Rabu, 3 April 2013

Wordless Wednesday #51






Kata Hati :

Koleksi Novel Siti Rosmizah..
Dua dah habis baca,
Satu belum lagi.
Dan
Setakat ni "Andai Itu Takdirnya"
sangat best....!
.

Isnin, 1 April 2013

Percuma Yang Sia - Sia



Assalamualaikum.

Isnin, 1 April 2013. Terlepas sudah percuma yang sia-sia. Aku cuba terjemahkan apa yang tersirat. Tapi aku tak mahu beri detail lebih-lebih kerana tajuk entry kali ini mungkin ada yang tahu atau mungkin ada yang tidak tahu langsung apa yang tersirat dari tajuk entry ini.

Okay. Fullstop..!

Untuk melepasi tarikh sebelum hari ini, aku bagai nak gila mem’bizi’kan diri. Seawal 9 pagi aku gerak ke Ipoh di temani 2 bodyguard yang sentiasa risaukan aku. faham-faham je la ye kalau berjalan ditemani bodyguard. Memang tak senang di buatnya. Grrr….

Di MPH, aku sambar dua buku. Ikut kan 3 buah yang aku nak rembat. Tapi salah satu daripada 3 buah buku tu tak adalah pulak. Satu lagi jenuh tawaf rak buku tu tapi still tak jumpa.  Jadi aku beli dua je. Salah satu buku tu, sebab aku TERJANGKIT VIRUS dengan Encik H.




Satu lagi buku yang aku beli tu pun sebab TERJANGKIT juga. Tapi ni bukan dengan Encik H, Kali ni dengan Kakak Ai. Dialah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan hasil karya Siti Rosmizah. Memey aku jatuh cinta habis ni dengan novel-novel beliau ni tau. Sampai terbawa-bawa keluar tau EMO novel ni. Haishhh…Memang PARAHHH….!

Lepas selesai urusan dekat MPH, aku pusing-pusing kejap dalam jusco tu. Tapi tak lama pun, sebab adik aku bukan jenis kaki rayau. Bila aku singgah kiosk-kiosk dia mulalah bising. Grr…nyampah jalan dengan depa ni..! Hari ni juga baskin robbin ada promosi 31%. Ingat nak pekena aiskrim dulu baru balik, sekali berjelanya Q. Cancel..!

Ikut perjanjian, OTW ke ipoh je aku kena drive. Sekali nak balik adik hulur kunci. Ahh..sorilah aku nak drive. Sebab janji pergi aku drive, balik dia bawa. Selalu kami adik beradik macam inilah tau, bertolak-tolak nak drive.  Mak kalau nampak kami bertolak-tolak macam tu, spontan  akan keluar ayat  ni “Kalau mak reti bawak kereta, bior mak je yang bawak, kome duduk belakang.Susah sangat” Hahaha.

Berbalik pada tajuk entry, semuanya berjalan seperti tiada apa-apa. Tiada pengharapan  seperti tahun sebelum-sebelumnya. Tahun ini cuba pupuk diri untuk tidak mengingatinya. Tapi tidaklah terus melupakannya. Sebab aku akan  teringat bila berhimpunnya dua jarum menjadi satu dan ketika menaip entry ini. Itu je.  Selebihnya, aku bizi…!

Maka berakhirlah sudah percuma yang sia-sia. Sesiapa pun  tak salah disini. Cuma diri sendiri yang salah sebenarnya. Pada yang faham apa yang aku cuba sampaikan dalam entry ini tahniah di ucapkan. Pada yang kurang faham tidak mengapa, entry ini sekadar menceritakan ke’bizi’an diri sendiri yang lain dari segala permasalahan duniawi. Itu saja. <-  Eceeehh ayat aku..kemain..!



Kata Hati : To Create Is To Destroy……
.