Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta
-Tetiba keluar lagu ni kan..!-
Ehh...sejak akhir-akhir ni, penyakit lama aku datang balik. Dah
banyak kali aku cuba elak daripada penyakit ini datang kembali, tapi entah
kenapa dia datang juga. Bila keadaan ini terjadi, ianya sekali gus mengingatkan
aku pada seseorang.
Ya..seseorang…! seseorang yang pernah temani aku hampir
setiap malam dikala penyakit ini melanda diri. Ini adalah salah satu perkara
yang tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah menjadi lipatan sejarah dalam
hidup aku. Tapi bila dah terkebil-kebil bersendirian tu, mulalah nak punggah
balik segala kenangan yang tersimpan.
Ingat lagi, ada tektik khas digunakan untuk kesan samada aku
masih berjaga atau tidak. Semuanya bergantung pada respon. Kalau tiada respon,
maknanya aku dah tidurlah tu. Tapi kalau ada respon, segeralah tugas dijalankan sampai aku terlelap. Ya.. ini adalah salah satu kenangan terindah
yang aku ada..
Ketika aku menaip entry ni, sedikit rasa sedih pun tak ada.
Malah aku masih mampu tersenyum. Dulu, mungkin perit untuk dikenang, tapi
rasanya sekarang tidak lagi. Walhal terasa nak ucap terima kaseh pula sebab
kenalkan aku dengan rasa manis dan pahitnya cinta.
Walaupun aku dah tak sedih atau marah, sebolehnya aku tak
nak dahlah kenang pekara yang lepas. Dia dah ada keluarga sendiri. Lagipun dah tak
maniskan kalau aku ingat-ingat balik semua ni. Sebaliknya aku haruslah doakan
yang terbaik buat dia. Bahagia dia, bahagialah aku….. InsyaAllah…
Nahh..Sesiapa yang susah tidur malam macam aku ni, jom kita sama-sama amalkan tips yang ada ni, Cuma yang nombor 9 tu, susah sikit la aku nak buat..hekhekhek..
1. Lupakan semua urusan kerja dan jangan terlalu banyak berfikir
2. Elakkan meletak TV di bilik tidur
3. Elakkan daripada mengambil kafein
4. Lakukan aktiviti sukan atau senaman di waktu petang
5. Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur
6. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa
7. Elakkan tidur siang
8. Mandi air suam untuk kesegaran tubuh
9. Minum susu
10. Baca doa sebelum tidur
Kata Hati : Tengah tunggu mengantuk datang....
.