Annyeonghaseyo... Ehem-ehem...! Tolong jangan pelik dengan tajuk entry yea.
Bila sebut Running Man, pasti orang ingat Korea. Dan bila sebut Korea, pasti
orang akan ingat K-Pop. Dan bila sebut K-Pop pulak berapa ramai yang akan
tersenyum tak kurang juga berapa ramainya yang sedang mencebek ketika ini
kan...Heee. J
Kalau dulu, bila Miss Banu atau blogger-blogger lain yang up entry
pasal Running Man, Aku mesti macam blur tak tahu nak komen apa. Iyelah, aku
bukan pernah tengok pun kan. Dan mula-mula dulu, aku fikir Running Man ni drama
berepisod tau. Bila siasat-siasat barulah tahu, bukan drama rupanya. Dan bila
tahu Running Man bukan drama pun, aku masih tak hingin nak tengok. Walaupun TV2 tayangkan Running Man, Jun lalu tapi aku masih belagak tak nak layan. Hahaha
Sampailah Ramadhan lepas. Biasalah bulan puasa, balik awal.
Bila dah sampai rumah tu, join adik lepak layan Running Man ni. Asalnya nak
kejap je lah, sebab kena tolong mak sediakan juadah berbuka. Tapi bila dah
tengok terus melekat daaa....
Running Man adalah Variety Show lain dari yang lain.
Rancangan Running man ni tanpa Skrip,
dan dianggotai 7 ahli tetap. Peserta
yang terlibat dalam Runinng Man pula terdiri daripada Selebriti tempatan. Dan setiap episod akan ada
tetamu undangan yang terdiri daripada selebriti tanah air Korea juga.
Oleh sebab rancangan
ini memang langsung tidak disediakan skrip, Kiranya semua yang terlibat ikut
main sedap mulut diorang je nak bercakap.
Disebabkan ikut sedap mulut tu lah wujudnya pelbagai aksi spontan dari
peserta yang terlibat.
Aksi-aksi spontan inilah yang buat penonton tak kering gusi.
Macam-macam perangai. Memang kelakar tak hengatlah. Siapa-siapa yang pernah
tengok Running Man ni pasti tahu, peserta lelaki yang terlibat dalam Running
Man ni langsung tak jambu ( Dulu Song Jong Ki sorang je jambu, sekarang dia dah tak ada dalam Running Man) Tapi diorang semuanya best. Tak adanya nak cover
macho. Peserta wanita tunggal, Ji Hyo pun tak adanya nak cover cun. Perangai
semuanya semula jadi. Tambah-tambah bab gaduh mulut..Hahaha.
Sepanjang aku tengok Running Man tu, memang aku kerja gelak
je. Sampaikan mak bising duk dengar aku mengilai kuat sangat. Nampak punya tak
sedor diri aku gelak.Hahaha. Bila habis je episode hari tu, aku tak sabar nak
tunggu sabtu depan, dan waktu itu jugalah adik aku ada beritahu yang kawan dia
ada download Running Man dari episode pertama. Aku pun apa lagii…pederah dialah
suruh kutip episode satu sampai yang terbaru…Jahat tak aku..? Hahaha.
Sikit berterabur, tapi still boleh nampakkan..?? Boleh nak
dikatakan semua episode ada. Ada jugak yang tak ada. Tapi tak kisahlah janji
ada. Semua ni bukan free tau, aku bayar kawan adik aku tu. Iyelah lama kot nak
pindahkan semua ni. Dengan dia nak study
untuk PMR lagi. Jadi, aku berilah sikit saguhati untuk dia. Yang latest macam episode
159 – 160 – 161 – 162 tu aku download sendiri.
Ji Hyo & Haroro
Sumber : Google
Rata-rata peminat setia Running Man pasti suka pasangan
Monday Couple Kang Gary dan Ji Hyo kan. Memang tak dinafikan , sweet je diorang
tu. Tambah-tambah Ji Hyo, yang super duper comel. Kalau ditanya aku, siapa aku
suka, jawapannya adalah semua tapi lebih sikit kepada Ji Hyo dan Haha. Serius
Ji Hyo dan Haha comel..! Ji Hyo dengan sikap dia yang sentiasa Blank, Haha pula
sikap suka main-main dia tu. Serius lawak..!
Errkkk..cukup-cukuplah aku bebel pasal Running Man. Pada
yang belum layan tu, cuba layan try. Kalau tak ngam dengan jiwa kalian, tak
dapetlah aku nak nolongnya. Tapi kalau ter’ketagih’ macam aku, maaflah yea, tak
berniat nak sebarkan virus..Kehkehkeh..
Kata Hati : Running Man Daebakk..!!
.
38 ulasan:
tula,memula memang xlayan pun running man ni...sekali time praktikal ritu opismet suruh nengok,bila da nengok memang gelak sensorang jela:)
wah,bestnya cik nur ada banyak episod..teringin nak ngk dari episod 1,huhu...
x sempatla nur nak tgk....
dulu...saya mmg suka bangat dengan citer korea ni...sungguh...
perghhh
Bestnya...dah isi tabung nuff anda.
aku pon suka gak runningman,tapi jarang ade masa nak tengok..
memang lawak la diorang tu..krem perut aku kalau tngok..nak2 si zirafah tu punye perangai..hahaa
Haha! Akhirnya terjebak gak sorang lagi dengan RM.. Memang best giler rancangan ni.. Dah selamat khatam episod terbaru 163.. Hikhik! Hari tu layan tengok kat umah MIL.. Siap berebut remote control ngan anak buah tak nak bagi dia tengok katun..Wakaka! Ingatkan MIL tak layan, sekali dia pulak yang terbahak2 gelak tak ingat dunia.. Terus tanya citer ni tiap ari sabtu ke? Hahahahaha! Terketagih mak mertuaku layan running man.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL
mai pun peminat RM! dr ep 1 smpi 163 ada dlm lappy...syg giler kot nk padam
welcome to the club hehe, sama lah awalnya heran gak apsal ramai sgt suka running man ni, lawak sgt ker?lepas layan bbrp episod mmg berjangkit virusnya hehe penangan RM ni kuat hehe..sy selalu gak sembang pasal RM ni kat twitter sbb ada geng kat sana yg minat drama korea dan Running Man..HaHa tu mmg lawak orgnyer..dulu bukan main playboy nsib die dh kahwin dh skrg hehe..yg penting RM ada Lee Kwang Soo hehehe
hahhahaa dah mcm pngulas sukan lak.hahhahaha
psst..bole tak nk mintak gak tgk running mann tu ..nti Ai bg la saguhati kat Nur..kekekeke
hahhahaa dah mcm pngulas sukan lak.hahhahaha
psst..bole tak nk mintak gak tgk running mann tu ..nti Ai bg la saguhati kat Nur..kekekeke
akak pernah layan beberapa episod patu terlupa..ada marathon kat chanel 393 kan
yui tak pernh tgk ni..huhuh
Nur,nisa pun dah demam running man ni..tak lepas stiap episod..mihmihmih.. :D
aku jarang layan Running Man. tapi nephew aku kalau balik rumah hujung minggu, siap set reminder nak layan RM sampai pagi.
aku more to Gag Concert.
haha! tak sangka kau pun terpengaruh...
wahhhh nur dah terjebak jugak yee.. deqla mcm mana pun xnk lah terjebak...mungkin sbb masih tak berminat nk tgk.. mmg dah jebek bibir dah awal2 tadi...hahahaha.. ;p
hahahahah....nyue ant. peminat running man, siyess nyue suka jihyo n gary..monday couple. heheh...
yg latest ni xtgk ag, xsempat nk mdownload la cik nur....
wahhh peminat fanatik running man nur ni eheeee
Xthu penah tgk ke x sbb rasanye zaman sek dlu ada rancangan mcm ni tp xingt la..
takde yg jambu sebab semuanya stok bapak2 orang.. hehe.. yg macho ada la.. gary & kookie.. :)
wah! memang FANATIK ngan running man la ni kisahnyee.. HAHA! :D
alamak cik nur, tak pernah tengok citer neh walaupun kawan sebilik gelak tergolek3 tengok citer neh huhuhu
haha...0pengaruh RM ni...actly,masha pun tak bape nak faham sbb tak follow citer ni....hehe
hi cik nur rindu sapaan rakan blog. Blog cik nur terbaik tq ya..
wah peminat yang sama :D
ah sudah..blur ni..sebab H x pernah tengok..hahaha
amboihhh banyaknya simpan koleksi.... kalo dedekat, konfem jaa cilok dan copy dah tu.... kah3.
alamak blur...sebab tak pernah tgok la nur...huhuu
ayu 1 pn xtgk lg ni..nk mrsa gk la nti penangan running men ni nti.hehe
Mieya takde masa nak tengok. Sungguhpun begitu, Mieya suka tengok realiti show korea. Serius
dah terjebak... huhu tapi bila tgk running man mmg boleh hilang tension....
Owhh I memang dah lama ketagih show ni, start dari zaman Family Outing lagi. Dah tengok belum FO? Kalau blum boleh layan.
rupanya nur minat running man. hehe. busyra tak minat. dulu roomate slalu tngok.
dulu saya pun tak suka tengok, tp bila dah sekali tgk melekat terus kan..hehe..
saya suka ji hyo dengan gary sbb dua2 single lagi..huhu~~~
ank sedara lya y sorang tu giler la tgk..lya sekali pon x pnh layan
adoii cmne lah nk layan korea eh..bg shida tips skit cik nur..shida xngam lah ngn korea huhuu..
ni baru tahu..hihi
tak pernah layan pon sebelum ni..
kwn sy dok melayan citer ni laa tambah2 sjak adik dia balik bercuti sem ni, huh...
Catat Ulasan