Memaparkan catatan dengan label SAYANG KAMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAYANG KAMU. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mei 2014

Selamat Ulangtahun Sahabat..!





Assalamualaikum.

Hari Rabu bulan lepaskan, hari ulangtahun kelahiran BFF aku ni. Alaa...aku pernah cerita pasal BFF ni dalam ENTRY NI. Sebenarnya, aku dah lama tau tak contact dengan dia. Last jumpa tahun lepas [ENTRY NI] itupun tak bertegur.  Tambah pula dah 2 tahun aku tak wish birthday dekat dia. Jadinya, entah kenapa Rabu lepas aku tetibe je wish birthday dekat dia. Aku bajet, dia dah tidur. Almaklumlah, dah tengah malam..




Rupanya, sangkaan aku silap. Tak sangka pula dia online memalam buta tu. Bak kata Bintang la, dia tak tidur lagi sebab nak tunggu siapa orang pertama yang wish birthday ke dia. Tengok dari reaksi meses yang dia reply tu, nampak macam aku la pertama wish ke dia. Dan aku boleh bayang cemana senyuman dia malam tu. Hahaha. 

Tapikan, sejujurnya aku tak berebut pun nak jadi orang pertama yang wish. Mungkin ini satu kebetulan. Dan aku tak mengharap pun dia baca meses yang aku inbox tu. Tapi itulah, sangkaan aku meleset. Tak sangka cepat betul dia reply. 

Lepas pada tu, kami sembang kosong je. Tak sampai 5 minit pun, aku offline. Walaupun kejap, kesan dia besar. Habis segala kenangan dulo-dulo keluar. Dan aku harap sangat, dia tak datang cari aku. Sebab sekarang ni bukan macam dulu dah....

Oklah, sampai sini je la. Aku dah tal tahu nak taip apa dah. Yang aku tahu sekarang ni, aku banyak sangat hutang blogwalking. Entah bilalah mood blogwalking aku ni nak datang ebtul-betul. InsyaAllah, punya masa dan kesempatan, aku pasti jejak kalian..!

Sekian..



Kata Hati : Roadtax moto aku tamat tempoh sama birthday dia tau..
.

Selasa, 31 Disember 2013

Yang Terakhir





Assalamualaikum.

31 Disember 2013. 


YANG TERAKHIR 2013....

InsyaAllah jika masih dipanjangkan usia, esok kita semua pasti akan bernafas seperti biasa, dengan udara yang sama, tempat yang sama juga dibumi yang sama..! InsyaAllah... Sebenarnya, ikutkan tahap kemalasan memang tak nak menaip entry ni. tapikan bila duk tengok masing-masing duk up entry jam-jam terakhir sebelum 2014, makanya aku pun macam tertarik jugaklah nak menaip entry ni.

Dari hari pertama 2013, aku tahun tahun ini sangat mencabar bagi aku. Aku bukan saja perlu kekuatan, malah aku juga perlu masa untuk hadap setelah apa yang terjadi. Dan sekarang rasanya semuanya berlalu seperti debu. Itu semua pengalamankan..! Jadi, ayuh yunkk..kita belajar dari pengalaman tu..! Oh ya..! tanpa rumahku, bulanku dan bintangku aku mungkin tak sehebat kini. Jadi, sangat sangat berterima kaseh pada teman-teman yang sentiasa ada! 

Dan bagi tahun 2014, aku nak mulakan hari dengan senyuman, dan sentiasa berfikiran positif. Tak nak main api dah..! Hahaha. Dan semalam, aku dah senaraikan apa yang patut aku buat untuk berganjak walaupun sedikit. Yang penting aku kena berani. Ya...BERANI.!

Errm...bila baca balik apa yang aku taip ni, memang nampaklah perbezaan antara awal 2013 dulu. Bila mana awal-awal 2013 entry aku kemain lelehnyakan..!Malu sendiri kot bila baca balik. Hahaha. Dan insyaAllah, bagi pembukaan tahun baru ni, aku nak semangat-semangat je. Sebab aku rasa banyak kerja yang perlu aku buat untuk tahun 2014.

Haishh...rasanya cukuplah sampai sini. Lagi panjang lain melalut entry ni. Akhir kata, ini entry penutup bagi tahun 2013. Selamat bercuti bagi meraka yang bercuti, dan selamat bersekolah pada adik-adik yang bersekolah dan selamat bertugas pada yang bekerja khas buat guru-guru...selamat semuanya..!



Kata Hati : Januari - Mac, aku bakal sibuk....!


.

Isnin, 2 Disember 2013

November Di Disember





November 2013

GEDEGANGG!!

Terasa kenderaan yang dipandu aku terlajak sedikit kedepan. Hujan renyai yang sedang membasahi Bandar Warisan semakin lebat. Perlahan aku melangkah keluar. Sebelum lihat belakang kereta yang disodok lori, aku sempat pandang pakcik yang sedang mengemudi lori tersebut.

“Teruk ke?” 

Soal aku tanpa periksa belakang kereta. Walhal, dalam hati aku ni, penuh rasa debar yang teramat sangat. Apa yang aku gambarkan ketika itu Cuma kemekan yang teramat teruk. Serius, aku rasa nak nangis…!

“Tak teruk sangat, pecah bumber sikit je.”

SIKIT? Yea, sedikit lega bila ayat tu keluar dari mulut pakcik tu. Seraya aku memberanikan diri menoleh kea rah belakang kereta. Ohh…memang tiada langsung kemekan pada bonet kereta. Lega..! Dan bila aku lihat pecah lebih kurang sebesar tapak tangan kanak-kanak, rasa lega makin bertambah. Sekurang-kurangnya tidak ada kecederaan yang serius.

“Kenapa berhenti mengejut?” Soal pakcik tu tiba-tiba.

“Kereta depan saya tadi, dia pun tiba-tiba berhenti mengejut”

“Ini pun pakcik sempat tekan brek. Pakcik pun tak sangka terkena juga. Kalau pakcik tak tekan brek tadi, entahlah” 

Lancar pertuturan pakcik tu, sampai membuatkan aku gerun bila fikir seandainya dia tidak langsung tekan brek..! Yea..pasti bahagian belakang kereta akan hancur.!!


September 2009

PRANGGG.!!

Bunyi hentakkan dan kaca berderai dari sisi kanan belakang kereta mengejutkan aku yang sedang minum didalam kereta. Satu badan rasa panas..! Rasanya kereta aku berada dalam keadaan yang betul. Berhenti di simpang tiga sambil menunggu kereta dari kata lepas. Yea..kereta aku betul2 berhenti.

“Hoii..!! Buta kee??”

Jerkah aku pada lelaki yang masih terduduk di sisi kereta, sambil aku periksa apa yang pecah tadi. Bukan lampu kereta aku yang pecah, tapi lampu motor dia.

“Pekak ke!!” kali ni, lebih tinggi dari sebelum tadi.

“Bukan salah saya cik, salah kereta tu, tiba-tiba nak masuk kiri..saya nak elak tak sangka ada kereta”

Pelahan suara lelaki itu,sambil menunding jari kea rah kereta yang hampir melanggar dia. Yea aku tahu, dia sedang menahan kesakitan. Tapi entah kenapa, waktu tu, aku langsung tak ada rasa kasihan. Mungkin aku sangat-sangat terkejut kot.

“Ko ni dari mana nak ke mana!!” 

Soal aku dalam nada yang teramat marah. Yea, aku yang banyak menengking berbanding lelaki tu.

“Nak ke Tapah..”

“Dah tu, belajar mana potong kiri!!”

Sebelum keadaan bertambah panas, dan sebelum aku naik berang, mak tarik aku masuk kereta. Abah pula berurusan dengan pemandu kereta yang tiba-tiba bagi isyarat ke kiri dan lelaki yang bermotorsikal.

**********

Berbeza bukan? Yea..dulu aku dalam kategori panas baran. pantang silap sikit, dengarlah suara aku. bukan sekadar usia memantangkan kita, malah keadaan sekeliling juga mendidik kita secara tidak langsung sebenarnyakan..!

Bila diingat kejadian 4 tahun sudah, sampai sekarang aku malu sendiri. Malu bagaimana aku boleh bertubi-tubi menengking lelaki yang sedang dalam kesakitan. Haishh..kalau ade rezeki jumpa lelaki tu, aku nak minta maaf banyak-banyak ke dia…huhuh.

Erm..oklah, malas nak ingat..! Daaa….



Kata Hati : Bontot kereta dah okay, melayang $$$…!

.

Isnin, 28 Oktober 2013

Malaysia Masih Aman



Sumber : Google


Assalammualaikum.

Peringatan : Entry ini tiada berkaitan dengan mana-mana parti politik. Harap maklum!

Bila tengok tajuk entry ni, pasti ada ramai yang cakap sendiri, ya..Malaysia kita masih aman..! Padahal, kita pasti sedar tahap ketebalan keamanan negara kita sekarang ni, semakin menipiskan. Buktinya, sebagaimana kita semua tahu, saban hari kita akan dengar kes-kes yang melibatkan nyawa. Tak rompak bunuh, tak bunuh rogol. Boleh nak dikatakan setiap harilah.

Terbaru, kes rompakan dalam bilik kebal di sebuah bank. Rasanya baik di Facebook, twitter mahupun blog dah kecoh pasal kes ni kan. Dan rakaman cctv kes ni pun dah tersebar secara berleluasa. Sehari selepas tu, juga kes bunuh di stesen LRT. Dan esoknya pula aku difahamkan melalui status kawan-kawan di mukabuku, ada kes tembak sekitar kawasan Simpang Taiping. Dan dekat dah dengan rumah aku ni.  

Bila kita saksi sendiri rakaman cctv atapun kita dengar berita-berita pasal bunuh-bunuh ni, automatic kita akan nampak nak cabut nyawa manusia tu macam petik suiz on off je. senang gila..! Dengan manusia yang makin pupus sifat berperikemanusiaannya maka memang makin berleluasalah kes-kes ni.  Dan sekarang ni, tempat yang kita sangka selamat pun dah tak selamat sebenarnya. Agak sukar untuk kita terima, tapi percayalah kat mana-mana kita berdiri satu perkara je yang perlu kita ingat. JAGA DIRI.

Bila dunia dah makin sampai ke penghujung ni, orang yang kita percaya pun tiba-tiba boleh jadi musuh kita. Mungkin kita tak dapat faham apa yang orang yang berpengalaman lalui. Tapi cubalah ambil iktibar. Jangan sampai dah terkena batang hidung sendiri baru nak berjaga-jaga. *Peringatan untuk aku jugak ni. Pokoknya dalam entry ini, Negara kita merdeka cuma pada nama. Keamanan yang diwar-warkan pun Cuma sekadar perkataan.

Hakikatnya kita harus sedar, nyawa kita terancam setiap kali kita bernafas. Yea, kalau dah tiba ajal, kita semua pasti pergi jugak. Tapi tak salahkan kalau kita lebih berhati-hati untuk orang tersayang dan diri sendiri. Jom kita cegah se;agi mampu dan berdoa moga Allah sentiasa lindungi Kita semua…InsyaAllah….



Kata Hati : Mohon sama-sama jada diri….

.

Selasa, 3 September 2013

Merdekakan Hati





Assalamualaikum..

Errr…serius kering idea sekarang ni. Blog pun dah berapa hari tak buka. Normal bagi aku, bila tak ada idea, terus jadi malas nak buka blog. Dan idea untuk entry ni pun sebab terbaca sesuatu tadi. Ehh..bukan pasal minyak ehh yea, sebaliknya merdeka. Iye, pasal Merdeka. Kita baru je kan sambut Merdeka hari sabtu lepas.


Dan bila aku terbaca komen Cik Aini dalam entry INI, terus datang satu idea untuk aku kupaskan isu MERDEKAKAN HATI ni. Bila sebut pasal Merdekakan Hati, pasti orang akan ingat tentang pengaruh-pengaruh hati dan minda dengan budaya barat, k-pop dan sebagainyakan. Jadi untuk entry ni aku tak nak cerita kearah itu, tapi nak twist sikit. Jangan tak tahu, merdeka ni skopnya luas. Bukan hanya pada negara, malah pelbagai hokay.

Bila sebut pasal Merdeka Hati, sejujurnya hati aku sendiri pun belum Merdeka. Iyea, untuk lupakan seseorang yang pernah kita sayang dan suka bukan senangkan. Dan rasanya selagi aku begini, selagi itu kot aku akan fikir dan ingat. Merdekanya hati, mungkin disaat sahnya aku sebagai isteri kepada Hamba Allah yang belum tahu dimana keberadaan dia. Itu aku..kalau kalian boleh merdeka awal, kira baguslahh..!

Hati perempuan ni lembut. Soft kalah teddy bear gituw. Tak kiralah dengan siapa pun kita jatuh sayang, pokok pangkalnya kita mesti kuat. Perit tu dah pasti, tapi percayalah semua rasa itu hanya sementara. Cuma kena ingat, jangan lupa segala perit yang pernah kita lalui. Jadikan luka perit yang kita tempuhi tu sebagai pengalaman untuk diri sendiri.  Ingat, pengalaman yang melibatkan hati ni tak semua sama. Lain orang, lain pengalamannya. Kalau sama, mungkin tak seratus peratus sama. Cuma luka perit yang kita rasa itu adalah sama.

Macam mana pun perit kita rasa, kita kena terus melangkah. Jangan disebabkan itu kita terus jatuh tak bangun-bangun. Haa..macam ni tak naklah. Bina balik jalan untuk terus kita melangkah dan terus melangkah. Anggap saja Allah sedang menguji hati hambaNYA. Orang yang diuji, adalah orang yang paling dekat dengan Allah. Dan setiapa apa yang diuji olehNya, pasti aka nada hikmahnya.. InsyaALLAH…!!

Walaupun aku rasa entry ni macam lari tajuk, tapi aku harap sedikit sebanyak entry ni dapat redakan hati yang sedang dilanda kegelisahan. Percayalah, DIA tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. Jangan sedih-sedih, sebab setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Inilah lumrah kehidupan..kan..!

Apapun jom Merdekakan Hati dan jom kita senyum selalu…

Fighting…Caiyokkk..!!




Kata Hati : Ini isu hati, bukan isu minyakkk..ehh..!
.

Isnin, 24 Jun 2013

Aku Maafkan Kamu...




Assalamualaikum.



"Teringat janji lamamu kepadaku,teringat aku teringat.
Teringat saat kau masih ada disini, temaniku sepanjang hari.."


Tak terjelas dek rasa hati yang bagi aku tersangatlah sebat. Tahu tak bagaimana rasa SEBAT..? kalau tak pernah rasa atau tak berapa jelas dengan rasa sebat, Cuma satu je aku boleh tolong ajarkan pada yang nak rasa sebat. Dengan cara; memandu kereta tanpa lepaskan break tangan (Baca Hand Break). Lebih kurang macam tulah kot rasa sebat. Selalunya pemandu jelah yang boleh rasa, penumpang, aku tak sure boleh rasa ke tak. Hahaha. Okay stop..!

Sumpah.  Aku mengaku, aku susah nak habiskan bacaan aku pada entry ini. Lima perenggan awal, aku boleh lagi berlagak tenang,  masuk perenggan seterusnya aku mula gelabah. Panas satu muka, dan sebelum terbakar, sepantas kilat aku KLIK button pangkah. Dan sumpah juga, dalam cerita entry ini tiada kena mengena dengan aku langsung. Yea..walaupun sekelumit, langsung tiada..!

Selepas bacaan awal, aku cuma sempat baca sedikit je lepas lima perenggan awal. Dan segala apa yang aku baca, buat aku kembali rasa apa yang aku pernah rasa. Buat aku teringat tentang perkara yang aku cuba lupuskan. Sekali gus mengingatkan aku pada KAMU yang pernah aku ada dalam hidup aku suatu ketika dulu. Dan sekarang, aku sudah berhenti berharap. Aku mungkin bisa maafkan kamu, tapi untuk kenal KAMU buat kali kedua, tidakk..aku tidak mahu. Cukup-cukuplah.

Bulan pernah kata, tiada istilah ‘Bahagia dia, bahagialah kita’. Kata bulan lagi, ‘mulut hanya bisa ungkapkan, tapi segala pahit perih, hanya hati yang rasa’. Jadi tepuk hati, ajarlah mulut ungkapkan pekara sebenar. <-hancor pepatah aku beb..!HAhaha.

Bintang juga pernah kata, ‘jangan dilayan sangat perasaan sedih, past is past. Pandang depan dan jalan.’ Walaupun sudah mampu berdiri diatas kaki sendiri, tapi aku belum bisa melangkah, sebab hati aku terlalu beku, sangat dan tersangat beku. Jadi, aku selesa berada dimana aku berada. Cuma kekadang orang je yang selesa dengan kedudukan aku..Grrr..!

Akhir kata, maaf aku tak bererti aku bisa hadap KAMU....!
Sampai sini je ehh…
Aku okay jeee...hehehe ^_^



Kata Hati: Yupp..hanya DIA dan kita saja tahu kehendak diri kita..!
.

Khamis, 18 April 2013

Walaupun Kita Berbeza...



Sumber Google


Assalamualaikum.

Sebenarnya, dah lama terfikir nak buat entry ni. Cuma keberanian tu tak ada. Tambahan pula, kesuntukkan masa untuk  mengolah sedikit idea yang ada menjadi satu ayat, yang kemudian menjadikan perenggan-perenggan untuk menterjemahkan kandungan  itu sangat terhad. Kalau boleh aku tak mahu menaip entry ini dalam keadaan beremosi. Sebab takut cara penyampaian aku di salah ertikan.

Dan sekarang ni, Alhamdulillah. Emosi aku stabil. Tapi idok le bermakna sebelum ni emosi aku tak stabil. Mengkome jangan pikior kesitu pulok ye. Aku cuma beremosi bila baca novel jeeee..Haishh..!

Okay. Berbalik pada landasan yang benar. Sedia maklum, hampir kesemua rakan-rakan aku sudah pun berkawin. Boleh nak dikatakan semuanya dah jadi ibu-ibu, bapa-bapa sekarang ni. Aku yang masih muda remaja ni memang tumpang happylah bila dapat tengok kawan-kawan dah megendong anak masing-masing. Bila jalan shopping mall, diorang sibuk kepong anak, aku pula bebas berjalan. Hahaha. Tapi tipulah kalau kata aku tak cemburukan. Perasaan cemburu tu pasti ada walaupun ianya cuma sebesar hama.

Dalam kegembiraan, gelak tawa yang terukir di bibir, rupanya ada satu duka yang terselindung di sebalik semua tu. Yup..! Aku mungkin tak layak berbicara soal “RUMAH dan TANGGA”. Sebab aku sedar siapa diri aku. Tapi takkan  aku nak biarkan sahabat aku sendiri sesat dalam membuat keputusan.

Aku bukan pakar motivasi. Tapi zaman sekolah dulu aku selalu lepak dalam bilik cikgu motivasi. Saja-saja lepak,sekali gus aku selalu minta cikgu motivasikan aku. Lepas tu soalan aku banyak yang mengarut-ngarut. Hahaha. Memang muka tak malu betul aku ni. Sampai satu tahap cikgu pun pelik dengan perangai aku. Kata Cikgu,

“Nanti saya nak adakan sesi motivasikan kepada semua pelajar, time tu awak boleh tanya soalan puas-puas”

Errk..! Kalau ramai-ramai memang aku tak kan tanyalah..! Akukan pemalu….huwhuwhuw.

Dari zaman sekolah lagi, entah kenapa kebanyakkan kawan-kawan yang ada masalah mesti datang jumpa aku. Macam yang aku cakap, aku bukan pakar motivasi pun. Tapi nak bagi nasihat ala kadar tu boleh laa. Ingat lagi rakan aku pernah tahan aku dari balik sebab nak bincang sesuatu. Aku pula sanggup balik lambat semata-mata nak dengar masalah dia. Tapi puas hati jugalah sekurang-kurangnya aku dapat tolong dia. Walaupun tak banyak, sikit pun okay kan.

Dari zaman study, sampailah ke alam perkerjaan ni. Kawan-kawan masih lagi mencari aku, minta pandangan, nasihat atau sekadar menjadi pendengar. Seperti yang aku cakaplah, siapa aku untuk berbicara soal rumah tangga. Aku kawin pun belumkan, tiba-tiba je nak nasihat orang. Mungkin itu kata orang. Bagi aku, jika kita sayangkan sahabat kita, kalau perlu  cuba lakukan yang terbaik buat dia walaupun kita sendiri tak alami apa yang dia alami.

Jadi, peranan aku sebagai kawan, aku cuba sedaya upaya beri yang terbaik. Walaupun sudah terkeluarnya perkataan ‘DIVORCE’ dari mulut yang berkenaaan. Aku tetap akan beri nasihat yang terbaik. Gila tak cuak weh..! masalahnya kecik je, tapi disebabkan kesempatan yang ada, dia hampir termakan dengan hasutan syaiton nirrojim. Cuba bayangkan kalau aku biarkan dia..??

Okay..dengar sini, kebahagiaan kawan-kawan adalah kebahagian aku jugak tahu. Ye..aku masih bujang, ye aku ada rasa cemburu dengan kawan-kawan yang sudahpun berumah tangga. Tapi tak adalah sampai aku tergamak biarkan kawan-kawan aku dalam kesusahan sesorangkan. Aku sikit pun tak rasa suka atau gembira bila tengok kawan-kawan ada masalah dalam rumah tangga, sekalipun orang tu musuh ketat aku.

Sampai sekarang, kalau ada yang nak jumpa aku nak bincang atau bercerita masalah diorang, aku still terima. Even diorang hanya mahu aku menjadi pendengar. Aku still sudi. Sebab aku rasa, aku faham perasaan bila kita sedang dilanda masalah. Sebab waktu tu, apa yang kita fikir semua yang buruk-buruk je. Contohnya angin, ketika ianya membelai, terasa nikmat dan bahagiannya. Tapi bila ianya mula menghempas, kita terlupa nikmat belaian yang pernah kita rasa.

Apapun tindakan yang dibuat ketika kita sedang di landa masalah bukanlah keputusan yang baik. Sebab kita di bawah separa sedar. Aku faham, dan cuba untuk memahami. Kalau perlu menangis, menangislah. Aku tak pernah larang. Silap hari bulan aku pun menangis sama. ( Aku kan cenceng..!) sedikit sebanyak menangis buat kita rasa lega. Kalau setuju sila angkat kening ^_^.

Motif entry ini Cuma satu, siapapun kita, dimana kedudukan kita berilah yang terbaik pada yang memerlukan. Tak perlu tunggu kawin baru anggap diri layak beri nasihat pada yang sudah kawin. Selagi nasihat kita adalah untuk kebaikan, teruskanlah. Tapi kalau nasihat ke arah tidak sepatutnya, bermakna diam itu lebih baik.


P/s: Panjangnya entry niii....!




Kata Hati : Boleh je aku nak mengelak dari semua ni, tapi aku tak sampai hati….!
.

Sabtu, 6 April 2013

Terima Kaseh...





Pertama, Nur mohon maaf sangat-sangat dekat Kak Niena, sebab Nur lambat up entry ni. Naskah kecil yang mengandungi Dzikir, Doa dan Al-Ma'thurat As-Sughra dah lama sampai sebenarnya. Cuma Nur je yang lambat maklumkan. Maaf ye Kak Niena. Nur akan manfaatkan sebaik mungkin perberian akak. Nur ucapkan terima kaseh banyak-banyak dekat Kak Niena ye.

Nampak tak pic bawah yang ada tulis "RANAH MINANG". Itu Frigde Magnet pemberian dari Atil. Sebenarnya segan gila nak terima. Sebab mula-mula aku memain je dengan Atil. Tak sangka pula Atil betul-betul belikan. Ishh... sambil taip entry ni pun segan tu tak habis lagi tau. Apapun, FM tu dah selamat melekat di pintu peti sejuk tau. Dan Nur ucapkan terima kaseh banyak-banyak ye dekat Atil.

Dan yang ketiga tu, comelkan. Bentuk rama-rama. Terkejut juga bila balik kerja, masuk bilik tengok-tengok ada bungkusan atas katil. Tengok nama pengirim dan mula fikir, Kenapa ye Deqla kirim hadiah ni? Lepas je wassap Deqla, baru jumpa nota kecil dalam sampul tu. Rupanya cenderahati sebagai pengomen tegar di blognya. Benda comel tu, sekarang terletak elok atas radio. Senang nak kepit nota apa-apa lepas ni. Terima kaseh juga pada Deqla.

Dengan rasa rendah diri, terima kaseh sekali lagi Nur ucapkan pada kalian. Sepanjang berblogging ni, macam-macam Nur terima. Adakalanya sampai rasa segan mahu menerima. Walau bagaimanapun, Nur sangat hargai semuanya. Ikutkan hadiah yang terhebat yang tak ternilai bagi Nur adalah sebuah PERSAHABATAN yang terjalin antara kita. Nur harap, kita semua kekal bersahabat sampai bila-bila. InsyaAllah....



Kata Hati : Terima kaseh sekali lagi...
.

Sabtu, 2 Mac 2013

Terima Kaseh Blogger's...!




Okay malas nak bebel panjang, Entry ini adalah entry penghargaan buat mereka yang sangat bermurah hati. Tiada kata lain yang mampu Nur ucapkan selain daripada jutaan terima kaseh pada semua...!



Gambar yang pertama, hadiah ikhlas dari Ayu. Sesuai dengan nama, memang ayu tau orangnya. 
Cenderahati yang tertinggal sewaktu gathering di Melaka hujung tahun lepas. 
Terus dipos ke rumah. Pada yang belum kenal Ayu, mohon terjah beliau DISINI. 
Terima kaseh ye Ayu...!



Nampak tak pin blogger yang comel tu. Serius sangat teruja bila dapat pin tu. 
Pemberian ikhlas dari Eca. Katanya sebagai tanda penghargaan kerana blog Nur penyumbang trafik ke blog dia. Apapun, Nur terima dengan hati yang riang ria.
Sesiapa yang nak edit blog atau apa saja perkhimatan mengenai blog, 
InsyaAllah layanan terbaik akan Eca berikan. Sebab JULIA pun pernah 'tempah' dengan Eca..
Siapa JULIA, kalian kena terjah SINILAH.
Hehehehe... Jangan marah naaa Eca...
Apapun, Terima kaseh sangat-sangat dekat Eca..!



Nampak tak keris tu. Haa..jangan main-main, keris pahlawan itu ikhlas dari Deqla. Seperti pemberian ayu juga, cenderahati sewaktu join gathering ke Melaka. Terus di pos kerumah. 
Bertambah-tambah koleksi keychain Nur. Pada yang nak kenal Deqla,
Bolehlah terjah SINI tau...!
Terima kaseh sangat-sangat dekat Deqla..!



Tudung bawal tone ni pemberian daripada Ummi Iman, kerana blog juga penyumbang trafik ke 
Blog Ummi Iman. Nur juga Tak sangka tau dapat bawal. 
Ummi Iman macam tahu-tahu je sekarang ni Nur tengah gila pakai tudung bawal.
 Memang tak terkata apa bila dapat tudung dari Ummi Iman.
Nak kenal Ummi Iman, Jom terjah SINI.
Terima kaseh banyak-banyak ye kak..!



Nampak, dari jauh terbang akhirnya selamat sampai ke tangan Nur. Pemberian ikhlas dari Ibu muda. Bakal menimang cahaya mata yang ke tiga tidak lama lagi. Sesiapa yang nak kenal dengan Sis Aima dan putera-puteranya, terjah la SINI..Jangan malu-malu...



Ole-ole dari penang dari Jaa. Tanda penghargaan sebagai Top Komentar.
Comelkan rama-rama tu. FM tu tau. Memang sukalah Nur dengan FM. 
Sebab salah satu hobi Nur kumpul FM. 
Sekarang ni alhamdulillah, banyaklah juga yang terkumpul.
Jaa ni ibu muda tau. Kalau kalian nak kenal-kenal dengan Jaa,
Jom terjah SINI. Jangan memalu tau..!
Apapun, terima kaseh banyak-banyak ye Jaa...




Kata Hati :
 Maaf ye, Nur lambat Publish penghargaan ini. Sungguh tiada kata yang mampu diucapkan selain dari pada TERIMA KASEH yang tidak terhingga.
Moga Allah sentiasa murahkan rezeki kalian semua...Amin..!
.

Selasa, 5 Februari 2013

Tentang Seseorang...

BINTANG sahabat maya yang jauh nun di sana. Memang kami belum pernah berjumpa. Mungkin akan berjumpa suatu hari nanti…InsyaAllah. Dia sahabat yang sentiasa ada untuk aku. selain bulan, dia juga selalu setia menghiasi hari-hari aku. Walaupun BINTANG nun jauh diatas sana, tapi masih mampu menerangi aku yang tenggelam dek cabaran dunia..

Siapa BINTANG..? biarlah aku, bulan, bintang dan DIA saja tahu…

Bintang pernah tanya aku, aku pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki atau tidak.?

Reaksi spontan aku ketika baca soalan yang di ajukan bintang ialah, mengaru kepala yang langsung tidak gatal. Sambil otak ligat berfikir, siapakah kawan lelaki yang layak digelarkan BFF..? sebab setahu aku, sejak tamat alam persekolahan, aku langsung tidak berkawan dengan mana-mana lelaki, kecuali KAMU.

Selain KAMU, aku memang tidak berkawan dengan lelaki lain. Tiada, kosong.

Dan pagi tadi, tiba-tiba soalan bintang sekali lagi bermain di fikiran. Seraya itu terus aku mengingati seseorang yang pernah kenal rapat dengan aku lepas alam persekolahan. Walaupun umur aku 16 tahun lebih muda dari dia, tapi langsung tak menghalang persahabatan kami. Dia lelaki yang baik, sangat menjaga penampilan dan manja…! #adehh..kenyataan berani mati ni..!

Walaupun dia 16 tahun tua dari aku, aku tak pernah panggil dia ‘ABANG’. Meskipun kadang-kala dia selalu bahasakan dirinya ‘ABANG’. Aku lebih selesa panggil nama. Tapi tak bermaksud aku tak hormat dia. Aku terlalu hormati dia bukan hanya kerana dia lebih tua,  tapi kerana gelaran yang di sandang oleh dia.

Seminggu, 3kali wajib dia datang ke tempat kerja aku. Pernah sebulan penuh dia  datang jumpa aku. dia selalu bercerita segala aktiviti dan pengalaman sebagai  pakar motivasi.  Sebab itulah dia boleh jadi penasihat terbaik buat aku ketika aku jatuh..! Tapi aku juga di anggap penasihat terbaik buat dia tau. Ingat lagi, bergenang air mata dia menahan sebak bila bisnes yang diuruskannya tersungkur akibat ditipu kawan sendiri. 

Dikala itu, aku penting buatnya. Bukan kerana duit, tapi kata-kata semangat untuk dia bina kekuatan semula. Saban hari kami makin rapat dan segala apa yang dia mahu lakukan, pasti akan di maklumkan pada aku. jadi segala jadual harian dia, aku boleh hafal..! Serapat-rapat kami, dia lelaki yang sentiasa menjaga perbatasan dalam pergaulan. Mungkin sebab itu aku selesa berkawan dengan dia. Dia faham cara aku. aku faham cara dia. Itu yang penting. Dia jugalah yang selalu menceritakan kisah-kisah hidup wanita terhebat pada aku. Dan salah satu cerita yang amat terkesan dalam hati aku ialah kisah Rabiatul Adawiyah.

4 tahun dia menjadi BFF terbaik buat aku. Hinggalah dia terjebak dengan bidang jualan hartanah. Terbang sana, terbang sini sampai tiada masa lagi untuk bertemu seperti selalu. Hubungan jadi renggang bila dia tidak lagi memaklumkan aku segala aktivitinya. Pernah sebulan tak jumpa, aku cuba call tempat dia bekerja, jawapan yang diberi kakitangan kerajaan disitu, membuatkan aku benar-benar sentap…!

“Encik I cuti tanpa gaji 3 bulan…”

3 bulan..?? kenapa aku langsung tak tahu..??  Yee..aku tahu itu hak peribadi dia, tapi kenapa tak maklumkan pada aku seperti mana sebelum ini..? paling sakit hati, bila panggilan aku langsung tidak dijawabnya.

Dan suatu petang hening, tiba-tiba panggilan 3G dari dia masuk ketalian telefon aku.  Rupanya dia berada di sabah, sedang menguruskan jualan hartanah disana. Dia akan jumpa aku sebaik saja pulang ke semenanjung nanti.

Aku tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa, tapi apa yang membuatkan kami renggang dan bertambah renggang bila aku sedar, dia mengharapkan hubungan yang lebih. Walaupun hakikatnya, dia tahu kedudukan sebenar dia.

Dan akhirnya hubungan kami berlalu macam tu jee… dan bila dah berbulan-bulan tak jumpa, aku dipaksa jumpa dia untuk mengundang  ke jemputan perkawinan sepupu aku,serius aku  rasa takut. Manalah tahu kalau dia tak nak jumpa aku dahhh…

Tapi sangkaan aku meleset, dia masih sudi jumpa aku. dan reaksi yang tak dapat aku lupa bila aku hulurkan kad jemputan, terus dia  soal dengan nada  gusar “siapa kawin..?” sambil mata melirik lihat dua belah jari manis aku. ohh..cari cincin rupanya…

“Bukan awakkann…”

“Eh..sayalahh…Jemput tau..!”

Cepat-cepat dia buka kad jemputan tu, sebaik je lihat nama yang tertera..reaksi dia urut dada…

“Fuhh..ingatkan awak tadi…”

“Kalau saya pun kenapa…?”

“Err…”

Dia kelu, aku lagilah kelu. Aku tak mahu dia berharap pada aku. Bukan tak sudi, tapi susahlah nak jelaskan…rasanya aku hanya selesa menjadi kawan yang terbaik untuk dia.

Ermm…rasanya ada hikmahnya kenapa kami tidak serapat dulu. Tapi tak bermakna aku mahu terus jauhi dia. Tidak...dia tetap sahabat aku sampai mati..!

Errr..tak sedar, terpanjang pula entry..hehehehe…. itu sajalah  Bintang. Dan insyaAllah, Nur akan cuba buat 
seperti mana  Bintang ajar hari tu..heeeeee… J



P/s: BFF lelaki, tak bermakna kita curangkan....!



Kata Hati : Baik lelaki ataupun perempuan dua-dua Nur suka kawan, just kawan... :)
.

Selasa, 29 Januari 2013

Dear Kamu....





Dear kamu,

Sekiranya kamu tidak serah diri sebelum waktunya, jangan harap aku senyum jika kita berselisih bahu suatu hari nanti. FAHAM..! ohh..kejamnya aku…Dan lebih kejam lagi, sekiranya kamu jatuh disebelah aku, jangan harap aku nak bantu okay...! Hahaha..aku sememangnya kejam dengan KAMU..!

Aku tahu , kamu selalu ke teratak ini bukan..? kamu selalu baca apa yang selalu aku ceritakan disini. Senang cakap, kamu tahu keadaan dan segala aktiviti aku. Jika kamu fikir, aku tidak tahu kehadiran kamu ke sini, kamu silap. Sebaliknya aku sudah lama tahu….

Kamu terkejut..? sudah tentulah. Tapi hairanlah, kenapa kamu langsung tak menyedari apa yang selalu celotehkan disini adalah tentang kamu. Atau kamu sengaja tidak menyedari apa yang sedang kamu baca..? Ehemm…hanya kamu dan DIA saja yang tahukan..

Ini adalah jalan mudah untuk aku berhubung secara bisu dengan kamu. Mohon kamu baca setenang kamu melupakan aku untuk selamanya. Mohon buangkan rasa indah yang sedang bersarang dihati kamu, walaupun sekelumit.

Kamu, di atas kesempatan ini aku ingin mohon jutaan kemaafan dari kamu seandainya sepanjang perhubungan kita, aku pernah menyakiti hati kamu tanpa sedar. Halalkan segala bagai yang telah kamu hulurkan pada aku. halalkan kaseh dan sayang yang telah kamu curahkan pada aku…

Aku akur, sekiranya kamu mahu terus berhenti menyayangi aku seperti mana aku menyayangi kamu. Tapi, jangan susah hati, aku sedang belajar untuk cuba terus berdiri tanpa kamu. Walaupun sukar, tapi aku harus cuba.

Sebenarnya bukan senang nak lupakan apa yang kamu janjikan. Tapi, siapa aku mahu menidakkan takdir. Mahu atau tidak, aku kena akur bukan dipaksa, tapi seikhlas mungkin. Seperti mana yang kamu tahu, untuk ikhlas dengan apa yang terjadi susah okay…!

Tapi jangan risau dear, aku sedang cuba ikhlas seikhlasnya. Kalau sebelum ini mungkin perit untuk aku tempuh semua ini. Tapi aku tidak mahu jadi wanita lemah, mahu atau tidak, aku harus kuatkan..! Cuma sekuat-kuat aku, aku tidak kuat berdepan dengan kamu. Itu salah satu perkara yang tidak bisa aku atasi. Tapi aku harus atasi..! insyaAllah, suatu hari nanti mungkin.

Aku tahu, kamu rasa bersalah dengan aku. Aku pula risau seandainya rasa bersalah kamu itu berlarut hingga terjejas segala perancangan kamu nanti. Jadi dengan cara ini aku harap rasa bersalah yang membeku dalam hati kamu itu berkurangan hendakNYA. Tolong jangan malukan aku, cukup hanya sekali…jangan sampai dua..! Hahahahaha…

Berdasarkan ayat diawal warkah ini, kamu mungkin lihat aku kejamkan. Tapi sekejam-kejam aku, aku tak akan biarkan kamu, insan yang aku terlalu jaga kebajikannya dan insan yang pernah merajai hati aku tersungkur malu okay..! Kita ibarat cubit pipi kanan, pipi kiri pun terasa sakitnya. Jadi, malu kamu, malu jugalah aku. Jadi be cool dear…!

Tenang-tenang saja. Aku pemaaf orangnya, Cuma aku terkilan dengan sikap kamu je. Apa boleh buatkan, semuanya berlalu, nak menyesal pun tak ada faedah, makanya aku redho dan terima sajalah…itu lebih baikkan…

Cukup saja rasanya sampai disini, rasanya aku dah bebel panjang untuk kamu, walaupun dalam hati ni Tuhan saja yang tahu.

Buat kamu, aku izinkannn…..


p/s : Menaip warkah ini sambil dengar LAGU INI....



Kata Hati : Mesti ada yang muntah hijau baca warkah ini kan… 
.

Isnin, 21 Januari 2013

Khabar Dari Big Boss GSF





Sebelum tu, Mama Arina kirim salam rindu buat semua ya....!

Khas buat Family GSF, ini adalah pesanan dari Pengasas GSF. Mana yang bukan GSF pun jika kalian kenal Pemilik Blog Bunga Hati Mama ni, Harap entry ini terjawab kemana hilangnya Big Boss kami tu<--Ayat bikin konterabesi...Hahaha..!

Mesej ni diatas aku terima semalam, hari ni baru sempat sampaikan buat semua. Maaf atas kelewatan. Sila hayati mesej tu pelahan-lahan ye. Sekiranya sudah baca dan hayati, harap mesej tersebut jelas apa yang Big Boss sampaikan.

Jadinya buat masa sekarang ni, Big Boss tak dapat mengudarakan dirilah, sebab tak ada liputan untuk line P1 Max di Sabah.

Dan untuk Kak CiM, Big Boss mohon maaf sangat. Kata Boss, nanti dia pos baju tu ye. Dan Mama mohon maaf sebab tak dapat jumpa Kak CiM.

Dan pada Family GSF yang lain, Big Boss sampaikan salam rindu buat kalian semua..! 

Yang pasti, kita pun Rindu 150,000,00 kali dekat Boss kannnn...!


Kata Hati : Terungkai segala misteri...heeeee... :)
.

Sabtu, 19 Januari 2013

Kehilangan By Firman | Lirik






Kehilangan By Firman


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Takkan ku sia-siakan kamu lagi.



Kata Hati :
Cuba hidup tanpa kamu.....
.

Isnin, 14 Januari 2013

Terima Kaseh Kak Jaa...





Sabtu lepas, balik dari kerja terus terpandang ada satu kotak yang tertera nama aku. Terkejut jugalah sebab selalunya terima dalam bungkusan. #aicehh..bajet macam banyak dapat hadiahkannn..! Tapi sabtu lalu dalam bungkusan kotak macam dekat bawah ni..




Besarkan saiz kotak tu. Dalam kepala ni duk mikir-mikir, ada tak aku order apa-apa melalui internet. Dan setahu aku memang tak ada. Kalau adapun takkan cepat sangat sampai, sebab bayaran pun belum di buat. #nampak tak punya 'Ngoi' nya aku...! Susah-susah fikir buat gapo..! Tengok je lah nama pengirimkan..!

Bila dah usha rapattt nama pengirim tu, barulah tahu dari siapa. Rupanya dari Kak Jaa Pemilik Blog Tentang Kita. Kak Jaa juga salah seorang Family GSF tau. Memanglah sebelum ni Kak Jaa ada beritahu, yang hadiah sudah di pos. Tapi aku lupaaa....heeeee....!

Dalam kotak tu ada tujuh barang. Punyalah banyak Kak Jaa kirim. Naik segan aku nak terima. Katanya keychain tu, Kak Jaa gantinkan dengan keychain yang dulu. #sebelum ni Kak Jaa ada kirim keychain, tapi tak sampai. Sejak tu, malas guna alamat opiss..!

Mug tu pula, Kak Jaa gantikan dengan mug aku yang tercabut telinganya dulu. Susah-susah je Kak Jaa ni. Segan Nur tau..! Dalam tu, ada juga dua keychain dan pen made in Sarawak. Ada juga bantal comel bentuk hati berwarna merah jambu. #Tiba-tiba teringat Khalish, putera Kak M.

Apapun, terima kaseh sekali lagi Kak Jaa. Mug tu, Nur pakai dekat rumah je tau. Tak bawa kerja pun, nanti  takut pecah lagi. Hehehehe...Apapun terima kaseh sekali lagi ye Kak...Moga Kak Jaa sentiasa dimurahkan rezeki dan InsyaALLAH ada rezeki kita jumpa....!


P/s : Pada sesiapa yang kenal Pemilik Blog mymatatajam.blogspot.com , ini pesanan dari beliau. Beliau mohon jutaan kemaafan sebab beliau tidak dapat berblog seperti kerana kawasan perumahan beliau mengalami ganguan bekalan internet. Harap maklumat ini sampai dengan jelas kepada kalian. #tetiba ayat skema...!


Kata Hati : Kalau kita nak pos barang ke luar negara, guna kotak macam Kak Jaa guna tu boleh tak..? Ada sesiapa tahu....?
.

Selasa, 8 Januari 2013

4U | Untuk Dia...





Seawal jam 6 pagi, telefon aku menjerit berkali-kali. Selagi aku tak reply, selagi itulah ianya akan menjerit..! Memang tak akan kusyuk kalau terus begitu...Grrr...! Nak marah pun tak boleh, sebab niat dia baik. Mengingati aku dari terus dibuai mimpi..! Walau waktu kita berbeda, tapi kamu sentiasa mengingati aku. Apapun, terima kaseh ya...!

Jam 8.01pagi, sekali lagi telefon itu  menjerit..! Kali ni hanya sekali. Aku syak bukan dia. Sekali aku pandang, lambang whassapp yang naik. Segera buka dan lihat, ohhh.. dari Encik Wily - Bukan Nama Sebenar. Isinya penting, tapi tidak sepenting yang pertama. Sekadar mengingatkan aku yang mudah lupa.
Terima kaseh juga pada Encik Wily..!

Jam 10.15pagi, sedang leka membetulkan tudung, sekali lagi mesej berbunyi. Ohh..orang yang terawal mesej semula mohon doakan dia menghadapi ujian jam 9.30pagi. Reaksi aku - cuma senyum, dan terus reply dengan kata-kata semangat... Harap dia bisa menjawab soalan dengan tenang..! Chaiyokk..!

^__^



Kata hati : Kenapa dengan Yahoo! eh..Sampai sekarang tak boleh hantar emel lagi ni...Gaban betul....!
.

Isnin, 7 Januari 2013

Kenangan Terindah | 1st Gathering Melaka






Gambar bunga membuka bicara untuk entry kali ini. Bunga ni, tumbuh mekar di hadapan chalet Seri Pagi pada hari terakhir aku di Melaka. Dan sebut pasal Melaka, rasanya aku saja yang belum up entry pasal 'Gathering GSF' seminggu yang lalukan. Walaupun sudah seminggu, tapi segala kenangan tetap segar dalam ingatan pada mereka yang terlibat..! Betul atau tidak..?

Aku malas bebel panjang, di akhir entry ni aku akan linkkan entry family GSF yang terlibat. Jadi di entry aku kali ini aku cerita sikit-sikit je tau. Tapi awas..! Untuk entry kali ini memang banyak gambar...!

Bermulanya hari pertemuan, Sabtu 29 Disember 2012. Bersaksikan Parit Jowo Kami bertujuh bertemu tanpa diduga atas pekara yang tidak akan dilupakan. Dan chalet Seri Pagi pula, sekali lagi secara rasminya 8 pasang mata bertentang antara satu sama lain....!

Perbincangan dibuat secara ringkas. Walaupun sedikit terlewat perancangan harus diteruskan. Lepas asar, kami mulakan permainan...!


Sebelum memulakan permainan, wajiblah bergambar dulukan. Bagai mimpi bila sahabat alamaya bertemu di dunia realiti. Dan buat pertama kalinya juga aku bertemu dengan 7 blogger terkenal iaitu Mama Arina, Mama Lela, Deqla , Ayu dan Nyue. Manakala Kak M dengan Ai adalah kali kedua. Apapun, moga ukhwah kita berkekalan sampai bila-bila... Aamiin..!

Turut terlibat sama dalam perjumpaan kali ni, ialah Siti dan Neza, iaitu adik dan sepupu Mama Arina. Sicomel Khalish , Alesya Matlin Dan Alesya Razi. Tak lupa suami Mama Arina Dan Mama Lela iaitu Encik Matlin Dan Encik Razi. Yang lelaki mereka hanya menjadi  pengadil dan ambil gambar. 

Tanpa mereka tak akan adalah gambar-gambar adegan yang sentiasa mengeletek hati kitakan..! Jadi, kesemua yang terlibat dalam permainan yang akan berlangsung ialah 10 orang. Dan terbahagi kepada 2 Group. Group A dan Group B. 

Ahli group A : Mama Arina, Ai , Deqla, Nyue Dan Neza.
Ahli group B : Aku, Mama Lela, Kak M , Ayu Dan Siti.


Acara pertama pada petang itu ialah kembar siang. Kenapa di panggil kembar siang, kalian cuba tengok Ai dan Nyue, betapa eratnya pelukan Ai. Kalau tak buat macam tu, macam mana nak bawa belon kan..! Jadi sebab tulah di panggil kembar siang.


Untuk acara kembar siang ni, memang tak terduga ada satu excident yang berlaku. Sekelip mata dan sepantas kilat. Masing-masing pulun nak menang sampai tak perasan putera Kak M melintas. Akibat ke-tidak-perasan itu, Team A tidak sengaja merempuh si putera raja. Lalu putera raja terus teriak "Aduiii..Aduiiii...Aduiii....Abahhhhhhh....!" 

Cuba kalian fokus muka Big Boss..! Memang muka risau. Jadi untuk acara ini, Group A yang menang. Yeayyy...! Group B kalah....!


Acara kedua pula melibatkan getah. Nama permainan itu ialah 'Getah Asmara'. Memang asmara habis. Sebab kita hanya perlu pindahkan getah dengan hanya menggunakan straw yang dikepitkan pada mulut. Tak boleh cara lain. Cuba tengok gambar di atas, Captain Ai sedang menerangkan pada Ahli Group B. Dan kalian juga dapat lihat betapa bersungguhnya Mama Lela dan Siti mempraktis. Heeeeeee...!


Yang terbaiknya, bukan Mama Lela saja yang sedang berusaha. Putera dan puteri kesayangan Mama Lela pun sedang berusaha tanda sokongan kepada Mama Lela sekali gus untuk Group B. Ecehhhh...memandai je aku eh..hahahahah..! #Mama Lela, ampunkan daku yeeee...!


Nampak..nampak...! Sampai terduduk Ai dengan penangan asmara ni. Mana tak nya, tak pasal-pasal kena tojoh dengan straw. Selamatlah kena dagu, kalau kena mata, jenuh nak menjawab dengan ABANG POLIS tau...! Heeeeeeeeee.... #syokk oo sakat ai..! hahahahaha..!

Dan cuba kalian fokus pada putera yang dimuka pintu tu. Alololo sedihnya. Ibunya sedang berusaha memindahkan getah tu pada aku. Khalish tak sihat sebenarnya, tu yang dia duk teriak kat situ, nak ibuuu...
  


Aksi pro dari Ai..! Dia sedang berusaha untuk kegarisan penamat. Memang nampak kan kesungguhannya. Cuak jugalah waktu ni, sebab Ayu belum selesai pindahkan getah pada Siti. Aku memang ingat Group A menang dah untuk game ni. Rupanya tidak....lepas je getah selamat pindah pada Siti, terus dengan pecutnya Siti kegarisan penamat meninggalkan Ai di belakang. Dan sekali gus, Group B menang dalam game ni..! Yeayy....Group B menang..!


Posing dulu sebelum teruskan acara seterusnya. Pastikan kalian tenung muka sorang-sorang eh...! Lihatlah betapa ayu dan anggunnya kami. Lepas game pasti kalian akan terkejut betapa drastiknya perubahan pada muka kami semua..! Tak caya...? Tungguuuuuuuuu....!


Permainan sedang berlangsung. Aku dan Deqla wakil pertama untuk group masing-masing memulakn permainan. Dan nampak tak apa yang sedang aku lakukan..? Aku tengah tiup-tiup manja untuk dapatkan gula-gula. Penat kot buat tiup macam tu untuk dapatkan gula-gula. Sebab tu Kak M dengan sukarelanya mengajar aku dengan cara yang betul..! Iaitu benaman muka ke dalam mangkuk tu untuk dapatkan gula-gula. 

Sekali aku angkat kepala tengok muka Deqla dah tenggelam dalam tepung. Apa lagi, terus bersemangatlah aku nak teruskan permainan. Chaiyokkkkk....!!


Hahahahahaha...Kalian nampak reaksi muka setiap orang dalam gambar di atas..? Aku sedang cuba mengelurkan tepung di dalam lobang hidung. Mama Arina pula tengah duk ketawa tak hengat..! Cuba fokus ke Ayu pula..! Adehlah...Setiap kali tetap gambar-gambar ni, memang akan gelak sentiasa tau..! See Mama Lela,..chaiyokkkk...!!


Nahh..! Hamikkk...nampak tak berapa drastiknya perubahan pada muka kami semua..! Bapak santaclaus, Ommak santaclaus dan anak-nak santaclaus semua cukup..! Memang enjoy game ni. Semua sporting gilakk..! Manakalah GPL dahi mantain tak kena..! Hahahahahahaa.... Oh ya..! untuk game ni, Group B menang, dengan kutipan 25 gula-gula. Yeay....!!


Nampak tak...Aku sedang gigih memotong tembikai merah menyala tu...! Kalian silalah terliur ya tengok tembikai tu, sebab aku yang sedang menaip entry ni pun terliur juga ni..! Dan cuba tengok aksi manja Kak M. So manissssss...!!

Untuk acara terakhir ni, melibatkan makanan. Jangan risau, menang tak ada membaziran pun yang berlaku.
tembikai yang Mama Arina beli ni, memang sedap tau..Segar dan manisss..! Selain tembikai, kami perlu habisakn sebungkus kecik roti gardenia. 


Baca doa dulu sebelum makan..! Lepas baca doa kena habiskan roti kosong. Memang jemulah kan, Jadi pelbagai caralah untuk habiskannya. Iaitu jadikan tembikai sebagai inti. Ngap dua-dua sekali..! Memang tak di nafikan, orang yang hebat dalam game ni ialah Deqla dari group A, manakala Siti dari group B. Diorang ni memang hebat...!


Nahhh kan..! Tak ada pembazirankan..! Kurang dari 10 minit licin semuanya..Hebat dok..! Waktu acara ni, aku pasti punyalah, bakal mak mertua lalu pun tak sedar punyalah..! Sebab masing-masing sedang kusyuk mentedarah..! hahahahahaha.

Dan bagi acara ni, sekali lagi Group B menang...! Sekali gus juara dalam pertandingan ni. Hip..hip horeyyyy..! Heeeeeee....


Disebelah malamnya pula, aktiviti BBQ. Tapikan kami makan je kot..! Yang bakar ikan dan ayam Encik Matlin Dan Encik Razi Suami kepada Mama Arina Dan Mama Lela. Tanpa mereka, tak makanlah kita malam tu kan. Tapi waktu ni, masing-masing dah kenyangkan, kenyang apa...kenyang tembikai..!hahahahaha..



Pekara wajib, sebelum apa-apa kita bergambar dulu..! Lepas puas bergambar, baru kita ngap...! heee.... Boleh tahan sedap nasi lemak yang disediakan pihak kaklong chalet. Mungkin sebab nasi lemak itu di bungkus dalam daun pisangkan. Jadi aromanya itu yang menyelerakan..!

Manakala ayam dan ikan juga sedapkan..!Di bakar cukup baik..! bukan puji, tapi itulah realitinya..! Heeeeeee....!

Lepas kenyang apa lagi, kitaorang nyanyi-nyanyi pula. Disamping itu Mama Arina buatkan kejutan Ulangtahun kelahiran suami tercinta..! Lepas kejutan dan potong kek, kami sambung nyanyi lagi. Yang pasti, nyanyian kami di nilai oleh juri tempatan. Siapa...?heeeeeee....


Hahahahahaha...! Nampak...nampak...? Sampai berdiri oo juri tu dengar kami menyumbangkan lagu..! Yang sorang lain sambil dengar sambil menikmati tembikai dan kek. Agaknya petang tu, tak puas makan tembikai kot....hahahahahah..! #Maafkan daku Mama....!

Apapun, acara malam tu sangat santai dan sangat happening..! Tak salah kami semua meninggalkan dewan lebih kurang jam 11.30 malam. Terus menuju ke teratak Seri Pagi, untuk acara seterusnya....


Terima kaseh Dya...! Nampak tak masing-masing angkat keycahain yang Dya krimkan..? Dalam ramai-ramai ni, paling excited Mama Lela. Nak tahu kenapa? Lepas dapat je keychain tu, dia terus pasangkan dekat beg dia. Hehehehe.... cayalah Mama Lela..!


Sebelum tu nak minta maap dekai Ai. Sebab gambar kat atas ni aku beli dari blog dia. 2 kupang je sekeping...Hehehehehe..! GAmbar di atas ni sesi pertukaran hadiah. Aku dapat hadiah dari Deqla. Mana yang dah baca entry [DiSini] tentu tahu apa yang aku dapat.

Lepas sesi pertukaran hadiah dan agihkan hadiah, kami adakah meeting kecil-kecilan tapi topiknya besar-besaran. Dari sekecil topik hinggalah sebesar-besar topik yang kami bincangkan malam tu. Dari kisah GSF hinggalah ke kisah peribadi. Segala rasa kami luahkan malam itu juga. Semua orang jujur pada malam itu termasuklah aku diri sendiri.

Hampir 3 pagi, baru kami bersurai. Esok masing-masing dah nak balikkan. Jadi tenaga amat diperlukan. Sebenarnya, lepas majlis bersurai ni, aku dengan Ai keluar ke 7E tau. Beli air mineral. Dahaga kot lepas meeting...! Memang terlupa nak tapau air balik bilik waktu makan malam tu. 



Sekali lagi, aku ambik gambar dari blog Ai. lagipun dah bayar 2 kupangkannn..Heeeeee...! Ahad, 30 Disember 2012. Bersaksikan Kaklong Chalet, tumpahnya air mata kami berlapan. Sedih kot kena berpisah. Tapi adat pertemuanlahkan, pasti ada perpisahan. 

Lepas selesai sesi bergambar tu, lebih kurang pukul 11 pagi, team dari utara kena gegas pulang. Tak boleh tangguh-tangguh, sebab takut Kak M lepas feri untuk ke Pulau Langkawi. Aku kan dah beritahu, aku ni sedikit cengeng. Jadi pagi tu bangun-bangun dah rasa sebak. Sebelum orang perasan, baik aku lari masuk toilet.

Bila sesi bergambar pula, tahan-tahan....dan bila sorang dah start menumpahkan air mata, aku pun dah tak tertahan. Merambu jugalah akhirnyaaaaaa...! Adehhh sedih kot bila kenang-kenangkan kembali. Inilah pertama kali aku jejak Melaka dan pertama kali aku jalan jauh tanpa keluarga. Memang semuanya kenangan yang sangatttt indah...!

Alhamdulillah, perjalan balik semuanya lancar. Jam 4 petang aku sampai di kawasan rehat Taiping. Mak dan abah dah setia menanti di situ. Begitu juga Ai, Kak M dan Khalish, Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Family yang lain pun sekarang dah selamat sampai dengan jayanya..!

Rasanya sampai disinilah ye. Tadi mula-mula kata tak mahu bebel panjang-panjang. tapi terbebel jugak,..! Apa yang boleh aku gambarkan perjumpaan ini sangatlah seronok tau..! Segala kenangan yang ada, akan tetap segar di ingatan..!

Terima kaseh sumber gambar yang aku rompak dari FB Group GSF , Mama Lela dan Ai.
Nur sayang GSF....!!

Kalian juga boleh baca semua kisah 1st Gathering di setiap link bawah ni :


http://wwwmarina-arina.blogspot.com/2013/01/sayang-gsf-1.html

http://cahayacita2.blogspot.com/2012/12/terima-kaseh-semua.html

http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/12/1st-gathering-group-segar-follower.html

http://coratcoretkuini.blogspot.com/2012/12/jumpa-7-blogger-sportingsegar.html

http://coratcoretkuini.blogspot.com/2013/01/cenderahati-dari-6-blogger-awesome.html

http://miszpinkies.blogspot.com/2013/01/moment-indah-gsf-1st-ghatering-at-melaka.html

http://miszpinkies.blogspot.com/2013/01/lagi-moment-indah-between-us-melaka.html

http://norumara.blogspot.com/2013/01/gsf-gathering-melaka-manisnya-sebuah.html

http://norumara.blogspot.com/2013/01/gsf-gathering-melaka-acara-gelak-sampai_4.html

http://norumara.blogspot.com/2013/01/gsf-gathering-melaka-pulang-bawa-hadiah_4.html

http://nyueyien.blogspot.com/2012/12/last-minute-yg-bermakna-pertemuan-yg.html

http://cutemama-lelamaisara.blogspot.com/2013/01/bila-mimpi-jadi-nyata.html

http://mymatatajam.blogspot.com/2013/01/gsf-1st-gathering-melaka.html

http://mymatatajam.blogspot.com/2013/01/gsf-1st-gathering-melaka-part-2.html

http://mymatatajam.blogspot.com/2013/01/terima-kasih-sahabat-gsf.html

http://nyueyien.blogspot.com/2013/01/ini-cerita-kami-1st-gathering-gsf.html


Kata Hati : Rindunyaaaaaaaaaaaaa.....!!!
.