. Papar semua catatan

Sabtu, 1 September 2012

.:: Untuk Penggemar Kerang ::.






14 Syawal 1433H persamaan dengan 1 September 2012.

Terasa pantas pula masa berlalukan..?
Dah masuk bulan yang ke sembilan dalam tahun 2012 ini.

Kurang dari 3 bulan, insyaALLAH tiba pula tahun 2013.
Siapa sangkakan..? makin cepat masa berlalu, 
makin hampir kita dengan garisan penamat.

Okeyh, rasanya adakan di antara kita yang singgah ke sini penggemar kerang.
Tak kiralah masak apapun, asal kerang je pasti sebat..!
Ada tak...cerr angkat kening.. Heeeeee.....

Aku..?
Aku nak kata gemar tidak, tak gemar pun tidak.
Tapi kalau dah ada depan mata tu, makanlah..

Lagipun bab-bab makan ni, aku tidaklah berapa CEREWET sangat.
Apa saja makanan HALAL yang orang hidang aku sebat.

Bagi PENGGEMAR ataupun BUKAN
PERINGATAN ini adalah PENTING untuk kita bersama.

Sekiranya kalian terjumpa ANAK KETAM dalam kerang yang di kopek. #Seperti gambar di atas.
Sila jangan makan anak ketam tersebut, walaupun ianya cuma seekor ketam.
Sekiranya kalian berdegil, kemungkinan besar kalian akan mengalami sakit perut.

Kadang-kadang mungkin kita tak sedar, sebenarnya anak ketam tu terletak di sebalik celahan-celahan kerang tu. 
Tapi bila kalian terasa macam tergigit sesuatu yang sedikit keras #macam tergigit udang bersama kulitnya.
Jangan terus telan, tapi cepat-cepatlah luahkan kembali. Sebab mungkin anda tergigit anak ketam tersebut.

Jadi lepas ni, kalau nak makan kerang tu, kenalah berhati-hati ye. Jangan laju je masuk mulut.

Kalau tergigit pula, jangan laju je terus telan.
Sebab nanti tak pasal sakit perut....!

Harap info ini dapat membantu.. :)


Kata Hati : Baru-baru ni, makan kerang jumpa banyak jugalah anak-anak ketam ni..!
.

Selasa, 10 April 2012

.:: Alhamdulillah Serasi Bersama ::.








Alhamdulillah..Serasi bersama.

Hanya itu je ungkapan yang aku mampu luahkan.
Tapi untuk mengambarkan perasaan sebenar, 
Memang tak dapat di copy dan pastekan di sini.
Sebab perasaan itu, Hanya DIA yang Maha Mengetahui.

Dah hampir dua minggu aku guna minyak " ANUGERAH SEJUTA RAHSIA"
Air tu pula, aku minum satu gelas kecil setiap kali lepas solat.
Alhamdulillah, memang serasi.

Minyak Anugerah ni, telah pun di kombinasikan dengan
Kekuasaan 30 juzuk Al-Quran , doa-doa terpilih serta 
Herba tradisional, untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan.

Begitu juga dengan air yang telah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran tu.
Memang bagus di amalkan setiap hari.

Harga Minyak Anugerah tu,130ml ialah RM48.00.
Air mineral tu pula, Rm3.50 sebotol.
Rasanya semua mampu miliki kan..?

Aku bukan nak berniaga, cuma mahu kongsi rasa.
Lagipun tak naklah berniaga dengan barang 
yang terkandung zat Al-Quran di dalamnya.
Takut di langkah, dilempar sesuka hati,
berdosa aku nanti..!

Tapi, kalau kalian semua mahu memiliki,
Cari je di di kawasan berhampiran.
InsyaALLAH ada..!

Untuk kalian yang berminat, boleh call nombor ni 03-2072 555. Tanya, stokis mana yang terdekat dengan rumah kalian.


Kata Hati : 
Terima kaseh banyak pada Sepupu, yang memperkenalkan minyak ni pada aku..
Terima kaseh Kak Ana..!
.

Sabtu, 24 Disember 2011

.:: Ulser Mulut | Peritnya ::.

.

Assalamualaikum. ^___^

Wahh…banyak entry hari ni. Apa kes nih?

Ehh…janganlah pikir bebukan ye. Tak ada kes apapun, melainkan kes empunya tanah ni boring tahap gaban sambil menahan kepedihan ulser mulut.

Huh..!

Siapa yang pernah kena ulser mulut, pasti tahu keperitan yang terpaksa di tanggungkan?

Tadi adelah godek-godek kat google mengenai ulser mulut ni. Jadi mari kita lihat, punca-punca dan petua mengurangkan rasa sakit. Oh ya..Semua maklumat di bawah, aku dapat dari Info Sihat.

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi
Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

  •          Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.
  •       Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut
  •         Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.


 Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya. 



Kata Hati : Jika Ulser itu berlarutan, sila berjumpa Doktor sesegera mungkin yaw..!




.