Memaparkan catatan dengan label Kisah Dulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Dulu. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mei 2018

Dua Kosong Satu Lapan






Alhamdulillah, 
Alhamdulillah, 
Alhamdulillah.

Pertama nak ucap, syukran pada yang Esa kerana diberikan kesempatan buat aku untuk terus berceloteh tanpa suara di sini. SubhanaAllah, siapa sangka kan, hampir setahun aku hilang dan akhirnya kembali jua. Nasib baiklah aku tak lupa password. Kalau tidak entahlah…huhuhu.

Entry terakhir aku, tak silap November tahun lepaskan. Sekarang dah Mei 2018. Hampir separuh tahun, aku kembali dengan entry baru. Untuk pengetahuan kalian, ketika aku tengah menaip ni, aku sedikit mengeluh jugaklah. Almaklumlah, aku terfikir, lepas entry ni, bila pula entry baru akan menyusul. Minggu depankah? Bulan depankah? Tahun depankah? Semuanya jadi tanda tanya. HAHAHA.

Sebenarnya bukan tak rindu tau dengan blog ni. Aku rindu sangat, tapi apakan daya, kekangan waktu yang membuatkan aku tak sempat nak berceloteh apa saja dekat sini. Dan sama jugaklah seperti entry sebelum ni. aku harap dengan masa yang terluang sekarang, tambah pula dengan idea aku yang memacam ni, harap aku mampu untuk terus berbicara tanpa suara disini seperti tahun-tahun sebelum ni. InsyaAllah.

Kalau sepi jugak, entahlah nokkk..! memang Raja M tak mau turun pangkatlah jawabnya. Hahaha. Oklah beb, aku rasa sampai sini sajalah celoteh kali ni. InsyaAllah ada masa kita jumpa dilain waktu ya..!

Wassalam..!




Kata Hati : Banyak benda yang aku nak ceritakan, tapi entah dari mana aku patut bermula.

.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Tidak Seperti Dulu





Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang selalu datang sini dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, pasti perasan perubahan drastik dekat teratak usang aku ni. Maksud perubahan tu, bukanlah tukar baju baru ke hape. Takk…! Tapi dari segi entry. Kalau dulu, boleh nak dikatakan saban hari ade je entry baru kan..! tapi sejak awal tahun 2014, semua tu jadi hambar…kurenggg..!

Rujuk gambar kat atas tu. Memang nampaklah perubahan tu kan. Kalau buat carta, memang jatuh merudum beb..! jangan kata merudum, sebaliknya tersungkur, tersembam segala ter lah yang ada. Hahaha.

Kalau tengok dalam gambar kat atas tu, bermula dari tahun 2010 sampai ke 2014, tahun 2012, boleh nak dikatakan aku ni bercinta dengan blog je. 391 entry dalam masa setahun. Nak kata hebat tu taklah, tapi waktu tu, blog segala-galanya.  Tahun 2013 pulak, masih berates entry tapi dah kureng sikit dari sebelumnya. Tapi tetap ada masa dengan BLOG.

Dan keadaan mula berubah, bila masuk 2014. Sendiri tengok, sendiri nilai. Bulan February je yang paling banyak entrynya. Untuk bulan Jun, langsungggg..! Julai, adalah satu entry. Ogos, entry ni baru entry ke-3. Mungkin ini entry terakhir bulan ni? Tak siapa tahukan..!

Sebenarnya perubahan ni, aku dapat rasakan. Yelah, sendiri punya hati, sendiri tahulah kan. Tapi aku tetap nafikan segala apa yang aku rasa. Iyelah, waktu dulu blog dan aku macam tak dapat dipisahkan kot. Kat office dulu, blog aje yang aku selalu hadap. Kiranya dah macam sebahagian daripada kehidupan.

Bila dah jadi macam ni, siapa aku nak menafikan semua ni. Aku dengan blog memang dah jauh. Dah tak macam dulu. Kalau dulu, apa saja blog. Dari blog aku cari rezeki walaupun tak sehebat orang lain. Dan kerana blog ni jugaklah aku lepas drive ke Melaka untuk raikan gathering GSFian yang pertama. Tak lupa dari blog jugalah aku kenal sahabat maya. Walaupun tak pernah bersua muka, kalian memang daebak..!

Tapi semua tu dulu. Nak kembali macam dulu-dulu tu rasanya susah dah kot. Sebab bagi aku, masa aku sekarang ni terlalu terhad. Macam sekarang ni, aku hanya mampu up entry je. Nak blogwalking macam dulu, memang aku tak mampu. Jaedi mohon maaf buat semua, akalu tak tak kunjung balas ke teratak kalian. Maafkan akuu…!

Kadang-kadang tu, aku terasa jugaklah dengan perubahan ni. Tapi aku redha. Mungkin rezeki aku dengan blog ni sampai sini saja. Macam aku cakap, siapa aku nak menidakkan takdir. Kalau suatu hari nanti keadaan nak kembali seperti dulu, aku dengan lapang dada terima kembali untuk seperti dulu. InsyaAllah….!




Kata Hati : Hari ni birthday Acu..! Happy birthday Acuu..! Kaklong sayang acu 100juta kali..muahh..!


.

Selasa, 31 Disember 2013

Yang Terakhir





Assalamualaikum.

31 Disember 2013. 


YANG TERAKHIR 2013....

InsyaAllah jika masih dipanjangkan usia, esok kita semua pasti akan bernafas seperti biasa, dengan udara yang sama, tempat yang sama juga dibumi yang sama..! InsyaAllah... Sebenarnya, ikutkan tahap kemalasan memang tak nak menaip entry ni. tapikan bila duk tengok masing-masing duk up entry jam-jam terakhir sebelum 2014, makanya aku pun macam tertarik jugaklah nak menaip entry ni.

Dari hari pertama 2013, aku tahun tahun ini sangat mencabar bagi aku. Aku bukan saja perlu kekuatan, malah aku juga perlu masa untuk hadap setelah apa yang terjadi. Dan sekarang rasanya semuanya berlalu seperti debu. Itu semua pengalamankan..! Jadi, ayuh yunkk..kita belajar dari pengalaman tu..! Oh ya..! tanpa rumahku, bulanku dan bintangku aku mungkin tak sehebat kini. Jadi, sangat sangat berterima kaseh pada teman-teman yang sentiasa ada! 

Dan bagi tahun 2014, aku nak mulakan hari dengan senyuman, dan sentiasa berfikiran positif. Tak nak main api dah..! Hahaha. Dan semalam, aku dah senaraikan apa yang patut aku buat untuk berganjak walaupun sedikit. Yang penting aku kena berani. Ya...BERANI.!

Errm...bila baca balik apa yang aku taip ni, memang nampaklah perbezaan antara awal 2013 dulu. Bila mana awal-awal 2013 entry aku kemain lelehnyakan..!Malu sendiri kot bila baca balik. Hahaha. Dan insyaAllah, bagi pembukaan tahun baru ni, aku nak semangat-semangat je. Sebab aku rasa banyak kerja yang perlu aku buat untuk tahun 2014.

Haishh...rasanya cukuplah sampai sini. Lagi panjang lain melalut entry ni. Akhir kata, ini entry penutup bagi tahun 2013. Selamat bercuti bagi meraka yang bercuti, dan selamat bersekolah pada adik-adik yang bersekolah dan selamat bertugas pada yang bekerja khas buat guru-guru...selamat semuanya..!



Kata Hati : Januari - Mac, aku bakal sibuk....!


.

Isnin, 2 Disember 2013

November Di Disember





November 2013

GEDEGANGG!!

Terasa kenderaan yang dipandu aku terlajak sedikit kedepan. Hujan renyai yang sedang membasahi Bandar Warisan semakin lebat. Perlahan aku melangkah keluar. Sebelum lihat belakang kereta yang disodok lori, aku sempat pandang pakcik yang sedang mengemudi lori tersebut.

“Teruk ke?” 

Soal aku tanpa periksa belakang kereta. Walhal, dalam hati aku ni, penuh rasa debar yang teramat sangat. Apa yang aku gambarkan ketika itu Cuma kemekan yang teramat teruk. Serius, aku rasa nak nangis…!

“Tak teruk sangat, pecah bumber sikit je.”

SIKIT? Yea, sedikit lega bila ayat tu keluar dari mulut pakcik tu. Seraya aku memberanikan diri menoleh kea rah belakang kereta. Ohh…memang tiada langsung kemekan pada bonet kereta. Lega..! Dan bila aku lihat pecah lebih kurang sebesar tapak tangan kanak-kanak, rasa lega makin bertambah. Sekurang-kurangnya tidak ada kecederaan yang serius.

“Kenapa berhenti mengejut?” Soal pakcik tu tiba-tiba.

“Kereta depan saya tadi, dia pun tiba-tiba berhenti mengejut”

“Ini pun pakcik sempat tekan brek. Pakcik pun tak sangka terkena juga. Kalau pakcik tak tekan brek tadi, entahlah” 

Lancar pertuturan pakcik tu, sampai membuatkan aku gerun bila fikir seandainya dia tidak langsung tekan brek..! Yea..pasti bahagian belakang kereta akan hancur.!!


September 2009

PRANGGG.!!

Bunyi hentakkan dan kaca berderai dari sisi kanan belakang kereta mengejutkan aku yang sedang minum didalam kereta. Satu badan rasa panas..! Rasanya kereta aku berada dalam keadaan yang betul. Berhenti di simpang tiga sambil menunggu kereta dari kata lepas. Yea..kereta aku betul2 berhenti.

“Hoii..!! Buta kee??”

Jerkah aku pada lelaki yang masih terduduk di sisi kereta, sambil aku periksa apa yang pecah tadi. Bukan lampu kereta aku yang pecah, tapi lampu motor dia.

“Pekak ke!!” kali ni, lebih tinggi dari sebelum tadi.

“Bukan salah saya cik, salah kereta tu, tiba-tiba nak masuk kiri..saya nak elak tak sangka ada kereta”

Pelahan suara lelaki itu,sambil menunding jari kea rah kereta yang hampir melanggar dia. Yea aku tahu, dia sedang menahan kesakitan. Tapi entah kenapa, waktu tu, aku langsung tak ada rasa kasihan. Mungkin aku sangat-sangat terkejut kot.

“Ko ni dari mana nak ke mana!!” 

Soal aku dalam nada yang teramat marah. Yea, aku yang banyak menengking berbanding lelaki tu.

“Nak ke Tapah..”

“Dah tu, belajar mana potong kiri!!”

Sebelum keadaan bertambah panas, dan sebelum aku naik berang, mak tarik aku masuk kereta. Abah pula berurusan dengan pemandu kereta yang tiba-tiba bagi isyarat ke kiri dan lelaki yang bermotorsikal.

**********

Berbeza bukan? Yea..dulu aku dalam kategori panas baran. pantang silap sikit, dengarlah suara aku. bukan sekadar usia memantangkan kita, malah keadaan sekeliling juga mendidik kita secara tidak langsung sebenarnyakan..!

Bila diingat kejadian 4 tahun sudah, sampai sekarang aku malu sendiri. Malu bagaimana aku boleh bertubi-tubi menengking lelaki yang sedang dalam kesakitan. Haishh..kalau ade rezeki jumpa lelaki tu, aku nak minta maaf banyak-banyak ke dia…huhuh.

Erm..oklah, malas nak ingat..! Daaa….



Kata Hati : Bontot kereta dah okay, melayang $$$…!

.

Jumaat, 15 November 2013

Manfaat Sebaik Mungkin



Ihsan Google


Assalamualaikum.

Semua orang tahu, hari ini hari jumaat. Penghulu segala hari. Hari dimana kita digalakkan buat baik banyak-banyak. Tapi kalau ikut sebetul-betulnya, tak kisahlah hari apapun, kita memang digalakkan buat baik ye dak..!

Hari jumaat juga adalah hari terakhir untuk satu minggu. Ini bagi di negeri-negeri yang masih bekerja  laa. Cuma kalau di pantai timur dan kedah, hari last dalam seminggu tu adalah hari khamiskan. Tapi itu semua tak kisahlah.

Okay, untuk hari jumaat untuk minggu dan tahun ini, ianya special sikit sebenarnya. Mungkin ramai yang tak alert, tapi aku yakin, cikgu cikgi confirm tahu pasal hal ni. Dan yang terlebih alert sudah tentulah budak-budak yang bergelar pelajar. Sebab apa? Jumaat ni adalah hari terakhir sesi persekolah bagi tahun 2013. 

Oyeahhh..!

Dan bila sebut pasal cuti sekolah ni, memang tak dinafikanlah. Kita dulu pun banyak kenangankan. Ada yang tak sabar-sabar kot nak cuti. Dan ada pulak yang sedih gila-gila ni sebab cuti, kalau boleh tak nak cuti panjang-panjang. Yang kategori ni selalunya budak-budak yang dah pandai bercinta. Tak nak cuti panjang sebab sayang nak tinggal pakwe/makwe kononnya laaa.. Grrr.!

Err..kalian dulu cemana? Jenis nak cuti ke tak nak cuti?

Aku? Sejujurnya aku waktu sekolah rendah dulu, memang jenis menantikan hari cuti. Bila dah masuk menengah , barulah gedik-gedik sedih sebab nak cuti. Kalau boleh memang tak nak cuti. Sedih kott…! Selalu hari-hari boleh jumpakan, sekali kena cuti panjang rindulah nanti kononyaaa..!! Grrrr…!

Tapi sebenarnya rasa sedih tu sekejap je. Bila dah start cuti, haaa..baru tahu betapa nikmatnya.! Kekekekeh. Dan bila nak masuk sesi persekolahan balik, sikit punya liat nak bangun. Padahal sebelum ni nak sangat sekolahkannn…! Hahahaha.

Pokoknya, buat adik-adik kat luar sana nun, rentikanlah nak sedih-sedih. Syok apa cuti. Yang paling penting, manfaatkan cuti ni sebaik mungkin. Kalau tengok tv je, jemu jugakkan. Cubalah cari idea dengan kawan-kawan. Beriadah ke, kemas-kemas rak buku ke. Apa sajalah, janji bermanfaat.

Apapun, tak kisahlah masih bersekolah ke belum, esok dah mula bercuti buat mereka yang sememangnya cuti sabtu ahadkan. Jadi, selamat berhujung minggu semua..!!




Kata Hati : Moga kita sama-sama dalam rahmatNYA....InsyaAllah..!

.

Isnin, 7 Oktober 2013

FITNAH..!



Kelakarkan Haha...!



“Kaklong, ada orang cakap kat abah nampak kaklong ponteng sekolah.”

Tenang abah bersuara. Aku yang sedikit menyandar akibat kekenyangan seraya tegak kembali posisi kedudukan aku bila dengar setiap butir ayat yang keluar dari mulut abah. Dalam kepala otak siapa pula buat cerita ni. dan yang paling penting siapa ‘ORANG’ tu. Kalau dapat memang lumat..!

“Orang tu nampak kaklong dekat bangunan HSBC dengan kawan-kawan hisap rokok.” 

Sambung abah lagi. Membuntang mata aku. jangan kata mata aku, mata mak pun sama. Tapi mak tak tengok muka aku, sebaliknya mak tengok muka abah. Aku faham, mak mungkin nak kan kepastian. Yelah, memang mak tak akan percaya aku buat semua tu.

Aku macam tu? memang taklah walaupun aku akui, aku ni nakal sikit. Tapi bukan perangai aku nak ponteng sekolah tanpa pengetahuan mak dan abah. Dan bab rokok tu, itu memang tak masuk akal..! sangat tidak masuk akal..! jelas betul semua tu FITNAH…!

Bila disoal siasat macam tu reaksi aku tenang je. Sebab aku tahu aku tak salah. Dan abah pula tak ada pun tunjuk gaya-gaya nak marah. Tapi sejujurnya aku rasa nak menangis jugalah hari tu. Bukan nak nangis kerana takut, tapi geram dan marah apa orang yang buat cerita tak betul tu. #habit aku, kalau marah tak lepas mesti nak nangis..huhuhu.

“Siapa yang buat cerita tu?”

Kali ini aku beranikan diri tanya soalan yang sedang bermain-main dalam kepala aku. aku sedar, mak pun nak tanya soalan yang sama. Tapi aku terlebih dulu mencelah. Benda tak betul, tak akan nak diam je.

“Tadi dekat pasar malam, terjumpa si polan yang duduk jalan sekian. Dialah yang bagitahu. Dia tanya, anak sulung pakcik sekolah SMDB kan? Abah iyekan je. Terus dia bagitahu dia nampak kamu dengan kawan-kawan lepask dekat HSBC sambil hisap rokok. Terkejut jugak abah. Dia siap suruh abah ajar anak bagi tak degil. Dan bila dia tanya anak pakcik nama AZIZI kan? Terus abah rasa dia buat cerita. Bila abah bagitahu yang anak sulung abah perempuan,memang berubah air muka si polan tu dan segera mungkin si polan tu minta diri.

Mak dah menarik nafas lega. Tapi dengar jugaklah sedikit keluhan bila mana ada yang cuba buat fitnah sewenang-wenangnya. Bayangkanlah kalau yang ditembak oleh si polan tepat , tapi tidak melakukan semua apa yang dia ceritakan, tak ke aku kena hempuk?

Si polan tu, aku kenal gitu-gitu je pun. Bukan sama umur. Tapi yang pasti aku tak pernah cari gaduh dengan dia. Nak bertegur sapa lagilah tak pernah. Entah kenapa dia boleh buat cerita sesuka hati dia je kan. Aku ingatkan orang perempuan je yang suka laga-lagakan orang. Rupanya orang lelaki pun ada. Haishh…dunia-dunia..!

Walaupun cerita dekat atas ni dah bertahun-tahun terjadi, tapi aku still tak dapat lupa. Di fitnah bukan pekara yang menyeronokkan tapi sebaliknya. Dan kena ingat, dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh. Jadi sebelum sebarkan cerita, cubalah tanya untuk kepastian. Tambah-tambah di bulan yang penuh barokah ni.  Jangan main tembak je.!

Kenapa aku cerita semua ni? Tadi aku merayau-rayau dalam mukabuku, lepas tu terjumpa pulak si polan tu punya muka buku, terus teringat FITNAH yang dia pernah buat dulu. Sampai sekarang dia tak pernah minta maaf dekat abah. Apatah lagi aku. Tapi tak apa, aku dah maafkan dah pun, aku anggap dia mamai je waktu buat cerita tu…



Kata Hati : Jangan sebarkan sesuatu pekara yang kita sendiri pun tak pasti, kalau tak tahu TANYA…


.

Selasa, 3 September 2013

Merdekakan Hati





Assalamualaikum..

Errr…serius kering idea sekarang ni. Blog pun dah berapa hari tak buka. Normal bagi aku, bila tak ada idea, terus jadi malas nak buka blog. Dan idea untuk entry ni pun sebab terbaca sesuatu tadi. Ehh..bukan pasal minyak ehh yea, sebaliknya merdeka. Iye, pasal Merdeka. Kita baru je kan sambut Merdeka hari sabtu lepas.


Dan bila aku terbaca komen Cik Aini dalam entry INI, terus datang satu idea untuk aku kupaskan isu MERDEKAKAN HATI ni. Bila sebut pasal Merdekakan Hati, pasti orang akan ingat tentang pengaruh-pengaruh hati dan minda dengan budaya barat, k-pop dan sebagainyakan. Jadi untuk entry ni aku tak nak cerita kearah itu, tapi nak twist sikit. Jangan tak tahu, merdeka ni skopnya luas. Bukan hanya pada negara, malah pelbagai hokay.

Bila sebut pasal Merdeka Hati, sejujurnya hati aku sendiri pun belum Merdeka. Iyea, untuk lupakan seseorang yang pernah kita sayang dan suka bukan senangkan. Dan rasanya selagi aku begini, selagi itu kot aku akan fikir dan ingat. Merdekanya hati, mungkin disaat sahnya aku sebagai isteri kepada Hamba Allah yang belum tahu dimana keberadaan dia. Itu aku..kalau kalian boleh merdeka awal, kira baguslahh..!

Hati perempuan ni lembut. Soft kalah teddy bear gituw. Tak kiralah dengan siapa pun kita jatuh sayang, pokok pangkalnya kita mesti kuat. Perit tu dah pasti, tapi percayalah semua rasa itu hanya sementara. Cuma kena ingat, jangan lupa segala perit yang pernah kita lalui. Jadikan luka perit yang kita tempuhi tu sebagai pengalaman untuk diri sendiri.  Ingat, pengalaman yang melibatkan hati ni tak semua sama. Lain orang, lain pengalamannya. Kalau sama, mungkin tak seratus peratus sama. Cuma luka perit yang kita rasa itu adalah sama.

Macam mana pun perit kita rasa, kita kena terus melangkah. Jangan disebabkan itu kita terus jatuh tak bangun-bangun. Haa..macam ni tak naklah. Bina balik jalan untuk terus kita melangkah dan terus melangkah. Anggap saja Allah sedang menguji hati hambaNYA. Orang yang diuji, adalah orang yang paling dekat dengan Allah. Dan setiapa apa yang diuji olehNya, pasti aka nada hikmahnya.. InsyaALLAH…!!

Walaupun aku rasa entry ni macam lari tajuk, tapi aku harap sedikit sebanyak entry ni dapat redakan hati yang sedang dilanda kegelisahan. Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Jangan sedih-sedih, sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan..kan..!

Apapun jom Merdekakan Hati dan jom kita senyum selalu…

Fighting…Caiyokkk..!!




Kata Hati : Ini isu hati, bukan isu minyakkk..ehh..!
.

Isnin, 26 Ogos 2013

Jam Tangan





Berlari-lari anak aku menuju ke kelas. Yea..aku sedar aku dah lambat ni. Baru saja mahu mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua, terdengar sayup-sayup nama aku di panggil. Sudahlah nak cepat, ada pula yang panggil-panggil. Kacau betullah..! setakat merungut dalam hati je la.

Puas jugalah aku cari dari mana datangnya suara tu. Rupa-rupanya suara ustaz yang setia menunggu di depan pintu kelas bawah tangga. Manalah aku nak nampak. Haishh ustaz ni, cubalah tonjolkan diri sikit. Ini tidak..!

“Pinjamkan saya jam. Hari ni saya tak pakai jam laa..”

Terkedu seketika aku dengan permintaan ustaz ni. Kenapa pula dengan jam aku, mintalah dengan orang lain. Jam aku ni baru beli kot. Itupun abah yang hadiahkan semperna ulangtahun kelahiran aku. Takkan tiba-tiba nak bagi ustaz pinjam kot. Haishh…

“Waktu akhir nanti saya kan masuk kelas awak, saya pulangkan la..”

Tapiii……

“Saya pinjam je, janji tak calarkan”

Err…orang tua ni macam tahu-tahu je apa yang aku fikir. Ustaz tu tak adalah tua sangat. Kecik-kecik je orangnya, dia tinggi sikit dari aku. Ingat lagi kali pertama dia mengajar aku ditingkatan 2. Dia merupakan guru baru disekolah tu. Sebelum ni aku lebih selesa diajar oleh ustazah sebelum dia.  Entah kenapa ada satu aura membuatkan aku tak senang dengan ustaz ni.

Tapi makin lama dia mengajar, makin kenal dan cara dia buat aku jadi senang. Jangan kata aku, kawan-kawan lain pun sama. Tapi aku lebih rapat sikit la dengan ustaz. Mungkin sebab aku ni suka buat bising kot dalam kelas. Hahaha.

“Boleh tak?”

Seraya aku menanggalkan jam dari pergelangan tangan aku. Pantas ustaz menyambut jam tangan tersebut bila aku hulurkan. Dan cepat-cepat dia besarkan sedikit saiz jam tersebut. Almaklumlah, pergelangan tangan lelaki dan perempuan kan tak sama besar. Bila selesai memakai, aku cuma memerhatikan je jam tu terletak elok dipergelangan tangan kiri ustaz.

“Balik nanti saya pulangkan. Dah cepat masuk kelas”

**********

Waktu akhir kelas kami hari tu ialah mata pelajaran pendidikan islam. Aku pula boleh terlupa pasal jam tangan aku tu. Iyelah, sebab sibuk sangat studykan. Kononnya laa..Hahaha. Bila ustaz masuk ke kelas, memang aku tak ingat langsung pasal jam tu, sampailah ustaz panggil aku ke meja guru.

“Ni, saya beri balik. Terima kaseh tau. Cuba pakai tengok muat ke tidak”

Waktu ustaz buka dan hulurkan jam tangan tu lah baru aku teringat pasal jam aku. Ishh..memang pelupa sungguh aku ni. Aku ikut je arahan ustaz, tapi bila aku pakai jam tu longgar. Ikut aku tak kisah pun, janji tak lucut. Tapi bila ustaz nampak, terus dia minta balik dan betulkan saiz yang sesuai dengan pegelangan tangan aku. Dah macam gaya boiperen aku je ustaz ni. Bila selesai, aku bangun balik ke meja aku. waktu ni lah dengar suara-suara yang menanyakan soalan yang pelik.

“Kenapa ustaz bagi jam tangan ustaz, dekat dia?”

“Hadiah hari lahir dia..”

Bila jawapan itu keluar dari mulut ustaz, spontan berpuluh pasang mata tertumpu pada aku. Walaupun jawapan ustaz dalam nada bergurau, tapi aku tetap malu. Ya malu siot..! Reaksi aku waktu tu hanya mampu angkat bahu je. Bila kawan sebelah tanya soalan yang sama, aku cerita benda betul detail-detail. Tapi malangnya diorang bukan nak percaya. Almaklumlah jam tu baru, memang kelihatan berkilat. Normal barang baru.

Sejak pada tu, apa-apa mengenai ustaz, aku jadi rujukan. Jangan kata satu kelas, habis cikgu-cikgu semua tahu. Aku tak gelabah sebab aku tengok ustaz okay je. Jadi aku pun okay je lah. Ingat lagi bila aku wakil dari kelas kena dengar taklimat mengenai apa tah dekat bilik tayangan. Kebetulan aku orang paling lewat sampai. Jadi nak masuk tu terasa malulah juga. Sebab aku yakin aku akan jadi tumpuan bila masuk dalam tu. Jadi, aku hanya mampu tercegat di luar bilik tu je sambil berkira-kira nak masuk ke tidak.

Rupanya ada seorang cikgu perempuan yang sedar kewujudan aku di luar bilik tu. Dialah yang pelawa aku masuk. Tapi aku ni kan degil, geleng kepala je la. Seganlah. Itu je aku mampu cakap. tak lama lepas tu, muncul pula ustaz sebelah cikgu tu. Terkejut beruk juga aku, mana tak nya, aku tak tahu pun ustaz ada dalam ni.

“Haa..awak, ingatkan tak datang. Lama saya tunggu. Mari masuk..”

Entah macam kena rasuk dek jin apa, laju je aku masuk kedalam bilik tayangan tu. Belum sempat aku dapatkan kerusi kosong tingkat paling atas, kedengaran suara lantang cikgu perempuan tu berkata…

“Dia nak abang dia juga yang jemput, baru dia nak masuk rupanya..”

Errr…sumpah aku malu. Lagi malu bila pandangan semua terarah pada aku. Terasa berinci-inci ketebalan kulit muka. Sempat juga aku curi pandang muka ustaz waktu tu, tenang je aku tengok. Dan sepanjang berlangsungnya taklimat tu, aku sikit pun tak berani pandang muka cikgu perempuan tu.

Kenapa tiba-tiba aku cerita semuanya disini? Sebab tadi aku ternampak ustaz aku ni dekat trafik light. Terburai segala kenangan tahu..! Nak tegur terlalu jauh, jadi aku tengok aje lah.. Yess..ustaz masih segak seperti dulu….!

Oh yea, sampai habis sekolah tau kawan-kawan ingat ustaz hadiahkan aku jam. Hehehe.



Kata Hati : Bila bercerita macam ni, buat aku rindu sekolahhhh…waaaa..!!

.

Isnin, 8 April 2013

Insomnia





Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

-Tetiba keluar lagu ni kan..!-

Ehh...sejak akhir-akhir ni, penyakit lama aku datang balik. Dah banyak kali aku cuba elak daripada penyakit ini datang kembali, tapi entah kenapa dia datang juga. Bila keadaan ini terjadi, ianya sekali gus mengingatkan aku pada seseorang. 

Ya..seseorang…! seseorang yang pernah temani aku hampir setiap malam dikala penyakit ini melanda diri. Ini adalah salah satu perkara yang tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku. Tapi bila dah terkebil-kebil bersendirian tu, mulalah nak punggah balik segala kenangan yang tersimpan.

Ingat lagi, ada tektik khas digunakan untuk kesan samada aku masih berjaga atau tidak. Semuanya bergantung pada respon. Kalau tiada respon, maknanya aku dah tidurlah tu. Tapi kalau ada respon, segeralah  tugas dijalankan sampai aku terlelap.  Ya.. ini adalah salah satu kenangan terindah yang aku ada..

Ketika aku menaip entry ni, sedikit rasa sedih pun tak ada. Malah aku masih mampu tersenyum. Dulu, mungkin perit untuk dikenang, tapi rasanya sekarang tidak lagi. Walhal terasa nak ucap terima kaseh pula sebab kenalkan aku dengan rasa manis dan pahitnya cinta.

Walaupun aku dah tak sedih atau marah, sebolehnya aku tak nak dahlah kenang pekara yang lepas. Dia dah ada keluarga sendiri. Lagipun dah tak maniskan kalau aku ingat-ingat balik semua ni. Sebaliknya aku haruslah doakan yang terbaik buat dia. Bahagia dia, bahagialah aku….. InsyaAllah…

Nahh..Sesiapa yang susah tidur malam macam aku ni, jom kita sama-sama amalkan tips yang ada ni, Cuma yang nombor 9 tu, susah sikit la aku nak buat..hekhekhek..

1. Lupakan semua urusan kerja dan jangan terlalu banyak berfikir

2. Elakkan meletak TV di bilik tidur 

3. Elakkan daripada mengambil kafein

4. Lakukan aktiviti sukan atau senaman di waktu petang

5. Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur

6. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa

7. Elakkan tidur siang

8. Mandi air suam untuk kesegaran tubuh

9. Minum susu

10. Baca doa sebelum tidur



Kata Hati : Tengah tunggu mengantuk  datang....
.