![]() |
| - Ehsan Abang Google - |
Assalamualaikum.
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana sekali lagi di berikan kesempatan buat kita semua untuk terus bersua muka secara tidak langsung di sini.
Alhamdulillah… Terima Kaseh YaALLAH…!
Harap kalian yang singgah di blog ini sihat sentiasa hendakNYA…InsyaALLAH.
Terima kaseh juga pada kalian yang sudi follow blog yang tak seberapa ni. Semalam, daku memang rajin habis nak singgah dan follow belog-belog yang baru.
Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan. Memang membuntang mata daku bila singgah di belog-belog yang ada. Mana tidaknya, belog diorang cun-cun belaka. Bila nak bandingkan dengan blog daku ni, Alahaiii…! Jauh panggang dari apinya..tak berbahang langsung..!
Dan pagi ni, bila on je lappy kemudiannya lepak dekat belog kesayangan ni, terasa macam nak tukar wajah baru je..! tapi malangnya, daku tak berapa nak pandai bab-bab nak makeup ni. (buta it sikit daku nih..! )
Ada juga kodek-kodek dekat abang google, tapi hampeh daku tak faham..! dan last-last pujuk hati dengan ayat “Putih itu suci” inilah ayat yang sentiasa sedapkan hati bila nak buat sesuatu yang tidak kesampaian.
Hahaha..!
Itulah realitinya, hampir 2 tahun daku bergelumang dengan dunia belog ni. Tapi daku taklah sehebat kalian yang punya belog yang cun dan tampan sentiasa. Belog daku Cuma simple mimple je, tempat di mana daku bercerita.
Apa-apapun, TERIMA KASEH pada KALIAN yang sudi singgah dan follow belog ini. Moga DIA sentiasa merahmati dan melindungi kalian yang sudi singgah di sini. InsyaALLAH…!
Kata Hati : Hari ni, terasa nak jalan dan follow lagilah...! tunggu ye...i Follow......!!! Heeeee...! ^__^
.








