Rabu, 11 Januari 2012

Home » » .:: SubhanaALLAH | Cantiknya Bulan ::.

.:: SubhanaALLAH | Cantiknya Bulan ::.

.

Pinjam Dari Abg Google


Assalamualaikum.

Entah kenapa, malam ni terasa rajin pula nak keluarkan entry baru.

Rasa rajin ini datang bila aku selesai kunci pintu besi utama kat luar tadi. Macam sebelum-sebelum ni, kalau hari tak hujan, sebelum memanggakan pintu besi tu, aku pasti akan ke hujung bontot kereta.

Sebab apa aku selalu buat macam tu? Semata-mata nak tengok bulan.

SubhanaALLAH…!!malam ni, bulan memang terlalu cantik. Terkasima aku bila terpandang bulan yang megah di atas sana.

Kalau kalian tak percaya, apa lagi ce  lari jap, pergi tengok. Haaaa…amacam? Cun tak??

Cun kan???

Hobi usha bulan dari jauh ni, boleh nak dikatakan dari aku bangku sekolah lagi. Dulu, ada bangku kayu depan rumah aku ni, waktu tu, selalu lepak dengan jiran borak-borak  sambil tengok bulan dan bintang-bintang. Memang leka, sampai tak rasa en.muk duk gigit-gigit tak hengat dunia.

Pernah satu malam, aku kira setiap kapal terbang yang melintasi langit gelap. Bayangkan, lebih sepuluh kapat terbang yang aku kira dalam masa sejam. Banyakkan?

Tapi sekarang ni, seganlah nak melepak depan rumah dah. Kalau nak usha bulan pun kejap-kejap je. Itupun kena riki-riki dulu. Kalau ada orang kat luar rumah, seganla nak keluar. Hohoho…!

Apa-apapun, malam ni bulan memang sangat-sangat canti dari semalam…! Pergilah tengokkk..!




Kata Hati : Saya Suka Bulan…! 



.

2 ulasan:

zeeck berkata...

z keluar pegi makan tadi..yup! kite melihat bulan yang same :D cantik!!

(setiap 15hb bulan penuh, so nnt 15hb tgk camane..hehe)

:: Cik Nur :: berkata...

zeeck, tunggu 15hb ni..msti lagi cantik.. :)