Sumber Google
Assalamualaikum.
"Akan tiba satu masa nanti,
Bila mana awak merindui saya,
Dan masa itu saya telah lupakan awak,
Sampai bila-bila....."
Salam
13 Ramadhan semua. Dulu dalam entry
INI, ada aku
bagitahukan. Bila mata terkebil-kebil menunggu ketibaan mengantuk, mulalah
terkenang macam-macam peristiwa. Benda yang tersimpan rapi dalam kotak fikiran
di punggahkan kembali semata -mata mahu ingat setiap kenangan yang ada.
Dan tiba-tiba aku terasa nak
bercerita tentang ‘RASA’ masa lalu di
sini. Ikutkan tak perlu kot dikenang benda yang dah lepaskan. Tapi entah kenapa
aku terasa ingin bercerita. Pada yang sudi membaca, silakan. Sekiranya kalian
tidak berminat, aku tak terasa hati pun. Lagipun entry ini terlalu rumit untuk
kalian faham.
“Dulu..aku pernah sayangkan dia”
Pernah dengar tak dialog dekat
atas tu? Dialog tu dilafazkan oleh Linda Onn dalam filem Gila Bola. Lama dah
filem ni,tak silap tahun 2003. Aku tengok gitu-gitu je. Hanya dialog yang Linda
Onn lafazkan tu je yang aku ingat. Yang lain-lain aku tak ingat.
#Masa Gathering dekat Melaka hari tu, ramai yang kata, suara aku ala-ala Linda Onn. Tang mana yang
ala pun aku tak pasti. Tapi yang sebetulnya, suara aku agak kasar. Kaklong
katakan…hahaha.
Okay, berbalik ke landasan yang
betul. Apa kena mengena dialog tu dengan aku? Sebenarnya tak ada kena mengena
pun. Dialog tu Cuma mengingatkan aku ‘TENTANG RASA’ yang pernah aku alami.
‘RASA’ suka terhadap seseorang yang pernah aku sukai. ‘RASA’ yang sukar
ditafsirkan jika ditanya kenapa dan mengapa. Tambahan pula ‘RASA’ itu bertahan
dalam jangka masa yang agak lama. Jadi jangan ditanya kenapa, sebab aku tak ada
untuk jawapan itu.
Dulu…aku fikir ‘RASA’ itu hanya
aku yang RASA. Tapi rupanya dia juga turut ‘RASA’ apa yang aku RASA. Bila kami
sama-sama ‘RASA’, perhubungan menjadi
saling lengkap melengkapi. Saling ingat-mengingati. Dan dari ‘RASA’ itu kami
mula kenal erti rindu-merindui. Dan akhirnya ‘RASA’ itu buat kami saling
sayang-menyayangi. Detik inilah kami kenal apa itu ‘CINTA’.
Hingga saat ini, aku akui dia
manusia yang baik sebenarnya. Dia terlalu menjaga kebajikan dunia dan akhirat
aku. Dia juga sentiasa ada disaat duka mahupun gembira. Selalu memberi kejutan
yang tidak disangka-sangka. Dan hampir setiap malam dia menemani aku ketika aku
mengalami insomnia suatu ketika dulu. Itulah dia sebenarnya. Cuma diakhir
hubungan kami, tindakan kejamnya buat aku kaku membisu.
Rasanya tidak adil jika aku terus
menghukum atas sebab satu kesalahan yang telah dilakukan. Padahal sebelum ni,
dia terlalu baik pada aku. Ya..pada mulanya agak sukar aku terima atas apa yang
terjadi. Tapi lama-kelamaan aku pasrah. Aku redha atas ketentuanNYA. Setiap apa
yang terjadi, pasti ada hikmahNYA.
Kalau sebelum ni, setiap hari aku
cuba meracuni fikiran sendiri untuk terus membenci dia, sekarang tidak lagi.
Walaupun ada alasan untuk aku terus membenci dia, tapi aku tidak sanggup hidup
dalam kebencian. Aku bukan pendendam orangnya.
Sebaliknya aku sentiasa berdoa,
moga masjid yang dibina bersama yang tercinta bahagia hingga syurga.
Cuma satu, hingga aku sedang
menaip entry ini, keberanian untuk berjumpa dengan dia masih ‘KOSONG’.
Seandainya terserempak atau berselisih bahu dimana-mana, aku rela akui tidak
mengenali dia. Bukan berdendam, Cuma aku belum bersedia.
Mungkin aku pemaaf orangnya. Tapi
untuk lupakan segala apa yang telah terjadi. Tidak mudah. Lebih terkesan bila
dia berpaling tanpa sebarang kata. Ya..TANPA SEBARANG KATA. Perkara inilah yang
buat hati dan jiwa aku benar-benar hancur. Seandainya dia putuskan cara elok,
aku masih boleh terima. Ini tidak.
Kini apa yang ada pada ‘RASA’
hanyalah KOSONG. Cuma, ingin kikis dia dari ingatan perlu makan masa. Seboleh-bolehnya
akan aku cuba sedaya upaya. Kerana aku
bukan siapa-siapa lagi pada dia. Dan dia bukan siapa-siapa lagi pada aku. Sudah
tiada ‘RASA’ , tiada ‘HATI’ , tiada
‘JIWA’.
Moga semuanya hilang dalam
ingatan seperti angin lalu. InsyaAllah, aku bisa..!
Hanya dulu weii…aku pernah sayangkan
dia.
Kata Hati : Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu…
.