.
Memaparkan catatan dengan label KERJA GILA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERJA GILA. Papar semua catatan
Isnin, 30 Disember 2013
Cabang Dua
Mood :
Cabang Dua,
Dua Pilihan,
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SANTAI
Sabtu, 19 Oktober 2013
Entry Merapu
Assalammualaikum…
Semebemernarmarnyama, amakumu takmak kemelumuarmarkanman
enmentryme. Tamapimi amapamakanman damayama, amakumu nakmak kemelumuarmarkanman
jumugakmak enmentrymi ni. jamadimi semesimiamapama yangmang takmak famahammam
amakumu minmintakmak mamaafmaf lama yeme.
Hemehemehemeheme..!
Omokehmehlahmah, sammampaimai siminimi samajamalahmah.
Amadama mamasama kimitama jummumpama lamagimi yeme. Semelamamatmat bermerhumujungmung
bumuatmat sememuama….
Kata Hati : Boleh faham tak..? Hehehe…
.
Mood :
Bahasa M,
Bahasa Pelik,
Bahasa Rahsia,
Entry Merapu,
Funny Face,
KERJA GILA,
Mengarut,
Merapu
Isnin, 29 Julai 2013
Ramadhan Vs Rempit
Assalamualaikum.
Perghh..tajuk kemain lagi ehh..! Tapi percayalah entry ni
tak ada kena mengena dengan mana-mana kumpulan rempit pun. Hahaha. Entry ni
sekadar cerita. Hanya berkaitan aku tapi bukan dia, apatah lagi kamu. Langsung
tak terkait hokayy..!
Sedia maklum, InsyaAllah berbaki 9 hari saja lagi kita akan
menyambut hari kemenangan. Jadi, di akhir-akhir Ramadhan ni faham-faham jelah tentang
kemeningkatan kenderaan diatas jalan raya meningkat sekali ganda rasanya. Boleh
nak dikatakan, tiap-tiap petang jalan pasti sesak. Ditambah pula keadaan cuaca
dekat kawasan tadahan hujan ni tak menentu. Tengah elok panas terik, kejap lagi
tiba-tiba je hujan. Situasi macam ni kerap kali jadi dah.
Jadi untuk langkah berjaga-jaga ramailah yang memilih kereta
untuk ke tempat kerja masing-masing ye dak. Bila dah semua pakat naik kereta, petang je, jalan raya automatik jadi padat gila. Keadaan ini tidak
normal seperti hari biasa. Sebab apa aku kata tak normal? Selalunya aku Cuma
makan masa 15-20 minit je dari tempat kerja ke rumah. Tapi sejak puasa ni makan
masa 45 minit atau lebih untuk sampai kerumah. Grrrrr….situasi ini sangat-sangat
me-nensyen-kan aku..!
Maka, di bulan yang penuh kemuliaan ni aku begitu selesa
kalau merempit je ke tempat kerja. Bukan saja jimat masa, tapi yang paling best
boleh cilok-cilok. Selain cilok-cilok kelebihan bila naik motosikal adalah
boleh ikut jalan pintas. Tak perlu ikut jalan jauh, tak kena tempuh bazar Ramadhan
yang saban hari aku tengok padat betul dengan lautan manusia. #setakat ni aku
belum jejak Bazar Ramadhan.
Tapi, aku naik motosikal tak selalu. Sebulan seminggu je.
Lagipun abah memang tak galakkan aku naik motosikal, katanya bahaya. Pada aku
tak adalah bahaya mana. Tapi disebabkan abah pernah ternampak kelibat aku satu
masa dulu, terus abah tak bagi aku naik motosikal, kata abah aku bawak
gila-gila. Sejak pada tu, kalau aku nak naik moto, abah mesti bising.
Err..padahal cilok mencilok tu normallah kann. Kalau naik moto tapi ikut je
belakang bontot kereta , baik tak payah naik moto…Hehehe.
Pesan aku, pada anda diluar sana, kalau naik merempit ke
tempat kerja tu hati-hatilah. Menunggang cara berhemah. Aku faham, tahap
kesabaran kita sentiasa diuji pada bulan mulia ni. maka, banyak-banyakkanlah
bersabar. insyaAllah, kita sentiasa dilindungiNYA..
Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat. Sekian, terima kaseh.
Kata Hati : Aku pernah tinggalkan motosikal hampir 3 tahun. Bila aku mula nak naik motosikal balik, aku rasa macam takut giler..!
.
Khamis, 25 Julai 2013
Tegur
Assalamualaikum.
Ehem..ehem.
Nak bagitahu satu rahsia ni.
Kaklong sayaaaaaangggggggg Mak...!
Itu je rahsianya.
Sekian..Heeee.
^_^
Ehem..sambung entry. Ermm.. pejam celik – celik pejam, kita sudah pun berada di kemuncak Ramadhan.
Kalau sebelum ni kita mendaki, tapi lepas berada di kemuncak kita semua akan
mula turun dari pendakian. Kenapa aku kata menurun? Sebab selalunya lepas 15
Ramadhan, masa akan berlalu tanpa kita sedar. Tup-tup tinggal 3 hari lagi je
nak raya. Percayalah..!
Hokey…! Entry kali ni bukanlah nak sembang pasal raya. Sebab
aku belum rasa lagi mood nak raya tu. Walaupun sekarang ni lagu raya sedang
ligat diputarkan di radio, tapi aku tetap tak rasa lagi bahang nak raya tu,
setakat dengar je la. Feeling tu belum ada. Entah kenapa aku tahun ni tahh..!
Untuk entry ni aku Cuma nak cerita, kejadian malam 14 Ramadhan lepas, iaitu hari isnin
malam selasa. Entah cemana aku TERnampak seseorang dalam masjid. Kebetulan hari
tu aku dapat saf paling depan. Dan kebetulan pula kain langsir yang memisahkan
bahagian jemaah lelaki dan perempuan terselak sedikit. Dari situlah aku
TERperasan kelibat seseorang dalam masjid tu. Rasa macam tak percaya, sebab
masjid yang aku pergi ni, jauh dari rumah dia. Aku siap tunjukkan mak lagi apa
yang aku nampak. Bukan apa untuk kepastian, kot la aku tersalah orang. Tapi mak
cakap, iyea..itu memang dia..
Bila dah TERlihat tu, automatik perasaan tu jadi TERkejut.
Lama kot tak jumpa Hamba Allah tu. Kali terakhir jumpa pun aku lupa bila. Dan
bila dah nampak tu, perasaan nak tegur tu memanglah ada, tapi malulah kalau
tiba-tiba aku nak panggil dia dalam masjid tu. Tak pasal kena sekeh dengan mak.
Hahaha. Tapi tawakal je lah, lepas terawih ada rezeki jumpalah kami. Malangnya,
memang tak ada rezeki nak jumpa. Tak apalah..nak buat cemana kannn. Redho... ^_^
Oh yea..Hamba Allah yang aku jumpa tu, BFF aku. Aku pernah
cerita pasal dia dalam ENTRY NI.
Dan kejadian 14 Ramadhan pula, seawal 8 pagi aku keluar
rumah bawa mak shopping barang dapur. Tengah syok-syok angkut barang masuk
troli, tiba-tiba je datang sorang perempuan yang dari jauh lagi memang duk senyum ke
arah aku. Sebelum tu, aku buat tak tahu je, sebab aku fikir dia senyum kat
orang lain kott. Tapi bila makin dekat dan nak pulak bahagian tu cuma aku
dengan mak je yang ada, aku pun balas je lah senyum dia. Nanti tak balas orang
kata sombong pulak ye dak..!
Bila dia berhenti betul-betul depan aku, aku jadi pelik. Sambil
tu, aku beri laluan pada dia, kot lah aku ni menghalang laluan dia. Rupanya
tidak, dia memang nak jumpa aku. Yang tak tahan, siap pegang kedua-dua belah
tangan aku ni, ala-ala jejak kaseh gitu. Muka aku time tu memang berkerut gila
dah. Sempat aku pandang arah mak, tengok mak nak tergelak, tapi tahan. Tak
lama, orang tu tanya aku
“Tak kenal ke?”
Errr..memang tak dinafikan, waktu dia tanya tu, aku memang
blur gila. Dalam hati tertanya-tanya, siapa pula ni...! nak kata tak kenal
karang kecik hati pula. Kalau kata kenal aku memang langsung tak kenal. Lama
jugalah aku diam sambil duk tengok muka dia. Manalah tahu kalau-kalau dia ni
client aku yang dulu-dulu. Almaklumlah, aku ni kan pelupa.
Bila dah lama diam, nak menipu aku tak sampai hati. Jadi
jujur aku tanya dia siapa. Sebab otak aku dah tak boleh ingat siapa dia. Bila
aku ajukan soalan, muka dia tiba-tiba berubah. Err…tak niat tau nak kecikkan hati
dia, berterus terang lebih baik dari menipukan. Soalan aku di jawab dengan
soalan. Dia tanya nama aku pula. Sekali lagi aku jujur bagitahu nama penuh aku.
Yang nak tergelaknya, lepas tahu nama penuh aku terus dia minta maaf. Katanya
salah orang. Pelanduk dua serupa rupanya. Kata dia aku betul-betul seiras dengan kawan
dia, tapi nama lain. Hahaha. Haishh…lawak pulak aku rasa.
Dah 5 minit berlalu,bila difikir-fikirkan balik, aku
kagum kot dengan perempuan tu. Dia ada keyakinan yang tinggi. Kalau kita tentu
teragak-agak nak tegur seseorang yang dah lama kita tak jumpakan. Contoh terdekat macam aku laa, memang sah orang tu aku kenal, tapi nak tegur segan. Hahaha. Tapi perempuan tu tidak, dengan penuh yakin dan
muka penuh keterujaan, dia siap pegang
dan gengam tangan aku ni. Kalau kita, berani ke nak buat macam tu
tiba-tiba? Hahaha. Dan Selamatlah di perempuan, kalau lelaki kompem aku
menyorok belakang mak. Hahaha.
Kata Hati : Dalam dunia ni, ada 6 lagi muka yang sama macam
kita….
.
Mood :
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SALAM RAMADHAN,
SANTAI,
Tersalah Orang
Isnin, 22 Julai 2013
Dulu..Aku Pernah Sayangkan Dia...
Assalamualaikum.
"Akan tiba satu masa nanti,
Bila mana awak merindui saya,
Dan masa itu saya telah lupakan awak,
Sampai bila-bila....."
Kredit Miszpinkies
Salam 13 Ramadhan semua. Dulu dalam entry INI, ada aku
bagitahukan. Bila mata terkebil-kebil menunggu ketibaan mengantuk, mulalah
terkenang macam-macam peristiwa. Benda yang tersimpan rapi dalam kotak fikiran
di punggahkan kembali semata -mata mahu ingat setiap kenangan yang ada.
Dan tiba-tiba aku terasa nak
bercerita tentang ‘RASA’ masa lalu di
sini. Ikutkan tak perlu kot dikenang benda yang dah lepaskan. Tapi entah kenapa
aku terasa ingin bercerita. Pada yang sudi membaca, silakan. Sekiranya kalian
tidak berminat, aku tak terasa hati pun. Lagipun entry ini terlalu rumit untuk
kalian faham.
“Dulu..aku pernah sayangkan dia”
Pernah dengar tak dialog dekat
atas tu? Dialog tu dilafazkan oleh Linda Onn dalam filem Gila Bola. Lama dah
filem ni,tak silap tahun 2003. Aku tengok gitu-gitu je. Hanya dialog yang Linda
Onn lafazkan tu je yang aku ingat. Yang lain-lain aku tak ingat. #Masa Gathering dekat Melaka hari tu, ramai yang kata, suara aku ala-ala Linda Onn. Tang mana yang
ala pun aku tak pasti. Tapi yang sebetulnya, suara aku agak kasar. Kaklong
katakan…hahaha.
Okay, berbalik ke landasan yang
betul. Apa kena mengena dialog tu dengan aku? Sebenarnya tak ada kena mengena
pun. Dialog tu Cuma mengingatkan aku ‘TENTANG RASA’ yang pernah aku alami.
‘RASA’ suka terhadap seseorang yang pernah aku sukai. ‘RASA’ yang sukar
ditafsirkan jika ditanya kenapa dan mengapa. Tambahan pula ‘RASA’ itu bertahan
dalam jangka masa yang agak lama. Jadi jangan ditanya kenapa, sebab aku tak ada
untuk jawapan itu.
Dulu…aku fikir ‘RASA’ itu hanya
aku yang RASA. Tapi rupanya dia juga turut ‘RASA’ apa yang aku RASA. Bila kami
sama-sama ‘RASA’, perhubungan menjadi
saling lengkap melengkapi. Saling ingat-mengingati. Dan dari ‘RASA’ itu kami
mula kenal erti rindu-merindui. Dan akhirnya ‘RASA’ itu buat kami saling
sayang-menyayangi. Detik inilah kami kenal apa itu ‘CINTA’.
Hingga saat ini, aku akui dia
manusia yang baik sebenarnya. Dia terlalu menjaga kebajikan dunia dan akhirat
aku. Dia juga sentiasa ada disaat duka mahupun gembira. Selalu memberi kejutan
yang tidak disangka-sangka. Dan hampir setiap malam dia menemani aku ketika aku
mengalami insomnia suatu ketika dulu. Itulah dia sebenarnya. Cuma diakhir
hubungan kami, tindakan kejamnya buat aku kaku membisu.
Rasanya tidak adil jika aku terus
menghukum atas sebab satu kesalahan yang telah dilakukan. Padahal sebelum ni,
dia terlalu baik pada aku. Ya..pada mulanya agak sukar aku terima atas apa yang
terjadi. Tapi lama-kelamaan aku pasrah. Aku redha atas ketentuanNYA. Setiap apa
yang terjadi, pasti ada hikmahNYA.
Kalau sebelum ni, setiap hari aku
cuba meracuni fikiran sendiri untuk terus membenci dia, sekarang tidak lagi.
Walaupun ada alasan untuk aku terus membenci dia, tapi aku tidak sanggup hidup
dalam kebencian. Aku bukan pendendam orangnya.
Sebaliknya aku sentiasa berdoa,
moga masjid yang dibina bersama yang tercinta bahagia hingga syurga.
Cuma satu, hingga aku sedang
menaip entry ini, keberanian untuk berjumpa dengan dia masih ‘KOSONG’.
Seandainya terserempak atau berselisih bahu dimana-mana, aku rela akui tidak
mengenali dia. Bukan berdendam, Cuma aku belum bersedia.
Mungkin aku pemaaf orangnya. Tapi
untuk lupakan segala apa yang telah terjadi. Tidak mudah. Lebih terkesan bila
dia berpaling tanpa sebarang kata. Ya..TANPA SEBARANG KATA. Perkara inilah yang
buat hati dan jiwa aku benar-benar hancur. Seandainya dia putuskan cara elok,
aku masih boleh terima. Ini tidak.
Kini apa yang ada pada ‘RASA’
hanyalah KOSONG. Cuma, ingin kikis dia dari ingatan perlu makan masa. Seboleh-bolehnya
akan aku cuba sedaya upaya. Kerana aku
bukan siapa-siapa lagi pada dia. Dan dia bukan siapa-siapa lagi pada aku. Sudah
tiada ‘RASA’ , tiada ‘HATI’ , tiada
‘JIWA’.
Moga semuanya hilang dalam
ingatan seperti angin lalu. InsyaAllah, aku bisa..!
Hanya dulu weii…aku pernah sayangkan
dia.
Kata Hati : Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu…
.
Selasa, 16 Julai 2013
Nota Ringkas
Assalamualaikum.
Keperitan jelas terasa bila ia dilepaskan secara paksa,
Menunggu untuk ia dilepaskan secara rela. Entah bila,
Nota ringkas ini, ikhlas dari aku yang masih bernyawa,
Itu aje.
Sekian terima kaseh.
Kata Hati : Mohon suatu hari nanti KAMU rasa apa yang AKU rasa...
.
Mood :
HANYA AKU,
Hati Yang Tersakiti,
Hidup Dan Mati,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SANTAI
Khamis, 4 Julai 2013
Cubaan
Mood :
HANYA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SANTAI
Selasa, 2 Julai 2013
Terbelah Dua
Disuatu sudut cuma ada aku yang kaku berdiri sambil
menteliti kemasan paku-paku tanpa biar sesiapa tahu wujudnya aku diwaktu itu.
Disuatu sudut yang lain pula aku lihat kamu sedang tersenyum
dan berborak mesra bersama dengan tiga lelaki lain sambil mata aku mencari
susuk tubuh yang sepatutnya ada bersama ketika itu.
Dan disudut lain pula aku mula dapat lihat salah seorang
dari mereka bertiga mula bertindak berani keatas kamu. Kamu tidak menepis tapi
kamu hanya biarkan.
Dari sudut aku berkali-kali menjerit agar kamu sedar apa
yang kamu biarkan salah. Kamu sudah ada dia. Namun jeritan aku tidak lepas,
seperti tersekat kesat.
Aku cuba bergerak, kalau boleh aku mahu belasah kamu dan
tanya apa yang sedang kamu lakukan. Mana dia dan mengapa dia tiada disisi kamu.
Seperti jeritan tadi, kaki aku tidak mampu melangkah walaupun seinci.
Aku gagal untuk sedarkan kamu. Dan satu sudut itu juga aku
hanya mampu merintih atas segala perbuatan yang telah kamu lakukan. Kenapa
harus rebut dia dari aku seandainya kamu tidak mahu untuk setia.
Dengan melihat segala perangai kamu di sudut itu jugalah ada
satu perasaan yang membuak-buak dalam hati aku. Cuma satu rasa, Aku BENCI
kamu..! Aku BENCI kamu..! Aku BENCI kamu..!
Dan di satu sudut, aku buka mata terasa beratnya kepala dan terasa
tersangat kering tekak. Minda aku sedang mencerna apa yang terjadi. Mata aku
mencari kamu. Tapi tiada. Hilang. Lenyap. Lesap..!
Aku pejam dan buka
mata kembali, dan aku pandang sekeliling mencari kepastian. Ya..tadi aku hanya
bermimpi. Bermimpi kamu menduakan lelaki yang pernah aku suka satu ketika
dahulu….
Tapi rasa BENCI itu tidak pula lenyap bersama igauan yang
tersarat dalam mimpi aku….
Kata Hati : Mimpi itu buat pegangan prinsip aku TERBELAH DUA….!
.
Mood :
AKU TERLUPA,
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
Mimpi Ngeri,
SANTAI,
Terbelah Dua
Isnin, 24 Jun 2013
Aku Maafkan Kamu...
Assalamualaikum.
"Teringat janji lamamu kepadaku,teringat aku teringat.
Teringat saat kau masih ada disini, temaniku sepanjang hari.."
Tak terjelas dek rasa hati yang bagi aku tersangatlah sebat.
Tahu tak bagaimana rasa SEBAT..? kalau tak pernah rasa atau tak berapa jelas
dengan rasa sebat, Cuma satu je aku boleh tolong ajarkan pada yang nak rasa
sebat. Dengan cara; memandu kereta tanpa lepaskan break tangan (Baca
Hand Break). Lebih kurang macam tulah kot rasa sebat. Selalunya pemandu jelah
yang boleh rasa, penumpang, aku tak sure boleh rasa ke tak. Hahaha. Okay
stop..!
Sumpah. Aku mengaku,
aku susah nak habiskan bacaan aku pada entry ini. Lima perenggan awal, aku boleh lagi berlagak tenang, masuk perenggan seterusnya aku
mula gelabah. Panas satu muka, dan sebelum terbakar, sepantas kilat aku KLIK
button pangkah. Dan sumpah juga, dalam cerita entry ini tiada kena mengena
dengan aku langsung. Yea..walaupun sekelumit, langsung tiada..!
Selepas bacaan awal, aku cuma sempat baca sedikit je lepas lima
perenggan awal. Dan segala apa yang aku baca, buat aku kembali rasa apa yang
aku pernah rasa. Buat aku teringat tentang perkara yang aku cuba lupuskan.
Sekali gus mengingatkan aku pada KAMU yang pernah aku ada dalam hidup aku suatu
ketika dulu. Dan sekarang, aku sudah berhenti berharap. Aku mungkin bisa
maafkan kamu, tapi untuk kenal KAMU buat kali kedua, tidakk..aku tidak mahu.
Cukup-cukuplah.
Bulan pernah kata, tiada istilah ‘Bahagia dia, bahagialah
kita’. Kata bulan lagi, ‘mulut hanya bisa ungkapkan, tapi segala pahit perih,
hanya hati yang rasa’. Jadi tepuk hati, ajarlah mulut ungkapkan pekara sebenar.
<-hancor pepatah aku beb..!HAhaha.
Bintang juga pernah kata, ‘jangan dilayan sangat perasaan
sedih, past is past. Pandang depan dan jalan.’ Walaupun sudah mampu berdiri
diatas kaki sendiri, tapi aku belum bisa melangkah, sebab hati aku terlalu
beku, sangat dan tersangat beku. Jadi, aku selesa berada dimana aku berada. Cuma
kekadang orang je yang selesa dengan kedudukan aku..Grrr..!
Akhir kata, maaf aku tak bererti aku bisa hadap KAMU....!
Sampai sini je ehh…
Aku okay jeee...hehehe ^_^
Aku okay jeee...hehehe ^_^
Kata Hati: Yupp..hanya DIA dan kita saja tahu kehendak diri
kita..!
.
Mood :
Aku Maafkan Kamu,
HANYA AKU,
JIWA AKU,
Kenangan,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
SANTAI,
SAYANG KAMU
Khamis, 20 Jun 2013
Terkaitnya Entry Dot.Dot.Dot
Assalamualaikum.
PERHATIAN :
ENTRY INI TIADA KENA MENGENA ANTARA AKU DAN
NOVEL. TAPI PENCERAHAN TENTANG ENTRY INI.
Terang. Jelas. Dan tak perlu pencerahan lagi tetang wujudnya
entry ini. Semuanya gara-gara entry PENYELIDIKAN isnin lepas. Sumpah, geleng
kepala aku baca komen kalian. Yelah, budak hingusan macam aku ni nak JADI
PENULIS NOVEL..? Perghhh…memang tak laaa kann…!
Tengok, Mama JJ siap nak minta sign lagi ni. Adoiiyaii..! Serius Nur tak henti gelak tau baca komen Mama JJ tu. Ummi Irfan pula, bersungguh teruja bila dia fikir aku betul-betul nak buat novel ni.Lepas tu, bila ada ayat “TIPU”, Ummi Irfan boleh pulak tak percaya. Siap suruh aku ngaku lagi ni. Hahaha.
Deqla pulak, punya imaginasi lagilah tinggi, sampai nak diadaptasi nih..! Punyalah dia malas nak baca novel. Hahaha. Mama Mia pula kata Nur ada bakat. Err..Tang mana pula bakat Nur kak. Nur bakat tidur adalah kak. Hahaha. Lorrr..Mana ada duk karang novel Ayu. Nur buat kerja la. Kerja kepuasan diri sendiri. Dan untuk CikSue, Sumpah ianya tak ada kaitan pun dengan novel. Percayalah..!
Dan ada yang tanya, aku pernah tak buat novel..? Okay, untuk soalan tu, sejujurnya aku langsung tidak pernah keluarkan
apa-apa novel pun. Baik dipasaran mahupun dalam penulisan online ni. Tapi,
pernah suatu ketika dulu, aku hampir-hampit terjebak dalam sebuah laman yang
sudi memberi peluang dan ruang buat aku menghasilkan E-Novel. Sayangnya, pada
waktu tu, aku langsung tak yakin dengan karya aku sendiri. Jadi aku tak terima
tawaran tu.
Tipulah kalau aku kata, aku tak teringin nak hasilkan novel.
Pernah terfikir, pernah berangan, pernah menggarap cerita untuk dijadikan
novel. Tapi semua tu angan-angan je. Aku tak yakin, dan tak confident dengan
diri sendiri. Lagipun untuk hasilkan sebuah novel ni, kita perlu banyak idea
yang tak tercurah banyaknya. Tapi aku ada jumpa satu novel yang penulisnya ala-ala nama aku. Novel berjudul "SI MATA BUNDAR" hasil karya Amany. Ejaan lain, tapi sebutan sama. Dan yang pastinya BUKAN AKU laa. Nak tengok? Niii diaaa...
Yea..jujur aku akui adalah budak sastera dan seni di sekolah
dulu. Tapi tak bermakna aku boleh hasilkan karya yang terbaik. Tidakk…!
Dan seandainya, ada rezeki ada peluang untuk aku hasilkan
sebuah novel, kononyalahhh…! Aku tak akan bercerita dalam ni kot. Dann..aku tak akan
guna nama sendiri sebagai nama pena, TAK AKAN..!
Kenapa..? Aku kan pemaluu…huwhuwhuw. =_=”
Kata Hati : Percayalah, penyelidikan aku tu tak ada kena
mengena dengan sebuah novel. Sekian.
.
Mood :
CEPUK CEMAS,
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA,
KINI DAKU,
PENCERAHAN,
PENULIS NOVEL,
SANTAI,
SOAL DAN JAWAB
Isnin, 17 Jun 2013
Kisah Aku Dan Dot.Dot.Dot
Assalamualaikum.
Arghhh…! <- mukadimah dengan
mengeliat. Senonoh tak? Hahaha.
PERHATIAN:
ENTRY INI TIADA KAITAN ANTARA HIDUP DAN MATI. CUMA
TERKAITNYA KISAH ANTARA AKU DAN DIA.
Pertama, tolong abaikan tajuk yang macam hape tu...! Mati idea aku tak tahu nak letak tajuk apa. Hahaha.
Okay, mungkin ramai yang tak tahu,
sejak dua minggu lepas, aku sedikit sibuk. Sibuk kali ni dah tak ada kena
mengena dengan HANTARAN dah. Tapi sibuk ni berkenaan dengan "MISI PENYELIDIKAN" kononnya laaa... Walaupun aku sedikit sibuk, tapi aku sempat jugaklah blogwalking macam
biasa. Macam mana boleh sempat blogwalking? Sebab bahan-bahan sumber utama untuk aku mendapatkan segala isi maklumat tu kena menggunakan khidmat pakcik google. Hehehe.
Dan sekarang ni, Alhamdulillah, nak kata free, tak jugak. Sebab aku masih lagi meneruskan penyelidikkan tu. Tapi apa yang pasti kerja aku HAMPIR selesai. Aku memang pulun betul-betul dengan apa yang aku buat. Lepas
je habis drama Teduhan Kasih (Tak sangka aku terjebak dengan drama ni..), aku
akan berkurung dalam bilik. Usai magrib sementara nak masuk isyak orang lain
baca Alquran, tapi aku hadap lappy. Mak abah bising jugaklah, tapi aku ni
degil. Aku hadap jugak sampai kadang-kadang aku sendiri tertidur depan lappy. Tak
cukup lappy, sekali dengan phone aku on jugak tahu!. Kiranya dua minggu lalu,
aku memang habiskan banyak masa aku dalam bilik je. (Ehh…sebelum ni pun memang macam tu kan..!)
Bila terjaga dari tidur je terus
hadap lappy balik. Al-maklumlah lappy hujung kaki je. Sebab apa hujung kaki?
Sebab aku letak lappy hujung katil macam dalam gambar di atas. Kehkehkeh.
Setakat ni, tak pernah jatuh lagi la lappy aku tu. Nampak tak
punyalah bersemangatnya aku nak siapkan kerja aku tu. Rasa-rasa aku jemu atau hampir-hampir
putus asa, aku berhenti kejap. Aku blogwalking. Rasa macam idea datang, aku
sambung balik. Macam inilah rutin aku sejak dua minggu yang lalu.
Status usaha aku sekarang
ni, boleh nak dikatakan tahap yang membanggakan. Sebab ianya hampir siap dengan
cukup sempurna. Bila dah berada ditahap “MEMBANGGAKAN”
aku tetiba terfikir sesuatu. Sesuatu yang aku tak boleh betulkan balik. Yelah,
kalau time study dulu aku bersungguh macam sekarang ni, tak mustahilkan aku
mungkin boleh jadi pelajar terbaik.
MUNGKIN. Malangnya kita tak boleh undurkan masa dah. Nak meyesal pun dah tak guna. Sebab itu
wujudnya pepatah “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna” Betulkan ayat ni..?
Jadi, berbalik pada kajian aku
tu. Bila dah hampir selesai macam ni, sedikit sebanyak aku memang puas hati,
walaupun sebelum selesai tu banyak jugaklah rintangan dan halangan yang ada.
Biasalah sebelum berjaya tentulah ada liku-likukan. Dan aku akui, bila mana
manisnya sudah aku kecapi kini, tapi rasa kelat pahit itu masih ada. Ya…masih
ada, sebab apa yang HASIL YANG AKU
MILIKI TAK SAMA DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN.
Apa yang aku harapkan..? Duit..?
Emas permata..?
Tidakk…Cuma satu, iaitu KEPUASAN. Ya…! KEPUASAN untuk diri aku sendiri.
Kesimpulannya untuk entry aku
ni, aku Cuma mahu ingatkan pada mereka diluar sana yang masih study, mohon
study sungguh-sungguh. Berikan yang terbaik, mungkin kita tak nampak hasilnya
sekarang, tapi satu hari nanti, Saya yakin, segala usaha kalian pasti berbaloi.
Istimewanya buat awak Bintang..Percayalah..!
Kata Hati : Nantikan kemunculan Novel sulung
aku dipasaran. Hehehe. Okay, aku TIPU..! =_=
.
Khamis, 6 Jun 2013
K.E.I.N.G.I.N.A.N
Baru-baru ni, aku send mesej dekat salah seorang kenalan maya. Dan tetiba hari ni rasa nak buat entry mengenai apa yang aku mesej tu. Kiranya entry ni, entry spontan laaa. SPONTAN..!
Serius spontan sebab bila je teringat apa yang aku mesej tu, aku cepat-cepat buka lappy.
Bukan apa, takut lupaa..hehehe.
Mesej yang aku hantar dekat member tu sebenarnya adalah
keinginan aku ingin memiliki sesuatu. Ya..! Sesuatu. Sesuatu yang sangat sukar
untuk dimiliki oleh orang yang seperti aku. Err..sebelum tu, jangan di tanyalah
apa yang aku nak sangat tu, sebab aku tak rasa nak share dekat sini. Entry ni
pun sekadar luahan hati yang terbuku.
Dan sebenarnya juga, aku tahu apa jawapan kalian kalau aku
beritahu apa keinginan aku tu. Selain dapat jawapan yang sama dari kalian, tak
pasal nanti kalian kata aku GILA. Hahaha. Jadi lebih baik aku jangan share
dekat sini. Bukan tak nak share, tapi GILA ke hape kalau aku share kat sini. HAHAHA.
Ehh..tapikan, seriuslah aku teringin. Kalaulah apa yang aku
nak ni boleh beli dekat mana-mana tanpa syarat mahupun sebarang masalah,
walaupun mahal macam mana sekalipun, insyaAllah aku akan tetap cuba memiliki
tau…! Tapi sayangnya apa yang aku nak tak ada jual di mana-mana. Kalau ada pun
syaratnya terlalu ketat. Ya..Terlalu leceh..!
Ermm..nampaknya aku kena ikut produser betul-betullah kalau
nak apa yang aku inginkan tu. Tapi itulah, entah bila aku pun tak tahu. Aku
cuba mampu berdoa padaNYA agar dimurahkan rezeki aku untuk capai apa yang aku
inginkan. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR…
P/s : BERKEINGINAN sesuatu yang masih BELUM MAMPU untuk aku MILIKI.... T_T
Kata Hati : Link blog ni, atas makna nama aku sebenarnya... ^_^
.
Mood :
Bebel,
Cahayacita2,
HANYA AKU,
Keinginan,
KEINGINAN GILA,
KERJA GILA,
Nur Amani,
SANTAI
Isnin, 13 Mei 2013
Errr..Sampai Ke?
Ehsan Pakcik Google
Assalamualaikum.
Kisah ini terjadi bulan lepas. Aku keluar dengan mak dan adik.
Mencari makanan untuk Si Jebek. Sian jebek, tuan dia makan sedap-sedap. Tapi
dia di anak tirikan oleh tuan dia sendiri. Dasar tuan pemalas gitulah. Nasib jebeklah.
Oh ye..! Jebek tu, ikan kelisa peliharaan adik aku. Kalau kalian nak tahu rupa
sebenar jebek, cuba kalian jebekkan muka kalian, cubalah…! Haa..lebih kurang macam tu lah muka si jebek. Hahaha.
Macam biasa, kalau dengan Abang Ngah, memang aku kena
drivelah, sebab dia ni malas sikit nak drive. Tapi kalau dengan adik sorang lagi tu, tak payah suruh, memang dia nak drive. Nak dijadikan cerita, tengah
menunggu lampu isyarat merah bertukar hijau, adalah sebuah motosikal berhenti
di sebelah kereta aku. Penunggangnya lelaki.
Tapi aku tak tertarik pada penunggangnya, aku cuma tertarik
dengan motosikal tu. Motor tu sebijik macam dekat gambar di atas. Smart weii..! Kaler hitam lagi. Aku tengok
kira berkenan habislah. Aku pun
cepat-cepat suruh mak tengok motor yang betul-betul ada sebelah kanan aku.
Aku ni dah lama teringin nak bawa motosikal yang besar-besar
tau. Tapi belum ada kesempatan lagi. Tak tahu nak cekau siapa punya motosikal. Hahaha.
Petang tu, entah macam mana, aku ringan
mulut pula bagitahu mak yang aku teringin nak bawa motor macam tu. Sementara
tu, aku dah nampak dah adik dekat sebelah duk senyum-senyum. Emak pula, duk pot-pet-pot-pet marah sebab aku ni kan
perempuan. Jadi kata mak
“Rentikan laaa...Ingat sikit kamu tu perempuan”.
Aku cakap apa salahnya, bukan buat apapun, naik motor je pun kan. Lagipun aku dah lamalah teringin nak bawa motosikal berkuasa tinggi ni. Dan tiba-tiba terdengar sebaris ayat dari mulut adik, yang buat aku sentap 300saat….
“Masalahnya kaklong, kaki kamu tu sampai ke..??”
Perghh…!!! Pedih ulu hati dengar tahu. Adik aku ni pendiam
orangnya, tapi sekali bersuara, rasa nak bagi penumbuk bersilang..!
Err..Sekian...!
Kata Hati : Aku rasa
sampai je kaki aku kalau naik motor tu… -_-"
.
Mood :
KERJA GILA,
Motosikal Berkuasa Tinggi
Jumaat, 29 Mac 2013
Parah

Okay, malas nak intro bagai, nak ajak kalian terus faham
kenapa tajuk entry ni begitu PARAH.
Okay, pertama nak tanya ni, mohon jawab dengan jujur yea.
Siapa yang sekarang ni gila shopping online..? sila angkat kening ^_^
Ohhmaii..! sumpah aku tak nampak, tapi rasanya ramai kot
yang gila shopping online kan. Dan diantara ramai-ramai tu, akulah salah
seorangnya. Tak mohon percaya pun kalian tentu percayakan..!
Aku berjinak-jinak dengan shopping online ni dah lama dah.
Apa yang buat aku KETAGIHAN untuk shopping online ni, mungkin sebab aku TAK PERNAH ditipu.
Kalau DITIPU rasanya tak terjebak dah laa.
Shopping online ni, nak kata harga
murah tu tak la. Sebab kalau nak banding di luar, kita boleh dapat harga yang lebih
murah tau. Shopping online, automatik akan jadi mahal bila campur dengan kos
penghantaran.
Tapi semua tu tak jadi masalah, sebab bila shopping online,
barang terus kerumah. Kita tak perlu susah payah nak keluar, nak cari parking
dan sebagainyalah. Cuma klik-klik, ketuk-ketuk papan kekunci sikit, printscreen apa
yang patut, dah selesai. Dua tiga hari sampailah barang tu kat rumah.
Jadi, apa kaitannya PARAH dengan shopping online?
Err..tak nampak ke…? Kalau sampai dah tahap KETAGIHAN yang
melampau, tak ke PARAH namanya tu..? Yela, makin hari makin susut tau duit
dalam akaun. Walaupun tak keluar cash, tapi bisa jadi heart attack tau bila ada
depan mesin ATM. Eee…Memang PARAH..!
Waktu tu, mulalah monolog dengan diri sendiri. Betapa PARAH
dan ralatnya rasa bila seronok sangat membeli belah. Tapi nak menyesalpun tak guna dah kan. Maka tukarkan
je la PARAH tu ke pasrah..!
Wujudnya entry
ini untuk diri sendiri sebenarnya. Kalau
kalian rasa entry ini dapat memberi kesan pada kalian, Alhamdulillah. Secara
tak langsung aku dapat motivate pada kalian yang memerlukan. Kalau entry ni tak
beri kesan pada kalian, itu betul-betul PARAH tu..! Hahaha.
Dan sebenarnya juga, dalam entry ni, aku juga nak kabo, yang
aku dah kurang shopping online ni. Sebelum keadaan bertukar bertambah PARAH,
lebih baik kita cegahkan. Jika diteruskan juga tabiat tu, aku rasa bukan
setakat PARAH..malah TERJELEPOIH terus kot..!
Jadi untuk elakkan keadaan jadi lebih PARAH,PARAH dan PARAH
lebih baik aku stop gejala yang memPARAHkan diri aku ni. Bukan untuk orang
lain, tapi untuk diri sendiri, ingat untuk diri sendiri..!
Oleh itu aku akan cuba kawal nafsu, kena ingat bila poket
PARAH, akaun PARAH sakit oo….! Jadi kena kawal nafsu…..insyaAllah boleh..! Caiyokk…!
hehehe.
Jadi PARAH…boleh blah rrr….!
Kata Hati : Parah..parah…aku cedera parahhh….! <-- Ingat
tak dialog dalam cerita apa..? Hahaha
.
Mood :
KERJA GILA
Selasa, 5 Mac 2013
Lebih Kurang

Sorotan dari kisah ORANG MINYAK NAIK MINYAK. Rupanya ada
juga yang pernah terkenakan. Memang agak venganglah dengan situasi tu. Dan sampai
sekarang, aku masih tidak singgah ke stesen minyak tu. Sanggup ni pergi jauh
sikit dari rumah. :p
Dan sebenarnya, benda benda macam ni bukan pertama kali tau
aku kena. Dah banyak kali, tapi lain-lain lokasi dan tidaklah dekat stesen
minyak je. Kalau dulu mungkin aku diam je, tapi sekarang ni rasa macam HAK kita
untuk tegur mana yang kita tak puas hati. Jadi aku nak cerita lagi dua pengalaman aku di sini....
Lokasi Tesco Taiping :
Tiap hujung bulan, aku pasti bawa mak shoping barang dapur dekat tesco. Memang tak ada tempat lain selain tesco. Kejadian ni jadi sewaktu di kaunter bayaran. Selesai je letak semua barang ke atas kaunter, proses scan harga pun berlaku. Yang aku geram cashier tu boleh pulak main campak-campak barang yang ada tu. Sakit hati aku tengok. Muka cashier tu jangan cakaplah, senyum pun tidak. Wehh, hati mana tak bengang. Sesedap rasa dia campak barang.
Aku tak mati akal, aku tak tegur deret, tapi aku balas
dengan perbuatan aku. Dengan cara, Menghempas beras 10kg ke lantai kaunter sebanyak 2 kali. Bergegar kaunter tu. Mak dah
mula renung tajam arah aku. Sambil mak tanya kenapa aku buat macam tu. Jawapan aku..
“Jangan ingat dia je boleh hempas barang, kaklong pun boleh
hempas barang jugak”
Huh…kaku terus perempuan tu. Terus senyum serba salah. Barulah
nak manis muka. Hamikk…! Dan lepas selesai aku ingat mak nak marah aku tau, rupanya mak pun
sokong apa yang aku buat. Haha…
Lokasi Tesco Ipoh :
Kes ni pun jadi nak bayar barang jugak. Waktu ni aku dengan
pakcik aku. Dia beli pencuci muka. Okay, depan kami waktu tu memang ada
customer. Lepas customer tu selesai buat pembayaran, dia pun beredar. Tiba turn
pakcik aku, boleh pulak cashier lelaki tu buat kerja lain.
Cari apatah bawah
kaunter tu. Aku usha muka pakcik, dah mula boring. Aku tanya pakcik, ade minta
apa-apa ke dekat cashier tu? Pakcik aku cuma geleng. Aku dah mula merungut. Tapi pakcik aku
cakap tunggu sikit lagi.
Rasanya dekat 10minit kot kami tercegat depan tu. Tapi lelaki
tu tetap buat tak tahu. Dan aku sepantas kilat amik pencuci muka yang ada atas
kaunter terus hempas sekuat mungkin. Sambil
cakap..
“Heh…! Berapa lama nak tunggu ni? tak nak duit ke?”
Barulah lelaki tu terhegeh-hegeh nak scan. Sementara dia
nak bagi duit baki, aku sempat cakap.
“Lain kali nak buat kerja betul-betul”
Dia usha aku pelikkk je..Lantaklaa. Lepas tu pakcik aku
boleh kecoh dekat mak aku kata aku mengamuk dekat kaunter. Haha..!
Ada lagi sebenarnya, tapi malas dah nak taip
panjang-panjang. Sebab rasanya ni pun dah cukup panjang dah. Jadi, rasanya
layanan terbaik dari mereka itu HAK kitakan….
Ke ada lagi yang pernah kena teruk dari aku….?
Ce kabo..ce kabo…Heee.. :D
Kata Hati : Aku pernah juga jadi cashier, memang penat tapi still senyum..
.
Kata Hati : Aku pernah juga jadi cashier, memang penat tapi still senyum..
.
Mood :
KERJA GILA,
SANTAI
Isnin, 25 Februari 2013
Lepas Botol Balang Pula

Entry yang kalian baca ni, ada kaitannya dengan entry INI
tau. Jadi sesiapa yang baca entry ni tapi masih blur-blur, kalian di nasihatkan
baca entry INI dulu. Kalau tak nak pun tak apa, aku tak paksa, okay.
Mama Lela ada tanya, kenapa tak teruskan saja hobi tu. Sebenarnya, niat
hati tu memanglah nak teruskan. Botol-botol kosong pun banyak kat rumah ni.
Tapi Nur lupa diri lepas dapat motor sebiji…Heeee…..! dah tak lalu jalan tu
dah…jadi susah sikitlah nak kekalkan hobi tu.
Tapi dalam hati ni, Tuhan saja yang tahu, betapa rindunya
aktiviti tu. Nampak tak dalam gambar diatas? Ada dua botol yang bakal di campak. Dah lama aku siapkan, tapi belum berkesempatan lagi nak campak. Nanti nak usha-usha sungai dulu. Hehehehe.
Dan ramai jugalah yang
kata hobi itu memang pelikkannn….selalu kita tengok dalam drama-drama je. Dan
sekarang ni kalian jumpa orang yang betul-betul lakukan di alam reatili. Encik Harry Potter ada tanya, bagaimana reaction orang yang jumpa botol tu. Err...entahlah...mungkin melting atau mungkin menyampah kott. Hahaha.
Dalam entry INI juga, sebenarnya aku lupa nak selitkan satu
cerita lagi. Hobi pelik aku tu, hanya sorang kawan aku je yang tahu. Walaupun
dia tahu, tapi dia tak pernah tahu apa yang aku titipkan dalam botol tu.
Kiranya rahsia itu hanya aku dan Tuhan je yang tahu. tapi kalau kalian tanya
aku sekarang ni, maaflah ye… aku lupa apa yang aku tulis…heeee…. :p
Selain campak botol dalam sungai, aku pernah buat satu lagi
pekara tau. Cara yang aku buat ni, Nisa pun pernah buat tau. Kali ini tak melibatkan botol, Cuma melibatkan balang plastik,
kertas majalah, pen dan kertas putih. Macam biasa, balang dijadikan bekas untuk
melindungi kertas putih yang mengandungi rahsia. Manakala, kertas majalah pula
dijadikan bintang-bintang kecil.
Gigih aku siapkan bintang-bintang kecil tau. semata-mata nak
penuhkan dalam balang tu. Bila dah penuh, aku tulis apa yang aku rasa dalam
satu kertas. Kebetulan kawan aku ni tahu, jadi dia pun tumpang sekaki luahan
rasa dia dalam balang tu. Dengan syarat kami tak boleh baca apa yang kami
tulis. Kiranya balang tu ada dua rahsia laa.
Bila siap, aku dengan dia pergi tanam balang tu di bawah
pokok besar tepi sungai. Mencabar jugalah kerja ni, sebab kami korek guna
tangan je. Habis kotor semua. Bila dah agak-agak dalam, kami saling
berpandangan dan senyum. Adehh..aku memang tak boleh lupa ayat kawan ni aku.
sambil duk tanam balang tu mulut dia pot..pet..pot..pet..Cuma ayat yang aku
ingat
“Best juga buat keja gila ni kan.
Sebab hang, tak pasai-pasai aku terjebak sama”
PAP…! Sekali melekat
cop mohor lima jari aku berdakwatkan tanah dekat tudung dia. Haa..kata aku
lagikan…padan muka dia. Dah selesai semua, kami bincang, balang tu akan di korek balik
pada tarikh yang sama kami tanam, tapi tahun hadapan. Dan kami juga dah bincang, bila korek nanti
kami kena tukar kertas dan kena baca kuat-kuat.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Setahun berlalu,
seperti mana yang telah dijanjikan dengan semangatlah kami pergi ke tempat tu. Tapi
sebaik saja sampai tempat tu
masing-masing kaku. Bukan apa, malas kot nak korek balik. Dalam jugak kami
tanam hari tu.
Setelah perbincangan selesai, kawan aku buat kata putus, tak
mahu korek apa yang telah kami tanam. Biarkan segala segala rahsia tanam buat
selama-lamanya…mungkin..! Tapikan, aku nak korek. Sebab aku nak tahu apa
yang dia tulis. Dia pujuk aku dengan macam-macam alasan. Dan aku mula syak
yang dia ada tulis sesuatu yang betul-betul terlahir dari hati dia. Mungkin dia
malu…heee…
Aku pernah beritahu kawan aku, diantara kami, kalau sesiapa
terasa nak korek balang tu, koreklah. Tapi janji kena beritahu. Jangan
senyap-senyap. Sekarang ni, aku tengok
pokok tu masih teguh hidup di situ. Bangku batu je yang dah tak ada. Aku nak
pergi korek sendiri takutt..hihih..Jadi, biarlah balang tu di situ selama mana
aku rasa nak biar.
Sekian…
Kata Hati : Dua botol dalam gambar diatas tu dah lama siap. Cuma yang penutup warna kelabu tu aku takut nak lemparkan. Sebab luahan yang terkandung dalam tu sangat-sangat-sangat jujur.
Jadi, aku fikir sekiranya ada orang yang jumpa tu seorang blogger. Dan tentu-tentu dia tahu botol tu milik aku. Malu kottt weiii...!
Sebab tu aku buat keputusan simpan dulu. Samada aku akan campak atau tidak, aku sendiri tak pasti. Sebab aku langsung tak ada keberanian... =_="
.
Mood :
HANYA AKU,
JIWA AKU,
KERJA GILA
Khamis, 21 Februari 2013
Orang Minyak Naik Minyak

Sebelum turun, aku intai siapa yang jaga bahagian
kuanter. Bila Nampak kelibat mamat yang
sombong gaban tu, aku nyaris nak batalkan hasrat nak isi minyak. Tapi memandangkan
isyarat merah sudah pun kelip-kelip minta disuapkan minyak. Terpaksalah isi
juga.
Aku : Pump tiga, full tank ye..*sambil hulur sekeping duit
rm50.
Orang minyak : Mana..mana..? *tercangak-cangak macam orang
buta.
Aku : Pump tiga tu. Nampak tak? *sambil iya-iya tunjuk ke arah kereta.
Orang Minyak : Hurmm..*dalam nada kasar.
Sekembalinya ke kereta, kadar segera aku angkat pump minyak
tu, dan sumbat terus ke tangki. Dua tiga kali jugalah aku picit tapi meter tu tetap tak bergerak.
Tiba-tiba kedengaran suara dari pembesar suara “KAKAK yang baju belang-belang, tolong letak
balik pump tu. Di ulang tolong letak balik pump tu”
Belang-belang? Eh..akulah tu…! KAKAK dia panggil aku? Memang
cari pasal..! Dah la lembab gaban..! Grrrr…..! Aku intai ke arah kaunter cermin dari
tempat aku berdiri, masam mencuka muka orang minyak tu sambil buat isyarat
supaya pump diletakkan kembali ke tempat asalnya. Bila aku intai sekali lagi, tanda isyarat bagus di tunjukan
pada aku. Makanya dah boleh mulakan isian.
“Lain kali bawa-bawa bersabar ye Kakak..” Suara orang minyak
itu lagi kedengaran dipembesar suara. Mata-mata yang ada terus pandang pelik tepat ke arah aku.
Weii..bikin panaslah dia ni…! Grrr…..!
Selesai isian di buat, aku gerak perlahan nak ambik baki. Mata
aku tertumpu pada lelaki di sebalik cermin itu. Kecik besar..kecik besar je aku
tengok. Bila aku berdiri pada tembok batu, sedia lihat, duit baki sudah tersedia diasingkan.
Orang minyak : Kakak kena belajar bawa-bawa bersabar tau
lepas ni. *sambil ketawa kecil.
Aku : Hurmm..tak sangka pula jadi lembab macam ni. *muka aku
memang tarak senyum..!
Orang minyak : Lain kali cakap kuat sikit pump mana. *Nada
tinggi, tapi lembut.
Aku : Kan saya dah cakap tadi, Pump 3..pump 3..! PAKCIK tak
dengar ke..??
Orang minyak : Terkedu *semua yang ada di situ mula tahan gelak. Saya
dengar pump lima!
Aku : Itulah PAKCIK, lain kali kalau dah tahu PEKAK, jangan
duduk sini…! *amik duit dan berlalu pergi sebelum dia maki aku…huaaaa….!
Sekali aku toleh, orang minyak tu masih tengok aku macam singa
lapar. Hahaha….
Serius weh, aku memang dah taram lama dengan mamat tu. Memang
suka cari pasal. Dia jarang ada. Tapi kalau ada sombongnya macam hapeee jee..! Harap kacak je...tapi muka memang tak pernah senyum. Siapa suruh
cari pasal.... kan dah kena…! Hahahaha…
Kata Hati : Aku tak nak dah isi minyak dekat situ kot...! hahaha... :p
.
Mood :
KERJA GILA
Langgan:
Catatan (Atom)



























