Khamis, 30 September 2010

.:: Berikan Aku KetenanganMU ::.


Salam. Entah kenapa minggu ini terlalu berat untuk aku lalui. Bagaikan setiap detik yang aku lalui sepanjang minggu ini amat seksa untuk aku lalui. Aku terlalu beremosi sepanjang minggu ini. Entah di mana silapnya? Aku sendiri tidak pasti.

Puas aku luahkan pada helaian bersih suci supaya aku tenang kembali. Tapi hasilnya tetap tidak memuaskan. Aku masih beremosi, tapi masih terkawal. Aku tidak beremosi tidak tentu pasal. Sebabnya emosi itu rasa peribadi aku. Tidak haruslah aku bermurung atas alasan peribadi. Tidak Pro di situ. Dan tidak adillah, aku yang beremosi, orang lain juga sama terasa tempiasnya.

Sedang aku menaip setiap butir abjad untuk entry kali ini, telinga aku di sogokkan dengan sebuah lagu yang membuat kau bertambah-tambah emosi. Purnama Merindu nyanyian Siti Nurhaliza. Bait-bait lirik yang di dendangkan  membuat aku luluh tidak terkata. beremosi kembali. Biar sampai aku menangis, jika itu bisa hilangkan segala beban.

Aku juga tidak jemu, menadah tangan mohon tenangkan rasa jiwa yang tidak tenteram ini padaNYA. Bersungguh aku meminta padaNYA. Jujur aku kepadaNYA. Ikhlas aku padaNYA. Moga rasa itu pergi dari jiwa aku. Hanya dia yang mampu menghindari segala apa yang aku rasa. Berserah aku padaMU. Tangan yang menadah seringkali di raup dengan titisan jernih. Ini ujianMu terhadapku. Aku Redha.


Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang. Tapi segalanya di tentukan pada yang Maha Kuasa. Perisai terhebat kita adalah doa. maka di galakan mohon petunjuk Yang Esa agar memakbulkan segala doa dan mempermudahkan segalanya. Mohon aku padanya, hindarilah segala yang bersarang di hatiku dan di berikan segala kekuatan untuk aku terus menjalani hari-hari yang indah dengan tabah.

Amin..!!


Kata Hati : Aku redha...!!!!



.

Rabu, 29 September 2010

.:: Untuk Dia ::.





Jangan biarkan amarah terus menyelubungi diriku. Benar..!! perit yang aku rasakan. Kerana Kenapa aku yang menjadi mangsa? Sedangkan aku tidak pernah kenal siapa dirinya. Cuma yang pasti dia tetap makhluk ALLAH yang hanya menumpang di muka bumiNYA.

Dia manusia yang tidak tahu mensyukuri setiap detik nikmat yang di berikan olehNYA. Manusia yang sentiasa mahu melihat manusia lain hanyut dengan kata-kata yang di lemparkannya. Manusia yang tidak pernah mahu melihat insan lain senang dengan kejayaan yang di kecapi.

Benar..!! mereka masih wujud. Masih lagi menganggap diri mereka hebat dan gagah mungkin. Sebelum ini aku terlalu memikirkan apa yang telah terjadi, sehingga setiap hela nafasku menjadi sesak dengan segala ungkapan keji yang telah di lontarkan.

Memaksa fikiranku berputar mencari penyelesaian yang jelas di depan mata. Cuma ketika fikiran sedang ligat berputar aku tidak dapat melihat dengan jelas setiap penyelesaian yang ada. Tiada kata kesat buat yang telah menghina aku. Tiada sumpah seranah untuk yang menjerat aku dengan pelbagai soalan.

Aku tidak mahu penat dengan manusia yang menyembunyikan tangannya setelah cebisan batu di lemparkan tepat ke arahku.tidak mahu lelah dengan manusia yang berjaya membuat aku muram dengan segala rasa. Biarkanlah. Aku sudah tidak peduli.

Cuma aku mahu senyum indah. Kerana itu ubat segala kusut di hati yang dijalari dengan tujahan kata-kata yang tidak bermoral dari manusia itu. Aku doakan agar manusia itu terbuka pintu hatinya kembali ke jalan benar. Dan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia mengenali jalan yang lurus ini. Tidak akan aku menghina manusia itu.

Aku redha kepadaMU Ya ALLAH…!!

Berikanlah manusia itu peluang menuju ke jalanMU Ya ALLAH..!

Ubatilah hati manusia itu dengan kalam suciMU Ya ALLAH..!

Bebaskan manusia itu dari segala hasutan Syaitan Ya ALLAH..!



Kata Hati : Tiada guna jika aku terus membiarkan amarah menyelubungi diri yang lemah ini. Lepaskan..biarkan, itu yang terbaik.


.