Khamis, 19 September 2013

Home » , , , , , , , , , , , » Running Man | 런닝맨

Running Man | 런닝맨



Sumber



Assalamualaikum..

Annyeonghaseyo... Ehem-ehem...! Tolong jangan pelik dengan tajuk entry yea. Bila sebut Running Man, pasti orang ingat Korea. Dan bila sebut Korea, pasti orang akan ingat K-Pop. Dan bila sebut K-Pop pulak berapa ramai yang akan tersenyum tak kurang juga berapa ramainya yang sedang mencebek ketika ini kan...Heee. J

Kalau dulu, bila Miss Banu atau blogger-blogger lain yang up entry pasal Running Man, Aku mesti macam blur tak tahu nak komen apa. Iyelah, aku bukan pernah tengok pun kan. Dan mula-mula dulu, aku fikir Running Man ni drama berepisod tau. Bila siasat-siasat barulah tahu, bukan drama rupanya. Dan bila tahu Running Man bukan drama pun, aku masih tak hingin nak tengok. Walaupun TV2 tayangkan Running Man, Jun lalu tapi aku masih belagak tak nak layan. Hahaha

Sampailah Ramadhan lepas. Biasalah bulan puasa, balik awal. Bila dah sampai rumah tu, join adik lepak layan Running Man ni. Asalnya nak kejap je lah, sebab kena tolong mak sediakan juadah berbuka. Tapi bila dah tengok terus melekat daaa....

Running Man adalah Variety Show lain dari yang lain. Rancangan Running man ni  tanpa Skrip, dan dianggotai  7 ahli tetap. Peserta yang terlibat dalam Runinng Man pula terdiri daripada  Selebriti tempatan. Dan setiap episod akan ada tetamu undangan yang terdiri daripada selebriti tanah air Korea juga.

Oleh sebab rancangan ini memang langsung tidak disediakan skrip, Kiranya semua yang terlibat ikut main sedap mulut diorang je nak bercakap.  Disebabkan ikut sedap mulut tu lah wujudnya pelbagai aksi spontan dari peserta yang terlibat.

Aksi-aksi spontan inilah yang buat penonton tak kering gusi. Macam-macam perangai. Memang kelakar tak hengatlah. Siapa-siapa yang pernah tengok Running Man ni pasti tahu, peserta lelaki yang terlibat dalam Running Man ni langsung tak jambu ( Dulu Song Jong Ki sorang je jambu, sekarang dia dah tak ada dalam Running Man) Tapi diorang semuanya best. Tak adanya nak cover macho. Peserta wanita tunggal, Ji Hyo pun tak adanya nak cover cun. Perangai semuanya semula jadi. Tambah-tambah bab gaduh mulut..Hahaha.

Sepanjang aku tengok Running Man tu, memang aku kerja gelak je. Sampaikan mak bising duk dengar aku mengilai kuat sangat. Nampak punya tak sedor diri aku gelak.Hahaha. Bila habis je episode hari tu, aku tak sabar nak tunggu sabtu depan, dan waktu itu jugalah adik aku ada beritahu yang kawan dia ada download Running Man dari episode pertama. Aku pun apa lagii…pederah dialah suruh kutip episode satu sampai yang terbaru…Jahat tak aku..? Hahaha.




Sikit berterabur, tapi still boleh nampakkan..?? Boleh nak dikatakan semua episode ada. Ada jugak yang tak ada. Tapi tak kisahlah janji ada. Semua ni bukan free tau, aku bayar kawan adik aku tu. Iyelah lama kot nak pindahkan semua ni.  Dengan dia nak study untuk PMR lagi. Jadi, aku berilah sikit saguhati untuk dia. Yang latest macam episode 159 – 160 – 161 – 162 tu aku download sendiri.


Ji Hyo & Haroro
Sumber : Google


Rata-rata peminat setia Running Man pasti suka pasangan Monday Couple Kang Gary dan Ji Hyo kan. Memang tak dinafikan , sweet je diorang tu. Tambah-tambah Ji Hyo, yang super duper comel. Kalau ditanya aku, siapa aku suka, jawapannya adalah semua tapi lebih sikit kepada Ji Hyo dan Haha. Serius Ji Hyo dan Haha comel..! Ji Hyo dengan sikap dia yang sentiasa Blank, Haha pula sikap suka main-main dia tu. Serius lawak..!

Errkkk..cukup-cukuplah aku bebel pasal Running Man. Pada yang belum layan tu, cuba layan try. Kalau tak ngam dengan jiwa kalian, tak dapetlah aku nak nolongnya. Tapi kalau ter’ketagih’ macam aku, maaflah yea, tak berniat nak sebarkan virus..Kehkehkeh..



Kata Hati : Running Man Daebakk..!!
.

38 ulasan:

Unknown berkata...

tula,memula memang xlayan pun running man ni...sekali time praktikal ritu opismet suruh nengok,bila da nengok memang gelak sensorang jela:)

wah,bestnya cik nur ada banyak episod..teringin nak ngk dari episod 1,huhu...

Aine Ainun berkata...

x sempatla nur nak tgk....
dulu...saya mmg suka bangat dengan citer korea ni...sungguh...

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

perghhh

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

Bestnya...dah isi tabung nuff anda.

Ym.Bundle berkata...

aku pon suka gak runningman,tapi jarang ade masa nak tengok..

memang lawak la diorang tu..krem perut aku kalau tngok..nak2 si zirafah tu punye perangai..hahaa

Kekzamanis berkata...

Haha! Akhirnya terjebak gak sorang lagi dengan RM.. Memang best giler rancangan ni.. Dah selamat khatam episod terbaru 163.. Hikhik! Hari tu layan tengok kat umah MIL.. Siap berebut remote control ngan anak buah tak nak bagi dia tengok katun..Wakaka! Ingatkan MIL tak layan, sekali dia pulak yang terbahak2 gelak tak ingat dunia.. Terus tanya citer ni tiap ari sabtu ke? Hahahahaha! Terketagih mak mertuaku layan running man.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

Mysara Ab Rahman berkata...

mai pun peminat RM! dr ep 1 smpi 163 ada dlm lappy...syg giler kot nk padam

Miss Syahbanu berkata...

welcome to the club hehe, sama lah awalnya heran gak apsal ramai sgt suka running man ni, lawak sgt ker?lepas layan bbrp episod mmg berjangkit virusnya hehe penangan RM ni kuat hehe..sy selalu gak sembang pasal RM ni kat twitter sbb ada geng kat sana yg minat drama korea dan Running Man..HaHa tu mmg lawak orgnyer..dulu bukan main playboy nsib die dh kahwin dh skrg hehe..yg penting RM ada Lee Kwang Soo hehehe

Cik Ai berkata...

hahhahaa dah mcm pngulas sukan lak.hahhahaha

psst..bole tak nk mintak gak tgk running mann tu ..nti Ai bg la saguhati kat Nur..kekekeke

Cik Ai berkata...

hahhahaa dah mcm pngulas sukan lak.hahhahaha

psst..bole tak nk mintak gak tgk running mann tu ..nti Ai bg la saguhati kat Nur..kekekeke

Tie HT berkata...

akak pernah layan beberapa episod patu terlupa..ada marathon kat chanel 393 kan

nuyui a.k.a miss YUI berkata...

yui tak pernh tgk ni..huhuh

Tanpa Nama berkata...

Nur,nisa pun dah demam running man ni..tak lepas stiap episod..mihmihmih.. :D

t.a.t.a berkata...

aku jarang layan Running Man. tapi nephew aku kalau balik rumah hujung minggu, siap set reminder nak layan RM sampai pagi.

aku more to Gag Concert.

Tanpa Nama berkata...

haha! tak sangka kau pun terpengaruh...

Unknown berkata...

wahhhh nur dah terjebak jugak yee.. deqla mcm mana pun xnk lah terjebak...mungkin sbb masih tak berminat nk tgk.. mmg dah jebek bibir dah awal2 tadi...hahahaha.. ;p

Nyue berkata...

hahahahah....nyue ant. peminat running man, siyess nyue suka jihyo n gary..monday couple. heheh...

yg latest ni xtgk ag, xsempat nk mdownload la cik nur....

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wahhh peminat fanatik running man nur ni eheeee

nanieydotcom berkata...

Xthu penah tgk ke x sbb rasanye zaman sek dlu ada rancangan mcm ni tp xingt la..

Chic Na berkata...

takde yg jambu sebab semuanya stok bapak2 orang.. hehe.. yg macho ada la.. gary & kookie.. :)

EMYR ASHRAFF berkata...

wah! memang FANATIK ngan running man la ni kisahnyee.. HAHA! :D

nursuriani berkata...

alamak cik nur, tak pernah tengok citer neh walaupun kawan sebilik gelak tergolek3 tengok citer neh huhuhu

Masha Meisters berkata...

haha...0pengaruh RM ni...actly,masha pun tak bape nak faham sbb tak follow citer ni....hehe

Unknown berkata...

hi cik nur rindu sapaan rakan blog. Blog cik nur terbaik tq ya..

Unknown berkata...

wah peminat yang sama :D

Encik H berkata...

ah sudah..blur ni..sebab H x pernah tengok..hahaha

jaakechik berkata...

amboihhh banyaknya simpan koleksi.... kalo dedekat, konfem jaa cilok dan copy dah tu.... kah3.

lelamaisara berkata...

alamak blur...sebab tak pernah tgok la nur...huhuu

are_lin@yu berkata...

ayu 1 pn xtgk lg ni..nk mrsa gk la nti penangan running men ni nti.hehe

Unknown berkata...

Mieya takde masa nak tengok. Sungguhpun begitu, Mieya suka tengok realiti show korea. Serius

Nora Karim berkata...

dah terjebak... huhu tapi bila tgk running man mmg boleh hilang tension....

Nastyna berkata...

Owhh I memang dah lama ketagih show ni, start dari zaman Family Outing lagi. Dah tengok belum FO? Kalau blum boleh layan.

Busyra Takiyudin berkata...

rupanya nur minat running man. hehe. busyra tak minat. dulu roomate slalu tngok.

Liyana Anuar berkata...

dulu saya pun tak suka tengok, tp bila dah sekali tgk melekat terus kan..hehe..

saya suka ji hyo dengan gary sbb dua2 single lagi..huhu~~~

LYAfrina berkata...

ank sedara lya y sorang tu giler la tgk..lya sekali pon x pnh layan

Shida Radzuan berkata...

adoii cmne lah nk layan korea eh..bg shida tips skit cik nur..shida xngam lah ngn korea huhuu..

QasehnyaRania berkata...

ni baru tahu..hihi
tak pernah layan pon sebelum ni..

caliph shuriken berkata...

kwn sy dok melayan citer ni laa tambah2 sjak adik dia balik bercuti sem ni, huh...