Ehsan Pakcik Google
Assalamualaikum.
Kisah ini terjadi bulan lepas. Aku keluar dengan mak dan adik.
Mencari makanan untuk Si Jebek. Sian jebek, tuan dia makan sedap-sedap. Tapi
dia di anak tirikan oleh tuan dia sendiri. Dasar tuan pemalas gitulah. Nasib jebeklah.
Oh ye..! Jebek tu, ikan kelisa peliharaan adik aku. Kalau kalian nak tahu rupa
sebenar jebek, cuba kalian jebekkan muka kalian, cubalah…! Haa..lebih kurang macam tu lah muka si jebek. Hahaha.
Macam biasa, kalau dengan Abang Ngah, memang aku kena
drivelah, sebab dia ni malas sikit nak drive. Tapi kalau dengan adik sorang lagi tu, tak payah suruh, memang dia nak drive. Nak dijadikan cerita, tengah
menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau, adalah sebuah motosikal berhenti
di sebelah kereta aku. Penunggangnya lelaki.
Tapi aku tak tertarik pada penunggangnya, aku cuma tertarik
dengan motosikal tu. Motor tu sebijik macam dekat gambar di atas. Smart weii..! Kaler hitam lagi. Aku tengok
kira berkenan habislah. Aku pun
cepat-cepat suruh mak tengok motor yang betul-betul ada sebelah kanan aku.
Aku ni dah lama teringin nak bawa motosikal yang besar-besar
tau. Tapi belum ada kesempatan lagi. Tak tahu nak cekau siapa punya motosikal. Hahaha.
Petang tu, entah macam mana, aku ringan
mulut pula bagitahu mak yang aku teringin nak bawa motor macam tu. Sementara
tu, aku dah nampak dah adik dekat sebelah duk senyum-senyum. Emak pula, duk pot-pet-pot-pet marah sebab aku ni kan
perempuan. Jadi kata mak
“Rentikan laaa...Ingat sikit kamu tu perempuan”.
Aku cakap apa salahnya, bukan buat apapun, naik motor je pun kan. Lagipun aku dah lamalah teringin nak bawa motosikal berkuasa tinggi ni. Dan tiba-tiba terdengar sebaris ayat dari mulut adik, yang buat aku sentap 300saat….
“Masalahnya kaklong, kaki kamu tu sampai ke..??”
Perghh…!!! Pedih ulu hati dengar tahu. Adik aku ni pendiam
orangnya, tapi sekali bersuara, rasa nak bagi penumbuk bersilang..!
Err..Sekian...!
Kata Hati : Aku rasa
sampai je kaki aku kalau naik motor tu… -_-"
.






