Isnin, 16 Januari 2012

Home » » .:: Sayang Anak Tangan-Tangankan | Jangan Mendera Sudah..! ::.

.:: Sayang Anak Tangan-Tangankan | Jangan Mendera Sudah..! ::.

.






“Ehh…ada air la…!!”
“Ehh..janganlah, nanti kakak tu marah”

Si anak langsung tak peduli teguran si ibu.

Huk tak..hek pun tak.Si ibu di biarkan air tu mengalir tanpa paksa. Dan terus sambung  menjelajah setiap ruang yang ada. Manakala si anak, sedang leka main air.

Aku?? Rasa macam nak tutup je pili air tu. Pastu nak bagi sepulas dua di telinga kiri dan kanan. Tapi kenapa aku je yang berperasaan macam tu? Sedangkan ibunya diam je. Lansung tak marah anak main bukan-bukan dekat tempat orang.

“Kalau anak aku, kena dah”

Itu je yang mampu aku bermonolog sendirian. Terasa panas je bila tengok si ibu buat tak tahu dengan si anak yang leka bermain air. Langsung tak kesah, almaklumlah bil tu bukan dia yang bayar.

Aku sekali sekala hanya mampu menjegilkan biji mata ni. Ikutkan tangan ni, ringan je nak hinggap di telinga comel budak tu. Kalau aku teruskan niat tu, mahu melalak budak tu..!

Ahh..! biarlah, sampai bila dia nak mainkan, lagipun budak-budak.

“YaALLAH…!”

Tiba-tiba si ibu menjerit, lemah kaki aku melangkah ke depan. Sedikit membuntang mata aku, bila lihat lelehan air kembang hingga ke lantai kayu.

“Ishh..budak ni. Minta maaflah ye dik, habis basah ni”

Bunyi ‘ishh’ je? Mana cubit? Tak banyak sikit pun jadilah.  Sementara aku sibuk mengelap, Si anak tersengeh-sengeh tengok aku. Alahai..!ringannya tangan aku ni. Biar aku wakilkan si ibu nak secubit dua kamu boleh??

Membuak-buak rasa amarah dalam hati. Bengang gilerrr…!!

Tak salahkan rasanya nak bagi secubit dua dekat anak kan? Tapi janganlah sampai mendera. Sayangkan anak, tangan-tangankanlah. Ini tidak, di biarkan saja kehendak anak. Langsung tak bertegur. Memanglah aku cakap tak apa, tapi sendiri fikirlah.

Kalau si ibu tak tegur anak, lama-lama dia akan jadi terbiasa di mana-mana. Si ibu marah macam mana pun, anak buat tak peduli je. Budak-budak zaman sekarang ni, memang manjanya lebih.

Kata orang dalam sebuah keluarga, tak ibu, ayah mesti garang. Tapi dalam situasi aku, si anak hanya bersama si ibu, kalau ada si ayah, mungkin dia tak berani buat macam tu. Atau silap-silap, dah kena secubit dua kot..!

Ermm..cukuplah, rasa panas belum reda lagi nih..!

Anda pun tengah panas? nak hilangkan panas, jom KLIK SINI



Kata Hati : Zaman aku dulu-dulu, bila mak jegil mata je, nak mencanak lari ketakutan ye dak..!

.

6 ulasan:

eima-caa berkata...

Ye la Cik Nur,..

kalau pun tak ditangankan..pe salahnye angkat anak tu atau pimpin tangan jgn bg main air...

peace ;)

Roslina Nana berkata...

haah la..sma la ngn kita..klu dulu,mak jegil mata je kte dh lari sbb takut...budak2 skrg ni byk yg degil...

NY berkata...

lain kali cubit je...haha
akak pnh tegur bdk pmpn yg bising2 ngn abg dia kt pizza hut..spontan je pktaan"ssyyy" tu keluar dr mulut.pastu dgr bapak dia panggil anak dia suh diam..haha...akak mmg x bley dgr budak bising or nakal..geram!

:: Cik Nur :: berkata...

eimaa-cha, betul tu..ini tidak, ibu dia buat dekk jee..kita yg tgk jd geram...

:: Cik Nur :: berkata...

roslina nana, kan?? zaman kita dulu mmg takutkan dgn mak atau ayah..kalau buat isyarat je kita dah takut, dlm hati 'blik kang msti kena'... budak skarang degeiii..!

:: Cik Nur :: berkata...

NY, ikut hati mmg nk cubit kak, dah mmg ringan je tgn ni..tapi kang mnagis lak, sbb sy xboleh kawal tahap cubitan, nak bg msti kaw2...hahaha..