Kalau di Indonesia, mereka panggil Pemilihan Wali Rakyat.
Tapi Di Malaysia, kita panggil PILIHAN RAYA.
Bila sebut Pilihan Raya, rata-rata dah tahukan. Ahad ini, 5 Mei 2013 persamaan dengan 24
Jamadil Akhir 1434H hari pembuangan undi bagi semua rakyat Malaysia yang layak. Rasanya ramai blogger yang dan keluarkan entry detail-detail
mengenai PILIHAN RAYA KE 13 ni kan.
Untuk entry aku kali ni, bukanlah entry berunsurkan politik
ye. Berunsurkan poligami lagilah bukan.
Cuma sekadar ingin mengucap selamat mengundi buat para pengundi. InsyaAllah umur
panjang, tahun ni buat pertama kalinya aku mengundi. Al-maklumlah, tahun lepas
baru cukup 21. Hahaha.
Di tempat aku, wakil Parlimen dan Adun yang bertanding cuma dua parti
sahaja. Jadi kawasan perumahan dan sama waktu dengannya memang penuhlah bendera
lambang DACING dan juga BULAN. Dan bagi calon kedua-dua parti ni, aku cuma kenal sorang je. Itupun sebab adik iparnya pernah menjadi Kawan Baik aku suatu
masa dulu. Yang sorang lagi tu, aku tak berapa nak kenal. Kalau kenalpun sebab
tengok poster yang berlambak-lambak tergantung.
Perasaan aku..? Teruja tu adalah sikit-sikit. Biasalah benda
pertama kali dalam sejarah nak pergi mengundi ni. Tapi aku lebih teruja lagi
nak tengok gelagat-gelagat peraih undi yang pasti akan mengamatkan lagi
suasana. Baik dari pihak Kerajaan mahu pun Pembangkang, masing-masing ada cara
tersendiri. Yang lain-lain aku tak berapa teruja sangat.
Jadi, sesiapa yang boleh mengundi tu, selamat mengundi
diucapkan. Pilihan di tangan kita. Dan undi anda adalah rahsia. Mari sama-sama
kita jalankan tanggungjawab kita bersama. Eceehh..!
Oh yea…Jangan lupa bawa Kad Pengenalan ye..!
Kata Hati : Selamat memilih Wali Rakyat…..
.






