Memaparkan catatan dengan label Slogan Maal Hijrah 2013/1435H. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Slogan Maal Hijrah 2013/1435H. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

Lima Hari Lagi...



Credit : ILuvIslam


Assalamualaikum.

Pasti ramai yang tahu, InsyaAllah, panjang umur minggu depan kita akan menyambut kedatangan tahun 1435H kan. Berbaki lagi 5 hari je lagi. Kejap je rasanya. Masa sekarang ni, betul-betul pantas. Bila dah setahun rasakan sebulan, sebulan rasakan seminggu, seminggu rasakan sehari, sehari rasakan sejam, sejam rasakan seminit dan seminit pula rasakan sesaat, maka ini adalah salah satu tanda dunia kita makin ke penghujungnya.

Untuk tema Maal Hijrah pada tahun 1435H, tak salah "Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Kalau tak silap, tema ni, sama macam tahun lepas. Rasanyalah..kalau salah maafkan hamba...

Dan bila sebut pasal tahun baru ni, baik tahun baru hijrah mahupun masihi, pasti dikalangan kita ada AZAM masing-masing yea dak..? Okay, apa azam tahun baru kalian? Kalau sebelum ni, aku selalu jugaklah war-warkan azam aku dengan orang tau. Kiranya bersemangat la nak berazam ni. Konon-konon boleh istiqomah la kan, sekali sekerat jalan jee...! Malu pada manusia tu tidaklah, tapi malu pada Allah..

Jadi, tahun baru akan datang ni, biarlah hanya DIA dan hambanya saja yang tahu apa azamnya. Mungkin aku cuma akan beritahu hambaNya yang tertentu saja. bukan bertujuan untuk menunjuk, tapi untuk mengingati aku untuk terus istiqomah. InsyaAllah...



Kata hati : Audit diri itu pentingkann...!

.