Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat Hari Raya. Papar semua catatan

Khamis, 31 Julai 2014

Riang Ria Aidilfitri 1435H






SELAMAT HARI RAYA AIDILITRI 1435H

MOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA EMPUNYA BLOG NI (NUR) ADA SALAH DAN SILAP DENGAN KALIAN SEMUA YEA!


INSYAALLAH, PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI DI LAIN ENTRY..!

Heeeee..! (^_^)V


Kata Hati : Mood Raya..!
.

Isnin, 14 Oktober 2013

Salam Aidil Adha 1434H





Assalamualaikum..

Disebabkan kekangan masa, jadi entry ni pendek je.

Jika panjang umur dan Allah masih sudi beri kita kesempatan untuk terus bernafas di muka bumiNya ni, InsyaAllah, esok seluruh umat islan di duniaNya ini akan menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H.

Jadi atas kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Salam Aidil Adha buat semua yang tak jemu berkunjung ke teratak ni. Dan selamat menjalani ibadah korban pada mereka yang terlibat. Tak lupa juga doa buat mereka yang berada ditanah suci, moga beroleh Haji Makbur hendakNya..insyaAllah…

Mana yang tak balik raya kat kampung tu jangan sedih-sedih yea. Ada masa jemputlah kerumah..Hehehe.
Akhir kata, kita jumpa dilain entry… InsyaAllah..!

Selamat Hari Raya Aidil Adha...!!



Kata Hati : Selamat berpuasa buat anda yang berpuasa...!

.

Isnin, 19 Ogos 2013

Aidilfitri 1434H





Assalamualaikum.

Harap semuanya dalam keadaan sihat-sihat belakalah hendakNya yea. Lama beno rasanya tak menaip, terkaku sekejap jari jemari dibuatnya. Almaklumlah, bila cuti lelama ni penyakit M mula naik tahta. Sekarang ni, mengkome mood raya lagi ke? Kalau masih mood raya, hebat bebenolah kome ni. Hehehe.

Okay, malas bebel panjang. Entry ni cuma nak bercerita ringkas pasal Aidilfitri 1434H baru-baru ni.
Kalau sebelum ni, baik dalam ni ataupun diruangan komen blog kalian, mesti aku ada cakapkan, mood raya aku belum datang. Dan percaya atau tidak, rabu, 7hb tu, masa dalam perjalanan pulang ke kampung pun mood aku ketika tu masih zero.

Dan sepanjang perjalanan, dalam fikiran aku duk berteka-teki harap-harap line phone adalah. Sebab malam tu aku nak buat perkara yang sama dekat someone seperti mana aku buat bulan lepas. Sekali sampai kampung, hancuss punah ranah harapan aku..! Coverage bukan lagi E tapi dah G…! Aiyokkk..

Ketiga-tiga phone aku naik turun tau bar dia. Haisssshhhh…! Makanya keberadaan aku di kampung dah jadi sebijik macam dalam iklan raya Maxis tu. Siang-siang aku main masak-masak. Malam – malam aku main mercun thunder clap. Hahaha.

Bila dah sampai kampung, mood raya still tak ada. Entah ngape terok beno aku tahun ni. Aku sendiri pun blur. Kenapa mood aku macam tu. Konon-konon bila dengar pengumuman raya, mungkin mood raya datang kot. Sekali aku terlepas daaa… semua gara-gara terleka main mercun kat luar. Hampehh..!

1 Syawal 1434H. tak salah aku seawal 6 pagi kot aku dah bersin hampir 100 kali. Tak pasal aku kena flu tiba-tiba.  Mood raya baru nak datang terus lari lintang pukang bila kena flu. Di sebabkan flu yang terlalu teruk tahun ni aku tak ke masjid pun. Lepas bermaaf-maafan dan peluk cium dipagi raya, kami semua makan-makan sikit. Lepas makan terus pergi kubur atok dan opah. Balik dari kubur terus pergi beraya .

Otw nak pergi beraya inilah baru aku terasa macam hari raya. 6 biji kereta konvoi ramai-ramai singgah rumah saudara mara. Bila dah berkumpul ramai-ramai, macam-macam cerita ada, gelak-gelak dan bergurau senda. Aku, memang tak boleh lari dari soalan cepuk cemas. Dalam keadaan tak sihat, aku Cuma jawab dengan senyuman ajelah..!

Paling syok bila masih ada yang sudi hulur duit raya pada aku. Mungkin orang tengok aku macam bebudak gamaknya.  Almaklumlah adik-adik sedara semua tinggi-tinggi belaka dari aku. Jadi tak hairanlah kenapa aku juga dapat duit raya. Kehkehkeh.

Sampai kepetang jugalah kami beraya. Lepas asar terus balik rumah atok. Letih jangan cakaplah. Ada yang terlena sampai ke magrib. Tapi aku dengan adik-adik lebih suka bakar daun-daun kering dekat luar. Best oo main api…! Kalau dekat rumah aku tak ada tempat nak main api. Jadi bila balik kampung jadi jakun sikitlah..Hahahah.

Malam pulak, lepas semua orang dah lena. Aku dengan dua orang adik aku keluar ke pekan. Kononnya nak cari burger. Tapi manalah ada orang nak jual raya-raya ni. Cuma yang hairannya kedai makan banyaklah. Last-last kitorang lajak terus ke Langkap. Singgah kepsi, beli zinger burger. Tudiaaa…punyalah melantak. Dekat pukul 1 jugaklah sampai rumah. Hahaha.

Errkk..ini jelah cerita raya aku yang tak seberapa. Bila dah masuk raya kedua, ketiga dan seterusnya. Aku tengok ramainya kawan-kawan upload gambar raya. Jeless betul aku rasa. Mana gambar raya aku? Err..percaya tak satu pun tak ada.. aku duk usung tisu je sepanjang hari tu.. Tak gagah aku nak usung phone… Hahaha



Kata Hati : Rugi pulak tak ada pic raya…Hurmmm… -_-
.