Memaparkan catatan dengan label Kerja Kawin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja Kawin. Papar semua catatan

Isnin, 3 Februari 2014

Permulaan February





Assalamualaikum.

Nahh… Kita dah pun masuk bulan kedua bagi tahun 2014 ni. Mana kenangan-kenangan bulan lepas tu simpan elok-elok yea. Yang Manis jadikanalah kenangan terindah. Yang pahit pulak, jangan dibuang macam tu je tau, sebaliknya jadikanlah ianya sebagai pengalaman paling berharga.

Bila masuk je bulan Februari ni kan, aku Cuma nak maklumkan yang aku mungkin akan sibuk mengalahkan menteri tau. Hehehe. Jadinya lepas ni, mungkin aku jarang-jarang ke teratak kalian. Tapi aku akan cuba usahakan jugalah. Kalau boleh…

Pasal ‘Sibuk’ ni, dari bulan lepas lagikan aku ada bagitahu. Tapi Cuma bagitahu gitu-gitu je tak detail. Dan dari situ ramai jugaklah yang tanya, aku sibuk kenapa. Meh rapat meh, nak kabokan ni. Aku bakal sibuk dengan kerja-kerja kawin. Macam mana majlis bertunang tahun lepas, untuk majlis perkahwinan ni pun adik aku serah bulat-bulat ke aku. Boleh nak dikatakan segala bendalah semuanya bergantung pada aku..!

Benda-benda ginilah yang buat aku bakalan sibuk tak tentu masa. Apa ingat kerja kawin senang? Kalau yang tak kisah bab kos tentu tak kisah. Tapi pada aku, biarlah bersederhana. Sebab dalam perkahwinan ni, yang penting, lepas kawin itu tau..! Jadi sejumlah wang adik berikan pada aku tu, aku kena control sebaik mungkin.. InsyaAllah…

Rasanya dah melarat-larat dah entry ni. Point entry ni cuma nak bagitahu aku sibuk ajekan..! Jadinya sampai sini sajalah yea. InsyaAllah ada masa, punya kesempatan kita berjumpa dilain entry. InsyaAllah…




Kata Hati : Aku sebenarnya tak tahu nak mulakan mana dulu….

.