Sabtu, 14 April 2012

.:: Perlu Ke...? ::.





Santai sabtu. Sabtu dah kan. Kejap je masa berlalu.

Siap yang minat cerita Hindustan tu pasti tertunggu-tunggu kan..?

Entry kali ni, bukan nak bercerita pasal cerita Hindustan tau.
Kalau tengok tajuk entry memang tak ada kena mengena dengan tajuk mana-mana filem Hindustan pun kan.

Tapi tentang perangai semasa kita.

Hamik..! bukan main saham je ada berita semasa tau. Tapi perangai pun ada semasa. Hebat tak..?

Hebat kan..?

Okayh..! malas dah nak berkias bagai ni.

Cuma nak tanya kalian, sejujurnya kalian rasa kalian ni sombong tak..?

Aku..? 

Sejujurnya di alam reality, pertama kali orang tengok aku, mungkin orang akan cakap sombong gilerrr minah ni..!

Tapi lain pula kalau orang dah kenal aku, macam-macam topik bincang.

Kalau di alamaya ni, aku sendiri tak pasti macam mana kalian pandang aku.

Tapi kalau yang dah kenal tu, mungkin tahu macam mana aku. Sombong atau tidak tanyalah pada meraka yang kenal aku di alamaya ni.

Di alamaya terutama bila bergelar seorang blogger ni, sebolehnya aku memang tak mahu jadi sombong. Tak ada faedahnya pun kita jadi sombong dalam dunia blogging ni.

Sebab balik-balik akan jumpa muka yang sama kan..? kot mana pusing pun kita akan jumpa jugakan..?

Jadi perlu ke kita sombong dalam di alamaya ni..?

Sendiri tanya, sendiri jawab eyh..!

Selamat berblogging…!



Kata Hati : Aku juga manusia biasa, adakalanya terlepas pandang. Jadi, Maaf jika aku TERSOMBONG..!

.

Jumaat, 13 April 2012

.:: Tazkirah Jumaat ::.



KLIK UNTUK TUMBESARAN


Petikan di atas aku dapat melalui FB.  Lalu di kongsikan di sini ntuk renungan bersama di hari Jumaat yang mulia.

Cuaca sekarang memang tak menentukan. Jadi jika kalian di ujiNYA, janganlah merungut ya..! 
Sebab setiap apa yang terjadi ada hikmahNYA.


Kata Hati : Moga kita semua dalam lindunganNYA sentiasa...Amin..!
.