Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita di berikan kesemptan untuk terus bernafas dan menikmati setiap keindahan yang ada di muka bumiNya ini.
Syukran Ya ALLAH…!
Pejam celik, pejam serta celik kembali sedar tidak sedar kita sudah pun berada di hari terakhir di bulan Syawal bagi tahun 1432H. sekejap je masa berlalu. Terasa bagai semalam kita menjalani ibadah puasa kan? Tup-tup bulan Syawal pula nak meninggalkan kita.
Apa yang pasti aku sentiasa rindukan Ramadhan. Rasa tak sabar pula mahu tunggu Ramadhan bagi tahun 1433H, InsyaALLAH. Jika di panjangkan usia olehNYA, pasti kita dapat bertemu dengan Ramadhan dan Syawal lagi. Ataupun mungkin ini adalah Ramadhan dan Syawal yang terakhir buat kita?
Tak siapa tahukan? kecuali ALLAH..!
Dan sudah pastinya, sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini berlalu pasti ada tercalit kenangan indah serta pahit yang telah kita tempuhi kan? Apa-apapun, sebagai hambaNya yang lemah, kita harus juga menghadapi walaupun perit untuk kita lalui. Sebab semuanya adalah pengajaran hebat buat kita semua.
Pengalaman mematangkan kita, pengalaman juga yang membuat kita lebih berhati-hati untuk terus menempuhi setiap dugaan hidup. Cuma bezanya pengalaman setiap individu berbeza-beza. Kalau samapun mungkin ini adalah satu kebetulan.
Jadikan pengalaman itu sebagai satu kekuatan dalam diri kita.Mahu tidak mahu, sebagai manusia biasa, hidup harus diteruskan. Apa-apapun, aku sentiasa doakan agar kita semua sentiasa dipanjangkan usia dan dilindungi Allah selalu hendakNya..insyaALLAH.
Kata Hati : Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat Cousin Tersayang...!!!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan