Selasa, 17 Januari 2012

Home » » .:: Manual Atau Auto | Pilihan Anda? ::.

.:: Manual Atau Auto | Pilihan Anda? ::.

.


Klik Untuk Tumbesaran..!




Macam biasalah, on the way hantar adik ke sekolah sambil-sambil tu leka mendengar segmen hot chat di HotFM.

Menarik juga topik hari ini ‘Apa pilihan anda? Automatik atau Manual?’ bila dengar je automatik atau manual, kita semua tahu kan, ianya membabitkan kereta. Dan seperti kita semua tahu, berkuatkuasa  pada bulan Mei 2012 di seluruh negara.

Dan seperti mana yang kita tahu juga, bila seseorang itu sudah pun lulus dan layak memegang lesen memandu automatik, ianya tidak boleh atau memang langsung tak boleh memandu kereta yang bergear manual, kalau bawa juga, awas..! anda mungkin akan di saman. Manakala, bagi pemegang lesen memandu biasa, boleh membawa kereta bergear automatik.



Dengar hot chat di HotFM tadi,tersenyum sorang-sorang aku di buatnya. Macam-macam peel. Ada yang suka bergear automatik, ada yang kata tak mencabar dan ada juga yang bila bawa kereta bergear manual, enjin kereta asyik mati di setiap hentian lampu isyarat.

Lampu isyarat? Yup..aku sendiri ada pengalaman. Seawal usia 18 tahun lagi aku sudah mula memegang lesen memandu. Walaupun tempoh percubaan belum habis, tapi terasa macam bangga jugalah dah lulus ujian memandu.

Bangga aku sekejap saja. Ketika tu, aku memang tak ada kereta sendiri. Cuma yang ada kereta Proton Saga abah. Entah kenapa, aku langsung tak boleh nak bawa kereta tu. Asyik mati enjin je. Ingat lagi, di lampu isyarat berdekatan Penjara Taiping, aku orang pertama yang berada di lampu isyarat tu. Sebaik saja lampu merah bertukar hijau, aku perlahan-lahan melepaskan clutch seiring itu juga aku menekan pedal minyak.

Plupp..! Enjinnya mati. Abah di sebelah cuba tenangkan aku. Aku pula dah tak tentu hala mengelabah. Hidup semula enjin, dan cuba kali kedua, adalah bergerak tak sampai sedepa, enjinnya mati lagi. Adik-adik di belakang dah menyorok ke bawah. Aku lagilah rasa nak tutup muka. Waktu tu memang rasa putus asa dah. Abah mula bising.

Cubaan kali ketiga pun masih sama, enjinnya mati lagi. Lampu yang hijau tadi dah pun bertukar menjadi merah. Kereta belakang jangan katalah, dari mula-mula mati enjin tak henti-henti picit hon. Tekanan dari situ juga buat aku hilang tumpuan tambahan lagi imbangan antara pedal minyak dan clutch. #ayat bela diri…hahaha..!!

Bila lampu kembali merah, aku suruh abah pula bawa. Tapi jangan haraplah aku nak bertukar tempat keluar ikut pintu, Cuma abah je yang keluar ikut pintu, manakala aku Cuma melangkah ke tempat penumpang. Hahaha..! #malu weyhhh..!!

Dan sejak pada tu, aku macam malas nak cuba memandu. 2  tahun jugalah lesen memandu aku di simpan jadi pekasam dalam dompet.  Erm.. 2 tahun aku tahan telinga dengan macam perli yang aku dapat. Tapi aku tak buat macam angin lalu je. Aku simpan jadikan pembakar semangat. Dan lepas 2 tahun, bila abah tukar kereta, aku sekali lagi cuba memandu. Dan kali ini…Alhamdulillah..! aku Berjaya….!!!

Sampailah sekarang aku masih memandu kereta bergeal manual. Pernah cuba yang automatik punya, tapi rasanya lagi puas  yang manual.sebab kalau bawa auto, tangan ni asyik nak tukar gear je, kakilah terkial-kial cari pedal clutch.hahaha..!!

Itu pilihan aku, pilihan kalian??

p/s : Nak memandu hebat macam Nico Rosberg? KELIK SINI



Kata Hati : Apa-apapun, kedua-duanya ada kelebihan masing-masingkan??

.

9 ulasan:

Masz Sidek berkata...

hehehehe... sy bawa kereta manual...
Mula2 dpt lesen dulu.. cuba bwk kereta saga lama bpk... memang susah... dengan steering yg keras nak mampus... tempat duduk pula terpaksa letak pillow kat belakang badan sbb kaki tak sampai dekat clutct... hahahaha.... lepas tu x nak bawa kereta tu lagi...
bila bpk beli kereta baru sy nak auto.. tp bpk tak nak beli auto... sy cakap oklah beli manual tp sy nak power steering... hehehe... lepas habis 'P' baru sy bawa semula kereta proton tu (pillow tetap kena guna bila sy bawa kereta)...
***Sy teringin nak bawa kereta auto tau... blm pernah cuba lagi... huhuhu***

:: Cik Nur :: berkata...

Masz, hehehe..mmg pun...clucth dia mcm mane tah..mmg sampai sudah xboleh bawa...

tapi skarang ni, tak tahu la boleh bawa proton ke tak...auto senang, tapi bila kita dh tbiasa bawa manual, akan jadi janggal.. :)

nanti ade masa cuba eh.. :)

akuamir berkata...

haha,, best nyeh citer niehhh.... lawak lah.. haha..

sekarang umur brape ek?? ku baru 18 tengah amek lesen skunk,, tapi kete mak auto,, baba manual,, tapi baba waja,, susa sebab panjang,, mama saga senang sket.. so,, lepas lesen tros hadap auto kot,, tapi manual lah best kan.. :)

:: Cik Nur :: berkata...

amir, waja dengan saga lebih kurang same je..batter bawa manual..mcabar dan best..tapi bila jem lenguh kaki...huhuhu

Lady Milo berkata...

saya pakai auto je.. senang, malas nak fikir dan.. dan.. lembab . haha.

:: Cik Nur :: berkata...

Lady Milo..auto pun ok juga...mane2 same je...eh..auto xlembablah..heheh

NY berkata...

tahnaih la pada sesape yg mampu memandu kete manual..akak mmg fail kalo bhenti kat bukit..bila nk jalan konpem undur balik..haha x reti nak balance clutch ngn minyak..tang tu je masalahnya bila bw manual.kat lain ok...dh beli kete pun akak amk auto..
1.sebab nk drive blik kg jauh.so auto lbh relax...2.sbb manual slalu fail kt bukit..haha

:: Cik Nur :: berkata...

NY, sy pun dulu cmtu kak..mmg fail tang kat bukit, tapi lama2 alhamdulillah, ok dah... :)

aku HaniAsyira berkata...

haah, sama cik nur beza nya ialah sy selamat daripada kena hon.. keh2