Assalamualaikum.
Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab. Kalian sudah ke? Kalau belum, cepat-cepatlah yea. Jalankan tanggungjawab kalian segera. Kalau yang belum layak atau belum daftar, tunggu 5 tahun lagilah ya..!
Semagat aku gerak dari rumah pukul 10.45 pagi. Tapi Encik H pukul 8.15 pagi dah mengundi..Lagi semangatt..! Hahaha. Pusat pembuangan undi dari rumah aku tak jauh pun. Naik motor 5 minit macam tu dah sampai. Mula-mula ingatkan pergi waktu-waktu macam tu orang tak ramai. Sekali sampai sana, tudiaaaaa...panjangnya Q..!!
Ikutkan nak balik dulu, petang sikit baru datang. tapi memandangkan langit kian mendung, nak tak nak beratur jugalah walaupun panjang. Kalau hujan nanti, lagi susah nak keluar mengundikan.
Masa aku jimat sikit bila dah tahu nombor siri dan saluran bilik untuk pembuangan undi. Jadi tak perlu terjebak berbaris panjang dekat situ.
Macam yang aku cakap dalam
ENTRY LEPAS, aku cuma mahu timba pengalaman je. Nak tengok suasana mengundi. Tadi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada kekacauan dari mana-mana pihak. Semuanya aman dan harmoni. Alhamdulillah.
Jelas tak nama-nama Wali Rakyat yang bertanding. Untuk Adun Changkat Jering, Ada tiga parti yang bertanding, Dato' Seri Nizar wakil dari parti PAS. Datuk Hj Rosli wakil dari Parti Barisan Nasional dan Zulkefli Ibrahim wakil dari Parti Bebas.
Siapa nak selesa, pilih kerusilahkan. -_-

Yang sebelah kanan ni pulak, Nama calon untuk Parlimen Bukin Gantang. Dato' Ismail wakil dari Barisan Nasional manakala Ustaz Idris wakil dari PAS.
Jadi bila dapat kertas contoh seperti disebelah ni, apa lagi pangkah laaa...! Keputusan di tangan kita. Undi kita adalah rahsia.
Pangkah yang kita mahu, bukan yang kita tak mahu<---Inilah ayat abah sebelum pengundi tadi. Hahaha.
Dan sekarang semuanya sudah selesai. Sekarang dah nak dekat pukul 3 dah. Tinggal lagi beberapa jam je lagi. Jadi pada yang layak, cepat-cepatlah keluar mengundi. Buat pertama kali macam aku ni, sambil jalankan tanggungjawab sambil-sambil timba pengalaman baru.
Jadi, kami sudah, Anda bagaimana...?? Yang belum tu, apa lagi, Mohhh cepat wehh..!!
Kata Hati : Jujur..aku gigil jugak waktu mengundi tadi..pengalaman pertamakannn..! hahaha.
.