Khamis, 8 Disember 2011

.:: "Jangan Salahkan Aku.." ::.

.
PERHATIAN: Nukilan  " JANGAN SALAHKAN AKU " adalah hak milik blog
 http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.


"JANGAN SALAHKAN AKU"


Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku tidak mempedulikanmu..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku tidak lagi mengendahkanmu..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku langsung tidak menghiraukanmu..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku akan menyalahkanmu..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika  segala kenangan telah terpadam di kotak mindaku..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika namamu telah hilang dari ingatanku..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku akan membencimu..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku langsung tidak menjawap panggilan darimu..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku langsung tidak membalas segala pesananmu..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika  aku tidak peduli apa yang kamu lakukan apa saja untukku..!

Sahabat,

Jangan salahkan aku,

Jika aku langsung tidak mengingatimu..!

Sahabat,

Salahkanlah dirimu,

Kerana tidak menghargai persahabatan ini..!

Sahabat,

Salahkanlah dirimu,

Kerana tidak jujur denganku..!

Sahabat,

Salahkanlah dirimu,

Yang telah menghancurkan kepecayaanku..!

Sahabat,

Salahkanlah dirimu,

Yang telah menipu diriku..!

Sahabat,

Salahkanlah dirimu,

Kerana tidak berterus terang denganku..!

Sahabat,

Salahkanlah dirimu,

Yang terlalu pentingkan diri sendiri..!

Sahabat,

Salahkanlah dirimu,

Kerana telah berjaya kecewakan aku..!




Kata Hati : Hargailah SAHABAT kita..!


Rabu, 7 Disember 2011

.:: Alhamdulillah...Syukran YaALLAH..! ::.

.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah….!

Syukran YaALLAH…!

Kerana memberikan kesempatan untuk hambaMU ini terus bersiaran secara tidak langsung di sini.

Kerana memberikan nyawa buat hambaMu ini.

Kerana memberikan kesihatan yang sempurna buat hambaMU ini.

Rasanya lama aku tak keluarkan entry bari di  blog ini. Dan hari ini, dengan izinNYA, Alhamdulillah, dapat juga aku menaip entry baru. Tanpa izinNYA, pasti blog ini tidak akan ada entry  lagi..!

Terima kaseh buat kalian yang tak jemu-jemu jenguk blog yang tidak seberapa ini. Kali terakhir blog ini di update bertarikh 30 November 2011, seminggu yang lalu sebelum bermulanya kemerosotan kesihatan diri atau lebih manis kita labelkan Ujian dariNYA.

Cukuplah hanya 3 hari aku terlantar. Alhamdulillah, aku kembali sihat seperti biasa. Terima kaseh yang tidak terhingga buat kedua ibubapa, pakcik dan makcik, kakak yang sentiasa di sisi, sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatan diri ini. Tak lupa juga buat Boss yang sentiasa memahami kesulitan diri ini. Hanya ALLAH yang dapat balas segala jasa-jasa kalian. Terima Kaseh Semua…!

Alhamdulillah..Syukran YaALLAH. Tiada kata lain yang mampu aku luahkan di saat kesihatan diri kian pulih. Syukur ke Hadrat Ilahi kerana di beri kesempatan buat hambaNYA untuk terus bernafas di muka bumiNYA.

Ayuh..! kita sama-sama menghargai kesihatan yang sangat berharga dalam diri kita. Dan tak lupa juga ucap syukur kepadaNYA di saat terbukanya mata kita masih terus menghirup dan melihat bumi ALLAH…!



Kata Hati : Terima Kaseh Sekali Lagi...! sangat malas mahu memenerima rawatan susulan...! Huh..!!


.