Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jiwa Kosong. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mei 2018

Dua Kosong Satu Lapan






Alhamdulillah, 
Alhamdulillah, 
Alhamdulillah.

Pertama nak ucap, syukran pada yang Esa kerana diberikan kesempatan buat aku untuk terus berceloteh tanpa suara di sini. SubhanaAllah, siapa sangka kan, hampir setahun aku hilang dan akhirnya kembali jua. Nasib baiklah aku tak lupa password. Kalau tidak entahlah…huhuhu.

Entry terakhir aku, tak silap November tahun lepaskan. Sekarang dah Mei 2018. Hampir separuh tahun, aku kembali dengan entry baru. Untuk pengetahuan kalian, ketika aku tengah menaip ni, aku sedikit mengeluh jugaklah. Almaklumlah, aku terfikir, lepas entry ni, bila pula entry baru akan menyusul. Minggu depankah? Bulan depankah? Tahun depankah? Semuanya jadi tanda tanya. HAHAHA.

Sebenarnya bukan tak rindu tau dengan blog ni. Aku rindu sangat, tapi apakan daya, kekangan waktu yang membuatkan aku tak sempat nak berceloteh apa saja dekat sini. Dan sama jugaklah seperti entry sebelum ni. aku harap dengan masa yang terluang sekarang, tambah pula dengan idea aku yang memacam ni, harap aku mampu untuk terus berbicara tanpa suara disini seperti tahun-tahun sebelum ni. InsyaAllah.

Kalau sepi jugak, entahlah nokkk..! memang Raja M tak mau turun pangkatlah jawabnya. Hahaha. Oklah beb, aku rasa sampai sini sajalah celoteh kali ni. InsyaAllah ada masa kita jumpa dilain waktu ya..!

Wassalam..!




Kata Hati : Banyak benda yang aku nak ceritakan, tapi entah dari mana aku patut bermula.

.

Isnin, 10 November 2014

Bukan Segi Tiga Bermuda





Aku sedar, aku Cuma manusia biasa. Kadang-kadang aku rasa tak layak nak kata apa-apa. Tapi di sebabkan atas rasa sayangkan seorang sahabat yang pada mata aku ianya terlalu baik, aku kuatkan diri juga untuk berkata-kata.  Marahlah aku bagaimana sekalipun, aku tetap mahu dia sedar setiap apa yang dia lalui itu adalah SALAH..!

Ikut pengalaman, aku sendiri pernah alami apa yang dia alami. Sakit, perit tu jangan cakaplah, sampai kekadang dah lali. Berbuih-buih nasihat dari kawan-kawan, aku abaikan macam tu je. Samalah seperti dia sekarang ni. Diabaikan segala nasihat sebab rasa kaseh tu, makin hari makin menjalar ke lubuk hatikan..!

Situasi kita mungkin sama, tapi jalan cerita kita berbeda. Aku  kuat untuk tinggalkan apa yang aku lalui, mungkin dia tak kuat tinggalkan semuanya. Tapi aku harus beritahu, yang dia perlu kuat untuk lakukan semuanya…! Yep..semuanya..! tinggalkan, lupakan segala-galanya..!

Kadang-kala aku fikir sampai bila aku harus jadi macam ni. Dan aku rasa, dia pun ada terfikir benda yang sama. Sampai bila harus jadi hamba pada cinta yang tak pasti? Jawapan tu, Cuma ada pada diri sendiri. Tepuklah dada, tanyalah hati..!

Kalau bicara pasal kekuatan. Kuat aku, kuat lagi dia. Dan bodoh aku, bodoh lagi dia. Semuanya dah terang depan mata, tapi dia tetap pertahankan segala rasa tu. Situasi ni, amat memeritkan. Sekali gus, amat merisaukan. 

Ayuh..sahabat...! Lupakanlah, lepaskanlah. Aku yakin dengan kemampuan hang..!

Sahabat..! pesan aku, sayangilah diri sendiri sebelum kita sayangi diri orang lain. Kalau tak sayang diri sendiri pun, fikirkan perasaan kedua orang tua kita. Mungkin kita tak akan conteng arang dimuka mereka, Cuma takut, ada tangan yang yang cuba menconteng arang kemuka orang tua kita atas kesalahan yang bukan kita lakukan..!

Fikir-fikirkanlah sahabat..!




Kata Hati : Maaf kalau-kalau entry ini buat hang terguris…! MAAF sekali lagi....!

.

Rabu, 1 Oktober 2014

September Di Oktober






Assalamualaikum.

Hello October…!

Kann..kejap je rasa sekarang ni. Masa tu berlalu dah macam hembusan angin bayu. Tanpa sedar. Macam aku jugalah. Masa terlalu mencemburi aku. Sampai nak berblogging pun tak sempat. Apatah lagi nak berblogwalking.

InsyaAllah petang ni aku akan gerak ke Melaka. Jadi pagi ni aku memang tak masuk kerja. Atas kesempatan ni aku juga untuk update entry ni. Untuk entry ni, aku Cuma nak simpan memori sepanjang September 2014 lepas je. Sekadar kenangan. Jadi, kalau yang macam nyampah nak baca, sorilah yea!

Cerita September di bulan October. Aku tak nak cerita detail. Aku tak nak terangkan sebutir-sebutir. Aku Cuma nak kenang yang September lepas aku banyak belajar perkara baru. Sejujurnya, sepanjang umur, September lah pertama kalinya dalam sejarah!

Bersabar dengan seseorang yang kita sayang jugalah salah satu perkara yang aku belajar. Betul, tak mudah lupakan yang lama. Cuma bila kita terima seseorang dalam diri kita, kita akan mula belajar untuk terima dia seadaanya.

Tapi, apa yang merimaskan diri aku sendiri, bila aku mula membandingkan yang dulu dan sekarang. SUMPAH! Aku tahu itu keji. Aku akan cuba untuk tidak mebanding-bandingkan.  Aku akan cuba!

Erm…rasanya cukup sampai sini kot. Aku tak packing apapun lagi. Tak lama pun ke Melaka, 3 hari je. 7hb baru balik Penang. Dalam duk nak ke Melaka ni, aku duk merancang nak cuti santai. Tapi itulah, jadual untuk bulan 10 ni, terlalu padat kot..huhuh.

Okaylah, ada masa jumpa lain entry. Itupun kalau aku rajinlah. Heeeeee…




Kata Hati : September 2014 dalam kenangan....


.

Selasa, 23 September 2014

Hati ~ Maafkan Beta...!





Assalamualaikum.

Masih ingat pada aku? Akulah, manusia yang kian pupus dalam arena blogging ni. Err...sejujurnya, aku kekok nak menaip dekat sini. Tersangat kekok okay..! Aku tak sangka pula, entry sebelum ni betul-betul jadi entry last bagi bulan lepas. walhal, time wujudnya entry tu, aku terasa macam nak endingkan satu entry yang tak tergantung macam tu je. Tapi apakan daya. Aku terlalu letih. 

Wujudnya entry ini disebabkan diri aku yang terlalu stress..! Dan bila mana aku sendiri tak dapat nak kawal apa yang aku rasa ketika itu. Tak mampu nak bendung dengan apa yang terjadi di sekeliling aku. Maaf, seandainya entry ini berat untuk difahami. Segala apa yang ada disini semuanya keluar dari minda aku.

Kadang-kadang aku amat terasa dengan keadaan disekeliling aku. Terasa dengan apa yang telah aku lalui. Terasa dengan jiwa yang kadang kalanya bergolak secara tiba-tiba. Pendek cerita, dalam semua hal, aku terasa..!

Aku faham, tak semua orang mampu jaga hati kecil kita. Sekurang-kurangnya cubalah untuk prihatin dengan jiwa kecil ini. Yea..aku akui, aku tak selesa dengan apa yang aku rasa. Sangat tak selesa. Sebab rasa yang aku rasa ni, dah berkurun tak menjelma dalam jiwa aku. Bila rasa itu muncul, kehidupan aku jadi tak menentu...!

Tenangkan jiwa rasa, Harapan aku biarkan ianya berlalu dengan angin lalu...!

Itu je...


Kata Hati : Maafkan beta wahai hati.....!
.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Tidak Seperti Dulu





Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang selalu datang sini dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, pasti perasan perubahan drastik dekat teratak usang aku ni. Maksud perubahan tu, bukanlah tukar baju baru ke hape. Takk…! Tapi dari segi entry. Kalau dulu, boleh nak dikatakan saban hari ade je entry baru kan..! tapi sejak awal tahun 2014, semua tu jadi hambar…kurenggg..!

Rujuk gambar kat atas tu. Memang nampaklah perubahan tu kan. Kalau buat carta, memang jatuh merudum beb..! jangan kata merudum, sebaliknya tersungkur, tersembam segala ter lah yang ada. Hahaha.

Kalau tengok dalam gambar kat atas tu, bermula dari tahun 2010 sampai ke 2014, tahun 2012, boleh nak dikatakan aku ni bercinta dengan blog je. 391 entry dalam masa setahun. Nak kata hebat tu taklah, tapi waktu tu, blog segala-galanya.  Tahun 2013 pulak, masih berates entry tapi dah kureng sikit dari sebelumnya. Tapi tetap ada masa dengan BLOG.

Dan keadaan mula berubah, bila masuk 2014. Sendiri tengok, sendiri nilai. Bulan February je yang paling banyak entrynya. Untuk bulan Jun, langsungggg..! Julai, adalah satu entry. Ogos, entry ni baru entry ke-3. Mungkin ini entry terakhir bulan ni? Tak siapa tahukan..!

Sebenarnya perubahan ni, aku dapat rasakan. Yelah, sendiri punya hati, sendiri tahulah kan. Tapi aku tetap nafikan segala apa yang aku rasa. Iyelah, waktu dulu blog dan aku macam tak dapat dipisahkan kot. Kat office dulu, blog aje yang aku selalu hadap. Kiranya dah macam sebahagian daripada kehidupan.

Bila dah jadi macam ni, siapa aku nak menafikan semua ni. Aku dengan blog memang dah jauh. Dah tak macam dulu. Kalau dulu, apa saja blog. Dari blog aku cari rezeki walaupun tak sehebat orang lain. Dan kerana blog ni jugaklah aku lepas drive ke Melaka untuk raikan gathering GSFian yang pertama. Tak lupa dari blog jugalah aku kenal sahabat maya. Walaupun tak pernah bersua muka, kalian memang daebak..!

Tapi semua tu dulu. Nak kembali macam dulu-dulu tu rasanya susah dah kot. Sebab bagi aku, masa aku sekarang ni terlalu terhad. Macam sekarang ni, aku hanya mampu up entry je. Nak blogwalking macam dulu, memang aku tak mampu. Jaedi mohon maaf buat semua, akalu tak tak kunjung balas ke teratak kalian. Maafkan akuu…!

Kadang-kadang tu, aku terasa jugaklah dengan perubahan ni. Tapi aku redha. Mungkin rezeki aku dengan blog ni sampai sini saja. Macam aku cakap, siapa aku nak menidakkan takdir. Kalau suatu hari nanti keadaan nak kembali seperti dulu, aku dengan lapang dada terima kembali untuk seperti dulu. InsyaAllah….!




Kata Hati : Hari ni birthday Acu..! Happy birthday Acuu..! Kaklong sayang acu 100juta kali..muahh..!


.

Isnin, 4 Ogos 2014

J . A . U . H





Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dapat juga aku menaip hari ni. Kalau ikut rasa binasa. Ikut hati mati. Right! Jadi kali ni, ikut suka hati. Kalau ikut kedua-duanya, alamatnya dah ke alam mimpilah sekarang ni. Penat wehh..! Hahaha.

Hurm…pada mereka yang dari awal ikut blog aku ni, kalian pasti tahu yang aku terlalu sukakan AWAN, BULAN dan BINTANG

Dan sekarang ni, nak tengok awan hari-hari, memang tak ada masalah dah. Sebab itu yang sedang aku nikmati setiap kali pergi dan balik kerja. Cuma yang bermasalahnya sekarang ni, nak tengok bulan tu. Masa-elah sikit! Punca segala masa-elahnya adalah PENAT. Penat tu, memang dah tak boleh lari dahh..! Tiap-tiap hari penat. Bila dah penat, mata akan layu awal. Dan bila layu awal, aku memang tak akan ada masa nak tengok BULAN DAN BINTANG.

Bila dah lama aku tak mendongak langit pada waktu malam yang hening tu, Sekali keluar macam aku ke kedai tadi, memang jadi “jakun” kejaplah dengan lukisan alam di waktu malam. Cantik baQ hang..walaupun BULAN DAN BINTANG malu-malu nak tunjukkan diri dia. Keindahan tu, still ada..!

Sebenarnya, bila cerita bab bulan dan bintang ni, aku  baru sedar sesuatu. Sesuatu yang dulunya lain, dan sekarang lain. Entah nak kata macam mana. Mungkin salah keadaan ataupun aku sendiri. Cuma tak dinafikan, masa sekarang ni bergerak terlalu pantaskan..?

Walalupun macam tu, aku sendiri tak gamak nak salahkan keadaan mahupun masa. Sebaliknya aku lebih rela salahkan diri sendiri. Sebab kelalaian diri sedirilah aku makin lupa akan habit aku dulu-dulu. Dan di sebabkan kelalaian jugaklah aku dah lama tinggalkan satu lagi habit yang tah hape-hape tu.

Jadi nampak tak? Manfaat kelalaian. Ada baik, ada buruk yea dok..! apa yang pasti, setiap apa yang terjadi akan pasti ada hikmahnya. Bezanya Cuma pada cara penerimaan kita saja. Kalau baik, baiklah jadinya, kalau sebaliknya..AllahuAllam..!



Kata Hati : Aku rindukan BULAN dan BINTANG!!!!!!!

.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Bukan Luar Biasa





Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan pada kita untuk terus bernafas di bumiNya ini. Syukran YaAllah atas nikmat yang telah Engkau berikan. Okay..! aku tahu, aku dah lama kot tak menaip panjang-panjang kat sini. Jadi jangan peliklah kalau untuk entry kali ni, terlebih panjang dari biasa. Mungkin..!

Kalau tengok tajuk, ada ke berkerut dahi nak faham? Kalau ada pun kalian pasti tak mengakukan. Almaklumlah, setiap manusia ada perasaan EGO tu. Jadi nak mengaku kelemahan diri sendiri tu, tipis sekali. Yea dak..??

Okay beb..! berbalik pada tajuk. Perkara apa yang bukan luar biasa? Contoh paling senang yang aku nak tekankan dekat sini adalah MANUSIA. Ermm…kenapa? Pelik eh bila manusia salah satu contoh yang cuba aku tekankan? Sebenarnya, tak pelik pun. Walhal benda ni selalu terjadi. Cuma kita ni, kekadang tak perasan.

MANUSIA. Yup! Kenapa manusia? Kalaulah kalian perasan. Manusia akan dihargai bila manusia itu sudah tiada. Maksud sudah tiada ni, tidaklah terfokus pada “meninggal dunia” je. Ianya merangkumi semua. Kiranya, dah tak ada depan mata barulah nak rindu-rinduan. Bila dah berpisah barulah sedar yang selama ni dialah pelengkap hidup. Kalau yang dah meninggal pula, bila dah tak bernafas barulah nak bagi gelaran memacam. Sekarang boleh Nampak tak apa kaitannya dengan tajuk ni? Bolehkan..!

Semua ni, kadang-kadang berlaku hampir saban hari. Dan ku sendiri tak terlepas dengan benda yang cuba aku ceritakan ni. Kita manusia biasa, mana tak pernah buat silapkan..! Cuma untuk buang dari perkara sebegini terus berlaku tu, susah sikit. Bukan tak boleh, tapi ianya ibarat HUKUM KARMA pada mereka yang langsung tak pandai menghargai orang disekeliling mereka. Setuju tak?

Jadi, nasihat aku untuk diri sendiri, dan pada mereka diluar sana. Tolonglah, hargai mereka yang berada disekeliling anda. Tak banyak sikit pun jadilah. Jadi mereka rasa mereka dihargai walaupun sekadar senyuman. Tak susahkan…Cuma kita yang menyusahkan benda yang senang..!

Rasanya sampai sini ajelah untuk kali ni. Aku harap, aku masih berpeluang menaip lagi nanti. Masih puya waktu seperti dulu..InsyaAllah…!




Kata Hati : Sedekahkan Al-fatihah seandainya aku pergi dulu…..

.

Isnin, 21 April 2014

RAGUT






Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua, ketika aku mula menaip entry ini, waktu yang tertera pasa skrin lappy tepat pada pukul 2:22 pagi. sedia maklum, ketika waktu ini, majoriti besar sedang lena diulit mimpikan? Dan tak lupa juga ada yang baru selesai berwuduk untuk menyempurnakan Tahajud pada Maha Pencipta. SubhanaAllah..!

Dan aku ketika ini, baru selesaikan mukadimah di atas. Ya..! terasa kekok, janggal dan segala macam rasa untuk mulakan bicara tanpa suara disini. BLOG. Sesuatu yang aku gilakan waktu ketika dulu. dan kemudiannya bertukar menjadi biasa. Seterusnya sedang-sedang saja. Dan 8 januari lalu, semuanya hilang macam tu je. Hilang tanpa rasa bersalah….

Sakitnya aku, bila mata ingin tertutup sementara. Peritnya aku, bila bersendirian. Semuanya buat aku rasa takut. Takut memikirkan siapa aku pada hari esok dan akan datang. Mampukah aku untuk terus hidup dalam duniawi yang penuh cabaran ini. Ini semuanya merunsingkan aku…

Muhasabah. Itu yang selalu aku lakukan. Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Redha atas apa yang terjadi. Ikhlaskan segala apa yang telah aku lalui. Walaupun sukar, aku tetap akan cuba belajar terima apa yang sudah pun terjadi. Cuba walaupun perit…

Waktu yang terpapar pada skrin lappy kesayangan sekarang ni, tepat pukul 2:47 pagi. rasanya eloklah aku habiskan entry ni. Terima kaseh pada kalian yang sudi singgah ke teratak ini. Kunjungan kalian amat dihargai. Dan terima kaseh buat  Ciksue, yang tertanya-tanya kemana hilangnya Nur. Ade je, Cuma kemalasan je sekarang ni. Hehehe.

Harap ini lepas ni akan ada entry ceria menyusul. Walaupun aku sendiri tak pasti sampai mana aku mampu bertahan.

Oklah, aku habiskan penutup macam ni je yea..! InsyaAllah, jumpa di lain entry…!

: 3:08 Pagi - PUBLISH




Kata Hati : Aku insomnia…!

.

Isnin, 3 Mac 2014

CATU





Assalamualaikum.

Bila sebut pasal catu, pasti orang terus fikir krisis air. Al-maklumlah, ada beberapa negeri di Malaysia ni catuan air dah mula beroperasi semalam.  Sebelum tu, aku nak minta maaf awal-awallah yea, kalau-kalau ada yang mencari jadual catuan air dikawasan mereka tersesat kat blog ni. Sebab CATU aku ni, CATU lain…bukan CATU AIR. Tapi, untuk tidak menghampakan mereka yang TERmasuk ke sini, kalian boleh KLIK SINI UNTUK JADUAL CATUAN AIR bagi kawasan yang terlibat. Harap dapat membantu..!

Okay. Seperti mana dalam penjelasan perenggan pertama, ya..! aku tidaklah nak bercerita pasal catuan air tu, tapi ini mengenai catuan lain. Aku akui, tak ramai yang tahu segala apa yang terjadi. Seandainya ada yang tahu pun, kita-kita ajelah harapnya yea. Bukan tak nak kongsi detail kat sini, tapi biarlah ianya berlalu macam tu je. Harapnyalah..!

Awal januari 2014, bagai ada satu batu besar memhempap tepat atas kepala aku. belajar terima kenyataan, hakikatnya sukar untuk aku percaya. Bila masuk bulan kedua bagi tahun 2014, kenyataan yang susah aku untuk aku terima, aku hadap pelan-pelan. Walaupun perit, aku kena hadap jugak. Nak tak nak aku kena terima kenyataan. KENA KUAT..!

Bulan ketiga 2014. Pejam celik dah masuk bulan kedua. Alhamdulillah, aku mula terima segala takdir yang ALLAH dah tetapkan. Aku mula belajar bernafas dalam ritma yang selesa. Mula senyum, mula ceria. Hakikat sebenarnya aku masih ditahap ZONE MERAH. Bahaya..! itulah hakikat sebenarnya..

Untuk dapatkan prestasi terbaik, aku kena lagi kuat. Tapi untuk kuat dalam masa yang terdekat ni, aku tak mampu. Banyak sangat dugaan-dugaan yang perlu aku tempuh. Berapa banyak peluang yang aku lepaskan macam tu je. Keadaan tak mengizinkan, mungkin bukan tiba masanya. Jadi aku kena redha…

Hebat atau tidak dugaan yang ALLAH berikan pada kita, hanya orang yang lalui saja tahu. kadang-kadang kita fikir, kitalah yang paling terus. Tapi untuk muhasabah diri, kita kena lihat manusia-manusia yang lagi hebat dugaannya dari kita. Maka bersyukurlah kerana kita masih mampu bernafas, tersenyum dan berbakti pada mereka yang kita sayang.

Eh..panjang pula entry ni. Maaflah pada yang kurang ngerti apa yang aku taip ni. Sebab aku banyak skip perkara-perkara yang aku rasa tak perlu untuk dikongsikan kat sini. Pada yang faham tu, kita-kita ajelah yea. Kenapa aku menaip entry ni, sebab aku tak mampu laksanakan dengan apa yang telah aku janjikan….





Kata Hati : Maafkan kaklong…..! T_T

.

Isnin, 24 Februari 2014

Tidak Selari







Ya! mungkin ada dikalangan kalian perasan. Tapi tidak mengapalah, ini barulah namanya kehidupan. Inilah namanya manusia. Hanya sekadar mampu merancang. Selebihnya DIA maha segalanya. Ayuh, terus nekad mahu berlari selari dari garisan mula - berusaha!




Kata Hati : Moga tabah wahai hati...!


.

Isnin, 17 Februari 2014

Bernafas Kurang Dari 60 Hari





Assalamualaikum.

Apa perasaan pertama kalian rasa bila terbaca tajuk entry?

Sedih?

Terkejut?

Seram sejuk?

Itulah yang aku sedang alami..!

Tapiiiiiii…! Ianya SEKADAR TAJUK. Tak ada kena mengena dengan aku ataupun orang yang hidup mahupun yang sudah tiada. Diulang, SEKADAR TAJUK.

Dari semalam hidung aku ni tersumbat. Jadi, aku terus terang, memang tak ada mood nak menaip. Tapi, kalau nak cerita pasal mood ni, dari bulan lepas lagi dah mood aku ni duk pasang surut. Kejap okay kejap tak. Bila masuk bulan kedua, aku harap sangat keadaan aku okay. Tapi hampa. Aku makin TERTEKAN..!

Ingat lagi bila aku cakap pasal urusan kerja kawin dalam ENTRY NI? Aku cuba okay. Tapi hampessssss satu apa pun aku tak buat lagi. Mood aku memang kelaut beb..! Dalam masa yang sama aku rasa kepala aku padat dengan masalah. Dan bila aku cuba nak mula buat apa yang patut, tiba-tiba  kepala aku jadi kosong. Aku tak tahu nak mula dari mana. Serius aku stress..!

Okay. Kad jemputan dah siap minggu lepas lagi dah. Tapi aku punyalah malas nak pergi ambil. Punca tak nak ambil tu, pertama sebab jauh, dia sebab keadaan cuaca sekarangkan. Punyalah panaskan..! Malas nak drive pun sama. Heeee….!

Nak dipendekan cerita, sekarang ni aku terlalu penat. Penat fikir masalah yang sedang aku hadap dan bakal aku hadap. Perasaan aku, sama seperti tajuk kat atas nun..!  mungkin ramai yang tak faham. Pada yang mungkin faham, biarlah hanya kita saja yang tahu.

Okaylah, tadi kata malas nak menaipkan. Ni bila dah menaip tak reti nak sudah pulak..! Aku harap, mood aku kembali stabil. Semangat yang hilang kembali pulang, kekuatan yang lain datang kembali. Moga aku boleh terus bernafas dalam ritma yang normal..!

Panjang umur, jumpa lagi..!

Adiosss..



Kata Hati : Aku simpan semua sebak di dada…!

.

Isnin, 20 Januari 2014

H.I.L.A.N.G






Tempat asalnya didalam bekas jernih yang terpelihara indah. Entah dimana silapnya bekas yang dijaga rapi jatuh terhempas dan berkecai. Isi dalamnya melimpah dan meresap dan terus hilang. Mungkin sukar untuk dicari ganti, tetapi tidak mustahil untuk dapatkan kembali - Semangat.



Kata Hati : Moga Allah permudahkan segalanya....


.

Isnin, 13 Januari 2014

Ringkas



Google je..

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah lama menyepi. Tapi untuk kemunculan kali ni bukanlah nak berceloteh panjang pun. Cukuplah sekadar munculkan diri. Kiranya kalau muncul kejap tu, tak adalah orang tertanya-tanya kemana menghilangnya tuan blog ye dak.! Hehehe.

Jadi, untuk entry ni, cume nak bagitahu yang aku masih lagi bernafas dimuka bumi Allah ni. Dan alhamdulillah masih dalam keadaan sihat. Alhamdulillah...! Makanya, sampai sini sajalah untuk entry kali ni yea. InsyaAllah ada masa boleh taip panjang-panjang. Sekarang ni, memang langsung tak ada idea..huhuh...

Okaylah..! Kita jumpa lain entry pula yea..! InsyaAllah...



Kata Hati : Serius tensionn wehh..!

.