Selasa, 20 Disember 2011

Home » » .:: Sahabat | Jujurlah ::.

.:: Sahabat | Jujurlah ::.

.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberikan nyawa olehNYA.

Syukran YaALLAH..!

Sedang aku menaip entry ini, lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz sedang berkumandang memenuhi ruang pejabat. Bait-bait lirik yang sangat menyentuh hati aku. Rasanya tak perlu aku titipkan tiap lirik yang ada di ruangan ini. Kalian boleh cari sendiri di google ataupun laman youtube. Okeyh..!

Lagi di pasang berulang-ulangkali. Di amati bait lirik sedalam mungkin. Bukan apa, tiba-tiba teringat ‘SAHABAT’ lama yang segaja menyembunyikan status terkininya. Kami belajar di satu sekolah yang sama. Lepas sekolah kami terpisah. Kadang-kalanya ada juga berhubung melalui sisitem pesanan ringkas.

Tapi entah kenapa, mana silapnya aku hinggakan langsung tidak di beritahu tentang majlis pertunangannya. Terasa jugalah. Aku bertambah-tambah kecil hati, bila aku mengetahui pekara itu dari mulut orang lain. Bukan dari empunya badan…!

Terasa hati sangat-sangat. Mengapa benda yang baik ini di sorokkan dari aku? Tapi aku bukan seorang kawan  yang cepat melenting atau nak perli tidak tentu hala. Masih bersabar, dengan harapan mungkin sahabat  akan datang ataupun menjemput aku melalui sistem pesanan ringkas.

Aku pujuk diri agar bersabar. Kalau sahabat  betul-betul ingat aku atas nama SAHABAT, sahabat pasti akan beritahu aku. Ya..aku berharap..!

Saat ke minit, minit ke jam, jam ke hari, hari ke minggu. Aku menunggu…! Jawapannya hampa…! sahabat  langsung tidak menghubungi aku. Hina sangatkah aku ni? Sampai tahap begini sahabat masih mahu menyembunyikan lagi?

Demi DIA..! hati aku begitu lulur. Tiada rasa melainkan terlalu kecewa..!

Beberapa minggu sudahpun berlalu, tiba-tiba aku mendapat pesanan ringkas dari sahabat. Menyatakan  dia sudahpun selamat bertunang dengan pasangan pilihan hati. Senyuman sinis yang mampu aku berikan, kerna hati masih lagi kecewa atas sikapnya.

Kad undangan terus dilayangkan sendiri kepada aku, memohon kemaafan atas segala kekhilafan yang telah sahabat lakukan. Ya..! aku bukan seorang teman yang kejam, hingga mahu membabitkan dengan apa yang berlaku. Yang lepas, lepaslah..walaupun waktu ketika dulu aku pernah berasa kecewa dengan sahabat, tidak bermakna aku tidak mahu menjejakkan kaki di hari bahagianya.

Aku hadir, dengan rasa rendah diri dan di iringi doa tulus ikhlas dari hati. Memohon pada Ilahi, agar merahmati dan melindungi  sahabat dan pasangannya yang sedang bersanding tersenyum manis. Walaupun aku pernah di selubungi rasa kecewa, tetapi hari bahagianya, aku juga tetap tersenyum manis..!

Yang lepas, sudah-sudahlah.

Dan  Alhamdulillah,dengan izinNYA, tahun depan sahabat itu mungkin akan bergelar ibubapa. Tahniah sahabat…!

Ikhlas dari aku..!



Kata Hati : Harapnya sangat cukuplah sekali ini saja, dan Jika ada SAHABAT-SAHABAT  yang mahu menyembunyikan status lagi, MAAF…! jangan harap aku nak datang kenduri kalian.



.

Tiada ulasan: